Showing posts with label working life. Show all posts
Showing posts with label working life. Show all posts

Friday, April 13, 2012

Tok Mummy Mudin

Lama sungguh tak update blog I nih. Bukannya malas tapi takda masa. Kat desk sekarang nih tgh short-handed, orang tak cukup tapi kerja berlambak-lambak. Non-stop. Story pulak masuk bertali-arus n panjang berjela, mengalahkan sari si Kajol dalam "Kuch Kuch Ho Tai Hei" tuh. Bos cuti sebulan, anak kahwin, yg lelainnya pula kursus. Kursus tuh wajib kena pegi, setahun kena tujuh kali so nak tak nak or nazak camnerpun desk, wajib makronah kena pegi. Gasaklah ngko, nak terbalik ker, nak terlentang ker, nak kuak kupu2 ker... pandai2lah ngko uruskan desk tuh. Anyway, no hal, walaupun kekurangan orang, we all kat sini boleh transform2, kejap jadi SuperWomen, kejap jadi Bionic Women, kejap jadi WonderWomen n kalau nak rasa muda belia sikit, we all tukar jadi the PowerPuff Girls -- Blossom, ButterCup and Bubble .... "the day is save, thanks to these super women and gegirls". And, jangan terperanjat, akak kenkadang jadi "tok mummy mudin", sebab story2 yang panjang berjela2 macam langsir rumah Mohaini kat Bukit Jelutong tuh, akak sunatkan aje...hihihi, kalau bos besar panggil, padan muka aku nak menjawab....

Thursday, February 16, 2012

No more excuses

Kalau cerita kat orang, memang orang pelik, tak percaya dan tertanya2 tetapi benda nih memang betul dan sahih. Percaya tak kalau orang lain berebut2 and excited sangat nak pegi overseas assignment tapi I pula seboleh2nya menolak ataupun dalam hati "janganlah bagi kat aku" ataupun "bagilah kat orang lain, tolonglah janganlah aku kena pegi". Yang bestnya, masa bos dok cari mangsa nak pegi, memasing tiba2 jadi cengkerang. Badan nih kalau boleh dikecutkan, memang harus kecut punya, sebab taknak bagi bos nampak. Sebenarnya, bukan susah sangat pergi assignment overseas tuh tambah2 trip semua orang dah organisekan. Dari mula jejak kaki kat airport kita sampailah ke pintu bilik hotel negara yang dikunjungi, semua dah disettlekan. Kita cuma bawa beg dan diri jer pegi dan paling penting tape recorder, yerlah nak buat report, kenalah pakai tape recorder, takut tak tertulislah pulak. Kalau nasib baik, travel bisnes class lagi. Weyy, setakat nak pegi sendiri, tak mampu nak travel bisnes class. "ko ada mampu?". Dahlah pegi sana "orang tanggung makan minum berak cangkung", dapat pula elaun dari ofis, kiranya boleh buat duitlah untuk shopping kat sana kalau nak. Seriously, I memang tak teringin langsung nak pegi tapi I betul2 "tabik MassComm" kat one of my collegue. Dalam sakit kakipun, dia still bersemangat nak pergi Paris and London, buat coverage our minister. Rasanya, bospun dah bengang dengan I. Last year jer, I disuruh pergi Tokyo, New Zealand and China and this year Sydney and paling latest Qatar and Dubai. Ingat lagi harituh bos besar panggil masuk bilik sebab katanya I dah lama tak keluar negara. Bos siap stress lagi "next trip, you like it or not, you kena pergi". Oh tidakkkkk, tolonggggg ... apa alasan yang harus I bagi ....

