Showing posts with label nostalgia. Show all posts
Showing posts with label nostalgia. Show all posts

Friday, September 30, 2011

Harrier oh Harrier ...Wxx 37



Sat tadi, baru sat2 tadi, on the way to ofis, I terserempak ngan kereta lama I. Macam tak caya gituh. Dah lebih lima tahun we "let go" the car, alih2 hari nih, kereta hitam berkilat Toyota Harrier yang berplat number Wxx 37 tuh tercongok depan mata I. Ohh, rasa nak tercabut jantung I tengok and I keep on tailing the car sepanjang Jalan Parlimen. Sentimental value gituh. Masa we let go dulu, kereta tupun masih in a very good condition. Maklumlah, I kalau jaga kereta, memang tip-top. Servis on-time, polish twice a month and basuh three times a week ... so sapa dapat or beli memang untunglah. Memula nak let go dulu, memang sayang abih .... sayang, sayang, sayang sesangat ... tapi nak buat camner, dah jodoh kereta tuh ngan I sampai situ jer. Cemnerpun kereta tuh memang banyak berjasa kat I. Harap2 satu hari nanti, kita akan terserempak lagi .....

Saturday, June 18, 2011

Happy Father's Day

to all fathers out there, I would like to wish all of you a Happy Father's Day. Thank you for being a father, husband, friend, role model and man that we can always count on. Teringat kepada arwah my father Aziz Ibrahim. Al-fatihah, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Itulah kenkadang we miss showing our appreciation to people we love while they are still alive ... sob ... sob ... sob ...

Monday, June 6, 2011

Walking down the memory lane

My friend did asked me whether I orang yang jenis simpan all the cards, gifts, so on and soforth yang diberikan oleh orang2 tertentu. Of course, I simpan segala2nya, you just name it, I got it all. Siap tag lagi, siap letak dalam kotak berseal lagi tuh. Bukan setakat setahun dua, ada yang dah masuk 20 lebih tahun. Murah or mahal, I still simpan because for me "the thought that counts". All these stuff were memories to me. Ada memory indah, tak berapa indah dan memang tak indah langsung, tapi I still keep. As I told my anak daras, "These are all sentimental values. Treasure all the memories so that they can be recalled and loved in the future. We dont burnt those yang ada sentimental values to us". Paling banyak I simpan greeting cards, birthday cards, annivessary cards, valentine cards and that small2 card yang terselit kalau ada sesapa hantar bunga kat I, semua I simpan, tak kira dari hubby or kawan2. Dari zaman belajar, dah kahwin dan beranak pinak, semua ada tersusun dalam kotak kat store atau kat laci bilik. Semalam, masa dok sibuk selongkar store, cari vacuum, I terjumpa satu kotak yang full of cards, most of it gambar garfields and terselit satu cassette yang I rasa boleh lagi didengar lagu2nya. And dalam kotak yang berisi kad2 tuh, ada satu lagi bungkusan kecil comel yang berisi satu pendant kecil. Oh gosh ... I just suddenly felt like walking down the memory lane for a while when I saw all these stuff .....

Tuesday, March 29, 2011

Mug KFC

Entahlah, mungkin dah jadi habit kot. Omputih cakap "old habits die hard". I kan kalau suka satu2 tuh, mesti dan "wajib makronah" kena beli. Bukan satu tapi mungkin paling "impak maksimum" enam ke lapan. Selalunya, mug ataupun shot glasseslah. Contohnya, paling terbaru, I beli lapan biji mug "KFC" yang macam kat atas tuh. Minggu lepas pulak, masa I pegi "Hard Rock Cafe" KL, I borong enam biji sekali gus. Terkezut badak mamat yang jaga merchandise kat situ. Mesti dia cakap dalam hati, "akak ni betol ke tidak nih". Mula2 nak ambil lapan lah tapi mahal sangat siot, sampai 63 hengget satu, boleh "menggegel jari jemari kepala lutut" I dibuatnya. Mug KFC tuh, lapan hengget jer, kira mampulah jugak, ikut gaji I yang tak seberapa nih. Bercakap pasal KFC nih, teringat balik kat zaman pre-dip I "dolu2". Kisah nih, I ngan kawan I, si Malina jer yang tahu. We all gelar "KFC: Blackout and Kenyang". Aduhh, memang gelak abih kalau diimbau kembali kenangan "dating dengan senior" tapi I respectlah kat Malina, dia masih ingat KFC mana yang we all pegi. I mati2 ingat KFC KotaRaya, rupa2nya KFC Kelang. Ha..ha..ha ...tertanya2 jugak ada ker lagi KFC tu yek ......????

