Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Tuesday, July 24, 2012

Salam Ramadhan

Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan puasa. Salam Ramadhan untuk semua. Puasa tahun ini mungkin agak berbeza dengan tahun2 sebelumnya. Dan untuk pertama kalinya dalam sejarah I bekerja, I secara "paksarela" kena ambik cuti puasa/raya selama sebulan sebab Dewi akan balik ke Indon, meraikan hari lebaran bersama2 suami, anak dan keluarga tercinta yang lain. Takpalah, bukan selalupun dia balik bercuti, so, tahun ni, "just give her a break". Bertahun2 meninggalkan anak dan suami, sudah tiba masanya dia beraya bersama mereka. Tapi sebelum balik Indon, si Dewi nih kenalah pegi injek dulu, tak bagi peknen. Takut sok2, bila balik ke Mesia balik, tup2 start "wek...wek...wek", tak mengelabah pulak akak nanti. Anyway, bila maid dah  takda nih, maknanya selama sebulanlah I akan jadi "stay-at-home-mum". Part2 mencuci, mengemas, mengelap, mengemop, tak jadi hal sebab memang I suka mengemas dan mahu tengok rumah sentiasa kemas tapi part2 memasak nilah yang berat sikit. Anak dara besar should be no problem for her tapi si kechik pulak yang dok risau sakan. "Mummy...mummy, you can cook ahhh...nanti mummy masyak syup syedapp takk???. Hallo, my gegirls semua, mummy got magic hands one, no problem. But si kechik nih cepat jer jawab balik. "You sure arrr mummy, your magic hands work"? Kwang...kwang...kwang...

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan datang lagi ...

Ramadhan datang lagi. Rasanya baru aje masuk tahun 2011, dan baru sahaja menyambut Hari Raya, tup2 dah nak puasa balik. See, how time flies ... cepat sungguh. Tapikan sebulan tuhpun rasa sekejap jer. Pejam celik, pejam celik, esok dah nak raya. Tahun ni, mcm tahun2 sebelumnya, berbuka puasa dah tentu kat ofis, except for weekends, balik rumah Mak Selayang. And seperti tahun2 sudah, memang I dah kontrak keje pada malam raya. Sedihkan, dengar takbir raya kat ofis jer. Nak buat camner, orang KL (sebab dah duduk KL dr kechik sampai besar w/pun lahir kat Perak), paling jauhpun balik Selayang jerlah. Mak Selayang mcm biasalah, mesti balik Perak walaupun dah takda sesapa kat sana. Kata Mak Selayang, dah jadi tradisi kot, mesti balik jugak sebab raya pertama tuh selalu nak jamu orang2 kampung. I jarang balik beraya kat Perak sebab malaslah tersangkut dalam jem, Penang (belah my fatherpun)pun, boleh dikira dengan jari sebelah tapak tangan. Anyway, berbalik kepada bulan ramadhan ... may this ramadhan be a month of blessings, a month full of forgivenesses and guidances for me and my family ... Ameen ....