Thursday, November 24, 2011

Once a journalist always a journalist

My frends Mohaini and Malina always cakap yang I nih a "very typical journalist". Segala mak datuk nak tahu. Boleh tuh korek sampai ke akar umbi, kepochi abih. Well frends, the kepochi part comes naturally woccay, ingat "Once a journalist always a journalist ....". Memangpun, masa I kat spital harituh, I memang famouslah di kalangan nurse2 yang suka dengar gossip2 artis. Dorang ingat I nih memang kawan ngan artis. Hallo, yang kawan ngan artis ialah kawan2 I dari BH and HM, bukannya I. I nih buat bisnes news jer, bila masa pulaklah nak "rubbing shoulders" ngan dunia glamer nih. Tak sangka pulak, nurse2 nih suka dengar gosip. I pun bila orang tanya, I jawablah, padahal semua info tuh I tahu sebab I pun suka baca online gosip pasal artis dalam negeri, especially BFF si Kim Kardashian. Kagum uols, dorang kat I ... pagi2 nak ambil darahpun, sempat pulak tuh bertanya itu ini and kebetulan I tahulah pula (betul ke salah wallahualam sebab I pun baca dalam internet jer). Kat wadpun, I duduk 4-beddednya sebab kalau duduk sorang2 takut weyyyy. Semua patient tuh I interview. Sebelah I tuh nyonya yang ada empat anak lelaki, sorang dah peluk Islam. Tiap2 petang semua anak jantan dia datang melawat, riuh rendah dibuatnya. Lepas dia keluar, masuk sorang pompuan Cina yang kena denggi juga. Dia cakap kat I, dia mungkin kena denggi masa dia kat Port Dickson, Kerja dia jual rumah and masa warded tuh, sempat lagi jual sebijik rumah dekat Kampung Ara. Apa taknya, dok menghadap komputer 24 jam, makanpun laju macam orang tak sakitpun. Di depan Ipun nyonya tua, tidur jer 24 jam, so, tak sempatlah I nak interview tapi ... I sempat berborak ngan cucu dia. Katanya nenek dia, sakit belakang and Dr kena bagi ubat tidor suruh dia dapat rehat sepenuhnya. Di sebelah nyonya tuh pulak, pompuan Melayu, lebih kurang seusia or muda sikit dari I. Memula I ingat dia kena stroke sebab nampak mulut dia herot sikit and tetiap pagi and petang, dia pergi terapi and makanpun disuap nurse. Tapi bila I tanya, rupa2nya dia jatuh bilik air dan kepalanya terhantuk kat satu segi dinding, blackout, ada blood clot, terus lumpuh sebelah badan. Patutlah, I tengok sebelah kepalanya kena cukur. Katanya dah dua minggu kat spital. Aduhhh ... I yang masa tuh belum masuk tiga haripun, dah tak senang duduk nak balik, apatah lagi dia yang dah lebih dua minggu. Tapi seriously, duduk ramai2 nih lebih seronok dan selamat and yang paling penting ada kawan bersembang. Dan bestnya pulak, I dapat "corner lot", sama jugak macam duduk kat bilik suite satu orang. Itulah kenkawan, kita kena banyak cakap juga, takleh nak senyap jer. Mohaini pernah cakap, kalau I nih remiserlah, sure ramai client sebab banyak benda yang boleh dikelentongkan. Well, apa gunanya kita ambil MassComm sampai tiga tahun ... mestilah kena memanfaat sepenuhnya, rugi lorr kalau biar macam tuh jer ....

Saturday, October 8, 2011

Usia persaraan wajib 60 thn

Dalam pembentangan Belanjawan 2012 semlm, Pak Najib announce yang usia persaraan wajib dilanjutkan kepada umur 60 tahun. Agak2nya adakah akan berlaku keadaan sebegini nanti. Kelakornyer ... rasanya cukuplah I sampai 55 tahun jer. Golden handshake + gratuity + insuranse = cukuplah tuh. Hidup takleh tamak-tamak .....

Monday, September 5, 2011

Perginya seorang wira negara




Dari Allah kita datang, kepadaNya juga kita kembali. Itulah perjalanan terakhir rakan setugas iaitu Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, cameraman Bernama TV yang meninggal dunia akibat terkena peluru sesat yang menembusi ke jantung dan paru-parunya terus keluar di bahagian bahu (ada juga kata dari bahu menembusi jantung dan paru2) ketika membuat liputan misi kemanusiaan di Somalia. Bak kata rakan FB I, ketika ke Somalia, dia hanya seorang jurukamera biasa yang hanya dikenali anggota keluarga dan rakan2 tetapi pulangnya walaupun hanya sekujur jasad kaku adalah sebagai wira negara. PM kita sendiri telah memendekkan lawatan ke Australia untuk sama2 menyambut ketibaan jenazah Allahyarham - dan pastinya ratusan warga media yang lain turut hadir untuk sama2 mengaminkan doa untuk arwah. Inilah rahmat Allah untuk seorang yang mungkin tidak ramai yang kenal semasa hayatnya tetapi pemergiannya diiringi dengan jutaan doa.

Yang pastinya, pada saat ini, seluruh warga media Malaysia sama2 menangisi pemergian arwah, sedih dan kesal dengan apa yang berlaku. Selama dua hari berturut2 rakan media I di FB seperti berkabung. Tiada gambar2 riang ria hari raya diuploadkan, hanya ucapan takziah dan AL-fatihah disampaikan. Terima kasih rakan2 media yang memahami. I sendiripun kenal gituh2 jer dgn arwah, cuma setakat "berhai2 dan berbye2" jer ketika berjumpa di lobi tetapi apabila kita telah bekerja seumpama satu keluarga di bawah satu bumbung, perasaan sedih, hiba, sayu dan sebagainya tidak dapat dielakkan. Tambahan pula arwah juga merupakan junior I ketika belajar dahulu. Ucapan takziah kepada kepada keluarga arwah dan insyallah, seperti mana yang telah diberi jaminan oleh KP kami, bantuan sewajarnya akan disalurkan. Amin dan Al-fatihah sekali lagi untuk arwah, semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman ...

Monday, January 3, 2011

Permulaan tahun 2011

Uhhhh ... dah tahun baru. Rasa sekejap jer setahun berlalu, dah masuk tahun 2011.

