Anyway, hari nih I narrow down to handbag Birkin Hermes yang memang "maha mahal". Uhhh...rasa hidup balikpun, I takkan beli, biarlah akak pakai Coach jer yang sekrg nih bersepah2 orang memakainya dan secara tak langsung menunjukkan betapa murah sangat Coach pada masa nih...nak buat camner itu jer yang akak mampu. For those yang tak tahu asal usul Hermes, ini ada sikit backgroundnya yang I ciluk kat wikipedia - Beg tangan Birkin adalah beg buatan tangan Hermes dan dinamakan dengan nama seorang pelakon dan penyanyi Jane Birkin. Beg tangan ini menjadil simbol kekayaan kerana harganya yang tinggi dan tidak mampu dimiliki oleh orang awam. Harga bagi sebuah beg adalah diantara US$9,000 (lebih RM25 ribu) hingga US$150,000 (lebih RM450 ribu). Harganya menjadi lebih mahal bergantung kepada jenis bahan yang digunakan. Beg-beg tangan ini diedarkan ke butik Hermes pada jadual yang tidak berkala dan dalam jumlah yang terhad, ini mencetuskan rebutan dan, secara tidak langsung ia telah menjadi eksklusif. Ia akhirnya menjadi kegilaan ramai dan dikatakan mempunyai senarai menunggu yang panjang sehingga enam tahun, dan dikatakan mempunyai senarai menunggu paling lama dalam sejarah.
A full-time working mummy who have to juggle between work and family. Married and blessed with two beautiful princesses. Believes in a philosophy "Life is not complex...we are complex. Life is simple and the simple thing is the right thing".
Showing posts with label branded items. Show all posts
Showing posts with label branded items. Show all posts
Wednesday, June 6, 2012
Hermes oh Hermes
Anyway, hari nih I narrow down to handbag Birkin Hermes yang memang "maha mahal". Uhhh...rasa hidup balikpun, I takkan beli, biarlah akak pakai Coach jer yang sekrg nih bersepah2 orang memakainya dan secara tak langsung menunjukkan betapa murah sangat Coach pada masa nih...nak buat camner itu jer yang akak mampu. For those yang tak tahu asal usul Hermes, ini ada sikit backgroundnya yang I ciluk kat wikipedia - Beg tangan Birkin adalah beg buatan tangan Hermes dan dinamakan dengan nama seorang pelakon dan penyanyi Jane Birkin. Beg tangan ini menjadil simbol kekayaan kerana harganya yang tinggi dan tidak mampu dimiliki oleh orang awam. Harga bagi sebuah beg adalah diantara US$9,000 (lebih RM25 ribu) hingga US$150,000 (lebih RM450 ribu). Harganya menjadi lebih mahal bergantung kepada jenis bahan yang digunakan. Beg-beg tangan ini diedarkan ke butik Hermes pada jadual yang tidak berkala dan dalam jumlah yang terhad, ini mencetuskan rebutan dan, secara tidak langsung ia telah menjadi eksklusif. Ia akhirnya menjadi kegilaan ramai dan dikatakan mempunyai senarai menunggu yang panjang sehingga enam tahun, dan dikatakan mempunyai senarai menunggu paling lama dalam sejarah.
Monday, March 21, 2011
What the hell ...
"What the hell am I thinking". Macam mana I terjebakpun, I tak tahu. Sepatutnya, semalam, my plan cuma nak gi jumpa fren kat KLCC, minum2 kat Dome, lepas tu balik rumah, main badminton ngan Soraya, langsung tak terniatpun nak beli apa2. Lillah ... never came across my mind that I would be spending thousand of ringgits in a day. Aduhh, in the first place, I shouldn't masuk butik tu at all. Why???Why??Tell me why?Why?Tell me why (tak pasal2 ingat lagu Taylor Swift). Citernya, I memang dah lama nak cari handbag yang kaler "off-white". Dah ada satu CD, hubby belikan tapi rasanya satu tak cukup. Bukan latest punyapun, tapi I just love the design. Inilah bahananya, nak tambah collection kunun... padan muka I ... uhuk...uhuk...uhuk...
