A full-time working mummy who have to juggle between work and family. Married and blessed with two beautiful princesses. Believes in a philosophy "Life is not complex...we are complex. Life is simple and the simple thing is the right thing".
Showing posts with label ibu duit. Show all posts
Showing posts with label ibu duit. Show all posts
Wednesday, November 30, 2011
Kebetulan or memang betul2...
I pun tak tahu whether this is kebetulan or memang betul2. Bukan sekali tapi dah banyak kali benda nih jadi. Kenkadang terfikir jugak samada we all nih pembawa rezeki kepada orang lain. Kalau betul, alhamdulliah ... dan semoga rezeki kami sekeluargapun terus diberkati dan murah. Citer macam ginih, setiap kali we all masuk restoran or mana2 kedai makan yang memang selengang2nya, tak sampai 10 minit kami buat order, tetiba menderu2 customer lain masuk dan kedai yang lengang tadi jadi penuh. Pernah sekali, kami makan di satu kedai kat Sunway, memang kosong-sekosongnya sampaikan tukang masak dan pelayan kedai nih masing-masing dok ternganga rileks tengok TV. I siap sound Dewi, "sure tak sedap makan kat sini, sebab kosong jer". Disebabkan malas nak cari kedai lain, kamipun masuklah. Tak sampai 5-10 minit, lepas kami buat order, tetiba lepas sorang, sorang customer masuk. Itu takpa lagi, tapi kalau dah setiap kali kami masuk restoran or kedai kosong, tetiba lepas tuh, ramai pulak yang masuk, mesti terdetik dalam hati "kami nih memang pembuka rezeki ker, alhamdullilah ... semoga rezeki kami juga murah". Last Sunday, I, Soraya , Alea and Dewi pergilah ronda2 kat Curve and bila lapar kami masuklah satu restoran nih. Customer cuma dalam lima orang jer kalau nak dibandingkan dengan restoran yang besar tuh. Tak lama kemudian, tetiba penuh jer restoran tuh. I cakap kat Dewi, "Dewi, perasan tak, setiap kali kita masuk mana2 restoran/kedai kosong, tak lama kemudian ramai yang masuk. Kita nih memang penarik rezeki kot untuk tokeh kedai nih". And Dewipun ala2 Master Chin pun tanya I, "Akak lahir hari apa, saya tahu Alea hari Selasa. Orang Indon percaya, Selasa hari yang bagus kerana ia dianggap hari tertua.". Manalah I ingat, hari apa I diberanakkan. Kebetulan Soraya ada, so dia cakap IPhone dia boleh track ke tahun I dilahirkan. So, lepas ditrackkan, Soraya dilahirkan pada hari Isnin, Alea pada Selasa, mummy hari Rabu dan hubby hari Khamis. Dan menurut Master Chin I yang bertauliah tuh (Si Dewi), itu memang petanda baik kerana hari2 kelahiran itu berturut2 dan menyokong antara satu sama lain. Entahlah ... wallahualam, tetapi apa kena mengena dengan memberi rezeki. Si Master Chin ni adalah explain dengan panjang lebar kepercayaan orang Indonesia, tapi complicated sikit and I tak berapa nak faham sebab berkait antara satu sama lain. Apa2pun rezeki semua di tangan Allah dan kita sebagai umatNya kenalah berusaha, tak boleh tunggu duit turun dari langit jer ....
Monday, May 3, 2010
Rezeki "ibu duit"
Sabtu lepas, I ngan rombongan cik kiah balik Selayang. So, masa kat sana, kitorang berboraklah pasal "ibu duit". Menurut SIL and mak I, duit yang dikategorikan sebagai "ibu duit" ialah duit orang "bayar hutang" masa kito dok tengah sibuk "soru sapedek" bukannya duit "betting" dibuat "ibu duit". Oh ... itu ker konsepnya ... selama ni I tersilaplah. I dok ingat apa jenis duit orang "ngolor" masa dok tengah "melantak sakan", boleh dibuat "ibu duit". Sia2 jerlah usaha I "membalut dan menyelofen tape ibu duit" yang I dah sorokkan dalam one of the compartments dalam wallet LV I. Cadangnya, balik rumah nanti, kalau singgah Giant, bolehlah I belanja buat beli barang apa yang patut. By the way, masa kat Selayang tu jugaklah, I dapat satu surat nih dari bank. Nak tahu isi surat tuh? Bank tu cakap kat I yang I ada dividen yang masih belum dituntut berjumlah lebih kurang 800 hengget. Weii ... 800 hengget weii, sapa nak bagi and I pun tak sangka yang bank tu nak bagi dividen kat simpanan I yang tak seberapa tuh. So, pagi tadi, lepas jer hantor si kechik ke sekolah, I terus "berambat" ke Damansara Uptown. Oii ... pasal duit, laju jer gear. Tepat kul 9.30 pagi, dah terpacak I kat bank tuh, kira2nya I lah "the first customer". Sempat tanya si cashier tuh, "Encik, dividen berapa lama akak tak ambik yer sebabnya saving akak bukannya banyakpun". "Lama jugak kak". "Lain kali, boleh tak masukkan terus dalam akaun, tak payahlah akak datang ambil tapi hari nih bagi akak cash jerlah". "Baiklah kak, on top daripada RM800 nih, ada extra lagi Rm200". "Hahh ... bior benor mana datang pulak RM200 tuh". "Bank kira sekali yang paling latest". Wah ... wa cakap lu, hari nih, memang rezeki wa, wa ingat 800 hengget jer tapi wa dapat another 200 hengget, jadi semuanya 1,000 hengget. Fikir punya fikir, mungkin ini rezeki "ibu duit" I, so tak jadilah I belanja "ibu duit" I tuh. Memanglah syirik kalau kita percaya, tapi apa salahnya I simpan jerlah "ibu duit" I tuh, mana tahu tengah "sesak-mesak", boleh jugak buat belanja ... hi...hi...hi...
