Birthday cake 'One Direction' for Alea, goodies from 'The Cocoa Trees' for her PI Edison friends n last but not least RV cake in the jar for the teachers. Happy Birthday my darling. U turn 7 today and mummy will always love you...muah...muah...muah, dunia dan akhirat — at Sri KDU Primary School
A full-time working mummy who have to juggle between work and family. Married and blessed with two beautiful princesses. Believes in a philosophy "Life is not complex...we are complex. Life is simple and the simple thing is the right thing".
Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts
Thursday, June 27, 2013
HaPPy 7th BeSDaY RaJa ALea
My pre-mat baby, born in Gleaneagle Hospital, under the supervision of Datuk Dr Nik Hussein and today she turns 7. Happy BurstDay sayang ......
Besday cake "One Direction" nih ditempah di Aqish Sweety Desserts ..... cantik dan syedapppp....
Wednesday, April 3, 2013
Happy 13th Besday Kakak
Time flies again and she, from a tiny-mini little baby girl turns 13 (to be exact at 4.44 pm) today. Happy birthday Raja E. Soraya aka Masako (nickname was given by Dylan's mummy, aunty Mohaini years ago)...you've been a blessing from the start, mummy loves you kakak with all mummy's heart. — at Tropicana Golf And Country Resort
Thursday, March 28, 2013
BeSDaY BLasT FoR JaM
Every year without fail, the Spice Gang will be celebrating each of the members' besday. Bulan Januari lepas, my besday, and followed by Jam's. Semalam we all bercelebrate sakan....first dinner kat Hard Rock Cafe, Concorde, later we adjourned to Spice n Dine (also kat Concorde) where Kelvin mainkan piano lagu "Happy Besday" and lewat malam lepak pulak kat CrossRoads with another "Birthday Song" by the group of singers who performed that nite. Pendek kata memang meriah gituh...To Jam, from us the SPice "Happy Besday...stays young forever dan semoga hidup sentiasa diberkati Allah. Aamiin....
Thursday, July 5, 2012
BeSdaY TrEaT 4 BeSdaY GiRL
Wednesday, June 27, 2012
HaPPy BeSdAy My LiL' DaRliNg
How time flieskan...From a tiny-mini little pre-mat born baby girl, weighing around 2.7 kg (consider besarlah juga for a pre-mat baby), she turns 6 yrs old today. Happy Besday my besday gegirl ...mummy and kak yaya will always love you...muah...muah...muah. For this year, Alea asked for two besday cakes, one, to be decorated with her fav cartoon, BoBoiBoy and the gang and the other other one, a simple plain chocs indulgence from Secret Recipe. Goodies for her Smart Readers' frens pula only her fav chocs, no need all those fancy mancy toys. Why she asked for two cakes? As simple as this because the one with Boboi is for blowing candles purposes sebab sayang nak potong and the other one untuk makan2 with frens. Pandaikan anak dara I ni. Macam tahun2 sebelumnya, besday disambut di sekolah jer, senang and dah confirm semua kawan2 ada and paling penting si kechik happy. Oklah, for besday present pula, as usual mummy will take her to Toys R Us and she will choose whatever she wants, regardless what the price will be. And from papa pulak, si kechik akan dibawa for a day trip to Singapore Universal Studio ... fuyooo, first class treatment from papa. So untuk Alea, sekali lagi, "Happy Besday sayang lilttle darling from all of us ... we love u thousand2 milion2 times, forever and ever....cupppp...cupppp".
Thursday, April 5, 2012
Happy Besday Lil' Princess Soraya
"Happy besday to you, happy besday to you, happy besday to my darling Soraya, happy besday to you" (nada ala2 Katherine McPee dalam citer Smash tuh). Last two days was Soraya's besday tapi terlambat sikit buat entry. "Sorry yer kakak mummy so busy n mummy langsung tak bukak laptop". Anyway, for your besday, mummy nak ucapkan "Happy Besday to you, semoga panjang umur, murah rezeki dan hidup sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT". Kejap jer kan dah 12 tahun, dah boleh buat IC lagi dan kakak sekarang dah boleh fikir sendiri yang mana satu baik, yang mana satu tak baik, yang mana satu silap yang mana satu betul. Tahun inipun tahun UPSR kakak, harap kakak boleh buat yang "cemerlang, gemilang dan terbilang". "Dont worry kakak, where ever you are, you will always get my blessing, love you always muah...muah...muah...
Thursday, January 12, 2012
Happy Besday to me

