Showing posts with label money. Show all posts
Showing posts with label money. Show all posts

Wednesday, September 1, 2010

A brand "new" home


Ni nak citer pasal rumah I lagilah. Finally, semalam "kerja cat mengecat"pun abihlah. So, raya nanti, I raya kat "a brand new home". Apataknya, budget awal tiga hebu dah "terburst". Nasib baik, budget awal "banker" tolong cover tapi yang lebih tuh I kena top-up sendiri. Siap "banker" sound lagi, "Yang lebih tuh awak top-up, sapa suruh burst budget". Oklah, no hallah, setakat yang lebih tuh "lekat celah gigi I jerlah" janji rumah cantik. Rumah lama tapi bila dah cat nampak barulah. Plan awal, nak cat luar dan siling saja sebab dinding semuanya "berwall paper" tapi "last2 minute" pulak ada "changing of plans". Nak tahu, I suruh si tukang cat "ripped off" semua wall paper, sapu cat aje. Si tukang cat ni kata kalau ikut "fengshui" dia suruh bagi cat warna "cooling" sikit sebab wallpaper I yang "rogna" kuning emas tuh (walaupun still cantik) nampak gelap sikit. So, finally, we all cat rogna "purple orchid". Memula I tak berapa nak suka tetapi bila dah siap semua, memang nampak "cooling abih" dan rumah jadi "terang". Itulah sebabnya tak sedar sampai budgetpun ter"burst". Tukang cat pulak punyalah baik, siap cakap kat I, "kakak, kalau kakak takda duit sekarang, kakak boleh bayar bila dapat gaji, saya takda kisah punya". Cuba tengok, cher kalau buat bisnes, memang pandai, boleh hutang lagi, tapi takkan kita nak berhutang pulakkan ... standard mau jaga beb ....
(p/s - yang atas tuh bukan rumah I okey .....)

Tuesday, August 24, 2010

Checklist

Banyak sangat benda yang I kena buat, so terpaksalah I sediakan satu checklist.

1 . Beli baju raya kakak (Soraya) -- settle, harap2 kakak suka
2 . Beli baju raya adik (Alea) -- settle
3 . Beli gelang kaki Dewi -- settle
4 . Beli baju raya mummy -- tak payah, dah berlambak dalam lemari
5 . Beli baju raya mak Selayang -- settle
6 . Beli kuih raya -- settle tapi belum bayor lagi (untuk makan sendiri)
7 . Asingkan duit raya -- settle tapi bajet tahun ni "kechik" sikit
8 . Bayar tukang cat -- dah bayar dulu, nanti nak mintak balik kat "banker"
9 . Renew road-tax -- hubby dah tolong settlekan
10.Call Terry pasal tenant -- Dah banyak kali call tapi tak berjawab, kena call lagi
11.Bayar kredit kad -- Tunggu dapat gaji, kalau boleh nak settlekan "perabih"
12. Tampal wallpaper -- Tunggu hujung minggu, itupun kalau tak gi "merendek" mana2


Uhukk ... uhukkk .... banyaknyer nak pakai duit, uhuk .... uhukkkkkk......

Tuesday, August 10, 2010

Berita gumbira

Semalam I dapat dua berita gumbira. Satu, I dapat job buat translation tapi still pending on the workout, pembahagian so on and soforth, dan satu lagi ada orang nak bayar hutang kat I sebelum akhir bulan nih. Walaupun 1/5 dahulu tapi "oklah from out of nothing". Happy?, mestilah happy dan bersyukur tapi itulah takut janji tinggal janji jer nanti. I bukan apa, tak lama lagi nak Hari Raya, banyak duit nak pakai, kalau dapatlah orang tuh bayar balik hutang I, at least ringan sikit beban I nih. Ramai sebenarnya yang berhutang ngan I. Kalau bank, dah tentu I "kenyang makan interest jer" tapi nih sedara mara, adik beradik ... tak bagi kesihan, dah bagi, sekurang2nya kalau tak dapat bayar banyak, sikitpun jadilah, ini tak .... hampeh, buat "donno" jer ....

