Showing posts with label income tax. Show all posts
Showing posts with label income tax. Show all posts

Thursday, March 10, 2011

Income Tax settle

Fuh, lega, akhirnya I dah hantar income tax. Kali nih I guna e-filing LHDNM mudah, tepat dan selamat. First time beb. Memula mintak kawan tunjukkan. Diapun kata ok. Tapi bila dah on-line, tup-tup nak kena ada pin numberlah pulak ... aduhhhh. Last-last sekali, I kena call jugak officer kat LHDN, mintak tolong dia bantu. Nama officer nih Suzi (tak silap I) ... baik dan sabar sangat. Apataknya sabar, kena tunggu I "taip satu2". Bukannya apa, susah nak menaip ngan satu jari, sebab tangan satu lagi dok pegang handphone. Senang jer rupanya, tak sampai 10 minit dah siap sebabnya takyah nak buat kira2, semuanya dah dikira oleh LHDN. Anyway, syukur alhamdullilah ... semua dah settle, takyah nak pikir2 lagi dah ....

Tuesday, July 13, 2010

Income Tax settle

Semalam I tak keje, so I decided lepas jer hantar si Alea sekolah, terus I gi income tax Jalan Duta, nak settlekan segala hutang piutang I. Hari tuh, I dapat surat dari income tax, katanya I kena bayar balik 780 hengget, so, tujuan I pegi ni kalau boleh nak buat rayuan bayar secara ansuranlah, tak kiralah dua kali ataupun tiga kali ansuran. Maklumlah, bulan nih I "kopak" abih sebab "overhaul" gigi I. Nawaitu I memang nak bayar tapi I bawaklah sekali segala resit, statement insurance dan EC form, nak suruh dorang kira balik sebelum I bayar. Sampai jer kat kaunter, I terus "sua"kan kat Puan Kaunter tuh segala apa yang patut. Memula sekali, I tanya Puan Kaunter, "Betul ke saya kena bayar sampai banyak gini sebabnya kalau tengok pada PCB, saya dah bayar lebih daripada 1,500 hengget, boleh tak Puan tengok balik, takut2 belum ditolak lagi". Memang betul, bila Puan Kaunter semak semula, terdapat kesilapan pengiraan dan sebaliknya pula, pihak income tax yang dah berhutang ngan I lebih kurang 600 hengget selepas ditolak "hutang terkurang bayar" cukai2 I tahun2 sebelumnya. Alhamdullillah, I takyah bayar sesenpun dan Puan Kaunter tuhpun terus tulis "surat priority" agar duit I dapat dikembalikan dalam tempoh satu hingga dua minggu. Aduh ... tarik nafas lega I ... tapi sekejap jer sebab lepas gi income tax, I terus pegi pejabat admin kondo BP yang I sewakan kat tenant untuk bayar "duit maintenance" 600 hengget. Well, I still bersyukur sebab sekurang2nya duit yang I sepatutnya bayar kat income tax, I dah boleh settle duit "maintenance". Syukur, syukur ... sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Mengasihani di kala umatNya berada dalam kesusahan ....

Saturday, July 10, 2010

Separuh gajiku melayang

Kalau Anang femes dengan lagu hitnya "Separuh Jiwaku Pergi", lain pulak dengan I, "zaman jiwang2"nih dah lama berlalu dalam kamus hidup I tapi "hit of the month" I ialah "Separuh gajiku Melayang". Apataknya, hari nih I ada appointment lagi ngan Dr Dentist. Masuk nih dah tiga kali dalam tempoh sebulan. Tolak, campur, dharab, bahagi, rasanya lebih separuh daripada gaji I untuk bulan depan dah abih kat gigi I. Yerlah, asyik "menenyeh" jer sementara nak tunggu gaji bulan depan masyukkk. Kawan I yang kat overseas tu cakap kat I, "Takpalah, orang lain naik setakuk, tayang pay slip, tayang kereta baru, ngko pulak tayang jerlah gigi ngko, menyerongehlah ngko sepanjang bulan depan". Kureng asam punya kawan. Yerlah, kalau tak buat kalu, I yang tanggung sakit sorang2, so "biar lebur jerlah separuh duit gaji tuh". Tapi takpa jugak, ada hikmah sebenarnya yang I sakit gigi sebelum nih, kalau tak sakit "haram I nak jejak dentist", so bila dah sakit nih, baik "overhaul" semua, omputih cakap"once and for all". Memanglah "rasa sengkek" sangat tapi I selalu ingatlah diri I, insyallah rezeki ada di mana2, "taklah sampai mati kebulur". Kat dentist tadipun, hampir sejam jugaklah, Puan Dr tuh "menggerodak" mulut I. So, next appointment, end of this month. Oh ... duit lagi. Isnin ni pulak, kena gi income tax, nak settle payment. I ingat nak buat rayuan, bayar dua kali. Oh tidak .... duit lagi. Bestkan kalau kita dilahirkan "kaya$ raya$", tak payah nak susah2 hati pasal duit ... sebut jer "dan2 tu jugak duit dah ada depan mata" ....