Alhamdullilah syukur kepada nikmat yang telah diberikan olehNya. Today is mummy's besday. "Happy besday to mummy, happy besday to mummy, happy besday to mummy, happy besday to you". Waduhhh, pejam celik, pejam celik ... dah bertambah lagi satu angka. Well, age is just numbers, dont think much about the numbers, yang penting kita sihat walafiat dan terus murah rezeki. Anak2 dara I, especially Sorayalah, sibuk jugak nak suruh I ciup lilin. "Mummy, you must blow the candles and make a wish or few wishes for yourself". Thanks kakak and adek, mummy nak buat wishes yang best2 jer especially for both of you. And special thks to all my frends for all the besday wishes. It means the world to me that I have frends that are thinking of me on my special day. It filled my heart with joy to read all these wonderful words, prayers and blessings. Setiap ucapan itu umpama doa dan semoga doa2 kita akan dimakbulkan Allah, bukan sahaja untuk I tapi untuk kita semua. Aminnn....Monday, June 27, 2011
Alea's 5th Besday



Hujan rahmat pagi ini mengiringi besday anak dara kesayangan I, Alea yang kelima hari ini. Alea darling, on this beautiful day, mummy prays to Allah to bless you with all the joy, happiness and glory in the world. Mummy, papa and Kak Yaya will always love you my sweet princess. Happy Besday darling. Cantik kek besday adik, featuring Four Arms Ben-10 and dicelebrate together2 dengan kenkawan di Smart Reader Mutiara Damansara.Monday, April 4, 2011
Happy Besday Kakak

Semalam Besday anak dara besar I, si Soraya aka Masako yang ke-11. Dah besar anak dara mummy. So, sempena besday si kakak, Sabtu lepas I bawak si kakak ngan si adek gi tengok "Disney on Ice" di Stadium Putra, Bukit Jalil and semalam hubby bawak lunch di "Hard Rock Cafe". Besday kali nih, I bagi si kakak basikal "LeRun" and papa pulak bagi I-phone. "Waduh, mummypun pakai hp cekai jer, kakak pakai yang canggih-manggih lagi ...". Malam tuh pulak, I belikan kakak kek ice-cream Baskin Robbins ... sedap beb hingga menjilat mangkuk. "Oklah, kakak, mummy nak ucapkan Happy Besday kat kakak, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki kakak. Kakak dah besar, kakak pandai buat keputusan sendiri, jangan confusekan diri dengar orang cakap itu ini. Pada mummy, apa sahaja yang menggembirakan kakak, maka mummypun turut gembira. Ingat, apa2pun, mummy dan adik sentiasa ada dengan kakak, mummy akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kakak. Yang paling penting, mummy mahu kakak abihkan quran sebelum akhir tahun depan ok. I love you darling ....".
Labels:
birthday,
Disney on Ice,
handphone,
hard rock cafe,
soraya
Friday, February 18, 2011
Hepy Besday Sis

Hari ni besday adik pompuan I, si Azean. Selamat Hari Jadi, semoga panjang umur dan murah rezeki. Dah masuk 30an nih, ubahlah sikit perangai tuh, jaga sikit hati Mak Selayang. "Oklah, sempena besday awak, apa kata esok kita gi makan "steak". Kita nak gi makan kat Tony Romas ker atau kat Chillis. Apa kata kita gi makan kat "Hard Rock Cafe", dah lama tak beli merchandise kat sana ....Once again, "Happy Besday Sis....."
Tuesday, January 25, 2011
Turn Alea pulak posing

