Showing posts with label rumah itu syurgaku. Show all posts
Showing posts with label rumah itu syurgaku. Show all posts

Saturday, October 8, 2011

22 Sebab Malaikat Rahmat tidak masuk rumah

1-Rumah orang yang... memutuskan hubungan Silatul Rahim.
2-Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.
3-Rumah yang memelihara anjing.
4-Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.
5-Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.
6- Rumah yang sering meninggikan suara.
7- Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli syihir dan nujum.
8-Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.
9- Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah .
10- Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.
11- Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.
12-Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.
13- Rumah pemakan riba,interest.
14-Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.
15- Rumah yang memiliki patung-patung.
16-Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.
17- Rumah yang didiami peminum arak.
18- Rumah yang mempercayai tukang tilik.
19- Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening.
20- Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.
21- Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).
22- Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.

Thursday, September 29, 2011

Makan, makan n terus makan

Biasalah, selagi tak abih bulan Syawal, selagi tulah orang dok buat "open house". Contohnya kat ofis I nilah, rasanya non-stop sejak minggu lepas dan minggu ni pulak, setat dari hari Selasa (for the whole office), Rabu (desk international n finance) n esok (parti farewell first floor untuk kenkawan yang dipinjam bertugas ke RTM - Kak Lat Z, Sheila on 7, Hussin, Ahmad, Aton n few others). Bon voyage to all of you and "best of luck semua". Makan, makan dan terus makan, lepas tuh, komplenlah pulak ... "pasai apa aku nih gemuk, heran sungguhlah aku, pening aku memikirkannya". Weyy ... sendiri makan sendiri jawablah, ni dok tanyalah pulakkk .... Berbalik pada "open house" nih, last Thursday, I gih rumah kwn I, Ja kat Wangsa Maju. Bukan "open house" tapi more like kenduri dia nak transfer ke Johor. Rumah semi-D dua tingkat, kat Seksyen 2 (dulunya loji najis kat situ). Tak besar dan tak kecik tapi I memang kagumlah tengok. Patutnya I bawah sista I si Azean (si pemalas seantero dunia) tengok sendiri ngan mata kepalanya. For uols punya info, bilik anak dara yang dah tak dara nih, memanglah berserabut abih, tak celus kaki nak masuk, rasanya mak menti (tikus) pun minta ampunnn nak masuk. Memang malas semalasnya ya ampunn.... Nak tahu apa, rumah si Ja ni ... walllaaa ... bersih sebersih2nya. Kalau Mohaini kata rumah I spotless, rumah Ja ni bukan setakat spotless, marble floor n kayunya berkilat abih... memang berkilat, no doubt memang berkilat. Kat luar pulak, laman sekangkang kera diapun kemas sangat. I tak dapat bayangkan dengan anak kechik dua orang, maidpun datang tiga minggu sekali, rumah begitu cantik, bersih dan kemas mengalahkan orang yang duduk terbongkang kat rumah tetiap hari. Pada I, rumah, tak kisahlah kecik ke besar ke, yang penting kebersihan diutamakan kerana kebersihan itu melambangkan keperibadian kita sendiri ... sendiri mau ingat lorrr ....

Monday, May 16, 2011

Spring cleaning accomplished

Ramai kenkawan yang tertanya2 apa yang I "nak let go"kan. Hihihi ... I sebenarnya "nak let go"kan all the unwanted "harta karuns' yang ada dalam stor kat rumah I. Stor tu dah tak boleh bernyawa dah, punyalah banyak barang yang tak dipakai tapi sayang kononnya untuk dibuang. Baju anak dara I berkotak2, belum lagi beg golf, beg bowling, travelling beg yang ada dah patah tangkaipun disimpan lagi. So, Sabtu lepas, dengan semangat berkobar2, I ngan si Dewi plus si kechik Aleapun memulakan operasi. And nak tahu, at the end of the day, yang I buang cumalah beg golf (dua bijik) yang kulit begpun dan mengelupas, itu aje, dan yang lelain, masih tersimpan rapi. Anyway, bila dah disusun balik, nampak oklah pulak, at least satu kaki dah boleh celus. So ... kenkawan semua, spring cleaning stor rumah I dah accomplished.

Wednesday, December 1, 2010

Bumbung rumah bocor lagi


Fenin, fenin, fenin ... atap dah bercat baru, tapi masih lagi bocor. Bukan saja I yang fenin, si kontraktor tupun fenin sama ... tak tahu tang mana nak setat balik. Katanya mungkin alangnya sengit, itu sebabnya bila hujan, siap ngan angin sekali, kepingan atapnya boleh teranjak, itulah yang buat air boleh mengalir masuk. Kemungkinan besar, kena ganti alang kayu tu balik. Bocor taklah kronik sangat, tapi daripada nanti ia merebak, baik dibaiki sekarang. Duit lagi .... Fenin, fenin, si kontraktorpun, duit masyuk, fenin I pulak, duit yang akan mengalir keluar. Tak tahulah, berapa banyak "fulus" kali nih. I setakat sehebu hengget, oklah, bolehlah I gagah lagi tapi kalau lebih dari tuh, manalah "akak nak korek". Nak taknak mesti kena mintak banker punya tapi harap2 tak banyaklah kena. Bukan apa, I tak sukalah nak "meminta2". Kalaulah, orang2 yang berhutang ngan I, bayar balik hutang memasing2, rasanya takyahlah I dok "meminta2". Anyway, takkan banker nak biarkan bumbung rumah tuh terus bocorkan .....

