A full-time working mummy who have to juggle between work and family. Married and blessed with two beautiful princesses. Believes in a philosophy "Life is not complex...we are complex. Life is simple and the simple thing is the right thing".
Thursday, January 28, 2010
Busy the Body
Macam I cakap awal tadilah, "body I pung very the busy one, sometimes only maa, not always one wokay". Apalah salahnya kan, ambil berat gitu (yerlah tuuu). Hubby cakap "ambik berat tak bertempat". Contohnyakan, rumah korner kat rumah I tu, sentiasa bertukar tenant. First tenant, rasanya Pak Arab, kendiannya orang Singapore Melayu baru balik Australia (maklumlah tempat akak tu kawasan ekspatriat), then dorang pindah sebab beli rumah kat Subang Jaya, masuk pulak one family, very young couple ...."ala2 baya akak ni " (bila lagi nak perasan) dan apa yang mengagumkan I sangat ialah eventhough dorang memang "very the muda belia one" tapi waduhhh drive BMW and Merc lagi, bukan satu, dua tiga bijik pulak tu sampai pernah cakap kat hubby, "neighbour kita tu car dealer ke apa, punyalah banyak kereta, nombor plat plak semua sama". Orang jantan ni selalunya tak kaypoh macam org pompuan, I pulak yang sibuk2. Yerlah, mana I tak kaypoh, dibuatnya dorang tu "pengsmuggler kereta" antarabangsa, takke naya ... sok2 famous pulaklah kawasan residential I masuk TV. Lagi mencurigakan, kenkadang dinihari dengar bunyi kereta dorang "broom ... brooom lagi" dan kenkadang tu tengah2 malam, boleh main remote car kat depan rumah I lagi. Dalam hati tu selalu gak berkata2, "keje apa dorang ni, aku ni keje sampai pencenpun tak tentu lagi dapat kereta mewah dua tiga bijik". Dalam dok "busy the body" tu, finally I got the answer, rupa2nya dorang ni ejen multilevel marketing and kereta2 tu dorang dapat sebab dah exceed target. "Oh, itu ker ceritanya, betul ker tidak, wallahualam". Kenkadang, geli hatilah pulak, "aiyah ... macam takda kerjalah pulak I ni, dok menyekodeng rumah depan tu". Sekarang ni dorang dah pindah, masuk pulak tenant baru, three young couples, rasa2nya student lagi sebab yang lelakinya semua macam pak Arab dan gelfren pulak cher. So, far, takda masalah apa2pun, tak nampaklah pulak macam muka penyangak antarabangsa, so "akakpun malas nak ambik tahu dan body akakpun kuranglah busynya".
Wednesday, January 27, 2010
PERINGATAN !!!
OKLAH, JANGANLAH PULAK KORANG TERENCAT NAK MEMBACA. SO, ENJOYLAH UNTUK MEMBIULKAN DIRI MEMBACA BAHASA I YANG HURA-HARA DAN LINTANG PUKANG TU AND TERUSKANLAH KEGIATAN KORANG DOK SEKODENG MENYEKODENG NI ... I LIKE....
Tuesday, January 26, 2010
My dearest Soraya
For those yang tak kenal dia, memang ingat anak dara I ni jenis mengada2 dan "timing sikit". Memangpun, I kenkadang nak "lesing" jugak tapi "sabar beb .... tarik nafas panjang2 ... inhale ... exhale ... inhale ...exhale". Dah namapun bebudak memang perangai dorang macam tu tambah2 kalau ada pulak orang "ikut jer apa katanya" bertambah2lah "naik tocang". Mana tak "angin ribut taufan I naik kepala" kalau nak pegi makan, kena tengok tempat dulu, kalau kat warung ker, gerai ker ... tarik muka 14 , "muncung tu pulak boleh sangkut hanger" lagi. Yerlah, kita kenkadang nak juga rasa selera kat warung/gerai. I pun tahulah, takkan nak pegi makan kat kedai kotor, mestilah cari yang bersihnya sebab I pun spesis "pembersih". "Halllo Soraya, takkan nak gi makan kat hotel and restoran jer, belajar2lah makan kat tempat segini, bukan selalupun". Nak salahkan diapun tak boleh, dah "upbringing" dia cam gitu ... makan kat hotel/restoran semedang. Biasalah lifestyle "orang kayas2" gitu ... yer ker "kayas rayas" or "perasan kayas"??? I makan kat hotelpun kalau hubby bawak, kalau setakat I jer, bolehlah tapi bukan selalu gitu ...."boleh botak I dibuatnya". Maklumlah, I nikan selain spesis "pembersih", orang dah cop I spesis "kedekut". "Kodokutpun...kodokutlah beb, janji apa yang kita buat ikhlas bukan kelas."
