Showing posts with label shopping mopping. Show all posts
Showing posts with label shopping mopping. Show all posts

Monday, March 21, 2011

What the hell ...

"What the hell am I thinking". Macam mana I terjebakpun, I tak tahu. Sepatutnya, semalam, my plan cuma nak gi jumpa fren kat KLCC, minum2 kat Dome, lepas tu balik rumah, main badminton ngan Soraya, langsung tak terniatpun nak beli apa2. Lillah ... never came across my mind that I would be spending thousand of ringgits in a day. Aduhh, in the first place, I shouldn't masuk butik tu at all. Why???Why??Tell me why?Why?Tell me why (tak pasal2 ingat lagu Taylor Swift). Citernya, I memang dah lama nak cari handbag yang kaler "off-white". Dah ada satu CD, hubby belikan tapi rasanya satu tak cukup. Bukan latest punyapun, tapi I just love the design. Inilah bahananya, nak tambah collection kunun... padan muka I ... uhuk...uhuk...uhuk...

Tuesday, October 12, 2010

Moh kita gi Sunway Lagoon

Dah lama I rancang nak bawak anak2 dara I bermalam kat Sunway Lagoon Hotel. Cadangnya "check-in" dua malam, esoknya boleh "bergumbira suka ria" kat Sunway Lagoon dan kemudiannya "shopping sakan" kat Sunway Pyramid. Part makan2pun tak kisah, kat Sunway Pyramid tukan banyak tempat "mamam" dan lepas tu bolehlah berbowling. Biasalah "rancangan tinggal rancangan" jer, tak jugak pegi2. Last sekali I pegi Sunway Lagoon adalah dua tahun lepas kot. La ni, tiket nak masukpun dah naik, rasa2 100 hengget untuk adult and budak kechik macam si Alea tuh free and Soraya mungkin 50-80 hengget (tak begitu pasti). Pernah suruh sis-in-law check brapa ongkosnya kalau nak "bermalam" kat hotelnya ... aduh dalam 400-500 hengget jugak semalam. Anyway, kenkadang I terfikir juga kat kepala hotak I nih, selalu benda yang I "teringin" tuhlah tetiba jer muncul tak semena-mena. Contohnya, pagi tadi, someone dari Sunway Lagoon call I, offer VIP kad and reganya pada I agak murah iaitu 448 hengget dan setahun I masuk free. Those yang datang ngan I dapat 30 ke 40 percent diskaun dari harga biasa 100 hengget and kalau nak makan kat dalam pulak ada 15 percent diskaun lagi. Lepas tuh, takyah nak rebut2 beratur dan kalau rasa teringin nak tidor kat katil empuk hotel, dorang boleh tolong "book"kan dan dapatlah diskaun 20-30 percent. Memula I tak teringin tetapi mengenangkan "anak-anak dara" I, why not, anyway 448 hengget jer. Kesian kat Alea, jarang I bawak dia jenjalan kuar dari "territory" Bandar Utama tuh. "Terukkan mummy nih ... asyik kerja, kerja, kerja, cubalah sesekali pegi bukak pintu shopping compleks pepagi buta tuh". Oklah, back to this VIP Card, seriously, disebabkan anak2lah, I willing to sign up for the Card. Tapi, tak bahaya ker bagi nombor kad kredit kita kat orang yek ... anyway, dah terlambat, I dah bagipun. Tawakkal jerlah .....

Tuesday, September 21, 2010

Gila Tupperware



Lama sungguh I tak update blog I nih. Bukannya takda masa, cuma malas, takda mood dan takda benda yang nak diciterkan. Oklah, hari nih, I ada satu benda nak citer. Citernya ialah, sejak balik dari cuti raya nih, I jadi "gila tupperware"lah pulak. Apataknya, dealer tupperware kat tempat I nih bagi rega murah2, "akakpun apa lagi kalau boleh sebanyak mungkin nak diborong ... nasib baiklah "pitih" tak mengizinkan, tetiba akak jadi insaf kejap so belipun berpada2". Contohnya, beli enam tupperware dapat enam tupperware lain percuma, bukan yang cinonitnya punya tau. Tak tahulah pula kot2, reganya dah "dilamsam" tapi pada I still murahlah tuh. Itu belum lagi tupperware bulat (buat isi kueh raya) yang kawan I cuma jual 15 hengget jer kat I. Si Dewipun pelik buat apa I beli banyak2, katanya macam dah boleh bukak kedai. "Ntahlah, I pun tak tahu, bukan nak gunapun tapi saja suka2, I suka tengok colouringnya yang berogna-rogni". Ada pulak gitu konsepnya ....

Thursday, August 19, 2010

Gelang kaki loceng kak Wiwi

Tengah hari tadi sebelum pegi ambik Alea, I ngan si Dewi, singgah kat Giant untuk beli "groceries" sikit dengan susu dan pampers si kechik. Cadangnya Dewi nak beli ayam sebab esok nak buat nasi ayam bukak posa. I pulak tak keje esok. Sementara, Dewi ada kat dalam Giant, I pun "cuci2 matalah" kat luar pasaraya tu sambil dok belek2 baju kurung yang "berogna-rogni" dan "pelbagai pesen" tuh. Tahun ni, I rasa untuk Hari Raya, I taknak belikan baju kurung untuk Mak Selayanglah. I nak beli blouse panjang ngan seluar panjang, biar nampak "kasual" sikit dan kalau nak gi jenjalan, boleh pakai blouse tuh. Tak sampai 20 minit, Dewipun "calling2" kata dia dah ada kat "cashier" tunggu "banker" jer datang bayor. I lah "banker" yang bertuah tuh ....Dalam perjalanan nak ke parking, we all "terlalu"lah kedai emas si apek "Poh Kong". "Jom Wi, kita masuk kejap, kita tengok jer dulu ... nanti akak dapat gaji baru kita beli". Huhhh, hampeh ... nak tahu, biasalah, dalam "nawaitu" tuh nak tengok2 jer, "terbeli"lah jugak. Sebenarnya, bukan untuk I, tapi untuk si Dewi. Si Dewi nih dah lama mengidam "gelang kaki loceng". So, I fikir dari alang2 bertanya tuh, baik terus beli, kira nih macam hadiah Hari Rayalah untuk dia. Tawar punya tawar dapatlah dalam 1,500 hengget. Dalam pada tuh, sempat jugak I suruh si tokey nih tolong tambah loceng kat gelang kaki I yang hubby bagi masa annivessary hari tuh. Nak tahu, I memang suka dengar bunyi loceng gelang kaki I, dah kira macam "trademark" I lah tuh, especially kat opis ....