Labels:
branded items,
handbags,
shopping mopping
Wednesday, August 18, 2010
Cari baju raya
Minggu depan dapat gaji plus ngan komisyen. so rasanya bolehlah I start "membeli-belah" baju anak2. Sebenarnya takyah tunggu dapat gajipun dah boleh pegi "window + shopping" barang tapi lately nih, masa I terlalu terhad, tak sempat nak "bershopping2" sakan. Cadangnya nak belikan adik ngan kakak, beberapa helai baju ngan baju kurung sekali. Si Dewi pulak, katanya taknak baju sebab baju dah berlambak2, dia cuma kalau boleh nak "gelang kaki siap loceng" (teringinlah tu sebab tengok I pakai) ... okaylah, okaylah, nanti kita cari, lepas tu nak carikan Mak Selayang baju kurung sepasang. Adik I, Azean cakap, cari kat The Weld dulu, banyak baju kurung cantik2. I ingat untuk bebudak, I nak gi masuk Guess Kid or Gap or Zara jerlah, sebab harituh I tengok banyak baju "new arrival". Memandangkan bulan nih, ada orang tuh janji nak bayar hutang kat I (harap2 janganlah janji2 palsu jer), rasanya bolehlah I berbelanja lebih sikit untuk anak2. Sebenarnya, bukannya dorang takda baju baru, cuma saja jer nak "memeriahkan" lagi bulan posa dan Hari Raya yang bakal menjelang. Macam kakak no hal, dah pandai bergaya, si adik nih payah sikit, balik2 nak baju "Ben-10" or "Tom and Jerry", balik2 baju tuh, pening kepala I. Kenkadang I nak jugak tengok si adik, pakai baju gaun pompuan yang simple dan cantik, yang takda ropol2nya, tapi susah bebenor sebab Alea memang tak suka langsung. I pulak, tak payah baru raya, baju kurung I berlambak2, sebut jer "rogna" apa, semua dah tersedia dalam lemari kat bawah tuh. Tahun nih, si Azean dan anaknya beraya ngan I sebab Mak Selayang balik Perak. I pulak bukannya tak nak balik, tapi I ingat cuti Raya yang panjang nih, I nak mentelaah sebab tak lama lepas raya, I kena duduk exam. Harap2 I passlah exam tu nanti .... tak raya takpa, yang penting pass exam, cerah masa depan akak ......
Labels:
branded items,
cuti,
exam,
family,
hari raya,
mak,
nostalgia,
ramadhan,
shopping mopping,
soraya,
ten-ten (Alea)
Thursday, August 5, 2010
Handbag baru I
Hari nih I gi One Utama. Cadangnya memula nak gi ambik gambar yang dah dicuci, lepas tuh nak cari "thumbdrive" dan lepas tuh nak gi beli toys Toy Story si kecik I. Si kechik I tuh semalaman merajuk sebab hubby beli Toy Story yang "kechik cinonet"nyer, dia nak yang "besor" yang "reganya"pun haruslah "besor". Masa dok tengah pilih "thumbdrive", tetiba masuk SMS dari hubby cakap yang dia nak belikan si Alea toys yang si kechik nak tuh. "Alhamdullilah, selamatlah duit aku, kalau tak harus melayang 200 hengget". Jampun masa tuh dah nak kul 11.30 pagi, sat lagi, si Alea dah nak kuar sekolah, so cepat2 I jalan ke parking, takut terlambatlah pulak. Dalam dok nak ke parking tuh, mata nih bolehlah terpandang kat butik handbag satu nih, bolehlah pulak tuh dengan "selamba kodok" masuk ke butik tuh. Sebenarnya dah lama I berkenan kat satu handbag nih, tapi biarlah dulu, mahak sangat, baik tunggu sale dan kebetulan ada sale "abih stock" pulak hari nih. Aduhai, nak beli ker tak beli, nak beli ker tak beli ...tak beli menyesal ...last2 belilah juga ... melayang dua hebu hengget ..."apasallah aku gatal sangat masuk butik nih tadi .....tapi design handbag yang I beli tuh tak da dalam gambar kat atas cuma brand jer sama, uhuk ...uhukkkkkkk"