Tapi sebenarnya, Soraya ni seorang yang independent, sensitive/soft (sebab bila tengok bab cerita sedih Hindustan, nangis dan poyo lagi), kreatif, simple, ambik berat dan sedaya upaya nak jaga hati semua pihak walaupun kenkadang dia sendiri confuse. Kalau dia sorang2, tinggal pulak ngan I, si kechik Alea and Dewi jer, she can do everything tanpa disuruh2. Contohnya dulu, homework tuition Maths, bila I tanya dah buat ker, dia jawab "all done", kalau praktis pianopun, tak payah I dok terlalak terlolong2, tetiba dengar jer kat bawah dia dok mengetuk piano dan sekali-sekala dia dok menjerit2 and I tahulah itu mesti kerja si Alea, dok mengacau. Pegi sekolahpun senang, tak ngada2 menangis, kira oklah. Sebabnya dia tahu I jenis tak bagi chan punya and I am "very the strict". Pernah sekali bila I dengar dia menangis mengada2 masa bangun nak gi sekolah, I cakap kat dia, "You nak nangis buat apa, takda sebab nak nangis, dah besar pun nak nangis, malu sikit kat adik, nak nangis sangat ... you pilih tali pinggang papa yang mana you nak kat belakang pintu bilik mummy tu, I buat you betul2 nangis". Sejak itulah, dia tahu kalau ngan I, "no nangis2 one". Pendek kata, bila ngan I, ikut rentak I, and well ... itulah budak, jangan terlalu dimanjakan sangat, jatuh ngada2. In fact, dia sendiri tahu, I bukan jenis bangun pagi, so kalau nak kuar weekendpun mesti time tengahari sebab terus gi lunch. "Sorry, the morry, naik lorry, mummy bukan jenis rewang shopping kompleks unless kalau nak cari barang or nak bawak adik ngan kakak memain. Kalau setakat nak melongok kat shopping kompleks, again, very the sorry". Lagi satu I notice, Soraya ni sebenarnya suka duduk melepak kat rumah macam I jugak. Dia lebih suka tengok TV, main game, blogging or berfacebook, lepas tu order pizza. Itulah Soraya yang sebenar2nya, senang dilentur kalau kena ngan gayanya.