Pepagi tadi, lepas jer hantar Alea sekolah, terus gi bank, nak bank in cek yang baru dapat. Rezeki tahun baru. Patutnya I dah dapat lama cek ni, asyik terpospon aje. Yang bestnya, masa Ms Phan hantar sms suruh ambil cek, figure yang dia tulih lain, bila dah dapat, figure kat cek tu lain. Eh ... bukan nak komplen, sebabnya, bukan terkurang, terlebih beb, almost 10k gituh. Rezeki jangan ditolak, yang lebih tuh boleh settlekan kad kredit. Alhamdullilah. Balik rumah, check post box, ada pulak surat kuning dari TNB, katanya dah tertunggak, kena bayar segera, kalau tak kena potong. HAH .... Tertunggak, macam mana boleh termiss bayar tuh, satu kerjalah pulak esok nak kena bayar kat opis TNB sendiri kat PJ, kat post ofis, surat kuning tuh, dorang taknak terima. Part masuk kerja pulak, kawan I cakap kat I, story yang I buat hari tuh, tersilap sikit, typing error, patutnya "effective 2011", I tertaip "effective 2010". Orang yang komplen tuh patutnya bgtaulah pada hari yang sama, boleh hantar correction immediately, ini tak, dua hari lepas tuh, baru nak hantar, macam mana nak buat correction. Risau gak kena panggil ngan bos, tapi takpalah "tawakal jer, kita ni manusia, ada kalanya berbuat silap, bukannya boleh perfect selalu". Ini kisah hari ini.

Semalam pulak, kawan I dari Penang call I, bagitau kawan se"course" kitorang meninggal dunia. Terkezut badak I kejap. Innalillilah, katanya ada infection dalam perut arwah. Kami dulu kawan2 sekursus memang rapat, maklumlah satu kelas, lepas tuh tak ramai pulak. Bila dah habih belajar, masih lagi "bercontact2". Anyway, untuk arwah, I sedekahkan Al-Fatihah dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Sekali lagi Al-Fatihah ......

Friday, December 3, 2010

Nak cuti panjang

Tahun ni rasanya memang berbaloi gaji yang I dapat, memang berkat abih, especially from Sept onwards. Rasa2nya, we all kat desk tu kerja non-stop. Mana taknya, bos gi Mekah, NHZ cuti beranak, sorang tuh dah abih kontrak dan Kak KY nak kena perabihkan cuti "cooling period" dia dan sibuk dengan kenduri kahwin anak sulungnya. Yang tinggal terkonteng2 empat orang jer. Sorang off, tinggal tiga, itulah yang dipusing balik tetiap minggu and dalam "worst case scenario", kena kerja straight seminggu "non-stop" ... memang penat giler. Ada sekali tuh, tinggal I ngan Zai jer keje, Kak LZ dan Kak NHD ada exam, kena pulak, hari tuh "segala benda major announcement" keluar, memang "tak menang tangan" langsung, nak gi toiletpun tak sempat. I punya syle senang jer, "buat apa yang termampu dan terdaya, kalau kena panggil masuk bilik bos, kami dua2 akan masuk, explain apa yang patut, nak, terima, taknak we all pun tak boleh nak buat apa". Jawapan I jelas and mantop, "we go for quality and not quantity". Tapi yang peliknya, we all kat desk sikit tak merungut, story banyak ker, panjang berjela macam langsir ker, sikit ker, buat jer kerja "uhh tidak, hekkpun tidak" dan alhamdullilah semua berjalan lancar. By the way, dua minggu lagi, I nak cuti panjang. Tak ke manapun, nak cuti rehat kat rumah jer .....

Tuesday, October 5, 2010

Semangat berkobar2

Wa cakap lu, semangat I begitu berkobar2 sekali nak start study. Apataknya, lagi dua minggu, I kena duduk exam. Penting exam ni beb, wajib lulus, kalau lulus, pasti cerah masa depan akak. Sebenarnya I phobia sikitlah kalau cakap pasal exam2 nih. Yang sebelum ini, tiga kali baru lulus, bukan tak lulus tapi lulus bersyarat. Exam kali nih pulak siap ada tiga kali presentation, satu dalam Bahasa Melayu, satu omputih dan satu lagi campur2 (tak kisah nak cakap omputih or cakap malaya). Kena present depan orang ramai pulak tuh, pakai "power point' lagi ... harus terkedu I. Camnerpun , I will try my bestlah dan harap2 "reading lamp" yang ala2 macam kat atas tuh (baru beli tadi beb) dapat membantu I mentelaah tengah2 malam. Bukan apa, si kechik Alea tu selalu komplen takleh "dido" sebab lampu terang benderang ... banyaklah cikadak si kechik sorang nih ....

Friday, August 27, 2010

Selangor cuti, KL jam

Sejak azali lagi, bila Selangor cuti jer, KL jam teruk. Tak kiralah cuti apapun, cuti Nuzul Quran ke, cuti Thaipusam ker ... "harus wajib makronah jam punyer". Tadi masa on the way ke tempat kerja, bulatan jalan Parlimen nak menghala ke Jalan Tunku Abdul Rahman, memang dah "pack abih", kereta semua bergerak macam "kura-kura". Info yang terpampang kat sistem maklumat ITIS (intergrated transport information system)pun kata kalau boleh "elakkan Jalan TAR sebab sesak teruk". Mintak maaplah yer, Jalan TAR bukan "territory akak" dan rasanya dah bertahun-tahun tak penah gi ke Jalan TAR tuh. Entahlah, masa ni jer kot orang Selangor nak turun shopping kat KL, kat Selangor takda shopping kompleks ker. Yang peliknya, kalau hari Ahad, idaklah jem teruk sangat, padahal Selangor ngan KL sama2 cuti. Aduh fening ...fening ... fening .....