Part yang job tu pulak, within next week, kalau everybody dah agreed and agreementpun dah sign, kira "konpom"lah. Pagi tadi, I dah jumpa "kapla" projek tuh dan harap2 dalam minggu nih, atau minggu depan, semuanya berjalan lancar. Harap2nya berita gumbira nih akan menjadi kenyataan dan syukur sekali lagi kepada Allah SWT ... amin ....

Tuesday, July 20, 2010

Take it or Leave it

Baru-baru nih, management kat opis I buat restructuring, dengan tujuan nak combinekan dua skim menjadi satu skim, so senanglah nak selaraskan segala2nya. Pendek kata, dari strata gaji hinggalah ke elaun, etc, etc, etc. Di bawah management sekarang nih, ada dua skim, contohnya I, bawah Skim A sejak azali lagi dan Skim B pulak telah diwujudkan kemudian sebab "ada sebab"lah dolu2. Dipendekkan cerita, di bawah restructuring nih, banyak betul jawatan kosong profesional perlu diisi dengan segera, terutama for those di bawah Skim A yang lama sudah "terstuck" kat satu gred bertawon2 lamanya termasuklah "akak sorang" nih. Kekosongan yang banyak nih, bukan hanya untuk orang2 Skim A sahaja tetapi turut diperuntukkan untuk mereka di bawah Skim B mengikut kelayakan masing2 dan perlulah duduk beberapa exam terlebih dahulu. That's the rule. Camnerpun, dorang kat Skim B nih kenalah convert ke Skim A yang "lebih banyak menguntungkan daripada merugikan". Kenapa I cakap menguntungkan, sebabnya dari segi "gaji bawak balik", boleh dikatakan semua bawak balik lebih banyak, tak kiralah lebih 20 hengget sekalipun, janji lebih. Pada I, tawaran yang dibuat management memang "fair and square". Tapi masalahnya pulak, ramai yang dioffer tu tak faham. Nak kata tak cerdik, cerdik mengalahkan "cendiakawan" tapi mungkin "tamak haloba" dah mengatasi segala2nya. Memanglah pada hakikatnya, mereka nampak gaji pokok tuh kechik sebabnya di bawah restructuring ini, elaun telah diasingkan untuk di"standardise"kan dengan Skim A. Tapi malangnya, ramai yang tak boleh terima hakikat itu, nak gaji yang mereka dapat sekarang dengan elaun yang sudah di"lamsam"kan itu, tang elaun pulak diadakan secara berasingan. "Boleh, memang boleh ... boleh belah". Banyaklah cekadak korang. So, pesan I pada management, jangan dok layan sangat. Bagi jer kata putus "take it or leave it". That's it fullstop ...

Wednesday, July 14, 2010

KakAje:Life in the Fab Lane

Pompuan yang kat atas tuh, bukannya lawa sangat, "biasa2" jer tapi yang pentingnya pompuan nih "kaya$ raya$". Orang yang tak lawa, bila dah "kaya$ raya$" mesti boleh jadi lawa "ada duit semua boleh jadi lorr". I memang suka tengok program realitynya "Life in the Fab Lane" sebab dapatlah I berangan2 "kalaulah aku boleh jadi kaya$ raya$" macam gitu, harus ramai yang datang "menyembah2", ramai yang akan jaga I siang malam, pagi petang hatta sampai ke "subuh sepie". Itu kalau pompuan "kaya$ raya$", kalau spesies jantanz "kaya$ raya$" pulak, harus ramai yang mengekor, tak kira anak dara, janda atau bini orang, silap2 guna "mak esah" ... yerlah dah puas hidup susah, nak jugak rasa senangkan . Pompuan2 murahan cam ginih bukan kira, jantan tu perut boroi ker, muka macam pecah rumah ker, janji poket penuh beb, dosa pahala tolak tepi. Ehhh, melalut pulak akak nih ... Oh yer, tengoklah rumah si Kimora nih, harus I duduk "berkubang" jer dalam rumah sepanjang hari. Cakap lu, boleh giler I tengok koleksi kasut dan bag "Louis Vuitton, Chanel dan Hermes" yang berlambak2 tuh. Aduhai untungnya badan ... berangan jerlah aku ......