Monday, June 28, 2010

Bulan nih "kopak" abih

Rasanya, bulan nih I "kopak" abih tapi "still boleh bernafas pelan2" lagi. Ntahlah, duit nih memang "berhantu", kuarkan pagi, petang dah langsai. Tak tahulah, ada jer yang nak kena berbayor. Tak pasal2 jugak, bulan nihlah jugak kena renew driving license, nak "overhaul" gigi lagi (kalau tak buat kalu, nak pakai jangka panjang), servis kereta, insurans lagi, beli tu, beli nih ... Ada yang bayar cash tapi paling banyak "menyain" jerlah. Buat masa nih, I belum lagi kuarkan duit gaji yang baru I dapat minggu lepas. I nak tunggu statement dari Citibank dulu, barulah I nak buat "adjustment". Memula I nak langsaikan dulu hutang kredit kad, lepas tuh barulah I nak "stabil"kan balik financial I nih. Nak taknak, kena jugak mintak tolong hubby. Kalau boleh I tak suka nak mintak tolong orang. Lecehlah, kalau dulu I tak "terlalu baik, naif dan percayakan orang" bagi hutang segala bagai duit I, I memang tak akan menyusahkan sesapa. Betul orang cakap, part2 hutang nih, jangan percayakan orang, hatta adik beradik sendiri. Hutang yang konon nak bayar dalam dua tiga bulan, dah beranak jadi bertahun2. Ni ntah bilalah I nak dapat balik duit2 I tuh, agak2 sampai kuching bertanduk kot. Paling latest, I kena bayar duit income tax, dorang tersalah kira katanya. Aduh ... tak pasal2, melayang duit I. Saving, memang ada tapi kalau boleh I taknak sentuh langsung saving I tuh sampai end of this year tapi rasa2nya kalau takda cara lain, terpaksalah jugak nampaknya ... last resort, omputih cakap. Camnerpun, dalam "kopak2" nih, I ingat sebelum posa, I nak buat makan2 kenduri kesyukuran kat rumah mak I Selayang. Saje jer nak bersyukur atas nikmat yang Allah dah berikan pada I dan anak2 walaupun dalam kami mengharungi segala kesulitan dan dugaan. Kenkadang rasa marah jugak kat Allah atas segala dugaan tapi I cepat2 beristifar ... well, I believe everything happens for a reason ...

Tuesday, April 6, 2010

IncomeTax dah settle

Ribut tak, hujanpun tidak, I tak tahu angin apa dah masuk badan I nih, tetiba jer jadi rajin bangat, jangan buang tebiat sudahlah. Selalunya part2 income tax ni, "last2 minute" barulah I nak "kapoychi", barulah sibuk nak completekan borang tuh tapi ...jeng ... jeng... jeng ... bukan saja I dah abih isi, dah hantarpun kat income tax semalam. Fuhh ... lega sungguh. Tapi yang mengherankan I, pendapatan I untuk tahun lepas kurang sikit daripada tahun yang sebelumnya, tak tahulah pulak macam mana boleh jadi gitu. Satu lagi, kalau last year, I kena bayar banyak, this year gomen pulak terlebih potong. Dua tiga kali jugak I dok kira balik, kot2 tersalah kira tapi memang "sah dan sahih" gomen dah terlebih potong. Yahoooo ... tahun ni I takyah bayar apa2 ....