Monday, January 25, 2010
Rewang ngan anak2
Esoknya Ahad, biasalah I, my "rewang2" time selalu start tengahari. "Sorrylah, akak bukannya jenis bangun pagi, tambah2 hari minggu, akak tak pegang kunci shopping kompleks, jadi buat apa nak gi pepagi buta ke sana". Apa2pun sebelum keluar "rewang2" ngan anak2, I make sure dulu yang si Dewi dah abihkan semua kerja rumah. Bukan apa, I taknak nanti bila balik, kesian kat Dewi nanti kelam kelibut nak sambung buat kerja. I biasalah, kalau balik mestilah terbongkang atas katilnya ... penat melayan kerenah anak2. Sabtu and Ahad, biasanya, we all "gantung abih periuk belanga", no masak2. Oklah, I nak citer sikit pasal swimming ni, selalunya I bawak kakak and Alea gi swimming kat club jer, kalau tak Tropicana, we all gi KLGCC tapi semalam I bawak anak2 gi "The Club", Soraya yang sangat nak gi situ. Tempatnya "so-so" cuma crowded sikit sebab biasalah open to public, tambah2 semalam pulak ada dua birthday parties buat kat situ, lagilah "berkritam jer kepala orang dalam pool" tu. Masuk tempat ni, kalau ada "Onecard" tu dah kira privilege abih, kalau sesapa yang nak rasa ada club tu, kira2nya "The Club" ni boleh dijadikan clublah. So, kalau orang tanya, "You ada jadi member club mana2 tak", kita bolehlah jawab dengan vangga, "Yezzs, of course, ingat I sengkek sangat ker". "Yerlah, orang ada club, kitapun nak ngasalah ada club kan". Oklah, kita keep aside part crowded tu, tapi kelebihan pool kat sini berbanding dengan club2 yang selalu I bawak anak2 dara I swimming tu ialah pool untuk bebudak2 banyak disediakan permainan, ada sliding, ada bucket isi air, ada tempat panjat2, kiranya bebudakpun seronoklah main dan mandi. Makanan kat sinipun ok and cantonese yee mee dia "oh yummy, yummy I like". Well, kalau diberi pilihan, I still prefer pegi Tropicana or KLGCC. Tapi, I ada ker pilihan kalau anak2 yang buat decision ....
Berkorban demi anak2
Friday, January 22, 2010
No 8, ong ker???
Thursday, January 21, 2010
Letter to the Prime Minister
Tuesday, January 19, 2010
"Gelap gulita" dunia kalau ...
Monday, January 18, 2010
Azam tahun baru Soraya
Semalam I tanya dia, "kakak, macam mana kakak boleh stop susu". "I promise myself, once I standard four, I will stop drinking bottle milk. Now, I drink a lot of soya. Two to three bottles a day". "Yerlah, kakak dah besarpun, kakak Dewi cakap kakak macam cikgu aje bila kakak pakai glasses tu, eloklah stop susukan". Frankly speaking, I'm proud of her, sapa sangkakan, kecik2 dah pandai berazam, buat pulak tu ...
Si Alea kuat "kontut"
Itu si kechik, yang si anak dara sulung pulak, bau kentut dia ada "trade mark" sendiri. Memang itulah baunya. Bau aromanya lain dari yang lain, kira eksotiknya aromalah. Kalau dalam kereta, tetiba jer, terbau aroma segini, I terus tanya, "Kakak kentut yek". Dia apa lagi mesti terkekek2, "ahak, macam mana mummy tahu". "Mummy tahulah, mummy ada magik". Biasalah, namapun mummy, sampaikan anak2 kentutpun, boleh tahu sapa yang empunya, takleh tipu punya .....
Tuesday, January 12, 2010
Happy Besday mummy
Sambut birthday kat ner? Sapalah I ni. Tak glamour, tak layak nak sambut birthday tepi pool, siap ngan "bertema2" lagi, ber"korek-korek-ok" lagi. Lagipun I bukannya "kayas rayas", ada potensi nak dapat projek jutaan ringgit, jadi buat apalah orang nak ambik berat, beli hadiah (oii ... dah siap dua tiga hari awal lagi), bawak makan kat hotel "5 star" sebab pulangan tak berbaloi ... buat mengabihkan boreh jer. Moral of the story, "orang kayas rayas, tambah2 yang berpotensi besar ni kena jaga betul2 beb, manalah tahu kitapun dapat tempias sama" dan yang macam I ni, "takyahlah, awak tu takda kepentingan apa2pun". Kalau tahun sebelumnya, hubby bagi bracelet "Tiffany" and tahun lepas laptop cop "Lenovo", this year memang I tak mengharapkan apa2 cuma kalau bolehlah kan paling kurangpun kalau "I dapat rasa untuk sekelian kalinya menjalani kehidupan yang privacy in my own house ... me, hubby and anak2 dara I only, pendek kata me and family semata2. That's it. Alangkah bahagianya". Seriously, I dah tak rasa selesa, memang tak selesa langsung. Mungkin dulu boleh tapi dalam keadaan sekarang ni, susah nak cakap. I have to admit yang apa yang pernah kenkawan I nasihatkan dan katakan pada I dolu2 memang botul tapi I saja yang degil so ayat-ayat yang sesuwei untuk I ialah, "padan muka ngko".
