A full-time working mummy who have to juggle between work and family. Married and blessed with two beautiful princesses. Believes in a philosophy "Life is not complex...we are complex. Life is simple and the simple thing is the right thing".
Showing posts with label dugaan. Show all posts
Showing posts with label dugaan. Show all posts
Tuesday, April 2, 2013
Yalorr...Lets move on...
Yalorrr...falling down is part of life, getting back up is living...so tunggu apa lagi beb, lets be happy....
Wednesday, June 6, 2012
Serba-salah
Cakap salah, tak cakap salah. Nak cakap, dah sah-sah, memang tahu segala hukum-hakam, warak lagi, sembahyang tak tinggal, itu belum puasa, segala puasa sunat serta wajib. Patutnya tahu2 sendirilahkan dan tidak perlu diberitahu. Kadang2, bila Allah uji kita dengan segala kemewahan, kita jadi lupa segala2nya, kita jadi takbur dan kita terus rasa Allah sentiasa sayangkan kita tapi sebenarnya itu ujian, ujian dari segi kemewahan agar kita ingat kembali kepadaNya, tidak kira dalam waktu susah ataupun senang. Betullah, kata2 cerdik pandai, sesungguhnya manusia itu mudah lupa....Itu sebabnyalah juga manusia ini dibahagikan kepada empat kategori:
1. Orang yang berilmu yang tahu dan dia tahu apa yang dia tahu;
2. Orang yang berpengetahuan tetapi dia tidak tahu apa yang dia tahu;
3. Orang yang tidak berpengetahuan dan tahu dia tidak tahu; dan
4. Orang yang tidak berpengetahuan tetapi dia tidak tahu apa yang dia tidak tahu.
1. Orang yang berilmu yang tahu dan dia tahu apa yang dia tahu;
2. Orang yang berpengetahuan tetapi dia tidak tahu apa yang dia tahu;
3. Orang yang tidak berpengetahuan dan tahu dia tidak tahu; dan
4. Orang yang tidak berpengetahuan tetapi dia tidak tahu apa yang dia tidak tahu.
Saturday, October 8, 2011
Peringatan di ATM machine

Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada ...mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik. Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya melalui kad anda yang masukkan ke dalam mesin tersebut. Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yang seumpama ini. So, mintak simpang malaikat 44 lah, janganlah perkara ini berlaku kepada kita ...
Monday, October 3, 2011
Mendung tak bererti nak hujan
Aduhh ... klazz ko pompuan, tajuk entry bukan main lagi ... mendung tak bererti nak hujan gituh ... Oklah, kita nihkan selagi dinamakan manusia, memang takleh lari dari sebarang ujian Allah. Aci kerat kukulah, kalau ada yang bermegah2 kata yg dia taknah diuji Allah. Dugaan Allah ni pelbagai2. Ada yang berat dan ada yang ringan, semuanya ada hikmah memasing. Pokoknya, kita mesti ada faith pada Allah. Memanglah kenkadang 'fikiran kita nih jahat, dikacau dek setan" dok kata, "pasal apalah Allah turunkan dugaan pada kita nih, memanglah kita ni manusia, bukannya Nabi, sikit sebanyak mesti ada buat salah, tapi orang lain yang terang2 aniaya kita, kita nampak hidup dorang senang memanjang, macam takda apa2pun, takda rasa bersalahpun, Allah tak buat apa2pun kat dorang". Nauzubillahhiminzalik, astagfirullahhalazim ... kena berisytifar gitu. Ustaz selalu cakap doa orang yang teraniaya itu sentiasa dimakbulkan Allah, doa jerlah. Bila dan bagaimana tuh adalah urusan Allah, Dia yang menentukannya. Dalam zaman sekrg nih, Allah kenkadang bagi cash jer. Anyway, pada I senang jer, "we gain some, we lose some". Kita kurang yang ini, kita lebih tang situ, that's it ... that's the rule. Orang kaya tuh, kita ingat dorang senang sangat ker, tak tentu lagi weyyy .... besar periuk, besarlah kerak, besarlah hutang keliling pinggang. Dan yang susah tuh kita ingat susah ker, mungkin dari luaran kita nampak susah, tetapi insyallah Allah tidak sekejam itu "ulat dalam batu lagikan hidup, apatah lagi kita manusia yang boleh berfikir dengan waras". Kenkadang bila kita diuji, kita ingat kitalah yang paling teruk dalam dunia tetapi sebenarnya ada orang lain yang lebih lebih lebih dasyat dari kita. Dari segi tuh, kita patut bersyukur sesangat2....Tak guna nak berendam air mata bagai, life has to go on my dear ...I juga pernah diuji dengan dugaan maha berat tapi as I mentioned earlier "we gain some, we lose some". Alhamdullillah, sejak tiga tahun lepas, rezeki I membuak2 walaupun tak banyak mana. Sekurang2nya dalam tempoh tuh, I dapat dua kenaikan gred, gaji backdated 6 bulan, kenaikan gaji tahunan dan insyallah kalau diizinkan Allah, kot2 gomen buat pelarasan gaji sehingga 30 percent, sapa tahukan .... aminnn, rezeki lagi. Pada yang tak dapat jodoh tuh, tak usah sedey2, tup2 esok Allah turunkan jodoh yang terbaik untuk kita. Yang mana anak tak pernah balik jumpa, mana tahu Allah bukakan pintu hati dia suruh balik satu hari nanti sebab "syurga di bawah telapak kaki makkan" dan yang bisnes tak berapa nak ok tuh, biasalah ekonomi sedang merudum, esok kalau ekonomi mencanak, mencanaklah rezeki kita ... so mendung tu tak bererti nak hujan kerana beraraknya awan, berlalulah mendung itu ....
Labels:
Allah Maha Besar,
dugaan,
rezeki,
ujian Allah
Subscribe to:
Posts (Atom)