Thursday, August 12, 2010

SKT dan exam lagi

Hari nih mengantuk sangat. Storypun very slow, tak banyak assignments. Yang sibuk cuma, those yang kena prepare SKT, nak kena submit ngan form exam, termasuklah I. I punya dah siap, tinggal nak "touch up" sikit2, lepas tu nak buat tambahan sikit kat Senarai Tugas dan lepas tuh, next week boleh submit kat Admin. Tarikh tutup lambat lagi, exam pulak bulan Oktober tapi eloklah disubmit awal2, bukan apa, takut lupa ... silap2 nanti rugi setahun tak dapat duduk exam. Penting lorr ... Tapi, apa yang I tengoklah, belum lagi exam, setakat nak buat SKTpun dah ada persaingan. Bila pegi jer kat tempat si "polan2" tuh, cepat2 tukar page, takut kita ciplak idea. Hallo, memasing ada stail memasing, so takyahlah sorok2. Dan, jangan tak tahu, ada sesetengah tu "not willing to share at all". Itulah, I kata, buatpun "nak sorok2". Bayangkanlah, buat SKTpun dah ada competition. Pada I lah, apa salahnya "bershare", and in fact kalau I jadi "invigilator" atau pemeriksa, I bagi semua pass dan those yang bagus pulak, I bagi "pass with flying colours", kenalah justify sikit. Bukan apa, exam2 cam ginih tak pasal2 hanya createkan "unnecessary tension", orang yang taknah tension, tetiba jer "tension tak semena2". Yerlah, dah lama tak menghafal, tetiba kena pula study, subjek pulak tu "melaut luasnya", nak kena ingat itu, nak kena ingat yang ini ... aduh part nih memang I "lemah sesangat2". Pada I, apa2 kenaikan, tak kiralah gred or pangkat lebihlah elok berdasarkan kecekapan atau boleh ke tak boleh seseorang tu deliver kerja yang diberikan, plus seniority. Kalau setakat pass exam, tapi tak reti nak buat apa2pun, buat rugi jer produktiviti negara, itu belum lagi orang lain especially senior2 dok "mengata sok sek sok sek kat belakang". As for me, I pun dah start mengumpul bahan2 yang nak dibaca ... I repeat ... start kumpul jer okay, baca belum tahu bila nak start lagi ...

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Berpuasa


Hari ini, bermulalah ibadat puasa di seluruh negara. Seperti biasa dan seperti tahun-tahun yang sebelum2nya, I akan berbuka puasa di ofis sahaja, ditemani oleh rakan2 sepejabat yang kerjanya shift petang, kecuali Sabtu dan Ahad. Tahun ini, makanan takda masalah sebab I akan bawak bekal, in fact harinih pun I bawak bekal. Awal2, Dewi dah pesan kat I, yang dia akan masak awal dan akan "tapau"kan untuk I, siap bekalkan kicap lagi. Terima kasih banyak2 Dewi. And tahun nipun, I harap anak dara I, si Soraya dapat puasa penuh. Budak2 nih, kena diasuh dari kechik kalau tak, dah besar panjang nanti, susah nak lentur. Ada sorang kawan I tuh, katanya gastrik, so I rasa, dah beberapa tahun dia tak penah posa walaupun sehari. Pada pendapatan I, kalau tak cuba, sampai matipun dia takkan posa punya. Alasan ... balik2 gastrik, balik2 gastrik. Konsepnya, takda sapapun nak tegur ..... hatta keluarga sendiri. Well, kubur masing-masing .... apasal kita nak menyebuk ....

Saturday, July 24, 2010

Bowling Time

Hari nih ada boling tournament organised by our union. Tournament bowling union ni selalunya diadakan dua tawon sekali. Hadiah memang berlambak2, dari electrical items, perfume harga ratusan ringgit, digital camera hinggalah ke payung "rogna-rogni". Awal2 lagi, member2 union yang lain dah cakap, juara pompuan "sepanjang zaman" dah tentulah I nyer. "Takpalah, nak bagi chan kat kenkawan pompuan yang lain, akak baling pakai tangan kiri jerlah". Dan seperti yang dijangkakan, memangpun I menang, dapatlah periuk nasi seperti yang I tayangkan kat atas tuh dan hamper. Oklah tuh. Yang lelain, dari nombor 4 sampai 13 , dapat standing fan. Kitorang nyer hadiah, semuanya berjenama, "cokiah2" punyer tak main beb ...