Monday, October 11, 2010

Harap2 tak bocor lagi


Harap2 dah tak bocorlah, sebabnya kali nih I tukar "the entire" atap rumah I. Kiranya, tahun ni saja, I perabih kat rumah I adalah dalam "belasan ribu hengget". Nasib baik ada "banker" mengolor, dan kalau terlebih budget, I cuma "top-up" aje. Oklah tuh. First2 dulu, sebelum raya, I cat satu rumah, lepas tuh baru-baru nih, repair bumbung pulak. Alang2, bumbung tupun dah lama tak berganti, baiklah ganti terus. Paling problem kat bahagian dapur. Yang peliknya, air bukannya turun dari syiling tetapi mengalir kat dinding. Dah tak larat I dok panggil tukang rumah, upahnya "ratusan hengget" tapi still ada air kuar sampaikan cabinet dapur rumah I dah runtuh satu. Rupa2nya, masa dok tukar atap nilah, si kontraktor tuh bagi tau yang air yang dok ngalir tuh datang dari rumah sebelah, sebabnya masa dorang renovate dapur dorang dulu, kontraktor neighbour I ni sudah termasukkan bahagian awningnya kat rumah I, so setiap kali hujan, air akan mengalir dari bumbung neighbour I masuk ke dalam rumah I. Aduhai .... patutlahpun. Anyway, I harap lepas nih dah takda bocor2 lagi. Atap rumah I sekarang nihpun "so the very new one, kilat2 lagi gituh ....

Wednesday, September 1, 2010

A brand "new" home


Ni nak citer pasal rumah I lagilah. Finally, semalam "kerja cat mengecat"pun abihlah. So, raya nanti, I raya kat "a brand new home". Apataknya, budget awal tiga hebu dah "terburst". Nasib baik, budget awal "banker" tolong cover tapi yang lebih tuh I kena top-up sendiri. Siap "banker" sound lagi, "Yang lebih tuh awak top-up, sapa suruh burst budget". Oklah, no hallah, setakat yang lebih tuh "lekat celah gigi I jerlah" janji rumah cantik. Rumah lama tapi bila dah cat nampak barulah. Plan awal, nak cat luar dan siling saja sebab dinding semuanya "berwall paper" tapi "last2 minute" pulak ada "changing of plans". Nak tahu, I suruh si tukang cat "ripped off" semua wall paper, sapu cat aje. Si tukang cat ni kata kalau ikut "fengshui" dia suruh bagi cat warna "cooling" sikit sebab wallpaper I yang "rogna" kuning emas tuh (walaupun still cantik) nampak gelap sikit. So, finally, we all cat rogna "purple orchid". Memula I tak berapa nak suka tetapi bila dah siap semua, memang nampak "cooling abih" dan rumah jadi "terang". Itulah sebabnya tak sedar sampai budgetpun ter"burst". Tukang cat pulak punyalah baik, siap cakap kat I, "kakak, kalau kakak takda duit sekarang, kakak boleh bayar bila dapat gaji, saya takda kisah punya". Cuba tengok, cher kalau buat bisnes, memang pandai, boleh hutang lagi, tapi takkan kita nak berhutang pulakkan ... standard mau jaga beb ....
(p/s - yang atas tuh bukan rumah I okey .....)

Wednesday, August 25, 2010

Raya sakan

Kalau orang luar tengok, mesti dorang ingat yang tahun nih I nak "beraya sakan". Apataknya, rumah I sekarang nih tengah sibuk dengan aktiviti "cat mengecat". Itu belum lagi dengan "orang aircond datang servis aircond dan tukang plumber datang betulkan paip". Duit I bulan nih pulak "kuar macam air paip" ... kejap2 "mengolor" ... kejap2 "mengolor". Sebenarnya, semua nih berkebetulan. Tetiap2 tahun pun "raya ker tak raya ker" sama jer untuk I anak beranak sebabnya kitorang selalunya "berkubang" jer kat rumah. I ambik keputusan cat rumah sebab rumah I nipun dah lama tak "bercat", so dah tiba masanya "mencantikkan semula" rumah I tuh. Memanglah banyak duit kuar tapi apa2pun rezeki di tangan Allah. Bercakap pasal rezeki nih, I nak bersyukur kepada Allah sebabnya bulan nih saja, I dapat dua kali komisyen. Satu dari ofis I dan satu lagi dari gomen. Orang kata "rezeki rimau". Terima kasih daun keladi, nanti2 bagi lagi .....