Saturday, March 26, 2011

Geng2 Melaram MC11

Sebahagian daripada "geng" MC11 yang melaram sakan di majlis reunion baru-baru ini. Semoga kita semua dapat bertemu lagi di lain kali ....

Tuesday, March 22, 2011

Jejaka idaman Malaya

Jejaka idaman Malaya dikelilingi oleh wanita2 anggun dan pompuan2 Melayu Terakhir "Kelas W pre-dip 1986". Harus menangis kalau jantan2 macho yang lain tengok posing maut satu2 jejaka idaman Malaya nih, tengoklah, muka serius giler beb. Weyyy, I tell you bukan senang nak bergambar dengan wanita2 anggun lagi terpilih nih. Taiko bagi grup pompuan2 anggun nih ialah yang si subang labuh tuh. By the way, "Stinggggggg .... where are you .....????"

Monday, March 21, 2011

Budak2 MC11 yang masih ganteng

Budak2 yang mostly dah jadi "mak dan bapak budak" MC 11 (Journalism) yang hadir pada majlis reunion "The Last of The Reds" pada 12 Mac lepas. Zillion of thanks to the organiser yang bertungkus lumus mengumpul dan "mengorganisekan" majlis gilang gemilang ini ....

The three "M"

The three "M" -- Mohaini, Malina and Midah. Unfortunately, Myself (I lah tuh) and arwah Faiz tidak bersama dalam gambar tuh, kalau tidak dah lengkaplah "The Secret Five". Sebenarnya takda bendapun yang nak "disecret2"kan, saja jer we all gelar diri "The Secret Five". Nak glamor kak ooiii ... kalau ada Geng Orang Lawa, kita orangpun nak "bergeng"lah jugak. Gambar ni diambil di Menara Uitm selepas majlis tahlil untuk arwah kawan2 "sebatch" I yang telah meninggal termasuk untuk arwah Faiz. Rasanya, sejak grad, I tak pernah langsung jejak kaki di menara nih. Banyak sangat nostalgia kat sini dan di sinilah jugak I bertemu jodoh. Tetiba, teringat kat arwah Azmi Balau ..., arwah umpama abang kepada kami semua. Semoga rohnya bersemadi di kalangan orang2 yang beriman. Amin dan Al-fatihah .....

"LOTR" dalam kenangan


Pertemuan "The Last of The Reds" selepas lebih 21 tahun akan terus menjadi kenang-kenangan seumur hidup. Glamour you, masuk sokkhabar lagi ......

Saturday, March 19, 2011

Things happen for a reason

Yesterday, with the helped from my anak dara besar, I managed to upload a few photos of her and Alea in my FaceBook. Bebudak sekarang, so the very "canggih-manggih" one, semuanya "at the tip of their fingers". Anyway, thanked to Soraya eventhough she kept on "membebelling" to me saying that yang I ni selalu pelupa .. ajar yang nih, yang tuh lupa, ajar yang tuh, yang ni pulak lupa. Abih, nak buat camnor, banyak sangat step yang nak difollow. Frankly speaking, senang jer yang sebenarnya upload gambar nih ... mummy jer yang slow sikit. Lepas jer abih session "menguploading", I pun just browse through all the comments posted on the FB wall. I jarang comment, cuma comment bila necessary and when there is a neccessity of doing so. Seronok jugak membaca "hiburan selingan" nih sebelum I logout. One after another until I saw one comment posted by my friend Malina which really caught my attention. These is what she wrote on her FB wall:

Malina: The Secret Five - 18/03/2011. Lebih kurang 12 t/hari, market tak busy so teringat nak baca semula sms arwah Faiz, tiba2 Mohaini call, tgh berbual dengan dia, Midah sms dan paling terkejut Azlina komen di FB waktu tengahari. Semuanya berlaku pada masa yang sama. Takdir Allah, masing-masing seperti terpanggil untuk berbicara bersama. Inilah "pertemuan unik" The Secret Five ....


