Last Friday, I dapat result exam yang I ngan kenkawan seofis duduk last Oktober. Selain dari "written exam", we all kena buat tiga presentation ... satu presentation free style (tak kisah nak cakap Malaya ke England), satu kena cakap England dan satu lagi kena cakap Malaya. Present depan orang ramai, dan lepas tuh ada soal jawab pula. Habih jer exam, we all diberi masa dua minggu, buat dua essay yang pihak examiners dah bagi topik memasing. Bab presentation, "no hal" tapi part "written exam", silap hari bulan boleh lingkup. Memang susah lorr ... rasa2nya masa belajar kat universiti dulu, taklah sesusah ini. Camnerpun alhamdullilah, we all semua pass dengan "cemerlang, gemilang dan terbilang" walaupun masa untuk mentelaah memang begitu terhad. Apataknya, bulan Oktober tu banyak event yang berlaku dan "desk" I pulak kekurangan orang dan no choice, we all kena kerja "round the clock". Untuk pengetahuan semua, exam kali nih memang crucial, sebab we all "wajib" kena pass kalau nak naik setakuk lagi. Dan sekali lagi, syukur kepada Allah kerana I lulus dengan jayanya dan inilah "my best birthday present ever "....
A full-time working mummy who have to juggle between work and family. Married and blessed with two beautiful princesses. Believes in a philosophy "Life is not complex...we are complex. Life is simple and the simple thing is the right thing".
Showing posts with label exam. Show all posts
Showing posts with label exam. Show all posts
Monday, January 17, 2011
Best present ever
Last Friday, I dapat result exam yang I ngan kenkawan seofis duduk last Oktober. Selain dari "written exam", we all kena buat tiga presentation ... satu presentation free style (tak kisah nak cakap Malaya ke England), satu kena cakap England dan satu lagi kena cakap Malaya. Present depan orang ramai, dan lepas tuh ada soal jawab pula. Habih jer exam, we all diberi masa dua minggu, buat dua essay yang pihak examiners dah bagi topik memasing. Bab presentation, "no hal" tapi part "written exam", silap hari bulan boleh lingkup. Memang susah lorr ... rasa2nya masa belajar kat universiti dulu, taklah sesusah ini. Camnerpun alhamdullilah, we all semua pass dengan "cemerlang, gemilang dan terbilang" walaupun masa untuk mentelaah memang begitu terhad. Apataknya, bulan Oktober tu banyak event yang berlaku dan "desk" I pulak kekurangan orang dan no choice, we all kena kerja "round the clock". Untuk pengetahuan semua, exam kali nih memang crucial, sebab we all "wajib" kena pass kalau nak naik setakuk lagi. Dan sekali lagi, syukur kepada Allah kerana I lulus dengan jayanya dan inilah "my best birthday present ever "....
Friday, December 3, 2010
Nak cuti panjang
Tahun ni rasanya memang berbaloi gaji yang I dapat, memang berkat abih, especially from Sept onwards. Rasa2nya, we all kat desk tu kerja non-stop. Mana taknya, bos gi Mekah, NHZ cuti beranak, sorang tuh dah abih kontrak dan Kak KY nak kena perabihkan cuti "cooling period" dia dan sibuk dengan kenduri kahwin anak sulungnya. Yang tinggal terkonteng2 empat orang jer. Sorang off, tinggal tiga, itulah yang dipusing balik tetiap minggu and dalam "worst case scenario", kena kerja straight seminggu "non-stop" ... memang penat giler. Ada sekali tuh, tinggal I ngan Zai jer keje, Kak LZ dan Kak NHD ada exam, kena pulak, hari tuh "segala benda major announcement" keluar, memang "tak menang tangan" langsung, nak gi toiletpun tak sempat. I punya syle senang jer, "buat apa yang termampu dan terdaya, kalau kena panggil masuk bilik bos, kami dua2 akan masuk, explain apa yang patut, nak, terima, taknak we all pun tak boleh nak buat apa". Jawapan I jelas and mantop, "we go for quality and not quantity". Tapi yang peliknya, we all kat desk sikit tak merungut, story banyak ker, panjang berjela macam langsir ker, sikit ker, buat jer kerja "uhh tidak, hekkpun tidak" dan alhamdullilah semua berjalan lancar. By the way, dua minggu lagi, I nak cuti panjang. Tak ke manapun, nak cuti rehat kat rumah jer .....