Saturday, January 9, 2010
Terover spending lagi
Azam dan harapan 2010 (pt 2) - update
1. Harapan paling menggunung, agar I diberikan kesihatan yang "ngetop", mental dan fizikal yang kuat serta emosi yang waras-sewarasnya. Selain daripada itu, dimurahkan dan diberkati rezeki dan dipermudahkan kehidupan dunia dan akhirat. Diberikan juga kebahagian yang berlipat ganda kepada I, anak2 dan keluarga. Diharapkan juga perjalanan kami sentiasanya mudah.
2. Mahukan tahun 201o ini sebagai tahun permulaan kepada kehidupan yang lebih "privacy" dan "selesa", maknanya kehidupan secara total dengan anak2 dengan dilingkungi oleh keluarga sendiri. Taknak lagi rasa rimas, mahu rasa tenang-setenang2nya, "sedangkan pantai lagikan berubah, ini kan lagi kehidupan harian kita kan", dulu lain, sekarang sudah lain.
3. Sudah terlalu kerap mendengar ulangan "statement" yang sama setiap kali bersemuka, dok gak tunggu bilalah "statement itu akan jadi realiti", buat masa ini, tak nampak apa2pun lagi. Masih lagi menaruh harapan gitu. Rasanya takdalah kot, tapi yang fentingnya, "statement" tu bukannya keluar dari mulut I. Bila dah selalu "dinyanyikan" statement ni, ada sekali tu pernah reschedule apa yang patut direschedulekan, tapi alih2 kita balik kena tempelak. Rasanya kalau dah bertahun2 tak bertegur sapa, eloklah ..... daripada menambah dosa. Kalau ikut hukum, "tak bercakap tiga haripun dah kira berdosa, inikan pula bertahun2".
4. Dari segi pekerjaan pula, I harap dapatlah naik gred "setakuk" lagi insyallah dengan penstrukturan semula, sekurang2nya bila pencen nanti, dapatlah banyak sikit pulangan untuk tampung anak2.
5. Tahun lepas, I ada buat few future investments untuk anak2. I buatkan savings dan upkan sikit premium insurance untuk anak2 dara I and all these done through potongan gaji. So, for the next two to three years, I punya financial a bit tight , jadi, I harap I dapat cope with the situation. Yerlah, selalu tengok slip gaji, angkanya besar, alih2 berkuranganlah sikit, rasa cuak juga. Tapi sebenarnya, duit tu tak ke mana, still ngan I tapi dekat channel lain. So, selain daripada azam untuk berjimat cermat, I juga harap walaupun dengan potongan saving ini, "keadaan masih seperti sediakala, seolah2 tiada kekuranganpun".
6. I juga harap sesapa yang berhutang ngan I tu, bawak2 bayar2lah balik hutang tu. Kalau tak dapat bayar banyak, bayar sikit2 dulupun tak apa, asalkan bayar. Harap2 orang yang berhutang tu janganlah "purak2 lupa" sebab I takkan pernah lupapun. In fact, I siap buat list lagi, siap ngan jumlah ngan tahun berhutang lagi. Lagi satu, kenkadang, orang yang berhutang tu bukannya takda duit, sakit hati tak, awak boleh enjoy sakan lagi, tapi "hutang taknak bayar".
7. Sesapa yang pernah berjanji bagai nak rak ngan I tu dulu, tunaikanlah janji2 tu kerana "manusia berpegang pada janji", dosa tau kalau tak tunaikan . Jenuhlah pulak I nak tuntut kat akhirat.