Labels:
branded items,
family,
mummy,
rezeki,
shopping mopping,
ten-ten (Alea),
toys story
Friday, July 16, 2010
My dream car

Inilah kereta idaman I. Dari dulu lagi, I memang minat kereta nih tapi of courselah "manalah I mampu" dengan gaji "seciput" I. Rasanya sampai pencenpun, I takkan dapat kereta idaman I nih. " Ambik bau jerlah". Anyway, I bersyukur dengan kereta yang I drive sekarang nih. Insyallah, selagi I boleh "lenjan", I akan "lenjan abih2". Walaupun dah lima tahun I pakai, kenkawan I cakap, "Lin, kete ngko still nampak baru lagi beb ...." Wednesday, July 14, 2010
KakAje:Life in the Fab Lane

Pompuan yang kat atas tuh, bukannya lawa sangat, "biasa2" jer tapi yang pentingnya pompuan nih "kaya$ raya$". Orang yang tak lawa, bila dah "kaya$ raya$" mesti boleh jadi lawa "ada duit semua boleh jadi lorr". I memang suka tengok program realitynya "Life in the Fab Lane" sebab dapatlah I berangan2 "kalaulah aku boleh jadi kaya$ raya$" macam gitu, harus ramai yang datang "menyembah2", ramai yang akan jaga I siang malam, pagi petang hatta sampai ke "subuh sepie". Itu kalau pompuan "kaya$ raya$", kalau spesies jantanz "kaya$ raya$" pulak, harus ramai yang mengekor, tak kira anak dara, janda atau bini orang, silap2 guna "mak esah" ... yerlah dah puas hidup susah, nak jugak rasa senangkan . Pompuan2 murahan cam ginih bukan kira, jantan tu perut boroi ker, muka macam pecah rumah ker, janji poket penuh beb, dosa pahala tolak tepi. Ehhh, melalut pulak akak nih ... Oh yer, tengoklah rumah si Kimora nih, harus I duduk "berkubang" jer dalam rumah sepanjang hari. Cakap lu, boleh giler I tengok koleksi kasut dan bag "Louis Vuitton, Chanel dan Hermes" yang berlambak2 tuh. Aduhai untungnya badan ... berangan jerlah aku ......
Labels:
artis,
branded items,
family,
fashion,
kasut,
money,
mummy,
myself,
reality,
rezeki,
rumah itu syurgaku,
shopping mopping,
that's life
Tuesday, June 1, 2010
Lagi2 pasal kasut
Tengahari tadi, sementara nak tunggu ambik si anak dara kechik I, Alea yang "dah malas nak gi toyah" sebab lama sangat "terperuk" minggu lepas kat rumah sebab tak sihat, I pun "saje2 jer"lah jengok "lemari kasut" I. Punyalah I "terkezut girafah", rupa2nya banyak lagi kasut I yang tak dipakai. Ini baru kasut, belum lagi I "singgah tengok" baju I yang "berlemari2" tuh, lebih2 lagi baju kurung, memang "terkurung"lah dalam lemari tuh. Takpa, kali nih biar I citer pasal bab kasut dulu. Nak kata I adik beradik Imelda Marcos tidak jugak tapi fuhyooo .... memang banyak betul kasut I nih. Macam2 brand, dari yang berbranded sampailah yang takda brand langsung, tapi yang peliknya I nih "asyik2 ulang kasut yang sama, asyik2 ulang pakai kasut yang sama. Last2, sekali kasut yang sedia ada "terexpire" macam tuh aje. Paling I tak faham dengan diri I sendirilah, pesen dan rogna kasut I semua memang "serupa dan sepattern". So, memandangkan, banyak lagi kasut I yang "fresh dan new" yang masih belum berpakai, I nak buat azam "setengah tahunlah", memandangkan enam bulan dah berlalu untuk tahun ini . Azam "hengat2 taik ayam" I kali ni ialah yang "I tidak akan membeli hatta melintas di bahagian mana2 department kasut" dalam tempoh setahun ini. Ingat, dalam setahun ini yang I tidak akan beli kasut lagi, dengan kata lain, I akan hanya "melanyak" kasut2 yang sedia ada. Wassalam...
