Showing posts with label cars. Show all posts
Showing posts with label cars. Show all posts

Friday, September 30, 2011

Harrier oh Harrier ...Wxx 37



Sat tadi, baru sat2 tadi, on the way to ofis, I terserempak ngan kereta lama I. Macam tak caya gituh. Dah lebih lima tahun we "let go" the car, alih2 hari nih, kereta hitam berkilat Toyota Harrier yang berplat number Wxx 37 tuh tercongok depan mata I. Ohh, rasa nak tercabut jantung I tengok and I keep on tailing the car sepanjang Jalan Parlimen. Sentimental value gituh. Masa we let go dulu, kereta tupun masih in a very good condition. Maklumlah, I kalau jaga kereta, memang tip-top. Servis on-time, polish twice a month and basuh three times a week ... so sapa dapat or beli memang untunglah. Memula nak let go dulu, memang sayang abih .... sayang, sayang, sayang sesangat ... tapi nak buat camner, dah jodoh kereta tuh ngan I sampai situ jer. Cemnerpun kereta tuh memang banyak berjasa kat I. Harap2 satu hari nanti, kita akan terserempak lagi .....

Friday, August 26, 2011

Tayar pancit

Aduhhh...lama sungguh tak hapdatekan blog I nih. Nak kata sibuk, taklah sibuk sangat, tapi takda idea nak menulis. Nak tulis kenalah ada idea, kalau tak nanti, takde thrill kalau kita nak baca balik. Anyway, dekat2 nak raya nih, I rasa duit I mengalir non-stop, mengalahkan Sungai Klang. Memanglah, rezeki bulan nih mcm rezeki rimau. Dengan bonusnya, gaji (kenaikan gred) backdated dari bulan Januari, duit elaun LID, duit translations dan mcm2 lagi. Alhamdullilah, rasanya sejak 3-4 tahun lepas, rezeki tak pernah putus. Kalau tak banyak, sikitpun rezeki jugakkan. Itulah yang I cakap, semua nak pakai duit. Dok dalam sibuk kita nak raya, tetiba roadtax kereta pula nak mati 28 Ogos nih, itupun mat Bangla yang datang basuh kereta I tiga kali seminggu tu yg bagitahu. Kalau tak ... haram, sikitpun I tak sedar ... tahu bawak jer . Ingat lagi, dua tahun lepas, roadtax dah mati dua bulan, baru sedar, nasib baik tak kena saman .... elok jer masa roadtax mati tuh, bolehlah pulak pecut pegi Johor 2 jam setengah beb dah sampai. Kiranya nasib I memang baiklah, cuba tengah I pecut tuh, polis tahan, I rasa bukan saja kena saman, silap2 masuk jel lagi .... nauzubillah ... Tak abih pasal keter lagi, semalam tayar pulak pancit. Rasa2nya sepanjang I mendrive kereta, kereta I tak pernah pancit ... kalau angin takda, itu normallah sebab I mmg tak reti nak isi angin kereta. Tiap kali nak isi angin, itupun agaknya masa time servis baru isi angin, kalau takpun, kalau I nak drive jauh, I bawaklah gi regular workshop I tuh, suruh dorang isikan. Bateri keretapun sama jugak, bebudak mekanik cina nilah yang jadi macha I, tukang mengecheck. I part2 kereta nih, memang jaga sungguh, sebab I taknak jadi apa2 tengah jalan. Kereta I pancit nihpun, nasib baik I terperasan, itupun I baru abih shopping kat MidValley. Nasib baik jadi siang buta, kalau malam, haru jugaklah. Masa nampak tayar keter I tuh dah bengkak semacam, dah terbayang kat bijik mata I nih, akan melayanglah ratusan hengget lagi untuk ganti tayar baru. Cammana pun sebelum bawak gi workshop, kena ambik si kechik I kat sekolah dulu. Soalannya, sempat ker tayar tuh bertahan ... Nak taknak, call jugak sekolah Alea, suruh tunggu sampai mummy datang, lepas tuh call wokshop kereta. Alea, kalau lapar, makan bekal roti yang kak Dewi bekalkan. Lepas tuh, I pun drive slow2 n bila sampai wokshop, cina dah tunggu. I ingat lama, rupanya tak sampai setengah jam, dah siap. Bila mintak bil, hati dah berdebar2 dah, berapalah dorang nak caj I nih tapi rasanya macam tak mahal sebab tengok dorang tak tukarpun tayar tuh. Tokeh Cina tupun tunjuklah skru dua inci yg tikam tayar I tuh and lepas tuh dia kata kena 10 hengget, upah tampal jer. Laaa ... biar betul, 10 hengget jer ... alhamdullilah. By the way, roadtaxpun, hubby dah settlekan. Sekarang nih tinggal aircond rumah (5 unit) jer kena servis. Tak tahu lagi berapa ... kita tunggu saja siapa yang kena ... kenaaaaa .....