Allah is Great, Maha Sebesar-BesarNya ... I do believe things happen for a reason .....

Wednesday, March 16, 2011

The Unforgettable Reunion

Well, this week, most of my entries would be focussed more to the "LOTR" reunion held over the weekend. No...no...no...NOT "Lords Of The Rings" but "Last Of The Reds". To cut story short, we all nih batch yang paling last guna "red matriks" card yang later ditukar ke rogna blue. Paling best, masuk sokkhabar KOSMO lagi hari nih (to be exact page 19) . Apataknya, Mr Orang Kunci aka Lockman, salah sorang orang besar KOSMO adalah batch I dan satu kelas ngan I. Oklah, bila dah jumpa kenkawan lama, kita rasa bangga gituh tengok ramai yang dah berjaya. A few yang dah ada company sendiri, ada yang dah jadi orang besar big companies, ada yang jadi chef kek/pastri yang terkenal, ramai yang jadi ceekgu dan pensyarah dan ada yang dah jadi pegawai tinggi gomen. We should really "tabik spring" to ourselves. As for "The Secret Five", sekarang dah tinggal empat, I would say Mohaini yang paling outstanding (hallo, dont get me wrong kawan2... I'm not talking about her physical look tapi her careerlah). She is very successful in her career and now being among the most important person in MRCB, I'm sure her pay cheque must be 10 kali ganda daripada I. Tengok rumah dia yang macam mini PALACE tupun, Kimora Lee Simmons boleh nangis guling2 tau. She's happily married and baby boy dia, si debab Dylan, memang comey abih, siap ada lesung pipit lagi. Next would be Malina. Well, as a remiser, I'm very2 sure yang duit si makchik sorang nih dah berkepuk2 especially now when the share market is booming. Still attractive, single and available, kawan I nih sampai sekarangpun secret admirers keliling pinggang. "Malin, just follow your own guts, who ever your choice and what ever you do, remember, we will always be very happy for you, now and forever". Myself and Midah pulak, "biasa2" jer, orang gomen, setakat mana jerlah yang kami boleh pergi tapi "alhamdullilah, syukur kepada rezeki Allah yang turut memberi kesenangan kepada kami". Midah sekarang nih jadi cikgu form 6 Bahasa Melayu (sorrylah cikgu Midah, nanti tolong betulkan Bahasa Melayu I nih ok). She had four kids and bila ada masa lapang she (Malinapun sama) suka buat kek/pastries. I dah cuba, memang sedap beb ... And I pulak, as you all know, jadi "gatekeeper" jer kat news agency. Nothing interesting tapi I love my job very much. Rasanya tak lengkap kalau tak citer sikit pasal arwah Faiz ... sepanjang yang I kenal arwah, arwah ialah seorang yang suka belajar dan mencari ilmu. Arwah akan mengambil segala peluang yang datang untuk menimba ilmu sebanyak mungkin ... di UK, Australia. Canada, you just name it. Dalam hal nih, I rasa Malin lebih arif sebab both of them selalu "bercontact2". Dalam kesempatan ini, Pada kawan2, di sini, I nak mintak maaf kat you all semua sebab I rasa dalam ramai2 kita, I lah yang paling kurang "berhubung" dan terima kasih kerana masih menyimpan hp number I. Terima kasih juga kerana turut "mengkhabarkan" berita2 penting kerana tanpa you all semua, I mungkin ketinggalan sikit ....