Wednesday, August 18, 2010

Cari baju raya

Minggu depan dapat gaji plus ngan komisyen. so rasanya bolehlah I start "membeli-belah" baju anak2. Sebenarnya takyah tunggu dapat gajipun dah boleh pegi "window + shopping" barang tapi lately nih, masa I terlalu terhad, tak sempat nak "bershopping2" sakan. Cadangnya nak belikan adik ngan kakak, beberapa helai baju ngan baju kurung sekali. Si Dewi pulak, katanya taknak baju sebab baju dah berlambak2, dia cuma kalau boleh nak "gelang kaki siap loceng" (teringinlah tu sebab tengok I pakai) ... okaylah, okaylah, nanti kita cari, lepas tu nak carikan Mak Selayang baju kurung sepasang. Adik I, Azean cakap, cari kat The Weld dulu, banyak baju kurung cantik2. I ingat untuk bebudak, I nak gi masuk Guess Kid or Gap or Zara jerlah, sebab harituh I tengok banyak baju "new arrival". Memandangkan bulan nih, ada orang tuh janji nak bayar hutang kat I (harap2 janganlah janji2 palsu jer), rasanya bolehlah I berbelanja lebih sikit untuk anak2. Sebenarnya, bukannya dorang takda baju baru, cuma saja jer nak "memeriahkan" lagi bulan posa dan Hari Raya yang bakal menjelang. Macam kakak no hal, dah pandai bergaya, si adik nih payah sikit, balik2 nak baju "Ben-10" or "Tom and Jerry", balik2 baju tuh, pening kepala I. Kenkadang I nak jugak tengok si adik, pakai baju gaun pompuan yang simple dan cantik, yang takda ropol2nya, tapi susah bebenor sebab Alea memang tak suka langsung. I pulak, tak payah baru raya, baju kurung I berlambak2, sebut jer "rogna" apa, semua dah tersedia dalam lemari kat bawah tuh. Tahun nih, si Azean dan anaknya beraya ngan I sebab Mak Selayang balik Perak. I pulak bukannya tak nak balik, tapi I ingat cuti Raya yang panjang nih, I nak mentelaah sebab tak lama lepas raya, I kena duduk exam. Harap2 I passlah exam tu nanti .... tak raya takpa, yang penting pass exam, cerah masa depan akak ......

Thursday, August 5, 2010

Handbag baru I

Hari nih I gi One Utama. Cadangnya memula nak gi ambik gambar yang dah dicuci, lepas tuh nak cari "thumbdrive" dan lepas tuh nak gi beli toys Toy Story si kecik I. Si kechik I tuh semalaman merajuk sebab hubby beli Toy Story yang "kechik cinonet"nyer, dia nak yang "besor" yang "reganya"pun haruslah "besor". Masa dok tengah pilih "thumbdrive", tetiba masuk SMS dari hubby cakap yang dia nak belikan si Alea toys yang si kechik nak tuh. "Alhamdullilah, selamatlah duit aku, kalau tak harus melayang 200 hengget". Jampun masa tuh dah nak kul 11.30 pagi, sat lagi, si Alea dah nak kuar sekolah, so cepat2 I jalan ke parking, takut terlambatlah pulak. Dalam dok nak ke parking tuh, mata nih bolehlah terpandang kat butik handbag satu nih, bolehlah pulak tuh dengan "selamba kodok" masuk ke butik tuh. Sebenarnya dah lama I berkenan kat satu handbag nih, tapi biarlah dulu, mahak sangat, baik tunggu sale dan kebetulan ada sale "abih stock" pulak hari nih. Aduhai, nak beli ker tak beli, nak beli ker tak beli ...tak beli menyesal ...last2 belilah juga ... melayang dua hebu hengget ..."apasallah aku gatal sangat masuk butik nih tadi .....tapi design handbag yang I beli tuh tak da dalam gambar kat atas cuma brand jer sama, uhuk ...uhukkkkkkk"

Wednesday, July 14, 2010

KakAje:Life in the Fab Lane

Pompuan yang kat atas tuh, bukannya lawa sangat, "biasa2" jer tapi yang pentingnya pompuan nih "kaya$ raya$". Orang yang tak lawa, bila dah "kaya$ raya$" mesti boleh jadi lawa "ada duit semua boleh jadi lorr". I memang suka tengok program realitynya "Life in the Fab Lane" sebab dapatlah I berangan2 "kalaulah aku boleh jadi kaya$ raya$" macam gitu, harus ramai yang datang "menyembah2", ramai yang akan jaga I siang malam, pagi petang hatta sampai ke "subuh sepie". Itu kalau pompuan "kaya$ raya$", kalau spesies jantanz "kaya$ raya$" pulak, harus ramai yang mengekor, tak kira anak dara, janda atau bini orang, silap2 guna "mak esah" ... yerlah dah puas hidup susah, nak jugak rasa senangkan . Pompuan2 murahan cam ginih bukan kira, jantan tu perut boroi ker, muka macam pecah rumah ker, janji poket penuh beb, dosa pahala tolak tepi. Ehhh, melalut pulak akak nih ... Oh yer, tengoklah rumah si Kimora nih, harus I duduk "berkubang" jer dalam rumah sepanjang hari. Cakap lu, boleh giler I tengok koleksi kasut dan bag "Louis Vuitton, Chanel dan Hermes" yang berlambak2 tuh. Aduhai untungnya badan ... berangan jerlah aku ......