Wednesday, July 20, 2011

Wang keluar ... wang keluar...

Kereta idaman I, dapat dalam mimpi jerlah ...


Kereta kalau dah masuk lima tawon, memang banyak songeh. Tetiba jer inner locking keyless system not functioning. Puncanya bila I tukar bateri baru kunci kereta I nih. Memula jadi, I take things for granted, kalau tak boleh secara keyless, boleh buat cara manual. Bila dah lama sgt, system electronik kereta jadi haywired, kunci tak berfungsi secara simultaneously, barulah I panik abih. Apataknya, semalam masa I gi the Curve, I pun kuncilah kereta I secara manual and keyless. Bila time nak balik, cubalah tekan keyless tuh tapi semuanya tak berfungsi. Cuba cara manualpun, kaput jugak. Memang masa tuh, darah naik ke muka, yerlah, Alea dah nak keluar sekolah, kereta buat hal, mana I tak panik. So, cuba jugak, siap baca segala doa yang ada and alhamdullilah, boleh jugak akhirnya. So hari nih, bawaklah kereta kesayangan I ke servis centre. Check punya check, memang inner lockingnya dah rosak, kenalah ganti. Bukan satu tapi tiga sekali, melayanglah RM2,500. Baru semalam buat entry wang besar ... wang besar, hari nih wang besar dah mengalir keluar, so jadilah wang keluar ... wang keluar ...

Friday, April 1, 2011

Attention to all ladies out there

I selalu baca pasal sindiket curi kereta tetapi tak pernah terlintas yang benda nih akan terjadi kat diri I sendiri tapi nasib baik I memang "cool" abih masa benda nih jadi. So, ladies out there, try not to be mengelabah or panic. Kalau nak "panicking"pun, jangan tunjuk sangat. Citernya gini, Rabu baru nih, sepanjang perjalanan I ke ofis, I langsung tak sedar, ada kereta Myvi kelabu ikut I dari belakang. Yang paling tak masuk akal, macam mana kereta nih boleh ikut I sampai ke basement ofis, itulah yang paling pelik bin ajaib. Sedangkan staff sendiripun, guard begitu strict ... tanya itu ini, check beg, bonet bagai, inikan pulak sebuah kereta yang takda "sticker" boleh terlepas masuk terus ke basement. Memula I pun rasa pelik, pasal apalah pulak kete nih dok mengekor I sampai ke tempat parking I sebabnya kalau staff lain, memang dah tahu, tempat parking I tuh dah menghala ke jalan mati, memang takkan ikut sebab susah nak U-turn balik. Oklah, I pun turun kereta, siap nyanyi2 lagi, tukar kasut, ambik nametag, ambil bag, ambil bekal tapi I perasan juga ada sorang dari yang naik Myvi tuh turun dari kereta dan terus melilau kiri-kanan. Dalam hati I, kontraktor ker apa nih. Sebabnya, hanya staff sahaja yang dibenarkan masuk, full stop. Dalam dok2 sibuk tuh, muncul sorang lelaki cina lain datang kat I. Nak kata macam samseng, takda rupa macam samseng cakap, "kakak, ada rekod ini h/p kereta 6 bulan takda bayar, mahu tarik, kita tarik pegi luar dulu". Nasib baik I tak panik sebab memang I selalu monitor payment kereta dan make sure hubby bayar on time. Tapi yang "sah dan sahih" kereta nih memang dah abih bayar bulan 12 lepas, tunggu "release letter" jer dari bank. Hubbypun dah confirmkan perkara nih. "Eh awak nih biar betul, macam mana nak tarik, kereta sudah abih bayar, mana surat dari bank, selalu mesti ada surat bank, baik awak check dulu". "Ok, ok kak". I pun tak tahu bila masa si cina apek nih call bank pun I tak perasan, cuma yang I tahu ada tiga orang lain dalam kereta Myvi tuh tengah "standby". Tak sampai seminit kemudian, si cina apek ni datang kat I, "kak, sorry kak, saya dah call HQ, semua dah clear, memang takda, salah nombor". "Awak nih biar betul, sepanjang yang awak ikut saya, takkan awak tak perasan nombor kereta saya". "Sorry kak, sorry kak, tadi saya call bank kecil, nih HQ sudah confirm". Nak tahu siap "salam2" lagi ngan I dan dia terus belah dengan konco2nya. I terus sms hubby and hubby terus call bank. According to hubby, bank takda hantar orangpun suruh tarik kereta. Buat apa bank nak hantar orang sebab memang dah takda hutang langsung. Hubby siap pesan, apa2 call jer polis. Bayangkanlah kalau I nih cepat panik dan tak pernah monitor langsung pasal payment, harus jerlah I bagi kunci kereta nih dan kereta I entah dibawa ke mana2. Pompuankan selalu cepat panik dan mengelabah. So, once again, pada pompuan2 yang kat luar sana nun, please be careful and extra careful. By the way, I pun ada komplen kat TKP I macam mana security boleh terlepas benda nih and I'm very2 sure perkara nih akan dibawa ke meeting Isnin depan ....