Labels:
azam,
branded items,
demam,
family,
kasut,
myself,
shopping mopping,
ten-ten (Alea)
Wednesday, March 3, 2010
Me and the "Mak Dats"
Untuk aktiviti sukan I cuma aktif dalam bowling jer, so dalam seminggu mesti "full"nyer. Mana taknya, I ada morning league bowling Selasa (kat club) dan Khamis ( One Utama) dan petang Jumaat, malam Sabtupun kat One Utama. Yerlah, dalam I dok melopong jer kat umah tu sementara nak tunggu ambik Alea sekolah dan masuk keje tengah hari, baik I joined league2 ni. Selalunya yang hari Selasa I sempat ambik anak tapi yang Khamisnyer, I suruh hubby ambik sebab selalunya we all abih lewat sikit. Morning league ni normallynya di kalangan housewives yang tak bekerja (yang laki kayas rayas) , selalunya yang join "mak2 dat" (mak datin) aka "tai-tai" yang boring duduk rumah dan tak ada aktiviti2 lain. I jer yang tersesat dalam golongan tu sebabnya I ni bekerja tapi in "shift hours" dan cuma ada gelaran "bini orang" jer. Best jugak "laga2 bahu dan laga2 pipi" ngan "mak2 dat" ni dan tengok gelagat dorang. "Wa cakap lu, datang nak berbowling jer, tapi dressing kenkadang macam nak gi dinner, glamour abih. Yang branded jangan cakaplah, dari hujung kaki sampai hujung kepala. Rambut pulak, macam lepas set gitu, beralun2 dan berkaler2pul lagi. Itu belum handbang ngan kasut, "wajib makronah" harus matching. Jangan tak percaya ada seorang "mak dat" ni umur dah 53 tahun tapi body pehhhh ....cam anak dara siot ... siap pakai G-string lagi (bukan apa I ternampak masa dia tertonggeng2 nak pakai socks). Lagi best, memasing ada drebar tolong seret beg bowling, abih jer boling dah siap drebar tunggu nak angkut balik. Akak ni jer yang dok seret beg bowling sendiri, ulang alik. "Mak2 Dat" ni walaupun "ikan gelama" abih, tapi memasing baik hati cuma yang tak larat bila time lepak2, "main subject" mesti borak part "branded2 item". Yang sorang ni beli kat Paris, yang sorang ni beli kat London, yang sorang ni beli kat Hong Kong. Memasing dok tayang menayang. Akak ajer yang beli kat KLCC or Pavillion or Starhills. Nasib baik jugaklah I ada series or handbag collection, bolehlah I usung atau tukar ganti sekali sekala. Taklah nampak "cokiah" sangat. Camnerpun part "general knowledge" zero, tapi tak semualah, ada gak yang "terrer the merrer". One thing I notice, pasal apa "Mak2 Dat" ni kena "dress to kill" walaupun setakat berboling jer sebabnya they have to bersaing sesama sendiri. Yerlah, takkan awak nak pakai selekeh kot sedangkan "Mak2 Dat" lain yang datang "melaram abih", mestilah dorang nak tunjuk sapa pakai yang "paling terbranded" punyer. Satu lagi sebab depa ni tak bekerja so bila lagi nak pakai lelawa macam ni, time2 seginilah selain dari attend dinner, teman hubby memasing tapi takkan dinner tetiap malam kott....
I ingat lagi masa zaman dok hantar Soraya gi kelas kat Bangsar dolu2, mummy2 yang antor anak bukan main lagi bergaya sakan. "Nah engko ... kasut lima inci tinggi, mesti yang branded punya, bajupun macam2 pesyen gitu, ada yang seksi ada yang tak seksi tapi kira "up-to-date" abih" padahal hantar anak gi montessory aje lepas tu lepaklah kat Coffee Bean ker, Starbucks ker dua tiga jam sementara anak nak kuar kelas. Kiranya beli baju "mehe2" tu cuma nak pakai tayang masa time2 segini jer. Kesian kan kat dorang ni. Lagi satu, nak berbelanjapun "takleh sesuka hati" sebab harapkan duit laki sebab "yang kaya/cari duit laki bukannya bini (bini tunjuk lagak dan berlagak jer)" , so POKOKnya kalau kita pegang duit sendiri, tak harap duit sesapa (duit hubby tu dah jadi tanggungjawab dialah nak bagi) ... anytime boleh horaaa beb ..... Nasib baiklah I kerja kalau tak baju2 glamour I yang berlemari2 tuh cuma I boleh tayang masa hantar/ambik anak sekolah atau gi beraktiviti bowling jerlahhhh .....

