Showing posts with label handphone. Show all posts
Showing posts with label handphone. Show all posts

Monday, April 4, 2011

Happy Besday Kakak





Semalam Besday anak dara besar I, si Soraya aka Masako yang ke-11. Dah besar anak dara mummy. So, sempena besday si kakak, Sabtu lepas I bawak si kakak ngan si adek gi tengok "Disney on Ice" di Stadium Putra, Bukit Jalil and semalam hubby bawak lunch di "Hard Rock Cafe". Besday kali nih, I bagi si kakak basikal "LeRun" and papa pulak bagi I-phone. "Waduh, mummypun pakai hp cekai jer, kakak pakai yang canggih-manggih lagi ...". Malam tuh pulak, I belikan kakak kek ice-cream Baskin Robbins ... sedap beb hingga menjilat mangkuk. "Oklah, kakak, mummy nak ucapkan Happy Besday kat kakak, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki kakak. Kakak dah besar, kakak pandai buat keputusan sendiri, jangan confusekan diri dengar orang cakap itu ini. Pada mummy, apa sahaja yang menggembirakan kakak, maka mummypun turut gembira. Ingat, apa2pun, mummy dan adik sentiasa ada dengan kakak, mummy akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kakak. Yang paling penting, mummy mahu kakak abihkan quran sebelum akhir tahun depan ok. I love you darling ....".

Tuesday, October 5, 2010

Handphone oh handphone

"Aduh pompuan, tukarlah handphone ngko, sedih aku tengok. Pakai kereta besar tapi handphone "cheapskate". Nak kata takda duit, hari tuh baru dapat payment, tak luaknya pun duit ngko".

"Ok aper, handphone aku nih. Memanglah aku nak tukar tapi nantilah dulu".

Rasanya dah beratus2 kali kenkawan I suruh tukar handphone cabuk I tuh. Paling kurangpun blackberry. Bukannya mahal sangat kalau ambil yang dah ada plannya, rasa tak sampaipun sehebu hengget. Hari tuh, I ada survey kat One Utama, ada satu Nokia latestnya yang I "terbekenan". Cantik beb dan reganya dalam 1,200 hengget dan kalau tambah 50 hengget lagi, dapat satu lagi handphone biasa. Oklah tuh, tolak handphone I yang I pakai sekarang dalam 200 hengget, dapatlah 1,000 hengget. Nantilah, I fikir dulu, sembahyang istiharah apa yang patut sebelum I proceed. Kalau setakat nak calling2, receive call dan sms jer, buat apa pakai yang mahal2kan, membazir jer .....

Wednesday, March 24, 2010

Bebudak sekarang

Bebudak sekarang ni so the very canggih and "terrer the merrer one". Ajar kejap jer ... zazzzz .... zuzzzz .... zappppp .... terus lekat kat "memory card dorang". Dari devices yang serba serbi advance sampailah kelaku yang bukan2, cepat jer otak tu tangkap tapi bila part2 "ngaji quran ker muqaddam ker" liat yang amat, ada jer alasan. Takyah orang lain, anak dara kechik I sendiri si "Alea Aliyut Kuat Kontut", handphone I tu dah jadi macam toys dia. Tahu pulak tu kalau nak dengar lagu ker, main game ker, pandai jer nak tekan kat mana. Kagum I tengok, tahu pula tu tang mana nak delete gambar, nak kuatkan volume ... dah tu cari lagu "feveret" pun terrer jugak ... siap melalak lagi "I no wan, I no wan but you" (lagu Wonder Girls). Mummynya pulak, dari handphone semahal2 alam sampailah yang paling ciput yang digunakan sekarang ni, setakat hantar SMS and jawab telpon jer, features2 lain dalam handphone tu "haram ... hampeh, sikitpun tak reti nak dimanfaatkan". Tapi siaplah, bila I nak guna balik h/phone tuh, check punya check, ntah apa2 MMSlah, SMSlah yang si kechik ni dah hantar "ikut dan jer". Yang selalu jadi mangsa MMS, SMS "tah apa2" tu mestilah nama contact I yang paling awal or yang last sekali I call. Lepas tuh pulak, macam2 features tetiba jer hilang ataupun tetiba jer "terset", paling buat I terkezut bunyi alarm clock h/phone tetengah malam buta berbunyi, memang terperanjat badaknya, kalau sesapa ada heart attack tu, rasanya dan "Qoluinnalillah ....".

Oh yer, by the way, memandangkan kat rumah I ni dah ada satu bilik kosong extra, I rasa2 nak jadikan bilik ni "bilik permainan" dan bilik lepaking untuk anak2 dara I lah. Takyahlah nak bersempit2 lagi dalam bilik Soraya. I rasa pun takyahlah ada guest room, bukan sesapa nak datangpun. Kalau ada guest datangpun, dorang boleh tido dalam "bilik permainan" ni. Kat bilik ni nanti, senanglah anak2 dara I nak buat homework, berbaring2, berlasak2. Bukannya nak buat renovation apapun, cuma nak bentang alas buluh, letak meja belajar kechik (yang stylo punyalah), hias sana sikit, sini sikit dan lepas tu susun cantik2 toys Alea, masukklan segala kereta tolak kaki dia dalam bilik tuh, abih citer. Bila nak buat??? Tak tahu lagi sebab nak tunggu bilik tu betul2 kosong dan katil besar kat bilik tu pulak I nak postkan kat Selayang. Kalau boleh ruang kat tengah bawah tangga ke bilik atas komputer tu I nak kosong, tinggalkan kerusi urut bagak tu jer. Huuuuuh .... sayup saujana mata memandang .....