Friday, July 23, 2010

Let's party

Hari nih we all kat opis buat party ala2 kenduri doa selamat/kenduri menyambut puasa. Kenduri ini disponsor oleh those yang "naik setakuk" baru2 ini. Banyak makanan disediakan dan semuanya "yummy2" belaka. Paling sedap antaranya spaghetti (Bahagian Rencana), laksa (PBE) , satay (GNS dan Malay Subs), murtabak Singapore (Malay Subs), kuih-muih (Malay Subs), tapai pulut (Dotcom), buah2an, yogurt, bubur durian ngan kuih jala (Malay Subs and GNS) dan I pulak bawak kek Secret Recipe "Black forest cheese" jerlah. I dah cakap awal2 yang I memang "tak berapa ringan tangan" kat dapur, so, I bawak yang paling mudah jer. Tahu2lah, buat kenduri kat ofis I, walaupun kecik, meriahnya mengalah kenduri kahwin. Kami, kat ofis, tak kira kalau ada group yang dapat khidmat cemerlang ker, naik pangkat ker, menang apa2 anugerah ker, "wajib makronah" mesti tak lama tuh ada kenduri kesyukuran. Dah jadi tradisi di ofis I, setiap rezeki itu akan dikongsi bersama-sama, lebih keberkatannya .....

Tuesday, July 20, 2010

Take it or Leave it

Baru-baru nih, management kat opis I buat restructuring, dengan tujuan nak combinekan dua skim menjadi satu skim, so senanglah nak selaraskan segala2nya. Pendek kata, dari strata gaji hinggalah ke elaun, etc, etc, etc. Di bawah management sekarang nih, ada dua skim, contohnya I, bawah Skim A sejak azali lagi dan Skim B pulak telah diwujudkan kemudian sebab "ada sebab"lah dolu2. Dipendekkan cerita, di bawah restructuring nih, banyak betul jawatan kosong profesional perlu diisi dengan segera, terutama for those di bawah Skim A yang lama sudah "terstuck" kat satu gred bertawon2 lamanya termasuklah "akak sorang" nih. Kekosongan yang banyak nih, bukan hanya untuk orang2 Skim A sahaja tetapi turut diperuntukkan untuk mereka di bawah Skim B mengikut kelayakan masing2 dan perlulah duduk beberapa exam terlebih dahulu. That's the rule. Camnerpun, dorang kat Skim B nih kenalah convert ke Skim A yang "lebih banyak menguntungkan daripada merugikan". Kenapa I cakap menguntungkan, sebabnya dari segi "gaji bawak balik", boleh dikatakan semua bawak balik lebih banyak, tak kiralah lebih 20 hengget sekalipun, janji lebih. Pada I, tawaran yang dibuat management memang "fair and square". Tapi masalahnya pulak, ramai yang dioffer tu tak faham. Nak kata tak cerdik, cerdik mengalahkan "cendiakawan" tapi mungkin "tamak haloba" dah mengatasi segala2nya. Memanglah pada hakikatnya, mereka nampak gaji pokok tuh kechik sebabnya di bawah restructuring ini, elaun telah diasingkan untuk di"standardise"kan dengan Skim A. Tapi malangnya, ramai yang tak boleh terima hakikat itu, nak gaji yang mereka dapat sekarang dengan elaun yang sudah di"lamsam"kan itu, tang elaun pulak diadakan secara berasingan. "Boleh, memang boleh ... boleh belah". Banyaklah cekadak korang. So, pesan I pada management, jangan dok layan sangat. Bagi jer kata putus "take it or leave it". That's it fullstop ...

Thursday, July 8, 2010

Exam lagi

Bila dah naik setakuk nih, nampaknya kena bersiap sedia untuk exam lainlah pulak untuk takuk seterusnya. I bila sebut tang exam ni, dah "naik jeran", rasa tak sanggup nak lalui lagi. Susah beb, bukan "calang2"nya exam, soalannya melangkaui minda kita. Soalan nampak mudah, tapi bila nak "menggoreng" terkedulah kejap. Satu lagi, I part2 nak "memorise" ni memang lemah abih. Ingat subjek tuh, lupa subjek nih, baca lain, kuar benda lain. Kali nih pun lagi susah, I dengar siap kena buat presentation, group and individual dalam dua2 bahasa English and Bahasa, depan audien besar pulak tuh. I ni dahlah "stage fright", "wajib makronah" harus I terkedu dan terkelu seribu bahasa. Part penampilan, should be ok, part nak "berpublic speaking" tu yang I rasa boleh pitam. Lagi satu kena guna "power point". Amendenya "power point" tuh ... "aduhhhh mak, tolong mak ....". Lagi dua minggu we all kena gi kursus untuk exam nilah, ada format baru katanya, dan kalau tak salah I, exam in Oktober. Camnerpun, I kena lulus jugak. Exam yang first2 dulu, I ambik sampai tiga kali baru lulus, itupun nasib agaknya sebab bak I cakap awal tadilah, "soalannya melangkaui minda dan ada yang tak ada kena mengena langsung dengan tugasan harian I". Anyway, orang2 tua cakap "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, sapa tahu kan ...kan ... kan".

