Monday, April 6, 2009

Salah intepretasi

I have to delete two of my entries. Why???? sebabnya, ia telah disalahtafsirkan. Itu saja.
I tulis dan faham lain tapi yang membacanya faham tang lain, so daripada terus berpanjangan dan timbul salah faham yang lain, baiklah dideletekan saja entry tu .... I am still waras, takkan I nak mintak something yang unreasonable. Choi ... choi, disimpangkan malaikat 44.

Anyway, I rasa lega sekarang sebabnya apa yang menjadi persoalan I semua dah terjawab. Sekurang-kurangnya I tahu berpunca dari I sendiri. Yelah, kitakan manusia biasa, kadang2 tak rasional, mulut ni very the laser and celupar one. Yang mana salah I, I memang mintak maaf banyak2 and "that's my style", malas nak gaduh-gaduh, tegang urat. Rasanya tu ajelah sebab tanya jugak kot2 ada keceluparan lain atau salah lain yang kita sendiri terlepas pandang, "takde", katanya. Pada I, kalau I ada buat silap, cakap jer terus, jangan buat kita tertanya-tanya.

"Takkan ko tak kenal aku beb, mulut aku kadang2 tak ada insurans. Sorrylah yek, takkan benda macam ni sampai kita nak clashkan friendship kita. Lama beb, sejak kita masuk keje lagi, dah macam adik beradik dah". Ok, settle. Alhamdullilah ....

Lagi satu, I nak tekankan kat sini, apa sahaja entry I yang berbaur agak-agak kemewahan ker, lavish ker (pada sesetengah orang), I tak ada niat langsung (repeat) tak ada niat langsung walaupun sekelumit atau sebesar hama, perasaan untuk showing off atau menunjuk2 atau berlagak.

Terpulanglah pada individu itu untuk mentafsirkan sendiri. Kita tahu diri kita macam manakan.
Kadang2 terikut2, "oooh, dia memang nak show off, berlagak", jadi individu yang lain tu "mengiyakan jerlah".

Tapi insyallah, I masih berpijak di bumi yang nyata, masih humble, masih down to earth. Rezeki yang Allah dah bagi, kita terima seadanya dan yang selebihnya kita zakatkan, I masih ingat lagi kewajipan dunia dan akhirat.

So, please no more salah faham okkk....

No comments:

Post a Comment