No "U-Turn" please

Disebabkan "signboard" kat atas tulah, pagi2 buta "subuh sepie'", I dah kena tahan dengan empat "pak polisi". Siap melambai2 lagi suruh I berenti tepi jalan. Nasib baik tak suruh keluar, apataknya I pakai baju tidor "tak pakai bra" lagi ... yerlah baru lepas hantar Alea kat sekolah, lepas tuh harus "terus balik rumah" sambung tidor. Inilah pertama kali I ditahan polis sejak mula "mendrive" kereta kira2 10 tahun lepas. I memang dah nampak sign "no U turn" tu kat Wisma BU8, Lebuh Bandar Utama, tapi I "redah" jer sebab nak cepat, tau2 empat orang "pak polisi" dah siap menunggu I kat depan sanun. Nak taknak, terpaksalah I "merayu sakan" dan "seboleh2nya merendahkan intonasi" supaya dorang rasa belas kat I. Tapi dalam dok "maintain I nyer vogue", sempat pulak I tanya, "kalau tak boleh U-turn, apa gunanya buat jalan pusing kat situ, tutup jerlah jalan tuh". Anyway. I bernasib baik sebab dilepaskan, kalau tak melayang 80 hengget yang boleh I guna untuk beli kek "BlackForest" Secret Recipe untuk jamuan kat opis minggu depan ...

Saturday, July 10, 2010

Separuh gajiku melayang

Kalau Anang femes dengan lagu hitnya "Separuh Jiwaku Pergi", lain pulak dengan I, "zaman jiwang2"nih dah lama berlalu dalam kamus hidup I tapi "hit of the month" I ialah "Separuh gajiku Melayang". Apataknya, hari nih I ada appointment lagi ngan Dr Dentist. Masuk nih dah tiga kali dalam tempoh sebulan. Tolak, campur, dharab, bahagi, rasanya lebih separuh daripada gaji I untuk bulan depan dah abih kat gigi I. Yerlah, asyik "menenyeh" jer sementara nak tunggu gaji bulan depan masyukkk. Kawan I yang kat overseas tu cakap kat I, "Takpalah, orang lain naik setakuk, tayang pay slip, tayang kereta baru, ngko pulak tayang jerlah gigi ngko, menyerongehlah ngko sepanjang bulan depan". Kureng asam punya kawan. Yerlah, kalau tak buat kalu, I yang tanggung sakit sorang2, so "biar lebur jerlah separuh duit gaji tuh". Tapi takpa jugak, ada hikmah sebenarnya yang I sakit gigi sebelum nih, kalau tak sakit "haram I nak jejak dentist", so bila dah sakit nih, baik "overhaul" semua, omputih cakap"once and for all". Memanglah "rasa sengkek" sangat tapi I selalu ingatlah diri I, insyallah rezeki ada di mana2, "taklah sampai mati kebulur". Kat dentist tadipun, hampir sejam jugaklah, Puan Dr tuh "menggerodak" mulut I. So, next appointment, end of this month. Oh ... duit lagi. Isnin ni pulak, kena gi income tax, nak settle payment. I ingat nak buat rayuan, bayar dua kali. Oh tidak .... duit lagi. Bestkan kalau kita dilahirkan "kaya$ raya$", tak payah nak susah2 hati pasal duit ... sebut jer "dan2 tu jugak duit dah ada depan mata" ....