bowling,
branded items,
myself,
shopping mopping,
that's life
Thursday, February 11, 2010
Kasut oh kasut
I memang spesies yang obsess ngan kasut. I tak kisah kasut murah ker, mehe ker, janji cantik dan kena untuk I. Lemari kasut I, dah berlimpah ruah ngan kasut2 I, anak2 dan hubby. Siap "berlabel" lagi sebab nak senang cari tapi tak jugak, kena gak memunggah. Disebabkan terlalu banyak, ada yang dah expirepun "price tag" still intact, maknanya tak berpakai lagilah tu. Sampai macam tulah "gilanyer I kat kasut". Peliknya pulak, kasut I, kebanyakannya "pesen dan rogna" sama jer. Tak kelabu, off white, tak off white, cream. Bukan apa, senang I nak match ngan semua baju. Tapi yang geramnya, dalam banyak2 kasut tu, yang sama jer diulang tetiap hari. Lagi satu, tak retilah I nak pakai kasut yang dempak2 ala2 "baling anjingpun boleh mati". Paling mehepun kasut I rega dalam "dua hebu hengget", apa ke namanya bergulung lidah nak nyebut "Boggeta Venneta". Hubby yang beli, kalau harapkan I '"sampai kiamatpun I tak belinyer". Udahlah beli berhebu2 hengget reganya, adalah pulak tu sayang nak pakai, abih2nyer, tersarung cantiklah lagi tersimpan dalam lemari tuh. Itu sebabnya I suka beli yang murah2nyer, boleh lanyak betul2. Lagi satu, yang branded selalu pesennya "kureng menarik". Buat apa beli mehe2 tapi tak cantikkan. Ada pulak yang tumitnya mak datok, kalau tak tinggi, bagak semacam ... kesian tengok orang yang memakainya, tapi biasalah pompuan "sakitpun sakitlah asalkan orang nampak kita bergaye dan up-todate walaupun bergaye cuma nak antor anak sekolah jer, kesiankan". Macam I cakap awal tadilah, I memang tak kisah brand apa, asalkan "sesuwei" untuk I. Selalunya I masuk Vincci jer and paling mehepun "Guess". Paling terbaru I beli kat shopping kompleks kat Seri Kembangan. Dalam I dok melilau-lilau sorang2 lepas main bowling, terpandang I satu kedai kasut. Kedai "coki'ah" jer, nama kedaipun ingat2 lupa tapi yang pastinya brand kasut tu I ingat sampai mati "XES", kalau diterbalikkan jadilah "SEX". "Amboi gateynya, anak dara yang dah tak dara ni". I berkenan satu kasut, rogna "gold tak gold", rega dalam 35 hengget. I pun jinjinglah kasut tu nak gi bayar, alih2 amoi cashier tu cakap kat I, "kakak, ambil satu lagi promotion raya china, harga cuma 88 sen". Terkejut gajah I. Memandangkan I memang berkenan kasut rogna"gold tak gold" tadi, so I suruh amoi tu ambil sepasang lagi, bolehlah I belasah tetiap hari tapi takada saizlah pulak. Nak taknak, disebabkan bukan senang nak dapat kasut rega 88 sen, I ambillah satu lagi kasut rogna "gold" jugak, ada manik2 lagi you. "Siaplah aku balik ni mesti kena leter ngan si Dewi sebab beli kasut lagi". Memang betulpun, dunia dah terbalik kot, selalunya Mem yang patut leterkan maid, ni si Dewi pulak yang membebel kat I sebabnya dia kata yang I dah boleh bukak kedai kasut kat rumah sebab kasut berlambak2. "Entahlah Dewi, kakak memang pantang tengok kasut, tangan ni gatai jer nak membeli, ... kasut ...oh ... kasut..."
Labels:
branded items,
kasut,
mummy,
shopping mopping
Wednesday, December 30, 2009
Beg LV dah bersepah2
Sekarang ni, among branded handbag yang faling fofular ialah LV Vuitton (betul ke I eja ni). Semua orang nak pakai handbag cop ni sampaikan hari tu masa I gi pasar malam kat Bangsar, nyonya yang jual ikan kat situpun dok kepit bag LV cakap lu. Tangan dok sibuk bungkus ikan, kat ketiak kepit handbag cop LV lagi, jangan maree . "Wei, ko jangan ingat tu bag imitation, silap2 oliginal lagi, kalah kita yang keje pejabat ni". Bukan apa kat Mesia ni, sejak Datuk SN usung handbag cop ni, ramai juga nak jadi macam Datuk ni, mampu ke tak mampu, wajib pakai beg cop LV. Yerlah, orang lain bergaya, kitapun nak gak bergayakan, kalau dulu asyik2 pakai handbag Bonia, Sembonia, Sachs, apalah salahnya kan dah ada duit ni, pakai yang "mehe" sikit. Biar imitation gred A, asalkan orang tengok kita macam "Mak Datin", itu yang fentingnya. Biasalahlah, orang kenkadang yang tak mampu tu "lebih kerak dari nasik", orang Perak pulak cakap "Biar pape asal bergaye, alang2 laki dah botak, botakkan lah dia lagi". I pun usung gak handbag cop LV ni, hubby yang belikan, cukuplah rasanya dah dapat ngasa pakai dua handbags and satu purse cop LV ni. Nak tengok??? "Takyahlah, malas akak nak postkan gambonya kat sini, nanti orang kata akak nak menunjuk2 pulak. Alangkan masa akak tulih yang akak "goes for branded item" dalam earlier entrypun, dah ada orang mengata, inikan pulak tayang handbag tu kat sini, lagi berkilo2lah umpatannya." Kesian betul I kat spesis2 macam nikan, "dah tak ada keje lain agaknya, tak abih2 nak menganyam ketupat".