Tuesday, March 15, 2011

Reunion lagi

Reunion dah over, gambar dah tak larat nak tengok. Ada yang ok tapi banyak yang tak berapa nak ok (well, I'm referring to my own photo ok). Anyway, it does not matterlah sebab I tahu I bukannya "fotogenik", jauh sekali "fotogedik" (nauzubillah ...). I think next time, I"ll go for natural beauty rather than having heavy makeup all over my face. Back to the malam reunion tuh, I masih tak puas hati. Memang tak puas hati. Apa taknya, macam mana nama I langsung tak lekat dapat lucky draw. Kalau diikutkan, semua yang duduk kat meja sekali I iaitu Midah, Mohaini, Malin and "the kunci man" alias Lockman dapat hadiah termasuklah dua mamat yang tetiba menebeng kat meja kami -- Razak Pusing and Zul Cicak. Cinabeng betul ... (Pardon me Cikgu Midah for my Bahasa Melayu yang bercampur-aduk nih). Ingatkan kalau tak dapat lucky draw, dapat tupperware Cikgu Midahpun, kira oklah tuh ...uhhh, hampeh. Si Malina sampai dua kali naik pentas, sekali dapat lucky draw dan sekali dapat "best dress", Mohaini hampir2 dapat grand prize "i-pad" (but I wonder if she knew how to use it sebabnya diapun sama tak berapa "celik IT" macam I nih) and Razak Pusingpun dua kali, satu lucky draw and satu lagi "best dress male". Well, again I wonder camner si Razak ni boleh dapat "best dress" sebabnya tak nampak langsung rogna merah kat baju dia, hatta secalitpun. Mesti ada "conflict of interest" nih. Malam tuhpun, meja we all jadi tumpuan, lepas sorang, sorang datang. Part bergambar nih, memang jangan cakaplah, non-stop. Alhamdullilah juga, dapat bertemu dan berborak sekejap dengan Encik Rosli Ismail (senior kami dua semester) yang juga merupakan hubby arwah Faiz yang sudi datang ke majlis itu. From the conversation, we knew that he really missed arwah Faiz very much, same goes to us. Walaupun tak dapat apa2 malam tuh, cuma "hadiah tukar2" I'm still very happy dapat jumpa kenkawan lama. Bukan apa, kalau dapat lucky draw prizes tu lagi bagus, barulah ada thrill sikit walaupun sebenarnya kita boleh beli sendiri, kalau nak. "Cikgu Midah, aku ingat bolehlah dapat tupperware hang sebab aku memang suka kumpul tupperware sampai maid aku sendiri bising, membazir, katanya, rupa2nya memang takda rezeki". Again to all my MC friends, siapa sangka kita semua dapat berkumpul semula. Semoga di lain kali, kita akan bersua kembali ....

Monday, March 14, 2011

Thks for being a wonderful host

Myself, on behalf of Malina and Hamidah would like to thank you Mohaini, for being a wonderful host to us over the weekend. You never change a bit, maybe in terms of physical yes ... well, everyone does, including us (Malin, Midah and Myself). Semuanya dah berisi and tough (seiring dengan usia, I guess) but most importantly, still ganteng. Three of us bermalam kat rumah aka "palace" Mohaini (that's what my daughter describes Mohaini's house -- PALACE) in Bukit Jelutung sebabnya I tak berani balik malam takut sesat walaupun tinggal tak jauh mana. Alangkan siangpun terlajak ke mana2, apatah lagi kalau dah malam buta. For Malin and Midah, of course they have to stay overnite sebab rumah dorang kat luar KL. Paling penting for me, ialah we all nak berborak panjang after bertahun2 tak bersua muka. So many things to be updated and so many confessions to be made. Confessions .... suprise ... suprise ... suprise. Well, pemergian arwah Faiz was "a blessing in disguise". Pemergian arwah mencetuskan idea untuk kami semua "bersatu kembali" through a reunion "Last of The Reds". Life is too short so we might as well take the time and appreciate each other. For those yang tak tahu, Myself, Mohaini, Malin, Midah and arwah Faiz were known as "The Secret Five" masa time we all study dulu. Ke mana2pun kami akan tetap berlima, except hujung minggu sebab I ngan Mohaini orang KL, jadi kami akan balik ke rumah family selang seminggu. Al-fatihah untuk arwah Faiz. Malin, if you read this, please don't cry. "Aku tau, dalam ramai2 kita, hang yang paling sensitif, tak banyak bercakap tapi a good listener".