Monday, November 29, 2010
May Mr LC rest in peace
Jumaat lepas, pagi2 lagi I dikezutkan dengan berita paling mengezutkan. Sebelum tuh, si Liza sebelum menyampaikan berita terkezut tuh, siap marah2 lagi, telpon berkali2, tak sorangpun jawab. Bukan I sorang jer yang dia telpon, kenkawan lainpun tak angkat jugak. Mana taknya, pepagi buta telpon, orang dok terbongkang atas katil lagi, tambah2 I nih, tengah sedap memeluk si anak dara kechik I Alea, hari pulak hujan renyai2 kat luar, siap pasang aircond lagi, h/phone pula dalam silent mode, manalah nak dengar. Khabar sedih yang diterima pagi tuh ialah kawan sekerja I, Mr Lim (English subs) meninggal dalam kapalterbang, perjalanan balik dari London ke Kuala Lumpur. Tersentap kejaplah I. I dengar ramai yang meraung sebab Mr Lim orangnya, sebaik2 manusia, uhh tidak, hekk pun tidak. Suara memang langsung tak berbunyi, apa tah lagi kalau nak mengata2 orang, bukan dalam kamus dialah. Memang betul orang cakap, orang yang baik selalu akan pergi dulu. Sebelum nih, kawan seboling I, arwah Syarif, pun baik orangnya, sembahyang tak pernah tinggal, cakappun selalu berhemah, Allah ambik dia dulu. Semoga arwahpun berada di tempat orang-orang beriman.Berbalik pada Mr Lim nih, memang jarang dia bercakap tapi kalau jumpa kat luar, selalu dia angkat tangan. Ingat lagi seminggu sebelum dia ke London (pergi atas tugasan), kami kat desk siap berlawak2 lagi dengan dia, "Oh Mr Lim. you going to London to visit the Queen, send our regardslah". Menyengih jer dia. Tambah pulak seorang lagi, "Oh, jangan lupa visit William and Kate Middleton, they just got engaged". "Nolah, not Middleton, "Tepiton", jawab pulak si Hawa. Semua nih masih lagi terngiang2. Ingat lagi, masa I nak exam harituh, esok nak exam, malam tuh I masih lagi keje and bila I nak balik, siap cakap, "All the best ok, I pray, all of you pass your exam". "Thank you, thank you". Aduh, terharu sungguh I masa tuh. Semua ini dah jadi kenang-kenangan, takda lagi pakar rujuk untuk IT dan chess. "May you rest in peace Datuk Lim ...."
Labels:
ajal maut di tangan Allah,
exam,
kenkawan,
nostalgia,
that's life
Tuesday, October 5, 2010
Semangat berkobar2
Wa cakap lu, semangat I begitu berkobar2 sekali nak start study. Apataknya, lagi dua minggu, I kena duduk exam. Penting exam ni beb, wajib lulus, kalau lulus, pasti cerah masa depan akak. Sebenarnya I phobia sikitlah kalau cakap pasal exam2 nih. Yang sebelum ini, tiga kali baru lulus, bukan tak lulus tapi lulus bersyarat. Exam kali nih pulak siap ada tiga kali presentation, satu dalam Bahasa Melayu, satu omputih dan satu lagi campur2 (tak kisah nak cakap omputih or cakap malaya). Kena present depan orang ramai pulak tuh, pakai "power point' lagi ... harus terkedu I. Camnerpun , I will try my bestlah dan harap2 "reading lamp" yang ala2 macam kat atas tuh (baru beli tadi beb) dapat membantu I mentelaah tengah2 malam. Bukan apa, si kechik Alea tu selalu komplen takleh "dido" sebab lampu terang benderang ... banyaklah cikadak si kechik sorang nih ....