Monday, August 16, 2010

Tukang cat si Ah Hock

Dalam dok sibuk "kulu kilir" mencari "tukang cat", finally I dapat jugak si "Ah Hock Apek" nih. Memang I dah lama cari tukang cat rumah. Bukan apa, dinding luar rumah I dah berkulapuk, hitam dan nampak kotor sangat. Rasanya dah tiba masanya I cat baru sebab dah tujuh tahun duduk sini, I taknah buat apa2pun. Kalau boleh, I nak duduk dalam suasana baru, lebih tenang dan damai. Harituh, masa gi rumah Mak Selayang, "terkezut beruk" I tengok, pagar rumah Mak Selayang I cantik dan baru. "Wooo, banyak duit mak aku". So, I tanya Mak Selayang, kot2 dia boleh rekemenkan tukang cat tuh kat I. But then, Mak Selayang cakap, eloklah cari yang profesional punya, sebab apa, "Mat Bangla" yang tukang cat rumah Mak Selayang tuh "banyak songeh" dan ayah si Adampun "tak baper nak berkenan". Si "Ah Hock Apek" nih pula kebetulan dok mengecat rumah sebelah I semalam, so I saja tanya jer, alih2 dia kata ok. Si Apek nih tanya nak lepas raya ker sebelum raya. I tak kisah lepas raya ker sebelum raya, janji dia boleh cat, no hal at all. So, deal si "Ah Hock Apek" nih, luar rumah (depan + belakang) plus gate dan semua ceiling (dalam dan luar rumah) sebab dinding rumah I semuanya "berwall paper", dia nak dalam 3 hebu hengget. Cat, dia pakai yang "Weatherbond", kira wokaylah tuh. Kerja dalam seminggu dan dia boleh "setat" dalam minggu ni jugak. Lepas I dapat quotation, terus sms "banker" bagitahu. Alah, setakat tiga hebu hengget tuh, lekat celah gigi "banker" jer ...

Monday, August 9, 2010

Wallahhualam ...

Wallahhualam ...menurut si Dewi sejak dua menjak nih, apa yang dia alami ketika mula2 datang dulu sudah tiada lagi.

Alkisah ceritanya, kata si Dewi, masa dia memula keje ngan I dulu (awal tahun 2006), dia rasa yang rumah yang I duduk sekarang nih, ada tetamu lain yang turut menumpang yang pada firasat dia makhluk dari dunia lain ... tapi peliknya, sikitpun dia tak rasa takut. Wallahuallam ... sebabnya I tak penah rasa apa2pun, bulu roma I pun taknah naik or berdiri dan I tidurpun taklah pulak terasa terganggu.

Contoh kata Dewi, pepagi masa Subuh, pintu depan seolah2 ditutup/dibuka tetapi takda orang, begitu jugak pada waktu Maghrib, ada bunyi bising seolah2 macam orang balik/pergi kerja tapi bila dijengok takda orang. Wallahualam ... sebabnya I memang tak dengar langsung, yerlah waktu Maghrib masih lagi kat opis dan selalu lepas Subuh, I terus "sambung membongkang" balik.

Ada satu kali tuh, Dewi cakap dia ada kat tingkat paling atas rumah, tetiba dia dengar kecoh kat ruang tamu bawah dengan pintu depan dibuka, siap bunyi bising2, bunyi beg plastik macam orang balik "shopping sakan" dan kebetulan hari tuh I ngan "rombongan Cik Kiah" memang kuar shopping2. Dewipun launglah dari atas "Kakak ...kakak .... Cik Raja sudah balik ker" tapi takda orang jawab dan bila dia turun, memang "sah dan sahih" tak da kelibat sesapapun. Wallahuallam ... susah I nak huraikan.

Satu lagi, si Dewi nih kata dia kerap terbau asap rokok kretek, padahal takda sapapun yang hisap rokok dalam rumah I, tambah2 lagi rokok kretek. Sapa yek, selalunya yang suka asap2 nih, jin jer. Wallahuallam ... I tak pernah pula bau apa2, bau kentot adalah. Kentut si kechik I yang memang kuat "kontut".

Pernah satu pagi jugak, masa si Dewi nih abih jogging kot, tetiba ada Sami Siam kat ruang tamu, siap mintak ijin nak masuk dalam badan si Dewi kejap tapi si Dewi tolak dengan cara baik. I tanya si Dewi, kot2 dia bermimpi tapi Dewi cakap memang betul "Sami Siam" tuh memang wujud, pakai kuning2 bagai. Wallahualam .... sami siam???? ahhhh tak mungkin kot , tapi .....

Part2 pintu tetiba terbuka/tertutup nih, kata si Dewi memang biasa tapi sungguh I tak pernahpun melalui benda2 segini. Cuma, ada sekali tuh, I ada buat kenduri arwah dan antara yang datang tuh sorang Kiyai dari Singapura. Menurut si Kiyai nih, rumah I nih sebenarnya, laluan makhluk halus, tempat laluan dorang pegi/balik keje. Wallahualam .... I memang tak kisah, sapa nak numpangpun, janji dorang tak kacau I. Kita sama2 jaga rumah tuh. Yang pastinya, I rasa, makhluk yang menumpang kat rumah I nih, mesti jin Islam, sebab sungguh ... kitorang tak rasa takutpun dan bebudak kechik kat rumah nih takda pulak yang menangis atau meraung pada waktu2 tertentu.

Lagi satu, inipun sukar nak dipercayai tapi ada sekali MakNdak I datang rumah, nak tumpang sembahyang. I suruh dia sembahyang kat bilik I dan kata MakNdak, bila masuk bilik I, bulu roma dia meremang/berdiri dan bilik tuh tampak gelap segelapnya ... katil yang "rogna" putih melepak tuhpun jadi hitam. Memandangkan MakNdak nih, ilmu ugamanya tinggi, dia bacalah apa yang patut. buanglah apa yang patut dan kendiannya, semua baik macam biasa. Wallahualam ... sebabnya I rasa biasa jer dalam bilik I tuh. Pesan I "sesapa yang menghantor tuh, ambiklah balik, I pun bukannya kacau orang, so takyahlah nak hantor apa2, I pun dah tak kisah apapun, janji hidup I senang".