Monday, June 28, 2010

Bulan nih "kopak" abih

Rasanya, bulan nih I "kopak" abih tapi "still boleh bernafas pelan2" lagi. Ntahlah, duit nih memang "berhantu", kuarkan pagi, petang dah langsai. Tak tahulah, ada jer yang nak kena berbayor. Tak pasal2 jugak, bulan nihlah jugak kena renew driving license, nak "overhaul" gigi lagi (kalau tak buat kalu, nak pakai jangka panjang), servis kereta, insurans lagi, beli tu, beli nih ... Ada yang bayar cash tapi paling banyak "menyain" jerlah. Buat masa nih, I belum lagi kuarkan duit gaji yang baru I dapat minggu lepas. I nak tunggu statement dari Citibank dulu, barulah I nak buat "adjustment". Memula I nak langsaikan dulu hutang kredit kad, lepas tuh barulah I nak "stabil"kan balik financial I nih. Nak taknak, kena jugak mintak tolong hubby. Kalau boleh I tak suka nak mintak tolong orang. Lecehlah, kalau dulu I tak "terlalu baik, naif dan percayakan orang" bagi hutang segala bagai duit I, I memang tak akan menyusahkan sesapa. Betul orang cakap, part2 hutang nih, jangan percayakan orang, hatta adik beradik sendiri. Hutang yang konon nak bayar dalam dua tiga bulan, dah beranak jadi bertahun2. Ni ntah bilalah I nak dapat balik duit2 I tuh, agak2 sampai kuching bertanduk kot. Paling latest, I kena bayar duit income tax, dorang tersalah kira katanya. Aduh ... tak pasal2, melayang duit I. Saving, memang ada tapi kalau boleh I taknak sentuh langsung saving I tuh sampai end of this year tapi rasa2nya kalau takda cara lain, terpaksalah jugak nampaknya ... last resort, omputih cakap. Camnerpun, dalam "kopak2" nih, I ingat sebelum posa, I nak buat makan2 kenduri kesyukuran kat rumah mak I Selayang. Saje jer nak bersyukur atas nikmat yang Allah dah berikan pada I dan anak2 walaupun dalam kami mengharungi segala kesulitan dan dugaan. Kenkadang rasa marah jugak kat Allah atas segala dugaan tapi I cepat2 beristifar ... well, I believe everything happens for a reason ...

Tuesday, June 1, 2010

Lagi2 pasal kasut

Tengahari tadi, sementara nak tunggu ambik si anak dara kechik I, Alea yang "dah malas nak gi toyah" sebab lama sangat "terperuk" minggu lepas kat rumah sebab tak sihat, I pun "saje2 jer"lah jengok "lemari kasut" I. Punyalah I "terkezut girafah", rupa2nya banyak lagi kasut I yang tak dipakai. Ini baru kasut, belum lagi I "singgah tengok" baju I yang "berlemari2" tuh, lebih2 lagi baju kurung, memang "terkurung"lah dalam lemari tuh. Takpa, kali nih biar I citer pasal bab kasut dulu. Nak kata I adik beradik Imelda Marcos tidak jugak tapi fuhyooo .... memang banyak betul kasut I nih. Macam2 brand, dari yang berbranded sampailah yang takda brand langsung, tapi yang peliknya I nih "asyik2 ulang kasut yang sama, asyik2 ulang pakai kasut yang sama. Last2, sekali kasut yang sedia ada "terexpire" macam tuh aje. Paling I tak faham dengan diri I sendirilah, pesen dan rogna kasut I semua memang "serupa dan sepattern". So, memandangkan, banyak lagi kasut I yang "fresh dan new" yang masih belum berpakai, I nak buat azam "setengah tahunlah", memandangkan enam bulan dah berlalu untuk tahun ini . Azam "hengat2 taik ayam" I kali ni ialah yang "I tidak akan membeli hatta melintas di bahagian mana2 department kasut" dalam tempoh setahun ini. Ingat, dalam setahun ini yang I tidak akan beli kasut lagi, dengan kata lain, I akan hanya "melanyak" kasut2 yang sedia ada. Wassalam...

Wednesday, March 3, 2010

Me and the "Mak Dats"