Monday, June 7, 2010

Tape recorder zaman batu

Ni nak sambung sikit masa I gi Colmar Tropicale. I tak tahu dari first day lagi, I "tetiba jer jadi fofular" gituh, siap ada yang panggil I Datin bagai. Ini bukan apa, kerja si Azman (budak Utusan) yang pepandai jer panggil I Datin sampaikan budak PR company tuh percaya abih dan tak semena2 diapun panggil I Datin. Lurus bendul sungguh budak PR nih. Words spread "the very2 fast one" hinggakan one of the company director tanya "Are you really a Datin". Oh my god, secara logiknya, kalau I nih betul2lah Datin, takkanlah I ikut rombongn cik Kiah "kerabat" bukit nih semata2 nak spa free yang I rasa dalam 500 hengget untuk satu session. Takyah tunggu yang free, bila2 masa jer I boleh pegi spa, cuma antara nak ngan taknak. Well, dah jadi Mak Datin, mestilah jaga class gituh ... pirahhhhh.

Oklah, masuk hari kedua yang I consider "hari yang a bit serious". Kiranya half day dok dengar presentation companylah. Minta maaflah, disebabkan terlalu teknikal, I "tak faham sepatah harampun" apa yang dibentangkan. Banyak sangat "figures and projections", kalau ada kena mengena ok jugak, ni tak ... hempeh. So, I cakaplah kat Azman yang I nak "grab" CEO company tuh sebaik aje dia abih buat presentation. Siap I cakap kat Azman yang I akan buat story yang paling "simple kapadia dalam dunia" , kiranya kalau "man on the street" bacapun, tak bersimpul urat dan tak berkeriutlah muka. Dah abih presentation tuh, memasingpun berkumpullah kat satu ruang untuk interview. Memasingpun keluarkanlah tape memasing yang amat begitu "canggih the manggih", yang sekali pandang bukannya macam recorderpun. I tengokpun "kagum gituh" sebabnya I bawak tape recorder zaman batu, nak letak atas mejapun malu ... hah ngko, sedebuk gituh. Seriously, secanggih manapun alat yang ada, I still percaya pada tape recorder zaman batu nih, senang nak "rewind, pause dan play over and over again". Yang "canggih manggih" tu kalaulah"tersilap" tekan button, tak pasal2 semua yang ditape abih padam. Bukan I sorang jer, kenkawan yang sewaktu dengan I pun lebih prefer guna tape recorder zaman batu nih. Tak kisahlah, kalau I "dicop" ketinggalan IT tapi pada I apa yang penting keselesaan, betul ...betul ... betul...

"Relax n easy" di Colmar Tropicale

Kiranya, lama sungguh I tak kuar assignment, lebih daripada 10 tahun, umur anak dara besar I lah si Soraya. So, last week, kawan seofis I suruhlah I kuar untuk satu assignment yang 'relax n easy" kat Colmar Tropicale, Berjaya Hills, Bukit Tinggi. Rasanya otak I nih dah berkaratlah kalau nak buat storypun. Memula I malas gak nak gi tetapi "why not" sebelum dorang hantar gi overseas baik I "grab" yang nih cepat2. Lagipun, balik baru buat story, bukannya "earth shattering"pun. So, naiklah I ngan rombongan cik kiah ke atas bukit sana nun. I pernah pegi sekali ngan hubby anak beranak tapi dah lama dah. Memang relaks abih. Sampai jer kat sana, first2 sekali aturcara ialah pegi minum teh kat Japanese Tea Garden, lepas tuh sesi Tatami Spa kat Japanese Village, then balik relaks kat hotel kejap sebelum pegi buat foot massage kat La Lavende Spa .... woooh best betul beb. Malam pulak lepas dinner kat Le Blasson Coffee House, moh pulak kitorang naik buggey pegi main bowling kat sports complex. Menang pulak tuh, dapatlah voucer Jaya Jusco 100 hengget sorang. Sebenarnya, balik dari bowling, ada pulak sesi berkaraoke dan beronggeng sambil2 minum ngan staff PR company yang bawak kitorang tapi I memang dah penat sesangat2, so I tak joinlah. Dengarnya, sampai dua pagi dorang beronggeng. Memula, I ingat mesti tak dapat tidor nih sebab "dah beralih tempat tidor", tetapi sedar2 esok dah pukul 7 pagi beb ....

Monday, May 24, 2010

Rezeki lagi

Itulah rezeki namanya. Sabtu, I belanja mak Selayang I makan, Ahad pulak I menang bowling, prizes plus cash worth 500 hengget. Oklah tuh, betul tak I cakap, tak rugi kalau kita menyedekah kat orang, janji mesti tulus ikhlas ... insyaallah, Allah akan balas, tak banyak, sikitpun jadilah. Duit hadiah menang tu pulak, I buat belanja dapor, kiranya rezeki I tak lari ke manalah. Selalunya, apa2 cash prize, I akan beli something yang boleh I guna, contohnya barang elektrik tetapi memandangkan barang elektrik I yang I menang boling tournament2 yang sebelum2 nih masih berlambak-lambak tidak digunakan, so duit tuh I "konarkan" guna beli barang2 daporlah. Kenkadang I tak fahamlah, ada sesetengah orang tuh, kedekut sungguh nak kuarkan duit, bukan selalupun belanja, sekali-sekali. Ini tak, asyik dok tunggu orang lain belanja jer ... mana boleh beb, kitapun mestilah ada segan silu sekali sekala. Seriously, I kalau orang yang sama asyik kuarkan duit blanja makan, naik segan jugak. I, insyallah, untuk mak Selayang, sikitpun I tak kedekut, itupun kalau I berduit. Yerlah, bila kita berduit, buat cara berduit, tapi kalau tak berduit, kita tunggu sampai berduit. I selalu pesan kat adik pompuan I, bagilah duit kat mak sekali-sekala, tak banyak sikitpun jadilah, sebabnya duit yang kita bagi itu memberkatkan lagi rezeki kita.