Labels:
beauty and makeover,
family,
hutang,
ibu duit,
jokes,
mak,
myself,
reality,
rezeki,
that's life
Tuesday, April 27, 2010
Short 50 hengget
Baru semalam simpan "ibu duit", hari yang sama jugak masa I kuarkan duit dari sahabat setia I "si Kawanku", rupa2nya "short 50 hengget". Cakap kat kawan I, dia suruh report tapi nak repot camner sebab resit kuar I dah buang dalam tong sampah "dan-dan tu" jugak. Apa taknya, selama ni tak penah short, so I tak syak apa2lah, terus jer buang resit tuh. Orang lain I tak tahu tapi I memang tak penah kira duit rite after I kuarkan duit dari ATM. I cuma sedar I short 50 hengget bila nak bayar duit kredit kad I pagi tadi. Dua kali I kira, memang "sah dan sahih" short 50 hengget. Banyak tuh 50 hengget, kiranya lepaslah kalau I nak beli kasut Vincci sepasang. "Kasut lagi, tak abih2 kapla hotak I dok fikir pasal kasut". Tapi kiranya nasib I baik lagilah sebab short 50 hengget jer sebabnya ada dua orang kawan ofis I, sorang hilang RM28,000 (bengung kejap dia) dan sorang lagi RM500 ... so dalam hal ni sapa nak jawab dan sapa nak ganti lorrr ....
Monday, April 26, 2010
Ibu duit
I walaupun nampak moden tapi I ni spesies yang "very the conservative". Contohnya, kalau I sampai rumah tengah malam "ngam-ngam" kul 12, I tunggu sampai pukul 12.01 minit baru I masuk rumah. Masuk rumah bukan mengadap ke depan tetapi cara "membelakangkan kamera" sambil bagi salam. Sebelum tu I basuh kaki dulu kat luar rumah sambil meludah keluar pagar kiri dan kanan. Ntah, tak tahu apa sebabnya tapi dari dulu lagi I dok praktikkan. Masa nak masuk rumah tu, sambil bagi salam I cakaplah "sesapa yang ikut aku balik, ngko baliklah balik ke tempat asal ngko, jangan dok kacau aku ngan keluarga, akupun tak penah kacau ngko". Bukan apa, I ada anak kechik. balik rumah pulak tengah2 malam buta, ditakutilah "ada benda tak elok yang ngikut balik". Satu lagi I percaya cakap orang2 tua, kalau orang bayar hutang ker, bagi duit ker masa tengah makan, itu rezeki. Nak jadikan citer, Ahad lepas, I ada bowling tournament. Pepagi buta, I dah ada kat bowling alley. Tengah sedap dok melantak mihun, mak si Shalin masak ... sedap beb ... tetiba si Liza Tomboy datang, "nah Kak Lin 20 hengget, duit betting semalam". "Orang tua2 kata dapat duit masa dok makan, rezeki nak bertambah ni". Percayalah Kak Lin tuh". Tak abih lagi tuh, lepas abih bowling, I ngan geng2pun lepaklah kejap, cadangnya memasing nak makan nasi lemak yang disponsor oleh partner bowling I tadi, Sheila, tokeh si Restoran Santai. "Wa cakap lu, sambal nasik lemak dia memang sedap beb, satu bungkus tak cukup". Tengah dok sedap "menyuap sakan", kali ni si Sheila pulak mengulor 5 hengget. "Nah, lima ringgit sebab ngko sparekan split yang ngangkang besor tadi". "Wow, dah dua kali nih, masa makan orang bagi duit". "Baik ngko simpan Lin, orang kata tuh boleh jadi ibu duit". Yerlah, "why not" simpan jerlah. So, pagi tadi, I pun ambik duit 25 hengget tuh, masukkan dalam pelastik, siap "selofen tape" lagi beb, terus letak kat satu "compartment" dalam purse LV I tuh. Konon2 nak buat "ibu duit", manalah tahu, duit dalam purse I ni akan beranak-pinak dan later2 "makchik kayo, makchik kayo". Kelakarkan, benda2 macam nipun I boleh percaya ...
Subscribe to:
Posts (Atom)