Untuk aktiviti sukan I cuma aktif dalam bowling jer, so dalam seminggu mesti "full"nyer. Mana taknya, I ada morning league bowling Selasa (kat club) dan Khamis ( One Utama) dan petang Jumaat, malam Sabtupun kat One Utama. Yerlah, dalam I dok melopong jer kat umah tu sementara nak tunggu ambik Alea sekolah dan masuk keje tengah hari, baik I joined league2 ni. Selalunya yang hari Selasa I sempat ambik anak tapi yang Khamisnyer, I suruh hubby ambik sebab selalunya we all abih lewat sikit. Morning league ni normallynya di kalangan housewives yang tak bekerja (yang laki kayas rayas) , selalunya yang join "mak2 dat" (mak datin) aka "tai-tai" yang boring duduk rumah dan tak ada aktiviti2 lain. I jer yang tersesat dalam golongan tu sebabnya I ni bekerja tapi in "shift hours" dan cuma ada gelaran "bini orang" jer. Best jugak "laga2 bahu dan laga2 pipi" ngan "mak2 dat" ni dan tengok gelagat dorang. "Wa cakap lu, datang nak berbowling jer, tapi dressing kenkadang macam nak gi dinner, glamour abih. Yang branded jangan cakaplah, dari hujung kaki sampai hujung kepala. Rambut pulak, macam lepas set gitu, beralun2 dan berkaler2pul lagi. Itu belum handbang ngan kasut, "wajib makronah" harus matching. Jangan tak percaya ada seorang "mak dat" ni umur dah 53 tahun tapi body pehhhh ....cam anak dara siot ... siap pakai G-string lagi (bukan apa I ternampak masa dia tertonggeng2 nak pakai socks). Lagi best, memasing ada drebar tolong seret beg bowling, abih jer boling dah siap drebar tunggu nak angkut balik. Akak ni jer yang dok seret beg bowling sendiri, ulang alik. "Mak2 Dat" ni walaupun "ikan gelama" abih, tapi memasing baik hati cuma yang tak larat bila time lepak2, "main subject" mesti borak part "branded2 item". Yang sorang ni beli kat Paris, yang sorang ni beli kat London, yang sorang ni beli kat Hong Kong. Memasing dok tayang menayang. Akak ajer yang beli kat KLCC or Pavillion or Starhills. Nasib baik jugaklah I ada series or handbag collection, bolehlah I usung atau tukar ganti sekali sekala. Taklah nampak "cokiah" sangat. Camnerpun part "general knowledge" zero, tapi tak semualah, ada gak yang "terrer the merrer". One thing I notice, pasal apa "Mak2 Dat" ni kena "dress to kill" walaupun setakat berboling jer sebabnya they have to bersaing sesama sendiri. Yerlah, takkan awak nak pakai selekeh kot sedangkan "Mak2 Dat" lain yang datang "melaram abih", mestilah dorang nak tunjuk sapa pakai yang "paling terbranded" punyer. Satu lagi sebab depa ni tak bekerja so bila lagi nak pakai lelawa macam ni, time2 seginilah selain dari attend dinner, teman hubby memasing tapi takkan dinner tetiap malam kott....

I ingat lagi masa zaman dok hantar Soraya gi kelas kat Bangsar dolu2, mummy2 yang antor anak bukan main lagi bergaya sakan. "Nah engko ... kasut lima inci tinggi, mesti yang branded punya, bajupun macam2 pesyen gitu, ada yang seksi ada yang tak seksi tapi kira "up-to-date" abih" padahal hantar anak gi montessory aje lepas tu lepaklah kat Coffee Bean ker, Starbucks ker dua tiga jam sementara anak nak kuar kelas. Kiranya beli baju "mehe2" tu cuma nak pakai tayang masa time2 segini jer. Kesian kan kat dorang ni. Lagi satu, nak berbelanjapun "takleh sesuka hati" sebab harapkan duit laki sebab "yang kaya/cari duit laki bukannya bini (bini tunjuk lagak dan berlagak jer)" , so POKOKnya kalau kita pegang duit sendiri, tak harap duit sesapa (duit hubby tu dah jadi tanggungjawab dialah nak bagi) ... anytime boleh horaaa beb ..... Nasib baiklah I kerja kalau tak baju2 glamour I yang berlemari2 tuh cuma I boleh tayang masa hantar/ambik anak sekolah atau gi beraktiviti bowling jerlahhhh .....

Monday, March 1, 2010

Kad kredit

Terperanjat badak I Sabtu lepas bila staff kat Citibank tu kata I sudah terlebih bayar Rm2,000 untuk Gold Card I. Kalau sehengget dua takpalah juga, ini lebih satu hebu hengget, mana akak tak terkezut. Camner boleh jadi gitu yek. Asalnya, bila I tengok bil, kat bahagian column payment RM2,000 tu ada tulih CR. I dok tertanya2 apa menatangnya CR tu, so I gilah singgah Citibank kat Damansara Perdana sebab I ni memang jenis spesis yang begitu curious. Kalau boleh "dan-dan" tu jugak nak tahu. Nasib baik akak bukan yang jenis menyerang, akak tanya lagi staff tu ngan lemah gemelai lagi. Bila staff tu tengok I terlopong, dia cakap kat I suruh transfer jer kat kad kredit satu lagi. Tapi macam mana nak transfer sebab kad satu lagi tu pun ada CR RM50 hengget. Sampai sut, I masih lagi heran, camner I boleh terlebih bayar yekkk.

Alah, tapi kejap jer tu, bila I tahu ada extra duit dalam kredit kad I, apa lagi I pun terus "brooooom" pergi workshop, boleh I tukar battery kete, dah tentu 400 hengget melayang dan paling terperanjat wiper kereta akakpun sampai 400 hengget. "Aduh mehenya, wiper emas ker". Itu takpa lagi, sempat lagi tuh singgah Poh Kong kat The Mall. I cadang nak beli bracelet dengan extra loceng (dalam lima ker enam) tapi nak tahu satu loceng cinonet tupun rega RM120 tak campur ngan pencakuk dia, kalau lima ker enam, cuba darab ... so akakpun beristiharaqlah kejap kat kedai emas tu dan bila dah congak2 ..."so the expensive one", baik takyah, lain kali jerlahh ....

Saturday, February 13, 2010

Terjebak, lagi2 kasut

Baru harituh cerita pasal kasut, alih2 terjebak lagi I membeli sepasang lagi . Semalam, I ada bowling kat Midvalley. Rasanya dah berbulan2 I tak gi MidValley. Paling last kot bulan Mei tahun lepas, tengok wayang ngan hubby kat the Gardens, lepas tu dah tak gi. Memasing dah start sibuk. I kalau nak gi sorang2 ke sana "mintak ampunlah". So, memandang dah ada tournament kat Midvalley tu, I pun gi lah awal sikit sebab nak dapatkan "parking paling strategik" sebab kalau abih lewat malam, taklah takut nak turun sensorang. Awal taklah awal sangat pergi tapi sempatlah juga "cuci2 mata". Sempat masuk Reject Shop, Metro Jaya, Guess, Bread n Butter" tapi satupun tak berkenan di hati. "Alhamdullilah, selamat duit aku". Oklah, ada 10 minit lagi sebelum tournament nak setat, I pun terus melencong ke bowling alley, alih-alih mata I terpandanglah satu kedai kasut ni "Sachs". Patutnya kaki ni I seret ke escalator, sesedar jer rupanya I dah kat dalam kedai kasut tu. Macam magik pulak. Dah terlanjur ada dalam kedai tu, I pun tengoklah sekeliling, dan terbekenanlah pulak I satu kasut ni, rogna "off white" lagi dan "akak ngan lupa dirinya terbelilah satu pasang kasut lagi untuk menambah koleksi yang sudah tersedia melambak kat umah tu dan aduh tak pasal2 melayang lagi duit I".