Ni nak citer sikit pasal bowling hari Ahad tuh. "Wa cakap lu, proud abih wa bila semua bos2 besar wa turun tengok wa bowl, tambah2 jadi champion lagi. Tak cukup ngan tuh, wa jadi pemain terbaik pompuan lagi, mengalahkan saingan terdekat wa, si Pah". Kan ker best, kalau selain exam jadi kriteria untuk naik setakuk, apa salahnya pihak management jadikan bidang sukan ni also one of the criteria. I pun dah pass exam jugak tapi "second batch". Bukan setakat pass, I pun involved actively dalam sports, kat situ, dah ada dua kriteria penting untuk dipertimbangkan. I rasa I lebih banyak "bergesel bahu" dengan para CEOs dan menaikkan "nama organisasi" di mata2 media massa yang lain kalau nak dibandingkan dengan depa2 yang naik setakuk sebab pass exam "first batch" tetapi cuma "terceruk kat opis" tuh. Part2 keje, I rasa sama jer, kalau tak takkan I dapat khidmat cemerlang sampai dua ker tiga kali (lupalah pulak, sebab dah lama dapat). Wa cakap lu, yang pastinya bukan sekali ... tak baguih lagi ker tuh untuk dipertimbangkan .....

Monday, May 17, 2010

"Slumber Nite" yg "selamba abih"

Malam Sabtu lepas, kelab "pompuan" opis I buat "Ladies Nite" bertemakan "Slumber Nite". Memang selamba abih. Bayangkanlah kita pegi dinner, takyah sibuk nak pakai baju "lap lip lap lip", takyah nak set rambut bagai dan takyah nak mekap "ala2 tepung gomak". Sarungkan aje baju tidor. Sesapa yang tido tak pakai apa2, datang bogel jerlah ... okay ape, lebih kurang sama jer patternnya. So, malam tuh, berpesyen2 baju tidorlah yang dipergayakan. Dari baju kelawar, pyjamas cotton, t-shirt nipih "Hello Kitty", track bottom, pesen ala kimono sampailah kat baju satin mengerlip dan beropol... semua ada. Kiranya kalau orang jantan tengok ... meliyorkanlah jugak. Paling best semuanya sporting, apatah lagi yang organise "Slumber Nite" nih geng2 happening kat opis, jadi bertambah happeninglah jadiknya. Sapa sangka, dari yang paling berpangkat superior hinggalah yang ke peringkat bawahan, semua sama naik, semua enjoy sakan. Part makan pulak ... oh mak datok, makanan berlambak2 dan pelbagai jenih sampaikan tak tahu nak pilih yang mana satu sebab dah terlampau banyak dan sedap2. I macam biasalah, bila ada function2 macam ginih, I jarang makan banyak tapi bila sampai rumah "menyesallah pulak sebab tak melatak tadih". For those yang nak bermalam kat hotel nihpun boleh jugak sebab pihak hotel bagi dalam RM80 semalam kalau tak silaplah. Macam2 acara/game diatur. Antaranya catwalk yang dimenangi oleh editor bahagian Rencana, Puan RM (wa cakap lu daring abih ... especially part yang last tuh, ada bukak2 beb) acara rebut bantal dimenangi oleh kerani bahagian admin dan acara2 lain seperti performance and miming serta teka watak "filim" dimenangi oleh "Team rogna purple". Acara selingan, biasalah "karaoke" dan cabutan bertuah. Part hadiah, macam yang I pernah tulih dalam entry terdahulu, sesapa yang mengorganise event kat ofis I nih, prizes memang "tip-top". Macam biasa, semua orang dapat, cuma hadiah yang berbeza2, ada yang mahal dan ada yang murah. Grand prize microwave and I pulak, memandangkan nama I antara yang terawal dicabut, so hadiahnya "a bit ciputla". I dapat mangkuk seramik buat perhiasan ... oklah, isi cantik, kotakpun berflower2 gituh. I malam tuh kejenya dok gelakkan orang tapi bila kena menari atas pentas, "tetiba jer I jadi kayu ... tak retilah beb tapi belasah jugak sebab nak menang". Tapi yang kelakarnya, ada sorang kakak nih, dia staff kat Kelang ... "wa cakap luh, Inul pun boleh nangis tengok dia bukan aje gelek punggung, siap goyang tetek lagi, bergeter-geter". Rata2, semua orang happy sebabnya, apart from "ahli kelab" we all juga jemput "those pompuan2 yang dah lama meninggalkan ofis atas sebab pencen awal atau lain2" dan tidak ketinggalan wifey2 yang hubby memasing kerja kat opis tuh. Itulah semangat ofis I, tak kira apa juga function, spouses masing2 turut diberi keutamaan untuk turut serta. Next function yang akan diorganisekan oleh "kelab pompuan" I ni ialah "Bershopping sampai pengsan kat Bandung". So ... yuk kawan2, apa tungguk lagi ... daftar namanya bangat ....