Wednesday, March 31, 2010

Bayar zakat RM888

Semalam, cammana tah tetibar jer datang pulak penyakit rajin I nak isi borang incometax untuk tahun 2009. Selalunya "last2 minute" baru nak isi tapi entah dari duduk goyang kaki jer, baiklah I buat kira-kira sikit. Tahu tak berapa I dah bayar untuk zakat pendapatan I tahun lepas. Jeng ... jeng ... jeng 888 hengget. Cantikkan nombor tuh, tambah2 pula I buat untuk kebaikan dan kebajikan, harap2 akan berlimpah ruahlah lagi rezeki I. Tahun ni, dah masuk empat tahunlah I buat pembayaran zakat melalui potongan gaji, senang sikit, takyah nak susah payah kira. Selalu, sebelum2nya I kira sendiri dan untuk tak bagi rasa was2, I lebihkan sikit. Orang kata biar berlebih jangan berkurang dan I "lamsam" kan sekali dengan duit2 saving I yang idaklah berapa banyak tuh dan I "akadkan" pada emak I suruh tolong dia bagi kat Yang Ghafor untuk diagih2kan di kampung. Lebih afdal sebab Yang tahu sapa yang berhak dapat duit tu dan secara tak langsung tanggungjawab I pun dah terlangsai. Part barang kemaspun, I taknah lupa tetapi memandangkan I banyak melaram "white gold" berbanding "yellow gold", so tetiap tahun bayaran zakat barang kemas I ni lebih kurang sama jer. Zakat ni memang penting tetapi kenkadang "people take things for granted", buat2 lupa dan paling teruk langsung tak bayar. Tapi tak rugipun kalau bayar, sebabnya kenkadang time kita rasa kita macam "betul2 sesak dan kering-kontang", tapi esok2nya tetiba jer orang bagi duit (i.e bayar hutang). Ada yang kata itu berkat doa orang yang dapat zakat kita ... wallahhuallam ... itulah keberkatannya.

Bercakap pasal zakat ni, teringat I pada sorang kawan I yang masih "single mingle tapi kayas gilers". Umurnya lebih kurang baya I, nak kata tak cantik, cantik sikit daripada I sebab I cantik banyak, badan pulak sedang2 jer (idakklah gumuk cam I nih) tapi tulah yang herannya takkan takda langsung "jants" berkenan. Gaji minah nih memang I takleh lawanlah, kiranya segala savings dia tuh "tak abih makan beberapa keturunan". Apataknya, kedekut yang teramat, beli baju kat "Reject Shop" jer. I tahulah sebab I pernah kuar shopping ngan dia. Berkira sungguh minah sekoq nih. Tapi itulah nasib dia selalu tak berapa baik. Bayangkan ada sekali tuh Toyota Camry dia yang dipark kat dalam kawasan rumah sendiri kena pecah, lepas tuh accidentlah pulak, terus tukar kereta pakai Harrier. Masa awal2 pakai Harrier, cermin kereta minah nih kena ketok masa berhenti kat traffic light, briefcase dibawak lari, tak lama kemudian, masa dia park kereta kat MidValley (kalau tak silaplah) kereta tu pulak hilang dicuri orang. Lama jugak baru jumpa tersadai kat Ampang. Ingat lagi, masa dia dok bercerita kat I, tak tahulah pulak macam mana I boleh terlepas cakap, "aku rasa ngko nih tak bayar zakat, itulah sebabnya macam2 jadi kat ngko, kalau ngko congak balik apa yang kau dah rugi tuh aku rasa sama jer dengan jumlah yang patut ngko bayar buat zakat ngko". Hisshh ... hisssh .... "lasernya mulut akak ni, takda insurans langsung tapi betul hape akak cakap".

Thursday, July 16, 2009

Bagus gak idea tu ...

Hari tu masa bersembang2 ngan kenkawan, kitorang tersembanglah pasal income tax. I cakap tahun lepas I beli banyak story books for Soraya and myself tapi sayang resitnya semua I buang, jadi nak claim income tax susahlah sikit. Kalau less than RM300, should be no problem tapi kalau lebih, takut kalau kita isi, lepas tu income tax nak bukti payahlah pulak, sebab resit takda. Sekarang ni, kalau beli English story books or novels, satu jer dah cecah RM50, apatah lagi si Soraya I tu, kalau beli nak dua tiga buah. I pasal buku, I tak kisah sangat sebab memang dia bacapun.