Thursday, August 19, 2010

Gelang kaki loceng kak Wiwi

Tengah hari tadi sebelum pegi ambik Alea, I ngan si Dewi, singgah kat Giant untuk beli "groceries" sikit dengan susu dan pampers si kechik. Cadangnya Dewi nak beli ayam sebab esok nak buat nasi ayam bukak posa. I pulak tak keje esok. Sementara, Dewi ada kat dalam Giant, I pun "cuci2 matalah" kat luar pasaraya tu sambil dok belek2 baju kurung yang "berogna-rogni" dan "pelbagai pesen" tuh. Tahun ni, I rasa untuk Hari Raya, I taknak belikan baju kurung untuk Mak Selayanglah. I nak beli blouse panjang ngan seluar panjang, biar nampak "kasual" sikit dan kalau nak gi jenjalan, boleh pakai blouse tuh. Tak sampai 20 minit, Dewipun "calling2" kata dia dah ada kat "cashier" tunggu "banker" jer datang bayor. I lah "banker" yang bertuah tuh ....Dalam perjalanan nak ke parking, we all "terlalu"lah kedai emas si apek "Poh Kong". "Jom Wi, kita masuk kejap, kita tengok jer dulu ... nanti akak dapat gaji baru kita beli". Huhhh, hampeh ... nak tahu, biasalah, dalam "nawaitu" tuh nak tengok2 jer, "terbeli"lah jugak. Sebenarnya, bukan untuk I, tapi untuk si Dewi. Si Dewi nih dah lama mengidam "gelang kaki loceng". So, I fikir dari alang2 bertanya tuh, baik terus beli, kira nih macam hadiah Hari Rayalah untuk dia. Tawar punya tawar dapatlah dalam 1,500 hengget. Dalam pada tuh, sempat jugak I suruh si tokey nih tolong tambah loceng kat gelang kaki I yang hubby bagi masa annivessary hari tuh. Nak tahu, I memang suka dengar bunyi loceng gelang kaki I, dah kira macam "trademark" I lah tuh, especially kat opis ....

Wednesday, August 18, 2010

Cari baju raya

Minggu depan dapat gaji plus ngan komisyen. so rasanya bolehlah I start "membeli-belah" baju anak2. Sebenarnya takyah tunggu dapat gajipun dah boleh pegi "window + shopping" barang tapi lately nih, masa I terlalu terhad, tak sempat nak "bershopping2" sakan. Cadangnya nak belikan adik ngan kakak, beberapa helai baju ngan baju kurung sekali. Si Dewi pulak, katanya taknak baju sebab baju dah berlambak2, dia cuma kalau boleh nak "gelang kaki siap loceng" (teringinlah tu sebab tengok I pakai) ... okaylah, okaylah, nanti kita cari, lepas tu nak carikan Mak Selayang baju kurung sepasang. Adik I, Azean cakap, cari kat The Weld dulu, banyak baju kurung cantik2. I ingat untuk bebudak, I nak gi masuk Guess Kid or Gap or Zara jerlah, sebab harituh I tengok banyak baju "new arrival". Memandangkan bulan nih, ada orang tuh janji nak bayar hutang kat I (harap2 janganlah janji2 palsu jer), rasanya bolehlah I berbelanja lebih sikit untuk anak2. Sebenarnya, bukannya dorang takda baju baru, cuma saja jer nak "memeriahkan" lagi bulan posa dan Hari Raya yang bakal menjelang. Macam kakak no hal, dah pandai bergaya, si adik nih payah sikit, balik2 nak baju "Ben-10" or "Tom and Jerry", balik2 baju tuh, pening kepala I. Kenkadang I nak jugak tengok si adik, pakai baju gaun pompuan yang simple dan cantik, yang takda ropol2nya, tapi susah bebenor sebab Alea memang tak suka langsung. I pulak, tak payah baru raya, baju kurung I berlambak2, sebut jer "rogna" apa, semua dah tersedia dalam lemari kat bawah tuh. Tahun nih, si Azean dan anaknya beraya ngan I sebab Mak Selayang balik Perak. I pulak bukannya tak nak balik, tapi I ingat cuti Raya yang panjang nih, I nak mentelaah sebab tak lama lepas raya, I kena duduk exam. Harap2 I passlah exam tu nanti .... tak raya takpa, yang penting pass exam, cerah masa depan akak ......