8. Kalau boleh I taknak dihantar assigment overseas tapi tak kisah kalau distationkan di dalam negara, tak kira berapa hari atau minggu. Bukan apa, kalau assignment kat overseas, susah sikit kalau apa2 jadi kat anak2, kalau kat dalam negara, anytime boleh packing balik. Buat masa ini, anak2 mesti didahulukan. Bukan apa, I dapat rasakan anytime sahaja "bos besar" akan hantar I gi assigment seberang laut. Dah penat dan tidak berminat lagi nak terbang "jauh-jauh".9. Mintak2 Dewi akan terus kerja ngan I. Bukan senang nak dapat pembantu yang boleh menguruskan rumah dan anak2. Yerlah, I ni kan memang mengharapkan pembantu untuk jaga anak2, lainlah kalau I ni "terbongkang kat rumah" harapkan duit dari laki.
10. Sesapa yang dah ada I rumah sendiri tu, bawak2lah duduk rumah sendiri yek, takkan rumah tu nak buat perhiasan gajah putih pulak kot...
11. Harap I dapat buyer secepat mungkin. Terry cakap susah sikit dan kena ambil masa. Memang I masih sceptical tapi "tak semua manusia itu berfikiran sama ngan kita kan".
12. Harap I akan dapat terus bertahan dengan segala ujian. "Tak tahu apa yang menunggu kita kat depan sanun".
13. Sesapa yang menyekodeng blog I ni, harapan I, bacalah dengan "minda yang terbuka". Faham betul2 dan jangan cepat melatah or "jump to conclusions".
Oklah, inilah sahaja tuan2 dan puan2, antara harapan I untuk tahun ini. Segala harapan ini adalah kesinambungan kepada apa yang I harapkan pada tahun2 sebelumnya yang belum lagi terlunas. So, tahun ni, kita tengok "mana satu yang akan kena".
Wednesday, January 6, 2010
Azam dan harapan 2010 (pt 1)
Oklah antara azam I tahun ni:
1. Mahu berjimat-cermat. Taknak boros dan berbelanja sakan. Beli bila rasa nak guna aje. Ada buat ada, takda buat macam takda tapi tak maulah sampai "meleleh ayaq liyoq". Kalau nak beli apa2pun, lebih pada anak2 dara I. Tapi macam mana nak jimat kalau beli baju anak2pun cari semua yang "branded"nyer. Itulah dah terbiasa but anyway for you mummy, "no more handbags, shoes or baju ... sekali sekala ok."
2. Seboleh2nya taknak langsung sentuh duit simpanan dalam tempoh dua tiga tahun ni. Lagipun, semua perbelanjaan ditanggung hubby, buat apa nak membazir2. Biar duit tu beranak pinak dulu. Bukan apa, simpanan tu bukannya untuk I tapi lebih kepada anak2 dara I. Bukannya banyak manapun tapi adalah jugak, setakat Kancil model lama second hand, beli timbang kati, bolehlah lepas tapi kalau Honda City 10 bijik boleh beli cash tu memanglah akak tak mampu langsung.
3. Tak nak ambik cuti banyak2 tahun ni. Nak kerja jer, nak jadi pekerja yang berdedikasi (konon, I sendiri nak termuntah dengar). Nak kumpul cuti masuk "goyang tangan emas", lagi 60 hari beb, banyak tuh. Nanti, kalau pencen (berbelas tahun lagi), dapat gaji 4 bulan bersih beb, sapa tak nakkan. Yerlah, kalau I fikir balik, nak gi bercutipun, nak gi mana yek, nak gi overseas kalu takut kena tahan kat imigresen ... "wa takut kena blacklisted walaupun sebenarnya takda kena mengena ngan wa, orang lain yang pinjam, belanja sakan, wa pulak tak pasal2 terkait sama". Kalau nak gi holidaypun, "cuti-cuti Malaysia" jer. I nak sewa hotel "five star" dua tiga hari, lepas tu berkubang jer dalam swimming pool ngan anak2. I pun dah ada swimming suit baru. Nak makan kalu, order room service. Ataupun, hotel tu mesti dekat dengan mana2 shopping kompleks, senang sikit nak cari makan. I repeat: "makan tau, bukan shopping". Cuti kat Malaysia murah jer, tak semahal pegi overseas kan ... kan.