Monday, June 28, 2010

Bulan nih "kopak" abih

Rasanya, bulan nih I "kopak" abih tapi "still boleh bernafas pelan2" lagi. Ntahlah, duit nih memang "berhantu", kuarkan pagi, petang dah langsai. Tak tahulah, ada jer yang nak kena berbayor. Tak pasal2 jugak, bulan nihlah jugak kena renew driving license, nak "overhaul" gigi lagi (kalau tak buat kalu, nak pakai jangka panjang), servis kereta, insurans lagi, beli tu, beli nih ... Ada yang bayar cash tapi paling banyak "menyain" jerlah. Buat masa nih, I belum lagi kuarkan duit gaji yang baru I dapat minggu lepas. I nak tunggu statement dari Citibank dulu, barulah I nak buat "adjustment". Memula I nak langsaikan dulu hutang kredit kad, lepas tuh barulah I nak "stabil"kan balik financial I nih. Nak taknak, kena jugak mintak tolong hubby. Kalau boleh I tak suka nak mintak tolong orang. Lecehlah, kalau dulu I tak "terlalu baik, naif dan percayakan orang" bagi hutang segala bagai duit I, I memang tak akan menyusahkan sesapa. Betul orang cakap, part2 hutang nih, jangan percayakan orang, hatta adik beradik sendiri. Hutang yang konon nak bayar dalam dua tiga bulan, dah beranak jadi bertahun2. Ni ntah bilalah I nak dapat balik duit2 I tuh, agak2 sampai kuching bertanduk kot. Paling latest, I kena bayar duit income tax, dorang tersalah kira katanya. Aduh ... tak pasal2, melayang duit I. Saving, memang ada tapi kalau boleh I taknak sentuh langsung saving I tuh sampai end of this year tapi rasa2nya kalau takda cara lain, terpaksalah jugak nampaknya ... last resort, omputih cakap. Camnerpun, dalam "kopak2" nih, I ingat sebelum posa, I nak buat makan2 kenduri kesyukuran kat rumah mak I Selayang. Saje jer nak bersyukur atas nikmat yang Allah dah berikan pada I dan anak2 walaupun dalam kami mengharungi segala kesulitan dan dugaan. Kenkadang rasa marah jugak kat Allah atas segala dugaan tapi I cepat2 beristifar ... well, I believe everything happens for a reason ...

Wednesday, June 2, 2010

Pejeri nenas untuk kenkawan

I telah dicabar untuk memasak "pejeri nenas" ala Perak oleh dua kawan I yang masih berstatus "anak dara". Rasanya dah lama dah dorang suruh I masak, siap bagi resepi bagai lagi. "Patutnya korang yang anak dara nihlah yang masak untuk Kak Lin, bukannya Kak Lin masak untuk korang". "Taknak, kitorang nak Kak Lin masak jugak pejeri nenas tuh untuk we all." "Ok. fine, no problem, nenas dalam tin boleh guna tak ...kwang ...kwang...kwang ???? Alahh ... apa susah, Dewi ada. Selalunya dialah yang akan sediakan semua bahan2, I tinggal menumis jer. Dari dulupun, kalau I nak masak apa2pun, I bagi tahu si Dewi suruh tolong sedia apa yang patut, part I cuma pakai apron dan lepas tuh memasak. Nak tahu, adik I si Zaim pernah cakap kat Mak Selayang yang dia cuma makan mi goreng yang I goreng jer, "orang lain takleh lawan ngan mi goreng Angah". Tengok, tahu takpe, "terrrer de merrer" jugak I masak cuma MALAS jer yang lebih. Rahsianya, lebihkan jer "ramuan dan sampah sarap macam udang ker ayam ker daging ker", barulah kaw. Rasanya Sabtu nih, I nak buat laksa, nak ajak mak Selayang I ngan kaum kerabat datang rumah. Bukan ada apa2 occasionpun, sajer jer nak jamu orang makan ....