"Alah Lin, senang jer, macam I, I sediakan kotak kasut satu so apa2 jer resit barang yang I beli, I campak jer dalam kotak kasut tu. Nanti esok2 nak isi borang income tax, asing2 kan jer resit tu", kata sorang kawan I ni. Kalau difikir2 balik, bagus jugak idea tu. I part2 resit ni, kurang sikit managementnya. Selalu lepas beli, resit campak dalam beg. Handbag kalau lagi besar, lagi banyaklah harta karun, segala benda mak nenek diisinya. Soraya selalu bising kalau suruh ambik handbag I, "beg mummy ni macam ada batu, berat sangat". Bila sampai masa nak tukar handbag pulak, abih semua resit dalam handbag tu I buang dan yang tukang masukkan ke dalam tong sampah, siapa lagi kalau tak si Alea. Lagipun, bukan susah sangat nak cari kotak kasut kat umah I, berlambak2, sebabnya I dan anak2 "memang gila kasut".

Anyway, Kak Anie, thanks for the "bernas idea".

Saturday, May 2, 2009

Last minute, itu yang thrill

Biasalah, kalau tak orang tak panggil kita orang Malaysiakan. Semuanya suka buat last minute dan yang paling thrill yang last-last minute nilah, resultnya selalu cemerlang, gemilang dan terbilang.
Dari masa belajar sampai dah keje and sampai dah nak pencenpun, memang kita suka buat sesuatu tu last minute.

Takyah ambik orang lainlah, I sendiri nipun. Sebenarnya kalau nak isi form tu tak sampaipun 20 minit tapi saja jerrr. Bila dah sampai dateline, barulah kelam-kabut. Esoknya nak hantar, ari ni baru sibuk cari form, cari EC form, cari slip insurans, cari resit apa2 yang patut. Apa lagi kalau tak pasal income tax yang datelinenyer 30 April.

Esoknya, mintak tolong hubby drop kan kat Jalan Duta. Malas nak drive sebab dah tahu memang takder parking nyer. Memang betul, bila sampai jer kat Jalan Duta, berpusu2 manusia baru nak antar borang income tax. Kebetulan masa I nak masukkan sampul surat, ada sorang orang media ni tanya one of the LHDN officer, "Cik, ramai ke yang hantar hari ni". Jawab si officer tu, "Tadi dah hantar dua kotak penuh ke atas, awak tengoklah sendiri orang tak putus2 datang".

Lepas masukkan borang, I pun gilah ke kaunter bayaran. Nasib I memang baik, mula2 ada sorang auntie tu tolong pinjamkan I pen lepas dia tengok I terkial2 cari pen dalam beg and masa dok isi form tu, aleh2 ada sorang office LHDN lain tu tanyer I dah ambik nombor ke. "Nombor aper", I tanya balik. "Nombor giliran, takperlah, nanti saya ambikkan." "Alahai, terima kasihlah dik oii".

I dapat nombor 1379, nombor yang tertera kat skrin 1340 ... woiii lamanyer I nak tunggu.
Tapi amazinglylah, cepat juga. Tak sampai 20 minit tunggu. Masa sampai giliran I, sempat gak I tanya budak kat kaunter tu, "Dik, apsal bila akak kira, bayar cuma sekian2, nanti dua tiga bulan kakak dapat surat kena bayar sekian2. Akak kira betullah dik, gaji ciput jer, takdenyer akak nak klepet2".
"Itu dah yang kena audit kak," jawab si budak kaunter tu.
"Kalau camtu takyah lah akak kira, you all ajelah yang audit. Tak ker dua kali keje. Takpalah dik, akak nak tanya jer sebab akak tahu adikpun bukan tahu apa2pun," I cakap and terus belah.

Betul tak I cakap, baik balik macam dulu, biar ajer LHDN yang kira dan audit, kita bayar jer. Ni tak dah suruh kita taksir sendiri, lepas tu dorang kira/audit balik, tak ker dua kali keje tu.