Thursday, February 11, 2010

Kasut oh kasut

I memang spesies yang obsess ngan kasut. I tak kisah kasut murah ker, mehe ker, janji cantik dan kena untuk I. Lemari kasut I, dah berlimpah ruah ngan kasut2 I, anak2 dan hubby. Siap "berlabel" lagi sebab nak senang cari tapi tak jugak, kena gak memunggah. Disebabkan terlalu banyak, ada yang dah expirepun "price tag" still intact, maknanya tak berpakai lagilah tu. Sampai macam tulah "gilanyer I kat kasut". Peliknya pulak, kasut I, kebanyakannya "pesen dan rogna" sama jer. Tak kelabu, off white, tak off white, cream. Bukan apa, senang I nak match ngan semua baju. Tapi yang geramnya, dalam banyak2 kasut tu, yang sama jer diulang tetiap hari. Lagi satu, tak retilah I nak pakai kasut yang dempak2 ala2 "baling anjingpun boleh mati". Paling mehepun kasut I rega dalam "dua hebu hengget", apa ke namanya bergulung lidah nak nyebut "Boggeta Venneta". Hubby yang beli, kalau harapkan I '"sampai kiamatpun I tak belinyer". Udahlah beli berhebu2 hengget reganya, adalah pulak tu sayang nak pakai, abih2nyer, tersarung cantiklah lagi tersimpan dalam lemari tuh. Itu sebabnya I suka beli yang murah2nyer, boleh lanyak betul2. Lagi satu, yang branded selalu pesennya "kureng menarik". Buat apa beli mehe2 tapi tak cantikkan. Ada pulak yang tumitnya mak datok, kalau tak tinggi, bagak semacam ... kesian tengok orang yang memakainya, tapi biasalah pompuan "sakitpun sakitlah asalkan orang nampak kita bergaye dan up-todate walaupun bergaye cuma nak antor anak sekolah jer, kesiankan". Macam I cakap awal tadilah, I memang tak kisah brand apa, asalkan "sesuwei" untuk I. Selalunya I masuk Vincci jer and paling mehepun "Guess". Paling terbaru I beli kat shopping kompleks kat Seri Kembangan. Dalam I dok melilau-lilau sorang2 lepas main bowling, terpandang I satu kedai kasut. Kedai "coki'ah" jer, nama kedaipun ingat2 lupa tapi yang pastinya brand kasut tu I ingat sampai mati "XES", kalau diterbalikkan jadilah "SEX". "Amboi gateynya, anak dara yang dah tak dara ni". I berkenan satu kasut, rogna "gold tak gold", rega dalam 35 hengget. I pun jinjinglah kasut tu nak gi bayar, alih2 amoi cashier tu cakap kat I, "kakak, ambil satu lagi promotion raya china, harga cuma 88 sen". Terkejut gajah I. Memandangkan I memang berkenan kasut rogna"gold tak gold" tadi, so I suruh amoi tu ambil sepasang lagi, bolehlah I belasah tetiap hari tapi takada saizlah pulak. Nak taknak, disebabkan bukan senang nak dapat kasut rega 88 sen, I ambillah satu lagi kasut rogna "gold" jugak, ada manik2 lagi you. "Siaplah aku balik ni mesti kena leter ngan si Dewi sebab beli kasut lagi". Memang betulpun, dunia dah terbalik kot, selalunya Mem yang patut leterkan maid, ni si Dewi pulak yang membebel kat I sebabnya dia kata yang I dah boleh bukak kedai kasut kat rumah sebab kasut berlambak2. "Entahlah Dewi, kakak memang pantang tengok kasut, tangan ni gatai jer nak membeli, ... kasut ...oh ... kasut..."

Saturday, January 9, 2010

Terover spending lagi

Ntahlah, dalam dok cuba berjimat cermat, sekali lagi bulan ni, I "terover spending" lagi. Tak tahulah, apa yang I dah "terspending"nya, alih2, bila congak2 balik, memang "sah dan sahih", terlebih berbelanja. Yerlah, time2 nilah pulak, skincare abih, kereta kena major servis, tukar tu, tukar ni, beli supplement tu, beli supplement ni, itu belum beli yang "bahagian dalam2"" lagi ... hai ... macam-macam. Kalau nak ikutkan sangat, tidaklah banyak tapi I ni memang jenis tak suka "berhutang" banyak2 ngan kad kredit. Selalunya, tetiap bulan, I akan langsaikan semua sekali hutang kad kredit I walaupun cecah ribuan ringgit, takdanya bayar sikit2, sekali gus bayar "lump sum". So, sekarang ni, I dok fikir balik, nak bayar penuh ke bayar separuh dulu, nak bayar ke, tak nak bayar. "Kalau aku bayar abih, bulan depan dan depan dan depan lagi, memang kira langsailah kalau tak belanja, itupun kalau tangan ni tak gatai nak menenyeh". Masalah I pulak, I tak suka tengok duit dalam akaun I berkurangan, kalau banyak tu rasanya macam "kayas rayas" jer tapi kalau bayarpun, I jugak yang lega. Alahhh, rezeki, kenkadang kita rasa tak cukup tapi sebenarnya lebih daripada cukup. Pernah sekali, I taknak transferlah duit dalam akaun I masuk ASB takut nampak kurang, padahal kalau masukkan dalam ASB, dividen yang I dapat banyaklah jugak. Fikir punya fikir, I pun ambik keputusan transferkanlah duit dalam akaun harian I masuk ASB dan alhamdullilah, duit yang dalam akaun I tu still macam biasa. Memanglah berkurang sebab dah transfer tapi bila gaji dok masuk tetiap bulan, so the amount to accumulate baliklah. Lagi satu I rasa sebab kita bayar zakat, jadi Allah tu tak putuskanlah rezeki kita. So, macam mana yek, I belum buat keputusan lagi. Tadi singgah kejap kat teler machine, rosak pulak, macam tak bagi I bayar jer. Takpalah, "tutup mata jer, pegi bayar lepas tu buat macam takda apa2 .... alahai, camner boleh terover spending ni yek, benci ... benci ... benci I".