Wednesday, April 7, 2010

Tak sempat nak joli katak

Baru semalam, happy sangat, siap nyanyi2 lagi sebab dapat rezeki terpijak, tup2 pagi tadi dapat surat kena bayar "maintenance apartmen BP" yang I beli dua tiga tahun lepas. Tak sempat I nak "berjoli katak", cadang nak beli itulah, inilah, tetiba kena pulak pi settlekan "maintenance tak guna tuh", banyak pulak ... rasanya macam membazir jer. Yerlah, apartmen "sekangkang kera" tapi bayar maintenance mengalahkan "banganglow" sejibik. Bayangkan those people yang stay kat kondo yang harga cecah lebih setengah juta hengget, haruslah melayang "sebulan gaji" I dok membayar maintenance tuh. Orang kaya lainlah ... itulah untungnya dapat "ngap" orang kaya, duit sebanyak tuh lekat celah gigi dorang jer. Pada I pulak, rasa rugi2 sungguh, bayar benda yang kita tak manfaatkan. Duit sebanyak tuh, macam2 I boleh beli, paling tidakpun, gelang kaki baru untuk anak2 dara I yang dua kerat tuh. Tapi nak sedapkan hati, betul jugak cakap kawan I si KakMonaLisa, "nasib baik ada duit terpijak tuh, takyahlah you kuarkan duit you, kalau nak tambahpun sikit jer". "Betul jugak, mana sangkapun dapat rezeki terpijak tuh, cuma terkilanlah, rasa macam bagi saja jer duit tuh kat orang".

Wednesday, February 17, 2010

Risik2 calon menantu

Pada mummy2 yang inginkan anak2 dara mereka hidup senang lenang, hidup bermandikan kemewahan, kiranya tujuh lapan keturunanpun, harta takkan luak sedikitpun, maka sudah tibalah masanya mummy2 ni merisik2 khabor kot2 antara yang tersenarai kat bawah ni ada "cucus lelaki yang sesuwei" ngan anak dara memasing. Untung2 mummy2pun boleh tumpang senang ... hi ... hi ... hi ....berangan jerlah ....

10 TOP RICHEST MALAYSIANS:
1. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group - RM42.76 billion).
2. Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas - Rm27 billion).
3. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group - RM11.92 billion).
4. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank - RM10.86 billion).
5. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group - RM10.38 bilion).
6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group - RM7.09 billion).
7. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation - RM6.01 billion).
8. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group - RM4.4 billion).
9. Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau - RM3.5 billion).
10. Tan Sri Vincent Tan (Berjaya Group - RM3.2 billion).

Kenkadang hati tu berangan2 lah jugak nak hidup macam orang2 yang 'kayas rayas", duit bukan ajer berlambak2, beranak2 lagi pulak tu. Tak payah nak pikir apa dah sebabnyer "duit dah boleh buat gebar lagi". Mesti bestkan tapi "bersyukur jerlah dengan rezeki yang Allah dah berikan kat I tuh"....
Cuba bayangkanlah 10-15 tahun akan datang, Soraya ker atau Alea bawak balik calon menantu. Sapa itu Soraya? Sapa itu Alea? Doktor? Loyar? Majistrit? "Ahli musik mummy". "Apaaaa??? Ahli Miyusik, ahli miyusikpun, ahli miyusiklah, asalkan korang happy, mummypun happy .....

Monday, January 25, 2010

Berkorban demi anak2

Memandangkan bulan depan I akan dapat gaji very the awalnya sebab nak sambut Chinese New Year, and amoutnya pulak akan start dipotong sikit untuk premium insurans anak2 dara I, terpaksalah I buat planning awal2. I ingat gaji bulan ni, I nak settlekan semua hutang-piutang kad kredit I (nasib baik ciput jer) dan kad2 plastik itu I akan "tenyeh" "as and when" sahaja, itupun untuk anak2 dara I. Dari situ I akan budget, how much I akan spend every month on my card credits. So, budget untuk bayar kad kredit tu I akan channelkan pada premium insurans yang I akan dipotong tetiap bulan dari gaji I tu, jadi, taklah rasa sangat. Bijak tak kepala hotak I tetapi sedih jugak, selalu tengok slip gaji yang figuresnya "gemuk" gitu, alih2 sekarang ni dah "kurus" sikit. "Takpa, demi masa depan anak2 tercinta, mummy akan berkorban apa sahaja walaupun melibatkan nyawa mummy".

Monday, October 26, 2009

Perlukah diwar2kan?

