Monday, April 6, 2009

Sian si Ten-Ten, dah tiga hari demam

Kesian si naughty little Ten-Ten I, masuk hari ni (Isnin) dah tiga hari deman. Jangkitan viruslah tu. Tapi, deman2pun makan laju, tidor lena, minum shushu (susu) masih berbotol-botol and lasak dia bertambah dua kali ganda. Waduh .... so the lasak one, makin brutal I nampak.

Kadang-kadang I tengok, si kakakpun (Soraya) teruk kena buli. Kalau kena buli sikit-sikit takper, tapi ni kenkadang melampau-lampau. Kalau tak gigit, kena tumbuk, lebih teruk kena wrestled, betul-betul macam yang dalam TV tu. Nasib baik kakak jenis yang tak melawan, tapi kadang-kadang kalau dia tak tahan, melawan jugak.... tak boleh salahkan dia jugak, mana boleh tahan kalau asyik kena buli jerr.

Sekarang ni, si Ten-Ten dapat perangai baru, guna gesture jer ... "siap panggil pakai tangan lagi, lepas tu tunjuk ala-ala nak tumbuk gitu", adoiii .... Ten-Ten ...Ten-Ten mummy sorang ni.

Si Ten-Ten ni kalau demam, siang punyerlah cergas, ke sana ke sini, ada aje yang bende nak digerobeknya, tak duduk diam langsung tapi bila masuk malam, mulalah temperature shoot up, sampai almost 39 pun ada. Kalau didemah dengan air sejuk badan dan kepalanya nak turunkan temperature, selalunya bila demam baik, timbullak selesema, lagilah tak selesa. We all jarang guna ubat bontot tapi disebabkan temperature naik masa tengah malam ke pagi, we all guna jugak bukan aper, "manalah tahu, takut dalam dok jaga2, tertido pulak we all".

MIL kata Ten-Ten demam kali ni mungkin nak bercakap. Betul agaknya, sebab ada a few words dia dah boleh sebut betul-betul macam kakak, yaya, mamee, shushu (dulu dia sebut terbalik "us..us") .

Apapun, mummy doakan anak mummy ni cepat sihat ok.

No comments:

Post a Comment