Tapi memang betullah, handbag yang "mehe dan branded" ni selalunya tahan lasak dan lagi lama kita pakai, kulitnya akan bertambah lembut ... pendek kata puas hati sesangat2 dan macam orang tua2 cakap "alah membeli, menang memakai". Tapi, lately ni, I dah tak bape nak fancy lagi handbags sebab I rasa dah banyak sangat collection handbags I. Lagipun "cukup2lah tu, membazir tu kan, sahabat syaitan", baik I guna simpan duit tu dalam ASB, boleh gak duit tu beranak pinak. Orang kata, setakat nak tunjuk gaya tapi duit takdapun tak guna jugak kannnnn .....

anak2 mummy,
branded items,
myself,
shopping mopping
Saturday, September 5, 2009
Alamak, I sudah ter"overspent"
Alamak, bulan ni I dah ter"overspent"lah pulak. Punyalah lama tak "bershopping mopping", tetiba jer tanpa dirancang, tak tahu macam mana, I boleh terlanggar "janji-janji manis I sendiri untuk tidak membazir tak tentu arah terutamanya dalam keadaan ekonomi tidak menentu ini". Macam semalam I tak kerja, I gi KLCC, cadangnya nak teman kawan, tapi terbaliklah pulak, dia pulak yang teman I bershopping. "Giler ke apa", I boleh borong tujuh helai baju yang sama pattern tapi different colours dengan alasan I memang dah lama cari baju yang style tu, baju ala-ala kemeja yang ikut badan. Lagipun murah sesangat kalau nak tengok pada brandnyer, brand Cultivation, tak silap I. Oklah, lepas tu, pegi pulak kat bahagian kasut, nasib baik, kasut yang I minat tu takada saiz, kalau ada saiz, melayang lagilah duit I. Turun bawah Isetan tu, pegi pulak kat bahagian kosmetik, cadang memang I nak cari perfume sebab perfume dah abih. Bukan setakat perfume, skincarepun I beli, lipstik sampai dua pulak tu. Aduhhh ... kali ni I tenyeh jer kat kredit I.
"Aku nak cari baju raya anaklah, baju si Alea, kakak dah ada", I cakap kat kawan I tu. Nasib baik bila sampai kat Guess butik tu, punyalah ramai orang, so kitorang tak jadi masuk. "Takpalah, nanti aku datang kemudian, beli untuk si Alea senang, takyah bawak dia, si kakak cerewet sikit". "Eh, jom, kita pegi Ampang Park sat, aku nak tukar baju kurung mak aku". Baguslah kawan I ni, ikut jer, tak kisah langsung. So, kitorang pun naiklah LRT ke Ampang Park. Sampai Ampang Park, aduh lagilah giler, tengok baju kurung yang new arrivalnya ... mak datok cantik ... juling mata I tengok. Belek punya belek, punya belek, kawan I beli sepasang tapi I baju kurung dah banyak sangat kat umah so I cadang nak cari baju linen biasa jerlah. Memangpun, tetiba I berkenan ngan satu baju tu, colourpun cantik so apa lagi ... I boleh "selamba badak" jer beli tiga pasang siap ngan seluar lagi dua pasang, padahal seluar dah berlambak2 kat rumah. Astagfirullahalazim ... apa nak jadik ngan I ni. Okay ... tak abih lagi ... tenyeh menenyeh terus bersambung hingga ke petang pulak.
Petangnya, sempat I gi One Utama kejap, kononnya nak cari cream kulit untuk si Alea, alih2 tersinggahlah pulak kat Parkson, tertengoklah pulak ada promotion jual sendok dan segala bagai kuali yang tak melekat tulah. I gasak boleh borong sendok sampai tujuh dan kuali satu, lepas tu siap beli bed-sheet dua pasang lagi tu. Takpalah, semua tu untuk raya. Menenyeh lagi. Lepas tu menyesallah pulak, sambil jalan nak gi parking, sempat I dok merepek kat diri I sendiri, "Ya Allah, apsal aku beli semua ni, ni belum masuk baju anak2, adoi ... fenin aku, fenin, fenin".