Oklah, enough of that, we finally had a reunion last Saturday Nite Fever. Not so grand, I would say that, more so with the long speeches and so-call "ntah apa2" taklimat made the function jadi very2 "formal" sangat. Nevertheless, we were all very happy with the efforts made by the reunion AJKs as without their continously effort, this reunion won't happen. Paling penting, kita nak kumpul semua kenkawan dari keempat2 batch MC11, MC12, MC13 and MC14 bersama2 di bawah satu majlis. Semua dress-up to kill, tapi I rasa we all four yang kat atas tuh yang "terlebih sudah". Siap panggil make-up artis lagi (si Mohaini punya idealah nih). Bayangkan, selama nih, kami cuma bercompact powder and secalit liptisk, tetiba jadi macam artis pulak, siap mekap2 lagi. Anyway, what the heck man, bukan selalupun buat ginih, walaupun melayang 200 hengget ... uhuk...uhuk...uhuk. Anyway, to all my MC friends and again especially to Mohaini, Malin and Midah, nice meeting you all and bila agaknya kita boleh bertogether-gether lagi. Paling takleh lupa, all the confessions we made until the wee hours in the morning (sampai Mohaini siap berdengkur lagi kat sofa), memang very "the unsangkarable ones" and lets keep it to ourselves ....

Wednesday, March 9, 2011

Zaman Persekolahan

Mengimbas nostalgia di zaman persekolahan. Ke mana agaknya kawan2 yang sekelas dengan I nih dulu. Setahu I, ada dua atau tiga orang yang dah jadi cikgu, sorang jadi loyar dan beberapa yang lain menetap di luar negara, mengikut suami memasing. Harap2 satu hari nanti, kami boleh bertemu kembali .....

Thursday, March 3, 2011

Lagi nostalgia lama


Antara nostalgia lama yang tidak akan dilupakan sampai bila2. Terima kasih kepada kawan2 yang telah menguploadkan gambar2 ini di FB dan dari situ, I uploadkan pula dalam blog I nih. Memori yang akan sentiasa mekar dalam ingatan .....

Wednesday, March 2, 2011

Kenangan 25 tahun lepas





Teringat zaman2 dulu. Bayangkan gambar2 kat atas tuh dah berusia 25 tahun. Sejak mula masuk sampailah kami grad. Zaman nih memang best bangat, dari kesatria hinggalah ke kebudayaan. I dulu aktiflah jugak part2 menari nih, siap masuk boria, endang dan macam2 lagi. Masa tuh, tengoklah, pinggang ramping lagi, siap pakai bengkong merah ngan seluar kaki kechik (tapi trend tuh dah ada balik sekarang). Kami dulu ada kelas drama dan lecturer kami masa tuh, pelawak yang nyanyi lagu "Oh Ayam" (sorrylah tak ingat nama tapi kiranya dia nih fofular sampai sekarang). Zaman ni jugak, semuanya "patto-patto" (boipren-gelpren). Ada yang kekal, ada yang tak kekal tapi ramai yang tak kekal. Penat belajar, kitorang pegi "rombongan cik kiah" ke Cameron Highland, lepas tu sempat pegi siar2 kat tasik lagi. Pendek kata, zaman tu memang "happening abih". Itulah, masa berlalu begitu pantas dan dalam usia sekarang (40 plus), kenangan ini akan terpahat sampai bila2. Dalam pada itu, tidak lupa AL-fatihah kepada empat orang kawan sebatch I, yang telahpun meninggal dunia. Mereka ialah arwah Azmi, Arwah Ayob, Arwah Burung Cagar dan Arwah Faizah. Semoga mereka ini ditempatkan di kalangan orang-orang beriman, Al-Fatihah ......