Satu jer yang I tak semena2 ingat balik, itupun bila dah dengar cerita si Dewi nilah. Pernah sekali orang yang sepatutnya dalam perjalanan ke rumah I, dia tak sampai lagi tapi I dah rasa seolah2 dia dah ada kat rumah I .... aduhhhh sapa nak jawab nih. Anyway, I bersyukur, yang semua perkara yang I sebutkan di atas tuh, dah takda, completely takda, mungkin dah dapat apa yang dikehendakki .... wallahualammmmm....

Sunday, August 8, 2010

Soraya n Celine Dion

Ini pulak best friend si Soraya. Namanya Celine Dion. Si Celine Dion nih selalu jugak datang rumah I. Kenkadang kalau we all gi mana2, contohnya swimming ker, main bowling ker, mummy si Celine nih akan postkanlah si Celine nih join kitorang. Mummy si Celine nih, kerja ngan property company and sibuk memanjang while daddy dia pulak, ada bisnes kat Singapore. I pernah gi sekali rumah si Celine Dion nih, hantar si kakak masa "besday' si Celine. Aduh mak datuk ... besar sungguh and "I like it very much". Ada sekali mak si Celine nih tanya samada I berminat satu rumah kat kawasan rumah dia tapi reganya aduhai 1.2 juta hengget ... manalah I nak korek duit. "You don't have to do any renovation, everything complete, belongs to a malay family". "Oh .. thank you so muchlah, maybe next time, as for now, I'm happy with my current house". Anyway, back to Soraya's friends, mostly semuanya "cher" dan yang paling kerap 'calling2" diapun si Celine Dion nih, so I assume Celinelah best friend kakak ....

Wednesday, July 14, 2010

KakAje:Life in the Fab Lane

Pompuan yang kat atas tuh, bukannya lawa sangat, "biasa2" jer tapi yang pentingnya pompuan nih "kaya$ raya$". Orang yang tak lawa, bila dah "kaya$ raya$" mesti boleh jadi lawa "ada duit semua boleh jadi lorr". I memang suka tengok program realitynya "Life in the Fab Lane" sebab dapatlah I berangan2 "kalaulah aku boleh jadi kaya$ raya$" macam gitu, harus ramai yang datang "menyembah2", ramai yang akan jaga I siang malam, pagi petang hatta sampai ke "subuh sepie". Itu kalau pompuan "kaya$ raya$", kalau spesies jantanz "kaya$ raya$" pulak, harus ramai yang mengekor, tak kira anak dara, janda atau bini orang, silap2 guna "mak esah" ... yerlah dah puas hidup susah, nak jugak rasa senangkan . Pompuan2 murahan cam ginih bukan kira, jantan tu perut boroi ker, muka macam pecah rumah ker, janji poket penuh beb, dosa pahala tolak tepi. Ehhh, melalut pulak akak nih ... Oh yer, tengoklah rumah si Kimora nih, harus I duduk "berkubang" jer dalam rumah sepanjang hari. Cakap lu, boleh giler I tengok koleksi kasut dan bag "Louis Vuitton, Chanel dan Hermes" yang berlambak2 tuh. Aduhai untungnya badan ... berangan jerlah aku ......

Monday, April 12, 2010

Malas tahap kronik

Lately, ntah apa yang merasuk I, I pun enggak tahu. Kemalasan I dah masuk "tahap kronik". Bukan malas apa, malas nak kuar ngan kenkawan, dah malas dah nak beronggeng2. Nak kata insaf, belum brapa nak insaf lagi, cuma malas jer nak kuar. Macam semalam (Ahad), berpuluh2 kali kenkawan I ajak kuar gi karaoke, celebrate besday kawan I, langsung I tak reply. Bukannya I anti-sosial tapi I rasa time I untuk anak2 memang "very limited". I memang takda masa langsung ngan anak2. So, I nak spend more time with them especially si kechik tuh. Sebelum tupun, hari Sabtu, my frens ni dah tinggalkan SMS banyak kali kat I, ajak lepak2 kat the Curve, pun I buat donno jer, malas nak kuar sebabnya masa tu I dok tengah "membongkang baik punyer" kat rumah mak I kat Selayang. Kalau tak kat rumah mak I pun, I lebih suka lepak kat rumah jer, rasa macam selama ni I tak betul2 "menghayati" rumah I sendiri. I miss sangat rumah I tuh. Itulah, kenkadang, heran jugak sesetengah orang tuh, rumah sendiri ada tapi suka bebenor dok melongok rumah orang, tak tahu malu pulak tuh. Tadi, sibuk si Dewi dok re-arrange sofa kat living room, lepas tuh, dia kata nak kemas bilik atas. Tapi masalahnya, banyak lagi barang2 yang bukan milik I tak diangkut keluar lagi, itu yang susah tuh, takleh nak buat pandai2 sendiri, so, terencatlah sikit plan si Dewi. Bukan setakat ngan kenkawan, I saje2 nak kuar gi shopping2 mallpun malas. Itu sebabnya, I pernah cakap kat Dewi, "nampak gayanya Dewi pun kena duduk rumah jerlah sebab akak ni malas nak gi melongok kat shopping compleks, keluarpun kalau nak bawak si Alea main2". Kawan I pun dah komplen yang susah benor nak ajak I kuar sejak dua menjak nih. Bukan tu aje, kalau calling2pun, I "buat dek" jer, malas nak jawab. "Hallo, pompuan, dunia belum kiamatlah, have some lifelah ......"