Itulah, nasib I kerja, pegang duit sendiri, takyah nak mintak kat sesapa. Rasa nak beli, beli jer lepas tu rasa menyesallah pulak (kejap jer tu, lepas tu buat lagi). Bayangkan those yang tak kerja, tak pegang duit sendiri, "memang boleh beli kalau rasa nak beli, mintak jer kat husband, no hal one, tapi the thrill nak membeli tu tak sama dengan those yang memang pegang duit gaji sendiri". Oh ya, sebut pasal keperluan raya ni, rasa2nya nak mintak kat hubby duit lebih sikit, nak beli baju anak2 ngan baju I sekalilah. Duit I, duit I jugak, tanggungjawab, tanggungjawab jugakkan.

Monday, July 20, 2009
KLCC, I see you when I see U
Lama sungguh I tak gi KLCC, rasa2nya kalau ditolak campur, hampir setahun rasanya. I lebih suka gi One Utama sebab dekat ngan rumah, takyah nak redah2 jam kat town. Selalunya, kalau tak ada tujuan, I memang malas nak gi mana2. Baik lepak aje kat rumah ngan si Alea ngan Soraya memandangkan I bukannya selalu ada masa ngan dorang. Kalau saja2 nak gi kalu, memang takdanya. Sebab apa, tak pasal2 nanti duit I yang melayang. Benda yang tak rancang nak beli, terbelilah pulak, lepas tu balik rumah termenung, "pasai apa aku beli menatang ni, membazir aje duit aku". Duit ni macam air, lagi banyak keluarkan dari bank, macam tulah banyaknya kuar untuk "beli tah apa2". Tapi last Saturday I gi KLCC sebab I ada sebablah. Antaranya nak betulkan belt I. Dah lama I beli tapi tak pakai2 sebab terlalu panjang, tak tahu mana nak repair. Repairpun takleh sebarangan tempat sebab belt I ni "boleh tahan gak reganya". Satu hari tu, I terceritalah kat kawan seofis I dan dialah yang cadangkan I gi kat "Minute Cobbler KLCC" sebab kat situ kerja repairingnya tahap "international". Memandangkan dia yang cadangkan I percayalah sebab dia nipun bukan sebarang orang beb ... beli barangpun semua yang branded2 jer. Maklumlah, I boleh kelaskan dia sebagai pompuan paling kayas rayas di level I ni. Duit dah tentu tak abih makan, boleh buat selimut lagi sebab still single mingle, takyah tunggu duit insurans, sekarang jugak bukan setakat kete, rasanya bapak segala bas boleh beli. Itu belum lagi bab2 holiday kat overseas. seluruh dunia dia dak gi rasanya.
Macam biasalah, memandangkan si kakak (Soraya) taknak ikut sebab dia ada kelas tuition and lepas tu kenkawan dia nak datang lepak kat rumah, so "bodyguard" si kechik "nottie" tulah yang I usung. Sebelum pegi, I tinggalkan duit RM50 kat kakak suruh dia order pizza kalau2 dia ngan kenkawan dia lapar nanti. Masa nak gi tu, biasalah si kechik ni selalu overexcited tapi still under controlled. Bila sampai kat KLCC, memula sekali I gi makan and lepas tu ke "Boutique Cartier" sebab nak suruh tebuk lubang kat belt tu sebelum direpair and sambil2 tu nak betulkan cincin dan bracelet Cartier and also jam Cartier I sebab kancingnya tak berapa ketat. Sambil dok tunggu tu sempatlah I browsing sekejap kat dalam boutique tu tengok2 their latest collection of watches. Wow, harganya amat menakutkan. Ada satu tu lebih kurang yang macam I pakai tapi nipis sikit reganya almost RM32k dan satu lagi RM52k sebab ada white gold keliling. Rasanya mati hidup balikpun I takkan beli, harap orang bagi present jerlah (in this case, I have to thanks my hubby. Kalau tak, tak merasalah I). Kalau ikut I yang telah dilabelkan "kodokut" ni, baik I beli rumah, lepas tu rent it out, dapat juga hasil. Jam paling mahal yang mampu I belipun mungkin jam Guess. Lepas dah habis browsing tu, I pun beralihlah nak tengok bracelet ke, charm ke, pendant ke untuk si kechik ni. Memandangkan Kakak dah ada collection, I pun tengok2lah kot ada yang sesuwei untuk si adik. Memang ada tapi reganya "waduuuhhhhh, memang gitu mahal sekali". "So nanti2lah, dulu dik ya, insyallah, adik, mummy belikan nanti ok".