Do we have to war2 to people, "Anak saya si anu, si anu tu sekarang ni dah drive Ferrari. Laki dia kaya, ni nak beli (ke dah beli, tak pasti) rumah RM2. juta kat2 Ampang Tesco. Anakpun masuk international school".
"Well, rezeki orang. Lagipun mak bapak mana yang tak kembang kuncup hidung kalau dapat menantu kaya raya, tambah2 kalau menantu dok angkut jugak pegi overseas, travelling first class, driving balik kampungpun tayang kereta besar2 ".

Sebenarnya, masa si pakcik ni mengwar2kan "kekayaan anak menantunya" itu, I tak dengarpun, adik I kebetulan gi kenduri kahwin anak bongsu pakcik ni yang bercerita kat I and masa I gi lunch kat rumah cousin I, diapun cakap benda yang serupa. Makna, betullah tu. Kalau I ada masa tu, sure I "layanz" jer pakcik tu, pujilah apa yang patut, seronok tengok orang dok "kembang kuncup kembang kuncup" ni.

Pada I, simple jer, terpulang. Nak bagitahu boleh, taknak bagitahupun ok. Kalau bagitahu, kita yang mendengar nipun "tumpang happy" jerlah, nak tumpang harta takleh, harta orang, buat apa kita pulak yang nak menyebokkan. Tapi selalunya, orang yang banyak duit ni, orang keliling jaga beb .... jaga sungguh2 gitu. Tapi sebenarnya apa nak herankan, kaya ker miskin, yang penting "hati di dalam senang" sebab kalau banyak duitpun "hati tak senang, tak guna jugak".

Bak kata cousin I, kalau dulu, zaman dia kerja kat Hilton Hotel dulu memanglah "ternganga mulut sampai masuk lalat" dengar betapa canggih dan kaya raya orang tapi sekarang ni dah takda apapun, dah biasa, ramai sangat yang dah kaya raya. Orang sekarang ni, umur tak sampai 30 tahunpun dah dapat title "Datuk", so, takda benda yang nak dibanggakan. Pada I, tak yah "kaya raya" sangat, cukuplah sekadar hidup senang anak beranak, duit tak putus dan takda orang kacau "periuk nasi kita", itupun dah lebih daripada bersyukur. Taknaklah hidup merempat sampai minta belas ihsan orang ... nauzubillah . Pada I duit dan kebahagian, sama pentingnya, kalau boleh memang I taknak hidup susah.

Cerita pasal kaya raya, adalah "makhluk sekoq" ni yang begitu bongkak dan sombong berkata, "Kalau nak rumah ni ambiklah, I tak kisah duduk rumah fletpun". "Yerlah tu, I nak tengok, kata2 tu umpama doa, sekarang tengah senang menyombonglah, Allah tu maha kaya, kalau nak tunjuk sekelip mata jer boleh jadi".

Thursday, August 13, 2009

Seminar mengkuruskan wang

Kawan I call ajak I gi seminar menguruskan wang Jumaat ni. I jawab balik, "bertambah kuruslah wang aku, kalau seminar menggemokkan wang, aku naklah, takkan ko tak tahu yang aku ni pompuan mata duitan".

Well, apa2pun "duit ni berhantu", banyak mana kita keluarkan dari bank hari tu, banyak tulah jugak yang kuar. By the way, kawan I si Pah pun tak lupa mengingatkan I thru her SMS, "amboi champ, senyap jer, kena belanja kenkawan ni". There, I dah agak dah, "pantang dengar orang jadi champ, mesti nak pekena jugak".

Menang duit bowling yang ciput tu pun, kena belanja jugak ker???

Friday, June 19, 2009

Kesian punyer pasal

Semalam adik I datang rumah, usung sekali anak dia. I dah agak mesti ada something wrong ni, mukapun buat "muka seposen, muka habis sedihlah, ratu dragpun boleh meraung tengok," kiranya kalau ada trofi, sure dapat kat dianyer. I diam malas nak tanya, nanti tanya kang lain pulak jadiknya. Lama gak dia kat umah I, bila dah time nak balik, barulah dia cakap, itupun I tengok macam ada emas dalam mulut. Kita adik beradik ni, macam mana marah sekalipun, kalau sorang tu susah, kitapun akan rasa susah jugakkan, bak kata pepatah "cubit peha kanan, peha kiri terasa ". Kesian memang kesian tapi ....