Wednesday, April 7, 2010

Tak sempat nak joli katak

Baru semalam, happy sangat, siap nyanyi2 lagi sebab dapat rezeki terpijak, tup2 pagi tadi dapat surat kena bayar "maintenance apartmen BP" yang I beli dua tiga tahun lepas. Tak sempat I nak "berjoli katak", cadang nak beli itulah, inilah, tetiba kena pulak pi settlekan "maintenance tak guna tuh", banyak pulak ... rasanya macam membazir jer. Yerlah, apartmen "sekangkang kera" tapi bayar maintenance mengalahkan "banganglow" sejibik. Bayangkan those people yang stay kat kondo yang harga cecah lebih setengah juta hengget, haruslah melayang "sebulan gaji" I dok membayar maintenance tuh. Orang kaya lainlah ... itulah untungnya dapat "ngap" orang kaya, duit sebanyak tuh lekat celah gigi dorang jer. Pada I pulak, rasa rugi2 sungguh, bayar benda yang kita tak manfaatkan. Duit sebanyak tuh, macam2 I boleh beli, paling tidakpun, gelang kaki baru untuk anak2 dara I yang dua kerat tuh. Tapi nak sedapkan hati, betul jugak cakap kawan I si KakMonaLisa, "nasib baik ada duit terpijak tuh, takyahlah you kuarkan duit you, kalau nak tambahpun sikit jer". "Betul jugak, mana sangkapun dapat rezeki terpijak tuh, cuma terkilanlah, rasa macam bagi saja jer duit tuh kat orang".

Thursday, April 1, 2010

Skodeng rumah sebelah

Pagi tadi, disebabkan takda kerja nak buat, I ngan Dewi sibuk jer dok menyekodeng rumah sebelah yang tengah riuh-rendah klentang, klentung, klentang, klentung. Rasa2nya dah masuk sebulan dah rumah tu under renovation. I memang curious sangat nak tahu, maklumlah, nampak macam "major renovation". Nak gak tahu apa yang diubahsuai. Kot2 boleh dapat idea untuk rumah I sendiri. Kat porch depan jer dah nampak perubahan. Apataknya, "porch" depan tuh, tiang serinya dah dialihkan ke tepi, maknanya empat bijik keretalah yang boleh diparking kat dalam kawasan rumah. Kalau diikutkan struktur lama, cuma dua "jibik" kereta jer muat sebab ada tiang kat tengah2 yang dok halang. Roofingpun, dah tambah awning baru, "rogna" putih/kelabu bertembung pulak awning "rogna green" I, memang "very the padan one". Paling yang I nak skodeng ialah dapornya. Walaupun I ni bukannya jenih memasak dan masuk dapor selalu tapi I suka tengok dapor rumah orang. "Dewi, jom, teman kakak kita mintak masuk rumah sebelah tengok dalam apa dorang buat". "Jom kak, sayapun nak tengok". Lepas dapat "ijin" dari kontraktor rumah tuh, kitorangpun masuklah. Lagak kitorang mengalahkan mandor pencen. Memang dapornya "I likeee gitu", cantik. Kabinet daporpun nampak class, rasa2 brand "Signature". Masuk pulak kat hall ... tak banyak perubahan "just ok ok" cuma tilesnya yang "very the outstanding one", I rasa itu mesti yang "latestnyer design". Tingkat atas tak boleh naik sebab kontraktor dok sibuk pasang tiles jadi operasi skodeng we all terencatlah sikit, setakat kat hall bawah jer. Bukan apa, I nak tengok jugak master bedroom dan apa dorang dah buat kat ruang udara hall atas yang kosong tuh. Macam rumah I, I buat another room upstairs. "Frust betullah, tak dapat tengok bahagian atas, nak masuk lain kali mesti dah tak boleh punya". I memang dah lama pasang angan2 nak extendkan bilik anak2 dara I ke belakang sikit. Bilik airpun nak ubah dan buat baru. Alea ngan Soraya boleh share satu bilik sama2 dan yang satu lagi tuh I nak jadikan "bilik study and play room". Entahlah, tak tahu ntah bilalah angan2 I boleh jadi kenyataan.

Monday, March 29, 2010

Bil letrik berhebu hengget

Terjojol bijik mata I bila tengok bil letrik rumah I bulan ni cecah hampir RM1,400. Bior bebenor, dudukpun berapa kerat jer kat umah ni, apipun rasa tak guna banyak manapun. Aircond dan TV walaupun tetiap bilik ada, bukannya selalu gunapun, cuma yang sentiasa "running" dua fridge besar kat dapor, satu kat bilik Soraya, satu kat bilik I, washing machine dan dryer jer, itupun mustahillah boleh jadik segitu mahal. Kalau nak dikirakan betul2 , rasanya takkanlah sampai berhebu2 hengget, mengalahkan kilang papan yang kat depan rumah mak I kat Selayanglah pulak. Tetiap bulan, rasanya memang tak sampaipun RM150 hengget. Sorrylah, part2 bil ni bukannya "territory" I, hubby yang tukang bayornya. Kalau nak kata disebabkan baru tukar meter dua tiga bulan lepas, rasanya ok jer, figurenya "tak laripun" dan "tak banyak different" langsung. Entahlah, bengong I kejap dan sempatlah pulak tu SMS kat hubby suruh dia check, kot2 orang yang check meter tu "mata dia kero sikit" or hubby sendiri terlupa bayor. But, according to kawan2 opis I yang kaya lagi bijaksana, dorang kata selalunya, kalau tukar meter baru, "bukan suka2 sahaja company nak tukar tau, depa caj sama, baik you check, silap2 untuk meter baru tu, you kena bayar dalam 500-600 henggetlah". "Oh ... ye ker, idoklah teman tau, ingat depa bagi free jer, teman seronoklah, nanti balik teman check balik bil tu ... huhhh, tak pasal2 melayang berhebu2 hengget, kalau teman beli "Thai Silk" tu, harus dapat berkodi2, setahun tak abih melaram".

