A full-time working mummy who have to juggle between work and family. Married and blessed with two beautiful princesses. Believes in a philosophy "Life is not complex...we are complex. Life is simple and the simple thing is the right thing".
Showing posts with label bola. Show all posts
Showing posts with label bola. Show all posts
Tuesday, July 24, 2012
KaSuT BoLA AleA
Inilah kasut bola Alea yang dah lama sungguh dia mintak. Yerlah, Si Lessa Gumukpun ada kasut bola, takkan dia takda kot. So, pegilah dia ngan papanya mencari kat Parkson, sebab katanya kat situ ada Nike untuk bebudak. Dua pasang kasut, satu kaler blue, sama ngan team Chelsea and satu lagi warna pink, back-up kasut kalau yang satu lagi tuh basah atau kak Dewi basuh. Sebenarnya, I tak berapa galakkan si kechik nih main bola, I lebih suka dia main bowling, takyah berpanas2 sebab bowling alley semuanya dalam tempat berair-cond...tak gitu????
Thursday, December 30, 2010
Ngauman Harimau Malaya
I memang jarang ataupun tak pernah langsung berminat untuk menonton apa saja perlawanan bola sepak, tak kiralah pasukan negara, apatah lagi luar negara, memang tak "angkat pot" langsung. Kalau tertengokpun, mungkin tidak dapat dielakkan (terutamanya di opis), sebabnya TVnya betul2 tercongok kat depan I. Contohnya malam semalam, masa Malaysia lawan Indonesia, Piala Motor Suzuki (kelakarkan ... takda ker nama lain yang lebih glamor lagi). Apa taknya, TV keliling I, semuanya pasang channel bola tuh. Ada lima TV, semuanya channel yang sama. Bukan setakat sorak riuh rendah di dalam opis, hiruk pikuk student2 medic kat bangunan sebelahpun boleh tahan kuatnya. Anyway, I nak ucapkan syabas kepada Pasukan Malaysia Harimau Malaya kerana berjaya memenangi piala ini dengan agregat 4-2 (sorrylah, I pun sebenar bukannya faham part2 agregat ini). Walaupun kalah 2-1 tapi permainan Malaysia memang bagus abih. Tabik springgggg ....I rasa patut diberikan kepada semua pemain, terutamanya keeper kita yang I sifatkan sebagai "man of the match". Part dia dapat selamatkan penalti, "naik bulu roma" I, itu belum lagi gema sorak kat opis I nih. Syabas sekali lagi dan semoga maju sukan untuk negara.Tapi dalam seronok2 tuh, sedih jugak bila dengar yang pasukan kita tidak dapat berlatih di padang sebelum perlawanan kerana keadaan tidak mengizinkan (sebab terlalu ramai penyokong lawan, ditakuti perkara tidak diingini berlaku). Mereka cuma dapat memanaskan badan dan berlatih ringan di kawasan berumput kecil di tepi kolam hotel penginapan. Fanatik sungguh, orang Indon nih. Lagi teruk, nak gi stadiumpun, kena naik kereta kebal. Lima kereta kebal yang dikenali sebagai panser Gegama atau Baracuda digunakan untuk bawak dorang. Kah....kah....nak gi main bola macam nak gi berperang ....
P/s : Aduh .... tetibar minat pulak kat pemain Garuda. Irfan Haarys Bachdim (gambar yang kat atas tulah). Handsome beb. I rasa kalau dia tak jadi pemain bola, boleh jadi pelakon sinetron Indonesia ... kok kamu ganteng bangat gituhhh ......
Monday, July 12, 2010
Bintang Terhebat Piala Dunia 2010



Dari atas: Wesley Sneijder (Belanda), Thomas Mueller (Jerman), David Villa (Sepanyol) and Diego Forlan (Uruguay).Walaupun I memang "kurang berminat" dengan World Cup, malah memang tak penah tengok langsung, at least I tahulah jugak yang Sepanyol muncul juara Piala Dunia Pertama di bumi Afrika bila berjaya menewaskan Belanda 1-0. I kenalah jugak baca sokkhabar, I taknaklah orang kata yang I nih "ketinggalan kapal terobang". Anyway, sepanjang kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, empat pemain di ataslah yang paling menyerlah, sekali gus memukau dunia dengan memberi inspirasi kepada kemaraan pasukan masing-masing. Mereka tampil dengan aksi menakjubkan mengatasi reputasi pemain bintang seperti Cristiano Ronaldo (Portugal), Wayne Rooney (England) dan Lionel Messi (Argentina).
So, empat tahun akan datang, l akan updatekan "hero2 baru" Piala Dunia pulak ok, itupun I ciplak jer dari sokhabar. Rasanya, sampai matipun I memang tak minat bola langsung. Entry ni I buatpun sebab kononnya taknak ketinggalan ... So, Brazil see you in 2014 ...
Labels:
bola,
historic days,
piala dunia,
reality
Friday, July 9, 2010
Paul, Si Sotong

Kelakarkan, dunia dah nak kiamat kot, sotongpun boleh buat ramalan, siap ada nama lagi tuh -- Paul, Si Sotong. Kalau mengikut ramalan si Sotong nihlah, impian Jereman untuk menjulang World Cup mungkin tidak kesampaian. Ramalan pulak tepatlah tuh bila Jereman tewas 0-1 kepada Sepanyol pada perlawanan separuh akhir, awal pagi semalam. Binatang berkaki lapan berusia dua tahun yang diberi nama Paul itu sebelum ini memberikan jawapan cukup tepat ke atas semua ramalan membabitkan Jereman setakat ini. Menggunakan salah satu sesunggutnya untuk menarik keluar bendera negara yang dikumpulkan di dalam kotak, semua ramalan yang dilakukan Paul masih belum tersasar. Paul juga pernah membuat ramalan bahawa Jereman akan tewas di tangan Serbia di peringkat kumpulan dan ia benar2 berlaku. Dan kelmarin Paul yang diletakkan di dalam Akuarium Sea Life di Oberhausen memilih Sepanyol selaku pemenang pertemuan akhir dengan Jereman. Kemarahan dan kekecewaan penyokong Jereman sudah tentu meluap2, apatah lagi Paul tidak langsung mahu menyebelahi Jereman, rumah keduanya selepas England. Petugas Aquarium Sea Life seharusnya mengetatkan kawalan keselamatan ke atas Paul kerana seorang chef dari Argentina mahu memasaknya manakala penyokong fanatik Jereman sudah tentu merancang untuk membunuhnya. Malang sungguh nasib Paul...
Oh yer, semalam si Dewi buat sotong masak cili merah, dan I "haruslah sokmo" melantak bagai nak rak. Opppss, adakah itu anak beranak Paul, Si Sotong ....oh tidakkkkkk ..........
Oh yer, semalam si Dewi buat sotong masak cili merah, dan I "haruslah sokmo" melantak bagai nak rak. Opppss, adakah itu anak beranak Paul, Si Sotong ....oh tidakkkkkk ..........
Labels:
bola,
food,
jokes,
piala dunia,
rezeki
Subscribe to:
Posts (Atom)