Wednesday, December 30, 2009

Beg LV dah bersepah2

Sekarang ni, among branded handbag yang faling fofular ialah LV Vuitton (betul ke I eja ni). Semua orang nak pakai handbag cop ni sampaikan hari tu masa I gi pasar malam kat Bangsar, nyonya yang jual ikan kat situpun dok kepit bag LV cakap lu. Tangan dok sibuk bungkus ikan, kat ketiak kepit handbag cop LV lagi, jangan maree . "Wei, ko jangan ingat tu bag imitation, silap2 oliginal lagi, kalah kita yang keje pejabat ni". Bukan apa kat Mesia ni, sejak Datuk SN usung handbag cop ni, ramai juga nak jadi macam Datuk ni, mampu ke tak mampu, wajib pakai beg cop LV. Yerlah, orang lain bergaya, kitapun nak gak bergayakan, kalau dulu asyik2 pakai handbag Bonia, Sembonia, Sachs, apalah salahnya kan dah ada duit ni, pakai yang "mehe" sikit. Biar imitation gred A, asalkan orang tengok kita macam "Mak Datin", itu yang fentingnya. Biasalahlah, orang kenkadang yang tak mampu tu "lebih kerak dari nasik", orang Perak pulak cakap "Biar pape asal bergaye, alang2 laki dah botak, botakkan lah dia lagi". I pun usung gak handbag cop LV ni, hubby yang belikan, cukuplah rasanya dah dapat ngasa pakai dua handbags and satu purse cop LV ni. Nak tengok??? "Takyahlah, malas akak nak postkan gambonya kat sini, nanti orang kata akak nak menunjuk2 pulak. Alangkan masa akak tulih yang akak "goes for branded item" dalam earlier entrypun, dah ada orang mengata, inikan pulak tayang handbag tu kat sini, lagi berkilo2lah umpatannya." Kesian betul I kat spesis2 macam nikan, "dah tak ada keje lain agaknya, tak abih2 nak menganyam ketupat".

Tapi memang betullah, handbag yang "mehe dan branded" ni selalunya tahan lasak dan lagi lama kita pakai, kulitnya akan bertambah lembut ... pendek kata puas hati sesangat2 dan macam orang tua2 cakap "alah membeli, menang memakai". Tapi, lately ni, I dah tak bape nak fancy lagi handbags sebab I rasa dah banyak sangat collection handbags I. Lagipun "cukup2lah tu, membazir tu kan, sahabat syaitan", baik I guna simpan duit tu dalam ASB, boleh gak duit tu beranak pinak. Orang kata, setakat nak tunjuk gaya tapi duit takdapun tak guna jugak kannnnn .....

Friday, October 9, 2009

Koleksi kad shopping

Bertambah lagilah kad shopping mopping I. Purse I bukan gemok dek duit tapi gemuk dengan koleksi kad-kad shopping mopping I tulah. Compartment untuk kad dalam purse I dah "full house", so some of the cards I kena transfer ke purse kechik "Bottega Venetta" yang hubby beli dulu. Itupun bertindan2 kad. Kalau tak bawak, rugilah pulak ... mana tahu hari yang I gi shopping mopping kebetulan buat "diskaun spree" or "bagi triple vouchers" ker ... banyak boleh jimat tu beb. Ada sekali tu I boleh dapat satu pasang kasut, beli guna voucher yang I dapat tu jer. Maklumlah orang "kodokut", akal mesti panjang. Selain daripada kad2 wajib macam kredit cards and supplementary cards, banyak lagi kad2 lain yang I ada ... mostly kad yang kumpul points, nak dapat free giftslah katakan. Paling latest semalam, I dapat Jusco Card, siap tunjuk ngan bangganya kat Zai sebab dialah satu2nya kat tempat we all ni yang ada kad tu. "Sorry yer, I dah join your club so you no more satu2nya ada kad tu kad sini". Kad2 lain yang I ada, kad Parkson, Metro Jaya, SKII, Shuemura, Melium, Kinokuniya, MPH, Popular Book Store, Body Shop, kad untuk car wash, Bonus Link, OneUtama, Isetan kad insurans hospital, kad club house macam KLGCC and Tropicana ... banyak lagi, I pun dah lost count. Tapi dalam banyak2 card tu, paling I suka ialah card Parkson sebab points yang kita kumpul tu dalam bentuk duit, so kalau kita beli apa2 and kad tu dah ada katakanlah RM50, kita boleh terus tolak dari kad tu jer, tak ker jimat. So far, I dah beli periuk, kuali, sudip, bed sheet, tolak ngan duit yang I kumpul dalam kad tu jer, best kan .... Tapi yang tak bestnya, kad Parkson ni cuma laku kat Parkson besar2 jer macam kat MidValley, Pavillion dan One Utama, yang kat Mall tu, tak laku ... sorry morrylah yekkkk ....