Wednesday, March 24, 2010

Bebudak sekarang

Bebudak sekarang ni so the very canggih and "terrer the merrer one". Ajar kejap jer ... zazzzz .... zuzzzz .... zappppp .... terus lekat kat "memory card dorang". Dari devices yang serba serbi advance sampailah kelaku yang bukan2, cepat jer otak tu tangkap tapi bila part2 "ngaji quran ker muqaddam ker" liat yang amat, ada jer alasan. Takyah orang lain, anak dara kechik I sendiri si "Alea Aliyut Kuat Kontut", handphone I tu dah jadi macam toys dia. Tahu pulak tu kalau nak dengar lagu ker, main game ker, pandai jer nak tekan kat mana. Kagum I tengok, tahu pula tu tang mana nak delete gambar, nak kuatkan volume ... dah tu cari lagu "feveret" pun terrer jugak ... siap melalak lagi "I no wan, I no wan but you" (lagu Wonder Girls). Mummynya pulak, dari handphone semahal2 alam sampailah yang paling ciput yang digunakan sekarang ni, setakat hantar SMS and jawab telpon jer, features2 lain dalam handphone tu "haram ... hampeh, sikitpun tak reti nak dimanfaatkan". Tapi siaplah, bila I nak guna balik h/phone tuh, check punya check, ntah apa2 MMSlah, SMSlah yang si kechik ni dah hantar "ikut dan jer". Yang selalu jadi mangsa MMS, SMS "tah apa2" tu mestilah nama contact I yang paling awal or yang last sekali I call. Lepas tuh pulak, macam2 features tetiba jer hilang ataupun tetiba jer "terset", paling buat I terkezut bunyi alarm clock h/phone tetengah malam buta berbunyi, memang terperanjat badaknya, kalau sesapa ada heart attack tu, rasanya dan "Qoluinnalillah ....".

Oh yer, by the way, memandangkan kat rumah I ni dah ada satu bilik kosong extra, I rasa2 nak jadikan bilik ni "bilik permainan" dan bilik lepaking untuk anak2 dara I lah. Takyahlah nak bersempit2 lagi dalam bilik Soraya. I rasa pun takyahlah ada guest room, bukan sesapa nak datangpun. Kalau ada guest datangpun, dorang boleh tido dalam "bilik permainan" ni. Kat bilik ni nanti, senanglah anak2 dara I nak buat homework, berbaring2, berlasak2. Bukannya nak buat renovation apapun, cuma nak bentang alas buluh, letak meja belajar kechik (yang stylo punyalah), hias sana sikit, sini sikit dan lepas tu susun cantik2 toys Alea, masukklan segala kereta tolak kaki dia dalam bilik tuh, abih citer. Bila nak buat??? Tak tahu lagi sebab nak tunggu bilik tu betul2 kosong dan katil besar kat bilik tu pulak I nak postkan kat Selayang. Kalau boleh ruang kat tengah bawah tangga ke bilik atas komputer tu I nak kosong, tinggalkan kerusi urut bagak tu jer. Huuuuuh .... sayup saujana mata memandang .....

Wednesday, March 17, 2010

Enjoy and have fun

Sejak Dewi cakap dia nak sambung kontrak for another two years, happy dan lega sangat I. Sambung bukan setakat sambung jer tau, I kena tambah 200 hengget lagi kat gaji dia. Maknanya, dalam sebulan, gaji si Dewi ni boleh kalahlah gaji kerani2 kat opis gomen. Takpalah, tambahpun, tambahlah, daripada I kena leburkan 7-8 hebu hengget kat agensi nak cari maid baru. Itu takpa lagi, kalau dapat maid ok, alhamdullilah, kalau sebaliknya, boleh pitam I. Biarlah rugi sikit daripada tanggung masalah lain. Kalau difikir balik, bukan ada kerjapun kat rumah I, setakat basuh kain dan kemas rumah jer (itupun takyah tetiap hari), tapi yang paling penting si Dewi ni dah sesuwei ngan I dan anak2 terutamanya si kechik, Alea. Makan minum pakai anak2 semua teratur, kemas dan tip-top, semua beres dari hujung kaki sampai hujung kepala. Apalah tambahan 200 hengget tu jika dibandingkan dengan apa yang dia telah bantu I selama ini dari segi penjagaan anak2. Nak harapkan I, bolehlah tapi I nikan "bekerjaya walaupun tak ambitious mana", kerja tak tentu masa pulak tu, susahlah sikit. Lagi satu, dalam dua tahun ni, I takyahlah ambik cuti banyak2, lagipun tak gi holiday mana2pun. Boleh simpan cuti sebabnya esok2 kalau si Dewi dah nekad nak balik Indon "for good" (takkan selamanya dia nak duduk ngan I kan), I boleh ambik cuti lama sikit, dalam sebulan dua sebab nak train maid baru, bukan senang lol ...