Saturday, January 1, 2011

Welcome 2011, sayonara 2010

Sila ... silakan masuk, janganlah malu2 pulak. Selamat datang 2011, sayonara 2010.

Banyak kenangan manis, pahit dan segala ujian2 dari Allah sepanjang tahun 2010 telah dilalui. Dari emosi sehinggalah kepada fizikal, insyallah semuanya dapat ditangani dengan sabar dan tabah. Syukur kepada Allah. Dengan itu, diharaplah tahun 2011, akan memberikan kehidupan yang lebih makmur kepada keluarga I, diberkati dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan perjalanan hidup ini. Diminta juga, janganlah terlalu banyak dugaan diturunkan, jika ada juga, semoga dapat ditempuhi dengan "relaks n cool" dan tidak menjejaskan akidah kita kepada Allah.

Dalam menyambut Tahun Baru ni, nak kata happy tuh, kurenglah sikit sebab umurpun bertambahlah juga. Tapi apa nak buat, dah itu ketentuan Allah. Lagi satu, masuk jer tahun baru, kereta yang I sayangi dan banyak berjasa kat I, tercalar teruk pintunya bahagian driver ... adusss frusst I, tak tahu macam mana I boleh sagat dinding parking One Utama tuh. Langsung tak berbunyi, sedar2 jer dah bercalar tapi yang fentingnya, kereta tuh dah abih hutanggg ..... hoorayyyyy, takyah nak risau-risau lagi .....

Monday, July 19, 2010

Ini Adam punyer

Yang ini pulak "sah dan sahih" Adam "Bob de Beder' punye favourite machine. Orang lain takleh usik, dah jadi trademark si gumuk sorang nih. Rasanya, kalau si Adam bawak, abihlah keter "comey lote" si Alea tuh penyek digeleknya. Takpa Adam, "kalau Adam jadi tokeh "Bob the Beder" nih, insyallah Adam dah ada dalam list makngah".

Alea's dream car

Kalau mummy punye dream car "besar gedabak"nyer tapi Alea pulak yang "comey cute lote"macam yang kat atas tuh. Memang "sesuwei" ngan si kechik I nih. "Suka bebenor" Alea. Kalau pepagi I dok hantor dia gi sekolah, "lalu jer" kete nih, terus jerit kat I, "Mamee, kar (car) Aiya, kar (car) Aiya". "Ok, nanti mummy cop duit belakang rumah, mummy belikan untuk adik bawak gi sekolah ok". "Otey (okaylah tuh)".

Friday, July 16, 2010

My dream car

Inilah kereta idaman I. Dari dulu lagi, I memang minat kereta nih tapi of courselah "manalah I mampu" dengan gaji "seciput" I. Rasanya sampai pencenpun, I takkan dapat kereta idaman I nih. " Ambik bau jerlah". Anyway, I bersyukur dengan kereta yang I drive sekarang nih. Insyallah, selagi I boleh "lenjan", I akan "lenjan abih2". Walaupun dah lima tahun I pakai, kenkawan I cakap, "Lin, kete ngko still nampak baru lagi beb ...."