Showing posts with label jokes. Show all posts
Showing posts with label jokes. Show all posts

Saturday, October 8, 2011

Usia persaraan wajib 60 thn

Dalam pembentangan Belanjawan 2012 semlm, Pak Najib announce yang usia persaraan wajib dilanjutkan kepada umur 60 tahun. Agak2nya adakah akan berlaku keadaan sebegini nanti. Kelakornyer ... rasanya cukuplah I sampai 55 tahun jer. Golden handshake + gratuity + insuranse = cukuplah tuh. Hidup takleh tamak-tamak .....

Monday, March 14, 2011

Kelakar sungguh ...

My anak dara besar and myself were surfing on the internet, when suddenly she told me something that made both of us LOL. "Betul ke kakak, let us see the similarity". "Well, someone need a magnifying glass for this". No matter how hard we try, still, we dont see any similarities existed. Tak cukup ngan tuh, we made a comparisan, pun memang "sah dan sahih", takda langsung. Aduh, this is not kelakar anymore, but dah jadi kelakaulah pulak. Let me laugh first ... HA...HA...HA ... Well, to some people, still feeling insecure despite having all to themselves ...

Friday, July 9, 2010

Paul, Si Sotong


Kelakarkan, dunia dah nak kiamat kot, sotongpun boleh buat ramalan, siap ada nama lagi tuh -- Paul, Si Sotong. Kalau mengikut ramalan si Sotong nihlah, impian Jereman untuk menjulang World Cup mungkin tidak kesampaian. Ramalan pulak tepatlah tuh bila Jereman tewas 0-1 kepada Sepanyol pada perlawanan separuh akhir, awal pagi semalam. Binatang berkaki lapan berusia dua tahun yang diberi nama Paul itu sebelum ini memberikan jawapan cukup tepat ke atas semua ramalan membabitkan Jereman setakat ini. Menggunakan salah satu sesunggutnya untuk menarik keluar bendera negara yang dikumpulkan di dalam kotak, semua ramalan yang dilakukan Paul masih belum tersasar. Paul juga pernah membuat ramalan bahawa Jereman akan tewas di tangan Serbia di peringkat kumpulan dan ia benar2 berlaku. Dan kelmarin Paul yang diletakkan di dalam Akuarium Sea Life di Oberhausen memilih Sepanyol selaku pemenang pertemuan akhir dengan Jereman. Kemarahan dan kekecewaan penyokong Jereman sudah tentu meluap2, apatah lagi Paul tidak langsung mahu menyebelahi Jereman, rumah keduanya selepas England. Petugas Aquarium Sea Life seharusnya mengetatkan kawalan keselamatan ke atas Paul kerana seorang chef dari Argentina mahu memasaknya manakala penyokong fanatik Jereman sudah tentu merancang untuk membunuhnya. Malang sungguh nasib Paul...

Oh yer, semalam si Dewi buat sotong masak cili merah, dan I "haruslah sokmo" melantak bagai nak rak. Opppss, adakah itu anak beranak Paul, Si Sotong ....oh tidakkkkkk ..........

Tuesday, July 6, 2010

Not like what I expected

So finally, last Saturday, I ngan "rombongan cik kiah" sampailah ke Gambang Water Park Resort untuk join "family day" ofis I. Yang kelakarnya, yang nak pegi nih termasuklah I sebagai "drebar" semuanya tak reti jalan, cuma harapkan pada "map" yang dibekalkan jerlah. I siap pesan kat adik pompuan I, jangan dok nak tido takut I terlepas Gambang punya exit. "Alah Ngah, signboard punyalah sebesar alam, takkan boleh terlepas kot". Anyway, jalan ke sana taklah susah mana, "very the easy one, jalan straigth jer and adalah masuk jalan kampung sikit" lepas exit Gambang tuh. Tempatnya memang very the ok ala2 "Sunway Lagoon" and those yang join family day kali ni "free and easy" tak terikat pada apa2 jadual yang dikenakan tapi frankly speaking I lebih suka kalau ada acara "games" untuk family, lebih meriah dan "konsep family day" tuh sendiri dirasai. Bagi mereka yang memang suka "berkubang" sehari suntuk kat theme park tu memang berbaloi tapi yang "kureng" sikit macam I nih sebab "takut panas" memang tak berbaloi langsung. Bukan I aje, anak dara kechik I, si Aleapun taknak mandi manda sebab ramai sangat manusia dan dia jugak ala2 "puteri lilin". Last2 sekali, tak sampaipun we all dua jam kat situ, terus "check in" dan lagi best dapat "berkubang" atas katil, siap pasang aircond "full blast" lagi.