Gambar di atas tuh masa Alea nak gi besday kawan dia, kena pakai baju ala2Halloween. Nasib baik si kakak banyak costume Halloween, so si adikpun pinjamlah kejap. Memanglah kita orang Islam, mana boleh percaya "Halloween-Halloween" nih tapi disebabkan tema party besday anak dara I menjurus kepada itu, terpaksalah I "sporting" untuk "suka2" jer. Bebudak sekarang, kalau besday party, mesti ada "tema2"nya. Itu budak kecik, orang tua dah bangkapun, buat besday mesti ada "tema2", baru ada kelas. Kan ke elok, buat doa selamat, sama2 baca yasin semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Gambar yang bawah pulak, si adik posing sebelum buat konsert, siap tonggek2 lagi .....
Monday, January 17, 2011
Best present ever
Last Friday, I dapat result exam yang I ngan kenkawan seofis duduk last Oktober. Selain dari "written exam", we all kena buat tiga presentation ... satu presentation free style (tak kisah nak cakap Malaya ke England), satu kena cakap England dan satu lagi kena cakap Malaya. Present depan orang ramai, dan lepas tuh ada soal jawab pula. Habih jer exam, we all diberi masa dua minggu, buat dua essay yang pihak examiners dah bagi topik memasing. Bab presentation, "no hal" tapi part "written exam", silap hari bulan boleh lingkup. Memang susah lorr ... rasa2nya masa belajar kat universiti dulu, taklah sesusah ini. Camnerpun alhamdullilah, we all semua pass dengan "cemerlang, gemilang dan terbilang" walaupun masa untuk mentelaah memang begitu terhad. Apataknya, bulan Oktober tu banyak event yang berlaku dan "desk" I pulak kekurangan orang dan no choice, we all kena kerja "round the clock". Untuk pengetahuan semua, exam kali nih memang crucial, sebab we all "wajib" kena pass kalau nak naik setakuk lagi. Dan sekali lagi, syukur kepada Allah kerana I lulus dengan jayanya dan inilah "my best birthday present ever "....
Wednesday, January 12, 2011
12 Januari
Hari nih besday I. Semua dah wished "happy besday" kat I. Dari hubby, anak2, adik hinggalah ke Mak Selayang. Terima Kasih semua. Sempena besday I nih, I tak harapkan hadiah mahal2 (kalau nak bagi ok jugak), tapi kasih sayang yang melimpah ruah sudah memadai ...12 Januari bertemu,
Menjalani kisah cinta ini,
Naluri berkata, engkaulah milikku,
Bahagia selalu dimiliki,
Bertahun menjalani bersamamu,
Kunyatakan bahwa engkaulah jiwaku,
Akulah penjagamu,
Akulah pelindungmu,
Akulah pedampingmu,
Di setiap langkah-langkahmu.
Pernahku menyakiti hatimu,
Pernah kau melupakan janji ini,
Semua kerana kita manusia .......
Friday, October 29, 2010
Happy Birthday Hubby