Lagi satu, cuti sekolah ni, kat rumah I takda orang, cuma I anak beranak jer ... ohhh ... so the very free one, rasa seronok sangat tapi I rasa lagi happy kalau Soraya ada, baru pakej tu lengkap. Tapi, biasalah Soraya kalau cuti sekolah, memang dia takdanyer. "Kakak, adik ngan mummy rindu sangat kat kakak, cepatlah kakak balik". Itulah orang kata, "you lose some, you gain some". Tapi yang fentingnya "I am cuciing my tangan and now I'm passing the baton to someone else ... good luck and all the best beb .... enjoy and have fun. Now ok lagi kot, later2 tengoklah ... rimas beb, wa cakap lu".

Tuesday, December 15, 2009

Me, sceptical ???

"I ni sceptical sangat ke, entahlah mungkin ya mungkin tidak". Tapi kalau nak ikut cakap kawan I yang baru sahaja berposting ke overseas, malaun sorang ni kata I ni terlampau sceptical, "the very2 sceptical one". Menurut pendapatan melaun sorang ni yang sememangnya lebih tinggi dari I, dia selalu kata "Ko selalu ingat orang berfikiran macam kau, contohnya, kau kata orang Melayu sekarang ni tak suka duduk apartment, nak cari rumah ada tanah sebab kau dah set kaunya mind macam tu. Kau mana tahu kot2 orang Melayu zaman sekarang ni lebih suka duduk apartment/kondo sebab lebih secure". Betul jugak. Banyak sangat benda yang I begitu skeptical. Benda ni timbul bila I war2 kat dia yang I cadang nak jual apartmen I tapi takut tak laku sebabnya "I rasa sekarang ni orang Melayu tak suka duduk apartment, lebih suka cari rumah yang berhalaman". Apartmen yang I beli tu bertaraf bumi so, I kenalah cari bumi buyer tapi masalahnya ada ke orang Melayu nak beli. "Kau cubalah dulu, advertise, apartment kau tu besar, corner lot lagi, kau tak test market lagi, kau dah kata susah nak laku". Yerlah, I should give a try first kan, "tak cuba tak tahu", bukan apa, bagi orang sewa memang ramai bersusun nak tapi lecehlah, banyak benda kena monitor dan paling tak larat kalau tetiba dapat surat bayar maintenance, "berpeluh ketiak akak tengok angkanya". So, kalau kawan I dah bagi encouragement macam tu, I nak tunggu apa lagikan, "cepat2lah bertindak, suruhlah ejen I carikan buyer dengan kadar segera" tapi there again tak abih2 lagi I punya perasaan sceptical ni, "boleh ke laku yek, ada ke orang nak beli?"

Monday, October 12, 2009

Mission accomplished

Dalam entry awal I, rasa2nya bulan Jun kot, I ada mention pasal mission I "half accomplished" tapi semalam dengan izin Allah, alhamdullilah, mission tu dah "diaccomplishedkan". Sebenarnya kalau nak buat, boleh aje tapi antara "nak ngan taknak" atau "rajin ngan tak rajin". So, hari Sabtu, I dah pesan kat Dewi yang hari Ahad "kita nak sambung spring cleaning kita", so, jangan gi mana2 walaupun diajak ke bulan bintang sekalipun. Kali ni, modus operandi we all ialah stor, nak buang segala khazanah "tok nenek" yang tak berguna dari stor, so bila stor dah kosong, boleh angkut remainder kotak bawah tangga kat atas simpan jer kat sini. Arakian, pada hari Ahadnya, pepagi lagi, Dewi ngan semangat berkobar2 dah keluarkan semua barang "tok nenek" tu. Memangpun, macam orang tua2 cakap "kira tak celuihlah kaki nak masuk stor tu punyalah banyak harta karun yang tak berguna". Golf set jer ada lebih kurang enam set, itu tak campur lagi dengan beg bowling, bola boling, beg golf, travelling beg (ada yang dah tak boleh gunapun, simpan jugak, sayang punya pasal), kotak2 CD lama, buku2 lama zaman "tok kadok", aquarium, berkotak2 toys anak2 dara I dan banyak lagi. Paling best, ada satu kotak besi besar, penuh dengan duit syiling. I rasa adalah beratus2 ringgit tu .... aduhhh ..."Makcik kayo, makcik kayo".

Hampir separuh hari jugak, kitorang berkemas, itupun baru setengah complete. Boleh patah pinggang dibuatnya, dok mengangkut segala kotak yang ada. Tambah semak lagi bila ada si kechik Alea dok tolong sama. Bukannya menolong, menyusahkan aje. Biasalah dia, bila nampak toys jer, mulalah dia jadi "over excited". Kita dah kemas, dia punggah balik, kita kemas, dia punggah balik ... "tolonglah dek oii, jangan dok sepah2, penat mummy ngan kak Dewi". Tugas I banyak kat ruang luar, pilih apa yang patut, separatekan yang mana I rasa nak guna dan yang yang mana rasa tak boleh guna. Senang sikit, kalau nak angkat balik ke dalam stor, dah tahu dah yang mana satu. Dewi pulak kat bahagian dalam stor, tukang susun barang, siap pasang kipas lagi dalam stor tu ... bukan apa "panas dan berkuwap" gitu. Bila dah susun balik, rupa2nya banyak jugak barang yang I boleh postkan kat Selayang. Nasib baik rumah mak I besar, banyak ruang boleh diisi. Bukan apa, sayang nak buang, sebab ada yang boleh diguna, contohnya beg, VCD player, aquarium tapi ada gak beg2 yang masih baru yang I "nawaitu" nak bagi kat orang yang selalu kutip sampah kat rumah I ... kesian kat dorang dan orang2 macam nilah yang pandai appreciate apa yang kita bagi. Kertas, buku2 lama memanglah, rasanya tak larat dorang nak recycle balik.