Malam pulak ada dinner, part makanpun ok2 jugak tapi "ikan bakar" memang fresh giler. Tapi biasalah, kalau dah ramai2 tuh, bukannya "lalu sangat" nak makan, so makanpun ala kadar. Part lucky draw pulak, memang "very the happening", dari electrical items, penginapan hotel 5-stars, voucers, LCD, home teater hinggalah ke blackberry. Tapi I rasa bab2 payung and beg tu takyahlah buat "lucky draw", rasa buat naya orang jer, elok dibuat hadiah sampingan lagi bagus. Contohnya I lah, dapat voucer Jaya Jusco 50 hengget, so, hadiah sampingannya bagilah payung atau beg tuh. Anyway, kalau ditanyalah "pendapatan I yang dah naik banyak sikit mulai bulan depan", I rasa family day kali nih "tak best and not like what I expected". I lebih suka kalau ada games for families, games untuk bebudak dan games untuk semua orang sebab dari situlah kita dapat kenal family masing2. Ini tidak, bila dah dibuat "free and easy", memasing akan buat hal memasing, so "the family day punya concept" tuh dah tak bawa makna apa2 ... Kalau I tahulah macam nih, baik I pergi holiday sendiri2, rasanya lagi best .....

Monday, June 7, 2010

Tape recorder zaman batu

Ni nak sambung sikit masa I gi Colmar Tropicale. I tak tahu dari first day lagi, I "tetiba jer jadi fofular" gituh, siap ada yang panggil I Datin bagai. Ini bukan apa, kerja si Azman (budak Utusan) yang pepandai jer panggil I Datin sampaikan budak PR company tuh percaya abih dan tak semena2 diapun panggil I Datin. Lurus bendul sungguh budak PR nih. Words spread "the very2 fast one" hinggakan one of the company director tanya "Are you really a Datin". Oh my god, secara logiknya, kalau I nih betul2lah Datin, takkanlah I ikut rombongn cik Kiah "kerabat" bukit nih semata2 nak spa free yang I rasa dalam 500 hengget untuk satu session. Takyah tunggu yang free, bila2 masa jer I boleh pegi spa, cuma antara nak ngan taknak. Well, dah jadi Mak Datin, mestilah jaga class gituh ... pirahhhhh.

Oklah, masuk hari kedua yang I consider "hari yang a bit serious". Kiranya half day dok dengar presentation companylah. Minta maaflah, disebabkan terlalu teknikal, I "tak faham sepatah harampun" apa yang dibentangkan. Banyak sangat "figures and projections", kalau ada kena mengena ok jugak, ni tak ... hempeh. So, I cakaplah kat Azman yang I nak "grab" CEO company tuh sebaik aje dia abih buat presentation. Siap I cakap kat Azman yang I akan buat story yang paling "simple kapadia dalam dunia" , kiranya kalau "man on the street" bacapun, tak bersimpul urat dan tak berkeriutlah muka. Dah abih presentation tuh, memasingpun berkumpullah kat satu ruang untuk interview. Memasingpun keluarkanlah tape memasing yang amat begitu "canggih the manggih", yang sekali pandang bukannya macam recorderpun. I tengokpun "kagum gituh" sebabnya I bawak tape recorder zaman batu, nak letak atas mejapun malu ... hah ngko, sedebuk gituh. Seriously, secanggih manapun alat yang ada, I still percaya pada tape recorder zaman batu nih, senang nak "rewind, pause dan play over and over again". Yang "canggih manggih" tu kalaulah"tersilap" tekan button, tak pasal2 semua yang ditape abih padam. Bukan I sorang jer, kenkawan yang sewaktu dengan I pun lebih prefer guna tape recorder zaman batu nih. Tak kisahlah, kalau I "dicop" ketinggalan IT tapi pada I apa yang penting keselesaan, betul ...betul ... betul...