Bila dah settle semua, I pun cepat2 angkat kaki kuar dari boutique tu sebelum I terjebak menyain kad beli apa yang tak diperlukan buat masa ini. Terus ke "Minute Cobbler" and I tengok memang tahap profesionalnya para pekerja kat situ. Kurang sejam, belt I tupun siap and "ok, I puas hati, upahpun taklah mahal sangat". Oh ya, sebelum balik, sempat juga I "tumpang lalu" kat tepi Harrods. "Takut akak nak masuk, cuma jeling and ambil bau jerlah". Untuk adik, ingat nak beli baju kat "Guess Kids" tapi most of the collection adik dah ada. Nak cari t-shirt Ben-10, takdalah pulak saiznya. Last2 sekali belikan dia KFC jerlah sebab si Alea ni dapat "mamam"pun dah ok, sebab dia bukannya yang jenis "nangis guling2" nakkan sesuatu benda tu.
Hampir separuh hari I kat KLCC hari tu ngan si Alea. Agak2nya bilalah lagi I nak datang balik. Selain dari agak melencong jauh dari rumah, I sebenarnya dah takda masa untuk "berwindow2 shopping". Sayangkan kalau weekends I dibazirkan macam tu aje, baik I bawak anak2 gi main kat mana2. Bebudak macam anak2 I ni lebih suka dibawak ke "theme park" daripada "window2 shopping" melainkanlah memang ada tujuan macam nak beli toys ke, baju ke etc ...etc ...etc
Oklah KLCC, I see you when I see U ...

Thursday, March 12, 2009
Fancy for branded items?
I do not know about others but as for me I memang giler branded items. I go for original ones (imitation, kalau tak mampu baik toksah beli) , my mum said "tu dah jadi macam penyakit" but for me "it is more for my own satisfaction". Seriously and frankly, I bukan nak menunjuk dan tak ada niatpun nak menunjuk tapi if you can afford it, why not?
Again and again I always told my mum, "Kalau dah ada duit lebih, why not, daripada my hubby abihkan kat tempat lain, baiklah dia abihkan kat I ngan anak2. Lagipun, cari duit banyak2pun, kalau bukan utk wifee tersayang (ye lar tu) dan anak2, abih utk sapa mak ku sorang". Tapi, nak buat camna, I loves all things beautiful - including clothes, shoes, handbags, watches and jewelleries and I believe in paying for quality. I spent quite a lot and also quite capable of spending the same amount on my two gorgeous princesses. But as usual, later-later, slowly, I will give the bills to hubby (mintak balik ganti .... terukkan I ni hehehe). My daughters wear Guess, DKNY Kids, Gap Kids, Ferragamo, LV, Bvlgary, Zara Kids and Benneton (just to name a few) . And, I don' t think that is a problem coz I love all the things I buy and I will eventually get around and used them. Nothing wasted. But sometimes, kalau satu tu kita dah suka, asyik ulang yang sama je kan. My favourite sekarang ni, handbang CD, dah naik season.
I have a collection of handbags, more than 20. Range from Fendi, Bottega Veneta, Gucci, Coach, Louis Vuitton, Salvatore Ferragamo, Bally, Aigner, Christian Dior, Cartier, DKNY, Bvlgari and Prada. For watches, I have Frank Muller, Tag Hauer, Bvlgari, Cartier and jewellery items, mostly from Cartier, Tiffany and Bvlgary while collection of belts from Gucci, Cartier and Guess. For shoes, kalau nak cari yang branded ni, mostlynya I tak berapa berkenan. The most expensive pair I bought ialah Bottega Veneta which cost almost RM2,000. Same goes to my clothings. Hubby and myself suka brand Polo Ralph Lauren, British India, Gap, Zara, Armani Exchange, Guess, Packett, Levi and many more sampai I dah lost count.Walaupun I ni memang fancy branded items tapi dari segi lain I tak pandang ringan. I make sure anak2 I ada insurans dan simpanan tiap-tiap bulan. Ini semua sudah diambil kira, itu sebabnya I boleh belanja lebih sikit. I rasa bukan I sorang aje, ramai lagi macam I kan.. kan.. kan ....

Subscribe to:
Posts (Atom)