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Berpuasa


Hari ini, bermulalah ibadat puasa di seluruh negara. Seperti biasa dan seperti tahun-tahun yang sebelum2nya, I akan berbuka puasa di ofis sahaja, ditemani oleh rakan2 sepejabat yang kerjanya shift petang, kecuali Sabtu dan Ahad. Tahun ini, makanan takda masalah sebab I akan bawak bekal, in fact harinih pun I bawak bekal. Awal2, Dewi dah pesan kat I, yang dia akan masak awal dan akan "tapau"kan untuk I, siap bekalkan kicap lagi. Terima kasih banyak2 Dewi. And tahun nipun, I harap anak dara I, si Soraya dapat puasa penuh. Budak2 nih, kena diasuh dari kechik kalau tak, dah besar panjang nanti, susah nak lentur. Ada sorang kawan I tuh, katanya gastrik, so I rasa, dah beberapa tahun dia tak penah posa walaupun sehari. Pada pendapatan I, kalau tak cuba, sampai matipun dia takkan posa punya. Alasan ... balik2 gastrik, balik2 gastrik. Konsepnya, takda sapapun nak tegur ..... hatta keluarga sendiri. Well, kubur masing-masing .... apasal kita nak menyebuk ....

Wednesday, September 9, 2009

Rezeki di bulan Ramadhan

Sepanjang bulan Ramadhan ni, rezeki berbuka puasa kat ofis I memang murah. Ada jer hamba Allah, hotel and syarikat2 besar yang sudi menyedekah dan menyesponsorkan makanan kat we all. Terima kasih banyak2 dan Alhamdullilah gitu. Tapi yang tak bestnya, I'm talking secara general ok, takda nak "kenen2 pada sesapa", kalau dah namanya makanan sponsor dan niat orang yang menyedekah itu khas untuk kakitangan organisasi berkenaan, maka faham2lah, memang untuk kita pekerjanya, bukanlah untuk suku sakat keluarga kat rumah. Yang kat rumah, tu kat rumahlah, dah banyak makanan terhidang. Ini tidak, misal kata, berkebetulan, satu hari tu, ada dua hamba Allah berasingan yang mensponsorkan makanan, kita ambil satu jerlah, yang mana terdahulu, yang mana terkemudian, takyahlah tamak2 nak ambik sampai dua. Tak terlarat nak makan, lagipun banyak manapun kita nak makan. Alasannya, satu lagi boleh bawa balik bagi sesapa makan. Oh .... itu konsepnya. Benda dah free, makanan pulak tu, letak banyak manapun boleh habih, jangan takut. Tambah pulak, tempat I ni, ramai yang kerja malam, tinggallah kat dorang2 ni untuk dibuat sahur. I tak tahulah, tapi I tetap ngan pendirian I, makanan yang disponsor di ofis adalah untuk orang di ofis, itulah niat orang yang menyedekahnya, dan kita sebagai penerimanya janganlah pulak bersikap tamak, ambil lebih sebab nak bawa balik untuk orang di rumah. Tapi misal kata, yang dibawak balik adalah bahagian kita sendiri, itu takpe pada I, mungkin kita taknak makan di ofis tapi nak bawa balik bahagian kita itu ke rumah untuk berkongsi ngan yang lain, terpulanglah.

So, pada mereka yang telah mensponsor dan menyedekahkan hidangan berbuka puasa kepada kami, semoga Allah akan terus memberkati dan memurahkan rezeki kalian. Amin ...

Saturday, August 22, 2009

Selamat berpuasa semua

Hari ini hari pertama bulan Ramadhan dan dengan itu I ingin memohon ampun dan maaf kepada semua yang "teraccident singgah atau menyekodeng" kat blog I ni. Semoga Ramadhan kali ini dapat dilalui dengan penuh barakah walaupun ia mungkin jauh berbeza untuk I ngan anak2 berbanding tahun-tahun terdahulu. Semoga Allah akan memudahkan perjalanan hidup dan memurahkan lagi rezeki I ngan anak2. Amin ...


p/s : Kenkawan akak tergelak besar bila akak cakap yang akak akan masak dengan air tangan akak sendiri, jamu dorang makan kat umah akak dan bersenang lenang tanpa gangguan kalau apa yang akak hajatkan dimakbulkan Allah. Memang rasanya tak mungkin tapi manalah tahukan .... qadak dan qadar di tangan ALLAH