So, sekarang ni, rumah I dah tak nampak semak lagi. Kotak kat bawah tangga atas, I dah transfer ke stor, tinggal "kerusi urut Osim yang bagak" ngan TV jer kat ruang atas tu. Begitu "saujana mata memandang" dan bilik Dewipun dah tambah selesa sebab semua harta karun dah boleh disimpan kat stor. Kalau mak I nak tumpang sembahyang kat bilik Dewipun (kalau dia datang rumah), "no problem one". Memandangkan stor tu dah agak kosong, soalannya sekarang, adakah ia boleh kosong untuk jangka waktu yang panjang? Harap2 begitulah hendaknya .......

Tuesday, September 29, 2009

It's spring cleaning time

Tak tahulah, I ni kalau nak buat apa2pun ikut mood. Kalau datang mood rajin, "dan-dan" tu jugak nak buat, padahal, dah tahu time memang suntuk sebab karang separuh jalan dah kena stop sebab nak gi kerja. Masa cuti dua tiga hari lepas, takda pulak mood datang, boleh tu terbongkang atas katil sehari suntuk, jalan tak "hengat" dunia" dan berbelanja sakan macam "orang kaya baru". Sebenarnya I memang dah plan lama, nak buat "spring cleaning" kat umah "sekangkang kera" I ni. Tempat pertama yang I target, bilik komputer atas. Dah banyak kali I cakap kat Dewi, "Pejam mata jer buang harta karun kat atas tu, nanti kotak2 bawah tangga tingkat dua tu, kita boleh pindah naikkan kat atas, akak kalau boleh nak kosongkan bawah tangga tu, barulah nampak lapang dan tak semak, lega mata memandang, biar tinggal kerusi urut bagak tu jer". Bilik komputer kat atas tu bukan apa, penuh dengan toys anak2 dara I dan banyak benda lain yang memang lama dah patut dicampak keluar. Biasalah, kita ni semuanya sayang sampaikan resit 10 tahun lepaspun simpan lagi buat harta karun. I cadang nak bawak semua toys2 tu gi rumah mak kat Selayang. Bukan apa daripada dibuang, boleh jugak dibuat main oleh anak2 sedara "monster" I tu. Yang sah dan sahih, mak I mesti merungut lagi sebab rumah dia I buat macam stor. Macam2 barang I bawak, dari katil baby hinggalah ke basikal buruk, semuanya I sumbat kat rumah mak I, maklumlah rumah Selayang tu memang besar. "Sorrylah Puan Radziah yer, nak buang sayang sebab toys2 tu baru sesangat lagi".

So, pagi tadi, dengan semangat yang membara dan berkobar-kobar, I pun memulakan operasi mengemas bilik komputer tu. Fail2 lama, resit, surat2 3-4 tahun lepas, semuanya I koyak buang. Dewi pulak macam I cakap "pejam mata" buang toys anak dara I yang takleh guna lagi, asingkan yang elok sebab nak bawak ke Selayang. Monitor dan printer komputer yang lamapun I angkut ke Selayang, bagi kat brother I yang kat Johor sebab dia pandai "bega2" part komputer ni. Anak dara si kechik I si Alea pun sibuk menyelit, nak tolong konon ... yelah tu, tolong kacau adalah. Rasanya sakan jugak kitorang mengemas, sampai tiga plastik besar sampah tapi macam tak ada kurang pulak, sama jer, serupa macam tak kemas. "Takpa Dewi, nanti part buku ni, kakak susun kemudian, buat cantik2". Sebelum ni, hari Ahad lepas, I dah kemaskan bilik I, buang apa2 yang patut dan bila dah selesai ... wow, nampak lapang beb. Seronoknya I tengok dan bolehlah si Alea main "kambing tolak" dia dengan selesa dalam bilik tu. Macam I cakap dalam entry sebelum ni, I memang sayang rumah I, ibarat "syurga I" dan memang selalu tak sabar2 nak balik rumah, nak lepak dalam bilik I tu. Kenkadang heran dan pelik jugak, apasal orang dah ada rumah sendiri suka lepak rumah orang yekk ... daripada lepak kat rumah orang, baik lepak kat rumah sendiri kannn ....kecik2pun rumah sendiri.

Memandangkan, bilik komputer dah separuh kemas and I pun nak kena gi kerja, sempat I pesan kat Dewi, "Dewi, kalau ada masa, Dewi kemas pulak bawah tangga, yang mana Dewi nak buang, pejam mata jer buang dan kotak2 yang boleh bawak naik ke atas , bawak jer ok". So, jap tadi sebelum I gi kerja, sempat jugak I tengok si Dewi dok mengemas. Next plan ialah store kat bawah pulak. Dalam store tu bukan apa, penuhnya dengan beg golf hubby, beg bowling I and travelling bags. Travelling bags yang mana elok I simpan, yang mana rasanya memang takleh guna, I nak buang jer. Seingat I, dalam stor tu banyak benda yang tak berguna dari yang berguna. Tapi, soalannya, bilalah pulak plan ni boleh diexecutekan. Kena tunggu mood rajin datanglah pulak ....bila yekkkk ???? Kalau nak buat sekejap jer sebenarnya, nak mulakannya tu yang malas ...