Thursday, May 6, 2010

Hangat hati

I rasa part2 prizes or door gifts, memang tak boleh lawan ofis I. Normally, kalau ofis I organise apa2pun, you just name it, tak kiralah , dinner, luncheon, kursus, meeting or game tournaments, hadiah memang kelasnya. Contohnya, kalau ada AGM "persatuan pompuan" kat ofis I, door gift paling tak kurangpun mesti beg mengkuang "rogna rogni" siap ngan macam2 majalah bacaan harian, buku resepi, apron dan macam2 lagi dan yang paling latestnya, kami dapat "Tupperware". Kalau dinner pulak, lagi best sebabnya "sponsorship" amat meriah. Dari barangan elektrik, voucer makan kat hotel, voucer minyak hinggalah ke tiket percutian. Hamper jangan cakaplah, berlambak-lambak. Ada sekali tuh, terlampau banyak sangat sponsorship, "lucky draw" yang tak abih buat kat annual dinner dibawa pulak ke ofis, buatlah "lucky draw" pulak kat ofis. Memang "happening abih" dan yang paling penting semua orang dapat. I rasa I dapat iron ker or rice cooker, jadilah daripada tak dapat langsung. Kalau tournament2 biasa, selalunya electrical item dan organiser biasanya bagi kat semua orang yang participate so that semua orang happy and feel appreciated. I pun tak kisah dapat apapun, dapat "bekas plastik tiga beradik" yang rega tak sampai 20 henggetpun, I dah happy bangat. Paling tinggi hadiah yang pernah ofis I bagi ialah masa finale bowling, dapat kalung mutiara rega RM20 hebu hengget. Masa finale nih, I dapat printer dan duit "ratusan" ringgitlah jugak dan slow cooker. Yang terbaru, I dapat "fruit mixer" masa join boling untuk "persatuan pompuan" I untuk wakili peringkat agensi. Bukan nak cakap apa, kat rumah I, dah penuh ngan elektrical item yang I menang masa main bowling, kiranya dah takyah beli apa2pun.

Itulah, sebab dek selalu terbiasa ngan hadiah yang best2, sedih pulak bila dapat hadiah "ciput" bila main bowling peringkat agensi untuk wakil ke peringkat kebangsaan. Rasanya tak berbaloi langsung ngan keringat yang dicurahkan. Bayangkanlah bukannya kata organiser takda duit, duit berlambak2, duit game kita bayar, apalah salahnya, bagi hadiah yang ok sikit. Kalau susah2 bagi piala kecil and cash pun dah mencukupi. Mana I tak hangat hati, masa ofis I jadi "juara peringkat agensi', kitorang cuma dapat "travelling beg murah" yang reganya mungkin tak sampai 40 hengget, beg letak kasut "ntah ape2 ntah"dan satu hamper milo "secoit" yang kena kongsi empat orang. Nak kena carut ke aper tuh. Paling latest semalam, I participate bowling tournament peringkat kebangsaan dan "very the unsangkarable", I ngan team jadi "champion". Bayangkanlah state2 lain hantar team yang "very the power mower" and my team yang "very the kerdil one" menang gitu. Thanks to my driver - Kim dari Balai Seni Lukis yang memang bowl "bagus giler" and of course co-drivernya I lah yang turut membantu, bersekali ngan Asmah dari Finas dan Yanti dari Filem Negara. " Thanks geng, we really bowled well yesterday". Nak tahu apa hadiahnya? Medal bodoh yang talinya pun nak putus dan cash 800 hengget (memula kami dengar 1000 hengget, lagilah suka, dapat 250 hengget sorangpun tak kisah, last2 bila announce cuma 800 hengget). Itu takpa lagi, yang buat hati I nih menggelegak ialah, medal bodoh bagi kami tapi duit cash 800 hengget tuh pihak yang mengator kami nih "nak hold dulu". Apa kejadahnya, bagi jerlah 200 hengget sorang, apa pulak nak hold2. Kalau medal bodoh tuh, ambillah ngko bawak balik, sikit I "tak angkat pot" tapi part duit apsal pulak nak hold2. Ropa2nya, pihak yang mengantor kami nih nak "pau" 200 hengget daripada 800 hengget, nak masukkan dalam tabung persatuan kononnya, maknanya kami dapat 150 hengget sorang jerlah. "Boleh belah, ada ker patut, kita berbowl bagai nak rak, naikkan nama kementerian lagi, alih2 duit seciput tuhpun nak di "kawtim" , memang tak patut, tak ada hati perut langsung". Mintak maaf cakap, duit bahagian I tuh I tak akan halalkan dunia dan akhirat, setiap orang yang menggunakannya tanggunglah dosa dorang sapa yang ngambiknya tuh ...