4. Nak spend more time ngan anak2 I, si Soraya and Alea, especially time2 weekends. Week days I memang takda masanya, lainlah yang tak keje dok "terbongkang kat rumah". Seboleh2nya mana jer I pegi sekarang, I nak angkut si kakak sekali, no more "oklah, you tak nak pegi takpa" tapi la ni, "nak tak nak, you mesti pegi ikut mummy". Kena tegas dan jangan bagi muka sangat.
5. Nak tukar pakai minyak Petronas sebab kena abihkan extra voucer RM700 yang I dapat tuh. Expire bulan July, kalau tak guna sayang beb. Hari tuh dah pegi survey stesen mana yang ada jual minyak hijau. Kete I kena pakai minyak hijau or merah jer, kalau kuning, macam tak smooth jer, lagipun kawan I kata boleh rosak enjin.
6. Cool and relaxs tapi kalau kena attack takkan bagi chan lagi, semburkan apa yang patut. Dah tak dulik, alang2 "kita dah dalam black book", biar betul2 dalam "black book" depa. Tapi part orang nak kata ka, nak mengata ka ... awak buat donno jer. Kita just "tunggu dan lihat" tapi kali ni kalau I rasa I tak suka, I akan terus cakap "straight to the point" no more nak berlapik2 ker, nak jaga hati ker ... buang karan jer.
7. Extra sabar. Memang selama ni I dah banyak bersabar tapi tahap kesabaran tu I akan tambah lagi. Let's say ada lagi ujian Allah, bersabar dan berdoalah sahaja. Setiap ujian tu ada hikmahnya. By the way, tahun ni I takda kawan untuk mengadu "there and then" sebab dua2 kawan I ni dah berposting ke overseas, sorang ikut hubby dan sorang lagi kerana ditugaskan. Mungkin Allah nak kurangkan dosa I mengumpat kot ....
8. Paling fenting, cukupkan sembahyang lima waktu. Ni, subuh, selalu jer tergelincir. Part sembahyang "two in one" tu rasanya tak berani nak janji. Lagi satu nak pastikan Soraya abih quran sebelum dia masuk menengah.
9. Nak make sure I dapat project yang I sedang usahakan sekarang. Lama dah I dok fikir pasal ni tapi kena kerja keras sikitlah. Dahpun start calling2 tapi it takes time, bukan senang nak cari buyer. Untungnya walaupun kena bagi komisyen sikit sorang, tapi "the big chunck" will belong to me. Cukuplah untuk I anak beranak.10. Pastikan I continue to makan supplement yang I dok makan sekarang. Memanglah "mehe" sikit tapi untuk kesihatan beb. I pun nak hidup lama jugak kalau diizinkan Allah. Lagi satu, pentingkan diri dan anak2 dahulu sebelum mementingkan orang lain. Susah senang kita sendiri yang tanggung, orang apa tahu .....
Note:
Ini baru part azam, part 2 will be my harapan untuk 2010 lah pulak. So jumpa kat Part 2 ....