Monday, May 10, 2010

All the "jants" kena topple

Semalam (Sunday), we all ada boling tournament, anjuran kelab kat opis I. "Macam bagus aka macam star" jer I, game start kul 10.00 am tapi kul 10.00 am tuh, I masih lagi tercangak2 kat jalan raya dok cari "venue" tournament. Selalunya, I "recce" dulu kalau I tak biasa sangat dengan tempat tuh tapi itulah berlagak lagi, I ingat kacang jer cari "venue" tuh sebabnya I pernah "bermastautin" kat kawasan tu dulu. Waduhhh ... happening abih, boleh "sesat-mesat" I dibuatnya. Dah lain sungguh. Jalan yang dulu lurus, sekarang nih dah bersimpang-siur, kiranya kalau salah masuk simpang, memang alamatnya "ntah ke mana sesat melarat". Manager dah dua tiga kali "calling2" suruh cepat, kalau lambat, dorang bagi "blind score" jer. "Kak Lin kat maner nih, game dah nak start, cepat sikit, kalau tak, bagi blind score jer". Mana boleh, disebabkan "blind score" tu nanti I boleh "jatuh merudum". Nawaitu I dari rumah, tahun ni, I nak jadi juara, kalau boleh mengalahkan semua "jantan2 macho" aka "the jants" ofis I tuh sebabnya tahun lepas, I tak dapat apa2pun ... hampeh gitu.

By the time I sampai, team I dah nak masuk balingan frame kedua. Nasib baik team I nih pakai taktik main lambat2 sebabnya kalau dah masuk frame ketiga, I kena tunggu sampai dorang abih and I cuma dapat "blind score" jerlah. Dengan muka "selamba kodok", I pun join jer walaupun telinga I dah merah menyala sebab yang lain dok memerli. Alhamdullilah, I bowl begitu "cemerlang, gemilang dan terbilang" dengan total pin fall untuk five games 908, maknanya I sapu bersih semua ... dari single, double, team and also high game/high series. Paling memeranjatkan dan unsangkarable, I sudah topple dan belasah abih "all the jants" yang memang perasan "very terrer de merrer". Bayangkan bila score sheet ditampalkan, beza total pin fall I ngan individu "jants" si HH, almost 50 pins beza ... wa cakap lu, wa sudah basuh semua "the jants" dan dengan rasminya crown championship kembali ke tangan I. Harap2 hadiahnya bestlah, kalau dapat cash lagi bagus. Macam I cakap dalam entry I sebelum nih, part2 hadiah, selalunya organiser tidak pernah menghampakan. Oklah, let me list down apa yang I dah kumpul sepanjang I berbowling. Microwave (dua bijik), fridge kechik (dua bijik), rice cooker (2), steam cooker, slow cooker (satu), table fan, standing fan, tower fan, kettle, toaster (2), sandwiches maker (2), steam iron, iron tak stim (masing2 2), video player (3), boiling termos (3) dan banyak lagi yang I tak ingat. Apa kata kali ni, I nak suggest suruh organiser hadiahkan Vision ker, Corelle ker, Pyrex ker ... bestnya kalau dapat satu set ....