Thursday, October 8, 2009

I dah ada Jusco Card

Kalau dari dulu I ada Jusco Card, agaknya dah beribu2 point I collect. Ini tak, kalau nak gi jer, pinjam yang si Zai punya, bukan I sorang jer, kenkawan yang yang lain pun macam tu jugak. Bukan apa nak dapat parking free, alahhh ... parking singgit jer tapi saja nak tolong si Zai kumpul lebih sikit points. Itulah, yang untungnya si Zai sebabnya kenkawan I kalau shopping mopping, tak hengat dunia, kalau tak cecah RM100 tak sah. Bayangkan singgit satu point, kalau RM100 dah 100 points. Anyway pagi tadi, sebelum gi kerja, I singgah jap kat One Utama. Cadangnya nak ke Jaya Jusco, nak cari "plain comforters", lagipun tengah sale sekarang ni. I nak yang "super single"nyer, taklah besar sangat and kalau Dewi nak cucipun taklah sesak mesak sangat washing machine tu. Biasalah, plan nak beli satu tapi terbeli sampai tiga pulak tu, colour biru, hijau dan oren gitu. Tiga comforter tu tak sampai pun RM250. Okaylah, lagipun, dapat satu cadar free. Brand "Elle" lagi. I sebenarnya pun tak tahu kat mana lagi nak perosok comforter tu ... dah takda ruang dalam lemari. Takut, esok2 post lagi kat Selayang, membebel lagilah Puan Radziah sorang tu. Rumah kat Selayang tu nanti sesak ngan barang2 I jerlah ... ni I tengah plan nak bawak "stand lamp" yang I beli kat Ikea dulu ke Selayang, suruh mak I letak kat corner mana2. Seingat I, I taknah guna lampu ni dan I pun tak tahu "apsal I gatai tangan pi beli dulu".

Lepas dah dapat comforter, I pun intai2lah bahagian pinggan mangkuk. Teringin sangat nak beli set baru ... tak dapat "Noritake" yang satu set dekat nak RM2 ribu tu. dapat set "Arcopal"pun jadilah. Okay I dah aim satu, tunggu bulan depanlah ... yang set Noritake tu, ambil bau jerlah. Intai juga kat "Queens Anne", waduh reganya boleh tahan gitu, rasa2nya masa I beli dulu, idaklah "mehe" sangat harganya gitu. Dah abih cuci mata, I pun gi kat adik cashier and si adik cashier nilah yang beriya2 suruh I apply Jusco Card tu. "Kak, gilah apply, sayang kalau tak apply". "Takpalah, akak malas nak tunggu lama nanti". "Alah kak, kejap jer, tak sampai 10 minit, orang takda tu. Bila akak dah dapat, akak datang kat saya, saya input points yang akak dapat .... pegilah kak". "Ok ... Ok". Memangpun, tak sampai 10 menit, dah settle dan untuk hari ni jer I dah dapat 1000 points. Rugi woiiiii ... kalau I tahu dari dulu lagi I dah apply. Silap2 I dah kumpul kipas angin, iron, toaster, microwave, rice cooker dan macam2 lagi dengan points yang I dah accumulate tu kan ......

Friday, September 11, 2009

Baju raya anak2 dara I dah settle

Fuh, lega rasanya, baju raya anak2 dara I semua dah settle. Tak lagi berserabut nak memikiorkannya. Bukan apa, I macam takda masa nak gi bershopping mopping. Semalam, memandangkan I masuk keje lewat sikit, apa lagi, I pun "menghalalah" ke One Utama, untuk memulakan operasi "berbelanja sakan". Sebenarnya kalau tak belipun, takpa, si Alea tu banyak lagi baju yang dia tak pakai lagi, kakakpun dah berlambak tapi tak "thrill" lah pulak kalau tak belikan apa2 untuk anak2 dara kesayangan I ni. Rasa bersalahpun ada, biar mummy jer yang "recycle" baju lama asalkan adik dan kakak ada baju baru dan boleh beraya sakan. Untuk dua orang tu jer, almost RM900lah I spent. Tahu jerlah, baju bebudak, bukannya murah, apa laagi kalau yang branded sikit, nasib baik I dapat 10 percent diskaun untuk baju bebudak dari butik Guess and Gap Kids. Kalau tengok baju bebudak pompuan ni, "boleh rambang mata" dibuatnya. Lagi satu I suka baju kat Zara and Benetton, memang sesuai untuk anak2 dara I. Memandangkan sekarang ni Parkson tengah sale dan I pun ada "member card", I target jugak baju2 "Disney Princess" yang Alea suka sesangat tu .... Takpe untuk anak2, kena adil dan sama rata. Beli baju untuk si adek ok lagi, tak cerewet tapi untuk kakak, kena tanya dulu. Itu tak kena, ini tak kena, serba tak kena. "Kakak, kalau mummy belikan you skirt ok tak". "No, I prefer pants, I don't like skirt". So, I belikan dia pants jer and adek, I belikan a few t-shirts and tight pants sebab dia tak suka pakai dress atau gown. Yang penting, semua dah settle, dah tak yah fenin, fenin lagi. Esok, "rombongan cik kiah" ni nak gi membeli baju si Dewi ngan anaknyalah pulak tapi tak tahu lagi kitorang nak hala ke mana. Mungkinkah "rombongan cik kiah" akan ke The Mall, KLCC, Curve, MidValley, Pavillion or One Utama, tak decide lagi ..... bak kata Nabil, si juara lawak tu, "lu fikirlah sendiri" ...hi..hi..hi..

Saturday, September 5, 2009

Alamak, I sudah ter"overspent"

Alamak, bulan ni I dah ter"overspent"lah pulak. Punyalah lama tak "bershopping mopping", tetiba jer tanpa dirancang, tak tahu macam mana, I boleh terlanggar "janji-janji manis I sendiri untuk tidak membazir tak tentu arah terutamanya dalam keadaan ekonomi tidak menentu ini". Macam semalam I tak kerja, I gi KLCC, cadangnya nak teman kawan, tapi terbaliklah pulak, dia pulak yang teman I bershopping. "Giler ke apa", I boleh borong tujuh helai baju yang sama pattern tapi different colours dengan alasan I memang dah lama cari baju yang style tu, baju ala-ala kemeja yang ikut badan. Lagipun murah sesangat kalau nak tengok pada brandnyer, brand Cultivation, tak silap I. Oklah, lepas tu, pegi pulak kat bahagian kasut, nasib baik, kasut yang I minat tu takada saiz, kalau ada saiz, melayang lagilah duit I. Turun bawah Isetan tu, pegi pulak kat bahagian kosmetik, cadang memang I nak cari perfume sebab perfume dah abih. Bukan setakat perfume, skincarepun I beli, lipstik sampai dua pulak tu. Aduhhh ... kali ni I tenyeh jer kat kredit I.