Today, hubby tercayang punya birthday. HAPPY BIRTHDAY DARLING HUBBY. Yang ke berapa yek, alahhhh dua tahun lebih daripada I jer. Kira pada orang lelaki, muda lagilah tuh ...
"So sempena hari jadi awak tahun ini, saya sebagai wifey sentiasa mendoakan agar umur awak panjang sehingga dapat tengok cucu dan cicit, sempat dan dapat mengerjakan ibadat agar dapat dijadikan bekalan di hari akhirat dan dapat menjalankan tanggungjawab seperti biasa. Tidak lupa dalam sembahyang, saya sentiasa mendoakan agar awak serta saya sendiri dilimpahi rezeki yang murah. Kalau awak senang, saya dan anak2 akan tumpang senang jugakkan dan bertambah rapat dan sayanglah kaum kerabat terdekat yang lain".
Part2 hadiah, selalu hubby yang tentukan, bukan apa I nak apa yang hadiahkan pada hubby ialah sesuatu yang memang beri manfaat pada dia. I bukan jenis orang yang reti nak "throw2" kan birthday party, siap bertema2 bagai, sebabnya birthday party segitu lebih sesuai untuk anak2. Setakat "candle lite" dinner berdua2an atau "beranak2an", memang sesuwei bagi kami yang dah lama berkahwin, takyahlah over2 sangatkan ....
Sekali lagi pada hubby, "HAPPY BIRTHDAY, SEMOGA HIDUP SENTIASA DIBERKATI ALLAH SELALU".
Teringat pada lirik lagi ... "Jangan pandang-pandang, duduk renggang-renggang .... bertambahlah sayang".
Sunday, September 5, 2010
Kakak and her bowling KDU "buddies"

Ini gambar kakak and her bowling "buddies" from Sri KDU. Soraya nih memang suka main boling and in fact, dia ada bola sendiri lagi. Tapi, biasalah, anak dara I nih ada angin. Semuanya "separuh2", tak penah complete apapun. Nak tahu bukan setakat bola bowling, set golfpun anak dara I ada, tapi macam yang I cakaplah, semuanya "separuh2" aka "hengat2 tahi ayam". Anyway, ini masa "besday" kakak yang dicelebrate kat Tropicana Golf & Country Resort. Dah lama I nak upload gambar nih tapi baru nih ada kesempatan. "Oklah kakak, ingat buat apa2pun mesti betul2, taknah "half-way" jer ....."Wednesday, August 11, 2010
Posing "santai" si Alea


Anak dara kechik I, si Alea nih, kalau tak tengok TV, inilah keja dia tetiap hari, main game yang hubby beli untuk "besday" dia harituh. Satu lagi, si kechik ni memang suka "berlenggeng". "Hok (hot), hok (hot), mamee, I no wan to pakai baju". Nasib baiklah badan tu boleh tahan montel, kalau "kurus keding" ... malu mummy nak tayang kat sini. Tempat lepak dia, "harus wajib makronah" , kalau tak atas katil kakak (Soraya), mesti "melinyak abih" katil I. Gambar paling bawah, si Alea seronok abih sebab menang main game lawan kak Dewi and mummy pulak sampai "la-la" nih pun tak reti2 nak main game adik tuh ....
Sunday, August 8, 2010
Soraya n Celine Dion
Ini pulak best friend si Soraya. Namanya Celine Dion. Si Celine Dion nih selalu jugak datang rumah I. Kenkadang kalau we all gi mana2, contohnya swimming ker, main bowling ker, mummy si Celine nih akan postkanlah si Celine nih join kitorang. Mummy si Celine nih, kerja ngan property company and sibuk memanjang while daddy dia pulak, ada bisnes kat Singapore. I pernah gi sekali rumah si Celine Dion nih, hantar si kakak masa "besday' si Celine. Aduh mak datuk ... besar sungguh and "I like it very much". Ada sekali mak si Celine nih tanya samada I berminat satu rumah kat kawasan rumah dia tapi reganya aduhai 1.2 juta hengget ... manalah I nak korek duit. "You don't have to do any renovation, everything complete, belongs to a malay family". "Oh .. thank you so muchlah, maybe next time, as for now, I'm happy with my current house". Anyway, back to Soraya's friends, mostly semuanya "cher" dan yang paling kerap 'calling2" diapun si Celine Dion nih, so I assume Celinelah best friend kakak ....
Labels:
birthday,
kenkawan,
rumah itu syurgaku,
soraya
Saturday, August 7, 2010
Kenkawan SR Alea