Monday, November 9, 2009

Hangen satu badan

Pasal apa I asyik nak naik angin jer hari ni. Dahlah hilang h/phone, hubby pulak suruh guna yang lama dulu, "oh ... sungguh unpatut". Sampai ofis pulak, bila tengok roster, I kena kerja Sabtu depan, lagilah "hangen satu badan". Bukannya I takleh kerja tapi last week I dah keje, bagilah orang lain pulak minggu ni. I dah ada plan ngan anak2 dara I. Next week, memang I tak mau kerja hari Sabtu sebabnya I dah start cuti dari 22 Nov - 4 Dis. Si Dewi nak balik bercuti ke Indonesia, jadi buat apa I nak kerja, lagipun I dah buat appointment nak buat "chemical peeling" sementelah I dah cuti seminggu tu. Dalam dok tengah 'hangen" tu, tak pasal2 si Usop pulak kena marah ngan I sebab printer yang I dapat hadiah untuk bowling finale "tak cukup sifat". Siap pesan kat dia, kalau nak bagi hadiah untuk next year, biarlah bagi yang "sempurnanyer". Itu belum lagi I nak mengamuk part Ustaz anak dara I yang "selamba dog" jer asyik datang lambat, lepas tu balik awal. Kalau dah kata ikut agreement ngajar satu jam, satu jamlah, awak tu "berbayar" bukannya "free". Ini tidak, dahlah datang lambat, tak reti mintak maaf pulak tu. Alasannya nak tunggu anak makan, weiii ... apa kena mengena anak nak makan dengan nak datang ajar ngaji. Awak tu ustaz, tahulah sikit "halal haramnya". Mana "tak hangen satu badan" I, dah empat tahun ngaji, anak dara I si Soraya tak injak naik muqaddam lagi. Bayar bulan2 bukannya sikit anak beb ... malaslah nak cakap berapa tapi boleh bayar maid soranglah. Jumaat ni, I off, I nak tengok lagi sama ada Ustaz ni datang on time ke tidak. Mak Selayang I siap pesan, "kalau nak marah tu, biar cakap lembut sikit". Sorrylah, I tak janji sebab "gunung merapi I ni dah meruap2 ".

So, I nak warning semua orang, tolonglah jangan dekat ngan I hari ni, takut tak pasal2 nanti ada yang dapat makan "pasembur free" sat ni .....

Saturday, November 7, 2009

Not so much about the h/phone

I tak tahu macam mana I boleh careless sampai tertinggal h/phone. Last port yang I singgah ialah McDonalds kat Kota Damansara, ngan Alea and Dewi, so rasa2nya kat situlah I tertinggal. This is my second time hilang phone. Yang first time nyer, I tertinggal dalam toilet BSC. Baru semalam Pah ngan I dok merepek kat Jam sebab dia asyik hilang h/phone jer and semalam si Jam ni boleh pulak tu tertinggal h/phone masa shopping kat Pavilion, tup2 instantly, hari ni, terkena kat batang hidung sendiri.

Hilang h/phone I tak kisah sebabnya I pun bukannya fancy h/phone yang mahal2 tapi content and contact dalam h/phone tu yang penting. Semua phone number ada kat situ ... dari sedara mara, rakan taulan, business partners hinggalah ejen rumah2 sewa I. So, sekarang ni, mana I nak korek nombor tu. I dah gi pun McDonalds tu tanya manager dia, kot2 adalah terjumpa h/phone I ... jawapan standard, "Takdalah, kak, kalau ada mesti cleaner dah bagi suruh kitorang simpan". Anak dara I si Sorayapun boleh membebel kat I siap suruh ajak dia gi investigate kat McDonalds lagi. Mentang2lah dia dok baca buku "Nancy Drew", segalanya anak dara ni nak investigate. Masa petang bila abih keje, terus I gi Selayang and my brother advice I suruh call Celcom "blocked" kan number tu and then on Monday gi Celcom ambik nombor yang sama, senang cerita, takyah susah2 nak tukar nombor lain. Yang bestnya hubby suruh guna phone lama. "Adaka patut, oklah kalau rasa taknak beli yang "mehe2"nyer, yang murahpun jadi ler, bukannya saya nak yang blueberry, blackberry, rasberry ... yang penting boleh buat calls, sms dan received calls".

Issh...issh...camnerlah I boleh tertinggal h/phone tu. Raya hindulah sapa yang dapat h/phone canggih I tu ....