"Aku nak cari baju raya anaklah, baju si Alea, kakak dah ada", I cakap kat kawan I tu. Nasib baik bila sampai kat Guess butik tu, punyalah ramai orang, so kitorang tak jadi masuk. "Takpalah, nanti aku datang kemudian, beli untuk si Alea senang, takyah bawak dia, si kakak cerewet sikit". "Eh, jom, kita pegi Ampang Park sat, aku nak tukar baju kurung mak aku". Baguslah kawan I ni, ikut jer, tak kisah langsung. So, kitorang pun naiklah LRT ke Ampang Park. Sampai Ampang Park, aduh lagilah giler, tengok baju kurung yang new arrivalnya ... mak datok cantik ... juling mata I tengok. Belek punya belek, punya belek, kawan I beli sepasang tapi I baju kurung dah banyak sangat kat umah so I cadang nak cari baju linen biasa jerlah. Memangpun, tetiba I berkenan ngan satu baju tu, colourpun cantik so apa lagi ... I boleh "selamba badak" jer beli tiga pasang siap ngan seluar lagi dua pasang, padahal seluar dah berlambak2 kat rumah. Astagfirullahalazim ... apa nak jadik ngan I ni. Okay ... tak abih lagi ... tenyeh menenyeh terus bersambung hingga ke petang pulak.

Petangnya, sempat I gi One Utama kejap, kononnya nak cari cream kulit untuk si Alea, alih2 tersinggahlah pulak kat Parkson, tertengoklah pulak ada promotion jual sendok dan segala bagai kuali yang tak melekat tulah. I gasak boleh borong sendok sampai tujuh dan kuali satu, lepas tu siap beli bed-sheet dua pasang lagi tu. Takpalah, semua tu untuk raya. Menenyeh lagi. Lepas tu menyesallah pulak, sambil jalan nak gi parking, sempat I dok merepek kat diri I sendiri, "Ya Allah, apsal aku beli semua ni, ni belum masuk baju anak2, adoi ... fenin aku, fenin, fenin".

Itulah, nasib I kerja, pegang duit sendiri, takyah nak mintak kat sesapa. Rasa nak beli, beli jer lepas tu rasa menyesallah pulak (kejap jer tu, lepas tu buat lagi). Bayangkan those yang tak kerja, tak pegang duit sendiri, "memang boleh beli kalau rasa nak beli, mintak jer kat husband, no hal one, tapi the thrill nak membeli tu tak sama dengan those yang memang pegang duit gaji sendiri". Oh ya, sebut pasal keperluan raya ni, rasa2nya nak mintak kat hubby duit lebih sikit, nak beli baju anak2 ngan baju I sekalilah. Duit I, duit I jugak, tanggungjawab, tanggungjawab jugakkan.

Thursday, March 12, 2009

Fancy for branded items?

I do not know about others but as for me I memang giler branded items. I go for original ones (imitation, kalau tak mampu baik toksah beli) , my mum said "tu dah jadi macam penyakit" but for me "it is more for my own satisfaction". Seriously and frankly, I bukan nak menunjuk dan tak ada niatpun nak menunjuk tapi if you can afford it, why not?

Again and again I always told my mum, "Kalau dah ada duit lebih, why not, daripada my hubby abihkan kat tempat lain, baiklah dia abihkan kat I ngan anak2. Lagipun, cari duit banyak2pun, kalau bukan utk wifee tersayang (ye lar tu) dan anak2, abih utk sapa mak ku sorang".
Tapi, nak buat camna, I loves all things beautiful - including clothes, shoes, handbags, watches and jewelleries and I believe in paying for quality. I spent quite a lot and also quite capable of spending the same amount on my two gorgeous princesses. But as usual, later-later, slowly, I will give the bills to hubby (mintak balik ganti .... terukkan I ni hehehe). My daughters wear Guess, DKNY Kids, Gap Kids, Ferragamo, LV, Bvlgary, Zara Kids and Benneton (just to name a few) . And, I don' t think that is a problem coz I love all the things I buy and I will eventually get around and used them. Nothing wasted. But sometimes, kalau satu tu kita dah suka, asyik ulang yang sama je kan. My favourite sekarang ni, handbang CD, dah naik season.

I have a collection of handbags, more than 20. Range from Fendi, Bottega Veneta, Gucci, Coach, Louis Vuitton, Salvatore Ferragamo, Bally, Aigner, Christian Dior, Cartier, DKNY, Bvlgari and Prada. For watches, I have Frank Muller, Tag Hauer, Bvlgari, Cartier and jewellery items, mostly from Cartier, Tiffany and Bvlgary while collection of belts from Gucci, Cartier and Guess. For shoes, kalau nak cari yang branded ni, mostlynya I tak berapa berkenan. The most expensive pair I bought ialah Bottega Veneta which cost almost RM2,000. Same goes to my clothings. Hubby and myself suka brand Polo Ralph Lauren, British India, Gap, Zara, Armani Exchange, Guess, Packett, Levi and many more sampai I dah lost count.Walaupun I ni memang fancy branded items tapi dari segi lain I tak pandang ringan. I make sure anak2 I ada insurans dan simpanan tiap-tiap bulan. Ini semua sudah diambil kira, itu sebabnya I boleh belanja lebih sikit. I rasa bukan I sorang aje, ramai lagi macam I kan.. kan.. kan ....