Labels:
azam,
exam,
planning,
rezeki,
ten-ten (Alea),
working life
Wednesday, August 18, 2010
Cari baju raya
Minggu depan dapat gaji plus ngan komisyen. so rasanya bolehlah I start "membeli-belah" baju anak2. Sebenarnya takyah tunggu dapat gajipun dah boleh pegi "window + shopping" barang tapi lately nih, masa I terlalu terhad, tak sempat nak "bershopping2" sakan. Cadangnya nak belikan adik ngan kakak, beberapa helai baju ngan baju kurung sekali. Si Dewi pulak, katanya taknak baju sebab baju dah berlambak2, dia cuma kalau boleh nak "gelang kaki siap loceng" (teringinlah tu sebab tengok I pakai) ... okaylah, okaylah, nanti kita cari, lepas tu nak carikan Mak Selayang baju kurung sepasang. Adik I, Azean cakap, cari kat The Weld dulu, banyak baju kurung cantik2. I ingat untuk bebudak, I nak gi masuk Guess Kid or Gap or Zara jerlah, sebab harituh I tengok banyak baju "new arrival". Memandangkan bulan nih, ada orang tuh janji nak bayar hutang kat I (harap2 janganlah janji2 palsu jer), rasanya bolehlah I berbelanja lebih sikit untuk anak2. Sebenarnya, bukannya dorang takda baju baru, cuma saja jer nak "memeriahkan" lagi bulan posa dan Hari Raya yang bakal menjelang. Macam kakak no hal, dah pandai bergaya, si adik nih payah sikit, balik2 nak baju "Ben-10" or "Tom and Jerry", balik2 baju tuh, pening kepala I. Kenkadang I nak jugak tengok si adik, pakai baju gaun pompuan yang simple dan cantik, yang takda ropol2nya, tapi susah bebenor sebab Alea memang tak suka langsung. I pulak, tak payah baru raya, baju kurung I berlambak2, sebut jer "rogna" apa, semua dah tersedia dalam lemari kat bawah tuh. Tahun nih, si Azean dan anaknya beraya ngan I sebab Mak Selayang balik Perak. I pulak bukannya tak nak balik, tapi I ingat cuti Raya yang panjang nih, I nak mentelaah sebab tak lama lepas raya, I kena duduk exam. Harap2 I passlah exam tu nanti .... tak raya takpa, yang penting pass exam, cerah masa depan akak ......
Labels:
branded items,
cuti,
exam,
family,
hari raya,
mak,
nostalgia,
ramadhan,
shopping mopping,
soraya,
ten-ten (Alea)
Thursday, August 12, 2010
SKT dan exam lagi
Hari nih mengantuk sangat. Storypun very slow, tak banyak assignments. Yang sibuk cuma, those yang kena prepare SKT, nak kena submit ngan form exam, termasuklah I. I punya dah siap, tinggal nak "touch up" sikit2, lepas tu nak buat tambahan sikit kat Senarai Tugas dan lepas tuh, next week boleh submit kat Admin. Tarikh tutup lambat lagi, exam pulak bulan Oktober tapi eloklah disubmit awal2, bukan apa, takut lupa ... silap2 nanti rugi setahun tak dapat duduk exam. Penting lorr ... Tapi, apa yang I tengoklah, belum lagi exam, setakat nak buat SKTpun dah ada persaingan. Bila pegi jer kat tempat si "polan2" tuh, cepat2 tukar page, takut kita ciplak idea. Hallo, memasing ada stail memasing, so takyahlah sorok2. Dan, jangan tak tahu, ada sesetengah tu "not willing to share at all". Itulah, I kata, buatpun "nak sorok2". Bayangkanlah, buat SKTpun dah ada competition. Pada I lah, apa salahnya "bershare", and in fact kalau I jadi "invigilator" atau pemeriksa, I bagi semua pass dan those yang bagus pulak, I bagi "pass with flying colours", kenalah justify sikit. Bukan apa, exam2 cam ginih tak pasal2 hanya createkan "unnecessary tension", orang yang taknah tension, tetiba jer "tension tak semena2". Yerlah, dah lama tak menghafal, tetiba kena pula study, subjek pulak tu "melaut luasnya", nak kena ingat itu, nak kena ingat yang ini ... aduh part nih memang I "lemah sesangat2". Pada I, apa2 kenaikan, tak kiralah gred or pangkat lebihlah elok berdasarkan kecekapan atau boleh ke tak boleh seseorang tu deliver kerja yang diberikan, plus seniority. Kalau setakat pass exam, tapi tak reti nak buat apa2pun, buat rugi jer produktiviti negara, itu belum lagi orang lain especially senior2 dok "mengata sok sek sok sek kat belakang". As for me, I pun dah start mengumpul bahan2 yang nak dibaca ... I repeat ... start kumpul jer okay, baca belum tahu bila nak start lagi ...