Yang I takleh terima tu, diapun sengkek boleh bagi pinjam duit kat orang. Orang ni bila nak berhutang, seribu janji diberinya, bila tiba time nak bayar, seribu alasan pulak yang kita akan dengar. Bayangkan nak dapat duit sendiripun, macam nak mintak sedekah. Telefon tak angkat2. Lagi satu, bila nak meminjam tu, tahu pulak cari rumah, padahal tak pernah datangpun. Kalau bayar oklah, alhmdullilah tapi yang bertahun2 tak bayar, buat dek jer, itu apa kes ???? Kalau boleh bayarlah, kita bukannya keje cop duit belakang rumah.

Macam yang I cakaplah, I memang cepat kesian kat orang, tambah2 adik beradik sendiri. Ada orang kata I ni kedekut, mungkin betullah tapi setiap orang memang kedekut, kedekut dengan cara masing2lah. Very subjektif one, takleh kita persoalkan, tapi jangan pakai sedap mulut jer nak cakap. Bab tolong menolong ni, Insyallah, kalau I boleh tolong, I tolong tapi semalam I rasa bersalahlah pulak, sebab sebelum I tolong dia, memang I "cloroxkan" adik I tu abih2 sebab time nilah kita boleh basuh dia cukup2. I harap dia faham sebab ini semua untuk kebaikan sendiri.

Bab kesian kat orang ni memang bahaya tapi apa nak buat, kita ni manusia biasa cepat tersentuh walaupun menyusahkan diri sendiri sebenarnya. Contohnya dalam entri awal I pasal beli costume langsing tu. I memang tak terlintas langsung nak beli, nak pakai buat apa tapi dah kawan I ni susah payah datang, ambil cuti lagi nak jual benda ni kat I, kesian ada, fed-uppun ada bila tak abih2 berceramah nak promote benda tu. Lepas beli menyesallah sebabnya rega bukan murah, pakaipun sekali dua ajer. Yang untung kawan I lah sebab dapat komisyen lagi. Lagi satu, masa I tinggal kat Wangsa Maju, ada jugak kawan ni datang rumah jual penapis air pelbagai guna .... alamak, I memang taknak tapi disebabkan dia beriya2 sangat, "Lin, I dah reservekan satu untuk you, ambillah, air dia berkhasiat bla..bla..bla", I pun kesian, ambillah juga and last2 tersadai jer kat dapur sebab expert yang patut datang pasang tak datang2, bila salah pasang, air taknak kuar, bersidai jerlah kat situ.

Macam tulah jugak kalau ada staff kat ofis jual barang2. Padahal bukannya perlupun, tapi ambik jugak tu. Ntahlah, sebenarnya salah sendiri, cuba buat hati tu kering sikit, buat donno jer kalau ada sesapa datang nak jual barang kat kita kan kan .....yang fenting duit kitapun selamat.

Thursday, April 2, 2009

Can money buy happiness?


Perhaps money isn't happiness but lot of people continue to chose after wealth. Those who have already have it want more. For me, money and happiness are equally important. Money can't buy happiness, tapi kalau you sakit, takda duitpun, sengkek, you will feel down, so at the end of the day, you jadi tak happy. Ramai yang kata, happiness lebih penting dari wang ringgit. Tapi we have to remember that money rules everything. Bullshitlah, kalau yang kata tu, dia tak pentingkan wang ringgit tapi yang penting padanya keluarga yang bahagia. Bahagia manernya kalau takda duit.

Dalam dunia serba canggih ni, semua pakai duit. Nak masuk toiletpun pakai duit, minum air kosongpun kena pakai duit. Ini belum lagi bab masuk hospital, education dan macam-macam lagi. So, pada I, wang ringgit penting, kebahagianpun penting. Misal kata, kalau tak happypun, sekurang-kurangnya dengan adanya wang yang banyak dan cukup, masa depan kita dan anak-anak sudah tentu terjamin. Takyah nak harap belas kesian orang lain .......