Tuesday, January 5, 2010
Alea's 2nd day to school
Dalam setengah jam jugaklah, I dok tercongok kat situ. Nasib baiklah principalnya masuk campur, bawak si kechik ni main kat luar. So, masa si kechik ni dok sibuk "berswinging dan bersliding", I pun pelan2 chow. A few minutes later, I dapat call dari principal kata "Alea dah ok and not even searching for mummy". By the way, dalam entry semalam I ada citer pasal palang security guard yang jatuh atas cermin kereta I masa nak kuar, lepas tu pak guard kat situ marah kat I tapi I salak balik kat dia, alih2 pagi ni, dorang bagi I "access card" gitu. "Eh ... brutal sangat ke aku sampai dapat access card lagi, orang luar yang lain tak dapat, alih2 aku yang takda sticker ni dapat, ok jugak tu." Frankly speaking, I pun sebenarnya kecut perut jugak nak lalu kat guard tu pagi tadi, bukan apa, takut2 dorang tetiba tahan I dan kata management suruh I ganti palang security yang dah bengkok abih tu, "tak ke haru biru dan bercelaru jadinya". I dah nekad kalau dorang tahan, I nak mintak ampun dan maaf sebab berkasar semalam sebabnya I dok fikir balik yang I akan berdepan dengan guard2 Gurkha ni for the next three years. "Nak tak nak kita kenalah humble bila masuk kawasan orang, kita orang Melayu mestilah beradat. Bukan macam sesetengah orang, masuk kawasan orang sesuka hati, tak mintak izin langsung, dahlah bodoh, sombong pulak tu ...".
Monday, January 4, 2010
I'm a superwoman
Bila sampai rumah jer, I tengok anak dara kechik I tu masih lagi terbongkang atas katil. Mulut ternganga, tangan kiri kanan terdepang luas, air liur basi dok meleleh lagi. Takpa, bagi chan dia tido dulu, around 8.20 am, nanti baru I kejutkan dia, maklumlah taknah bangun pagi, tetiba suruh bangun pagi, harus "terkejut badak" kang. Paling kelakar, masa si Dewi bagi susupun, boleh mata terpejam rapat, usung bawak bilik airpun, mata masih lagi tak bukak2. "Alea, Alea ... bangun sayang, nak gi sekolah tak? Ni, superwoman nak hantar"". I ambik masa 10 minit jer nak gi kat sekolah Alea, cuma tersangkut sikit kat Palm Spring Condo sebab jalan kat situ sempit sikit, apa taknya, kereta park kiri-kanan, tinggallah lorong sempit untuk kereta lalu. I ingat nak tunggu anak dara I tu tapi Teacher Evon tak galakkan sebab katanya nak biasakan bebudak, nanti kalau dah setat tunggu, besok2pun kena tunggu jugak. I bukannyer apa, memandangkan inilah first time I nak tinggalkan Alea, I takut dia tak biasa tapi oklah pulak si kechik ni. I pun apa lagi, blahlah sebelum dia sedar nanti kalau dia tahu I nak gi karang, melalaklah pulak. Around kul 11.15pm pulak, I lah parent yang pertama terpacak nak ambil anak dara kechik I ni. She looks happy tapi bila masuk jer kereta, mulalah start poyo, nangis tapi air mata tak keluar, biasalah anak manjalah katakan.
Dan nak jadikan citer pulak, masa I nak kuar dari kawasan residential tu, palang kat guard house tetiba terturun dah hempap cermin kereta depan I. Terkejut beruk I tapi bila turun check, I tengok cermin depan tu macam tak ada apa2 jer, tapi tak tahulah pulak dua tiga hari akan datang sebab kalau ditengok pada palang tu, menakutkan sebab bengkok abih. Mintak2 janganlah jadi apa2, sebab baru jer jap tadi servis kereta, melayang duit I, RM800. Masa nilah, brek pad kena ganti, aircond kena servis, wiperpun aleh2 dah kena tukar2, and kalau cermin depan buat hal, duit lagi kuar. Yang menghangatkan hati I, bolehlah pulak si guard gurkha tu marah kat I, I pun menyalak balik kat dia, "eh, yang you suruh saya lalu apa pasal, bukan salah saya tau". Bengang betul aku, " ko boleh duduk kat situ bagi arahan, alih2 aku pulak yang kena marah, ada ka patut". I pun apa lagi lepas tu masuk kereta, buat donno, terus pecut balik. Anyway, I sepatutnya takleh marah pak guard gurkha tu sebabnya for the next three years, pak2 guard tulah yang I akan bukakkan palang nak bagi kete I pass through. Kalaulah dibuatnyer dorang tak bagi I masuk, "sapalak nak tolong superwoman ni, nak harapkan superman, hampeh, suparman adalah".