Thursday, July 8, 2010
Exam lagi
Bila dah naik setakuk nih, nampaknya kena bersiap sedia untuk exam lainlah pulak untuk takuk seterusnya. I bila sebut tang exam ni, dah "naik jeran", rasa tak sanggup nak lalui lagi. Susah beb, bukan "calang2"nya exam, soalannya melangkaui minda kita. Soalan nampak mudah, tapi bila nak "menggoreng" terkedulah kejap. Satu lagi, I part2 nak "memorise" ni memang lemah abih. Ingat subjek tuh, lupa subjek nih, baca lain, kuar benda lain. Kali nih pun lagi susah, I dengar siap kena buat presentation, group and individual dalam dua2 bahasa English and Bahasa, depan audien besar pulak tuh. I ni dahlah "stage fright", "wajib makronah" harus I terkedu dan terkelu seribu bahasa. Part penampilan, should be ok, part nak "berpublic speaking" tu yang I rasa boleh pitam. Lagi satu kena guna "power point". Amendenya "power point" tuh ... "aduhhhh mak, tolong mak ....". Lagi dua minggu we all kena gi kursus untuk exam nilah, ada format baru katanya, dan kalau tak salah I, exam in Oktober. Camnerpun, I kena lulus jugak. Exam yang first2 dulu, I ambik sampai tiga kali baru lulus, itupun nasib agaknya sebab bak I cakap awal tadilah, "soalannya melangkaui minda dan ada yang tak ada kena mengena langsung dengan tugasan harian I". Anyway, orang2 tua cakap "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, sapa tahu kan ...kan ... kan".
Thursday, April 2, 2009
PTK oh PTK
Masuk 4 kali KaKaje duduk exam PTK (Peperiksaan Tahap Kecekapan), finally barulah Kakaje lulus. Benda yang tak sangka boleh lulus, luluslah pulak, yang sangka kononnya boleh lulus ngan cemerlang, kantoilah pulak. Tak faham betul I .... Tapi kalau nak difikir2kan balik, walaupun KakAje ni bukannya straight-A student, rasanya idaklah KaKAje ni ngokk sangat sampaikan 40 markahpun KakAje takleh score. The first two yang KakAje fail tu, memang tak masuk akal langsung sebab rasanya KaKaje boleh jawab dengan cemerlang, gemilang dan terbilang gitew...
Anyway, alhamdullilah, eeee, malas dah KakAje nak tengok/mentelaah buku (ntah dah lupalak nama buku tu). Yelah, tanya soalan takde kena mengena ngan keja KakAje, mana tak hangin satu badan. KakAje kejenya menulis, journalist, tanyalah yang ada kene mengena dengan journalism line like 5W1H ke, apa itu tajuk berita/slug ke, dateline, berita penting, header ... banyak lagi boleh tanya.
Ini tidak, ada ke soalan mengenai simpanan fail, cuti, elaun, minit mesyuarat, tender, perolehan .... halloooo, KakAje bukannya duduk kat bahagian pengurusan. KakAje kalau nak cuti ke, nak mintak elaun ke, nak mintak apa2 ke, KakAje isi jer form bagi kat Kak Dah, dialah yang uruskan. Rasa2nya ... kalau Kak Dah yang duduk peksa ni, tentu dia dapat 4 flat.
PTK ni kononnya, salah satu syarat kalau nak naik pangkat. Pada pendapatan KakAJe yang tak berapa tinggi ni, sebenarnya takyah. Yelah, untunglah dorang yang tak reti buat keje, tapi pass PTK, terus naik pangkat, abih yang tak pas tapi boleh buat keje, duduk melopong. Sistem ni memanglah tak bijak langsung.
Nak tahu, walaupun KakAje tahu kalau KakAje luluspun, takde bendanya sebab semua post dah penuh, tapi KakAje still pegi celebrate dengan kenkawan --Kak Dah, Sart and Kak Mona. KakAje belanja dorang kat Mandarin Oriental Hotel lagi. Itu baru pass exam, kalau KakAje naik setakuk, KakAje nak bawak dorang makan nuunnn kat Menara Kuala Lumpur.
So, kawan2 doa-doakan untuk KakAje yek ....

Subscribe to:
Posts (Atom)