Monday, November 29, 2010

May Mr LC rest in peace

Jumaat lepas, pagi2 lagi I dikezutkan dengan berita paling mengezutkan. Sebelum tuh, si Liza sebelum menyampaikan berita terkezut tuh, siap marah2 lagi, telpon berkali2, tak sorangpun jawab. Bukan I sorang jer yang dia telpon, kenkawan lainpun tak angkat jugak. Mana taknya, pepagi buta telpon, orang dok terbongkang atas katil lagi, tambah2 I nih, tengah sedap memeluk si anak dara kechik I Alea, hari pulak hujan renyai2 kat luar, siap pasang aircond lagi, h/phone pula dalam silent mode, manalah nak dengar. Khabar sedih yang diterima pagi tuh ialah kawan sekerja I, Mr Lim (English subs) meninggal dalam kapalterbang, perjalanan balik dari London ke Kuala Lumpur. Tersentap kejaplah I. I dengar ramai yang meraung sebab Mr Lim orangnya, sebaik2 manusia, uhh tidak, hekk pun tidak. Suara memang langsung tak berbunyi, apa tah lagi kalau nak mengata2 orang, bukan dalam kamus dialah. Memang betul orang cakap, orang yang baik selalu akan pergi dulu. Sebelum nih, kawan seboling I, arwah Syarif, pun baik orangnya, sembahyang tak pernah tinggal, cakappun selalu berhemah, Allah ambik dia dulu. Semoga arwahpun berada di tempat orang-orang beriman.

Berbalik pada Mr Lim nih, memang jarang dia bercakap tapi kalau jumpa kat luar, selalu dia angkat tangan. Ingat lagi seminggu sebelum dia ke London (pergi atas tugasan), kami kat desk siap berlawak2 lagi dengan dia, "Oh Mr Lim. you going to London to visit the Queen, send our regardslah". Menyengih jer dia. Tambah pulak seorang lagi, "Oh, jangan lupa visit William and Kate Middleton, they just got engaged". "Nolah, not Middleton, "Tepiton", jawab pulak si Hawa. Semua nih masih lagi terngiang2. Ingat lagi, masa I nak exam harituh, esok nak exam, malam tuh I masih lagi keje and bila I nak balik, siap cakap, "All the best ok, I pray, all of you pass your exam". "Thank you, thank you". Aduh, terharu sungguh I masa tuh. Semua ini dah jadi kenang-kenangan, takda lagi pakar rujuk untuk IT dan chess. "May you rest in peace Datuk Lim ...."

Sunday, August 22, 2010

Nostalgia ketika bertugas overseas

Ni rasanya kat tengah2 street kat Korea, belakang tuh pasar .... tak berani nak dekat
Bergambar ngan abang2 polis Taiwan, kitorang baru abih lawat kilang kat belakang tuh...
Rombongan "cik kiah" sempat pegi Sea World, San Diego, USA
Di atas bukit San Francisco ... dari atas bukit nih, pemandangannya cantik beb ....
Di tengah town London, belakang tuh Hotel Hilton
Di tengah2 kota London, nak gi Planet Hollywood, tapi sempat berposing
Di kota London, di Oxford Streets rasanya ...... excited sungguh tengok salji
Ni di Pelabuhan Rotterdam, Holland. Masa ni ikut Rafidah Aziz
Di tengah2 bandar Hague, Holland. Sejuk sangat and bandarnya "very the clean".
Di Las Vegas, belakang tuh Ceasars Palace. Ingat lagi masa tuh Anita Sarawak masih menyanyi kat situ.
Juga kat Las Vegas, belakang tuh casino.
Masih lagi di Qingdoa, China. Memang sejuk giler kat sini beb .......
Empat dara pingitan (tak termasuk nyonya baju merah tu tau) kat Qingdao, China


Baru tiba di airport Taiwan, dok tunggu kenkawan lain .......
Di tepi jalan dekat2 Hollywood Walk of Fame, Los Angeles, U.S.A
Di Monte Carlo ngan budak PR, tunggu nak masuk kasino lorrr ....
Kat Cannes, Perancis ngan Anne dan Sue (Reuters)