Inilah kenkawan si kechik I, Alea. Sibuk dok suruh I masukkan dalam blog I nih. Gambar nih diambik masa "besday" Alea yang baru lepas. Memang saja I buat"besday" Alea kat sekolah sebabnya dah pasti kenkawan dia semua ada. Kalau buat kat rumah, tak tentu lagi semua dapat datang. Apa2pun yang pentingnya, si kechik nih happy .....
Sunday, June 27, 2010
Alea's 4th "burst day"


Hari ni 27 Jun, hari jadi Alea. Pejam celik, pejam celik, rupa2nya dah empat tawon I "memburst"kan Alea ke dunia ini. Walaupun hari nih "burst day" dia, I dah "pre-celebratekan" kat sekolah dia pada hari Jumaat lagi. Siap bertemakan "Ben 10", dari kek "Four Arm" yang I tempah kat Secret Recipe sampailah ke goodies2 semua ada "Ben-10"nya character. Pinggan, balllon semuanya pun ada gambar "Ben-10". Memang kena berbelanja lebih sikit tapi I puas hati sebab si kechik nih happy sangat sebab bila buat kat sekolah, "wajib makronah" kenkawan mesti ramai punya. Memula ingat nak buat kat rumah, panggil kenkawan sekolah dia tapi I rasa tak semua boleh datang, so I "made up my mind", eloklah "berbesday party " kat sekolah jer. Walaupun tak "selavish" party Soraya sebelum2 nih, yang penting semua orang happy. Alea or hubby I panggil "gumuk" bukannya gumuk mana pun cuma pipi dia jer yang "meloyot". Alea nih kuat makan, kuat tengok TV dan kuat tido macam mummylah. Pernah satu pagi tuh, si kechik nih tanya si Dewi, "Kak Wiwi, mammee ner (mummy mana), mammee nih kuat didorlah (tidor), mesti tak mandi lagi macam Aya". Tang rupa pula, memang "sejibik kembar" I, saling tak tumpah, tak payah membazir duit buat DNA sebab sah2 anak I. Bukanlah I nak memuji, tapi dari lahir lagi, anak dara kechik I nih memang comey. Bukan I saja2 nak cakap tapi kenkawan boling I pun memang sukakan si kechik nih. Dan tak padan ngan kechik, tulang dia memang kuat, "kalau dia debik I, boleh bengong I kejap". Baby pre-mat I nih hidungnya mancung, mungkin ikut hubby, kening memang kelas gituh (idaklah berserabai or jarang2 or botak terus) dan mulut mungil "ala2 Angelina Jolie" lagi. Kalau hari Jumaat lepas, I buat party kat sekolah, so harinih I balik Selayang, celebrate ngan cousin2 "monster" nya tuh. I saja jer buat lebih party packs sebab nak bagi kat "monster2" nilah. Kebetulan si Neddy, cousin I dari Negeri Sembilan turun, so dialah bacakan doa selamat untuk anak dara kechik I nih. Untuk Alea, "Happy Birthday sayang, Mummy loves you so much, Alea. Alea dan kakak adalah jantung hati Mummy. Walau apapun terjadi, walaupun kasih sayang telah direntap dari Mummy, Mummy will always love both of you".
Wednesday, June 9, 2010
Besday Mak Selayang yang ke-63
Sabtu lepas, besday mak Selayang yang ke-63. So, kami adik beradik semua telah berkumpul kat Selayanglah. Semua ada kecuali adik pompuan I ngan anaknya yang takda. We all adakan majlis kecil2lan lepas Maghrib. Adik lelaki I belanja satay, tomyam dan I pulak beli kek "Secret Recipe". Pakat ciuplah lilin anak beranak. Untuk mak Selayang, "Selamat hari jadi, semoga panjang umur dan murah rezeki". Pendek kata mak Selayang I menghabiskan usia tuanya lebih kepada amal ibadat dan sekali sekala melancong mengikut warga2 emas yang lain ke dalam dan luar negara. Sekali lagi, pada mak Selayang, kami adik beradik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan mak di mana sahaja mak berada. Amin ....
Subscribe to:
Posts (Atom)