Monday, May 3, 2010

Rezeki "ibu duit"

Sabtu lepas, I ngan rombongan cik kiah balik Selayang. So, masa kat sana, kitorang berboraklah pasal "ibu duit". Menurut SIL and mak I, duit yang dikategorikan sebagai "ibu duit" ialah duit orang "bayar hutang" masa kito dok tengah sibuk "soru sapedek" bukannya duit "betting" dibuat "ibu duit". Oh ... itu ker konsepnya ... selama ni I tersilaplah. I dok ingat apa jenis duit orang "ngolor" masa dok tengah "melantak sakan", boleh dibuat "ibu duit". Sia2 jerlah usaha I "membalut dan menyelofen tape ibu duit" yang I dah sorokkan dalam one of the compartments dalam wallet LV I. Cadangnya, balik rumah nanti, kalau singgah Giant, bolehlah I belanja buat beli barang apa yang patut. By the way, masa kat Selayang tu jugaklah, I dapat satu surat nih dari bank. Nak tahu isi surat tuh? Bank tu cakap kat I yang I ada dividen yang masih belum dituntut berjumlah lebih kurang 800 hengget. Weii ... 800 hengget weii, sapa nak bagi and I pun tak sangka yang bank tu nak bagi dividen kat simpanan I yang tak seberapa tuh. So, pagi tadi, lepas jer hantor si kechik ke sekolah, I terus "berambat" ke Damansara Uptown. Oii ... pasal duit, laju jer gear. Tepat kul 9.30 pagi, dah terpacak I kat bank tuh, kira2nya I lah "the first customer". Sempat tanya si cashier tuh, "Encik, dividen berapa lama akak tak ambik yer sebabnya saving akak bukannya banyakpun". "Lama jugak kak". "Lain kali, boleh tak masukkan terus dalam akaun, tak payahlah akak datang ambil tapi hari nih bagi akak cash jerlah". "Baiklah kak, on top daripada RM800 nih, ada extra lagi Rm200". "Hahh ... bior benor mana datang pulak RM200 tuh". "Bank kira sekali yang paling latest". Wah ... wa cakap lu, hari nih, memang rezeki wa, wa ingat 800 hengget jer tapi wa dapat another 200 hengget, jadi semuanya 1,000 hengget. Fikir punya fikir, mungkin ini rezeki "ibu duit" I, so tak jadilah I belanja "ibu duit" I tuh. Memanglah syirik kalau kita percaya, tapi apa salahnya I simpan jerlah "ibu duit" I tuh, mana tahu tengah "sesak-mesak", boleh jugak buat belanja ... hi...hi...hi...

Monday, April 26, 2010

Ibu duit

I walaupun nampak moden tapi I ni spesies yang "very the conservative". Contohnya, kalau I sampai rumah tengah malam "ngam-ngam" kul 12, I tunggu sampai pukul 12.01 minit baru I masuk rumah. Masuk rumah bukan mengadap ke depan tetapi cara "membelakangkan kamera" sambil bagi salam. Sebelum tu I basuh kaki dulu kat luar rumah sambil meludah keluar pagar kiri dan kanan. Ntah, tak tahu apa sebabnya tapi dari dulu lagi I dok praktikkan. Masa nak masuk rumah tu, sambil bagi salam I cakaplah "sesapa yang ikut aku balik, ngko baliklah balik ke tempat asal ngko, jangan dok kacau aku ngan keluarga, akupun tak penah kacau ngko". Bukan apa, I ada anak kechik. balik rumah pulak tengah2 malam buta, ditakutilah "ada benda tak elok yang ngikut balik". Satu lagi I percaya cakap orang2 tua, kalau orang bayar hutang ker, bagi duit ker masa tengah makan, itu rezeki. Nak jadikan citer, Ahad lepas, I ada bowling tournament. Pepagi buta, I dah ada kat bowling alley. Tengah sedap dok melantak mihun, mak si Shalin masak ... sedap beb ... tetiba si Liza Tomboy datang, "nah Kak Lin 20 hengget, duit betting semalam". "Orang tua2 kata dapat duit masa dok makan, rezeki nak bertambah ni". Percayalah Kak Lin tuh". Tak abih lagi tuh, lepas abih bowling, I ngan geng2pun lepaklah kejap, cadangnya memasing nak makan nasi lemak yang disponsor oleh partner bowling I tadi, Sheila, tokeh si Restoran Santai. "Wa cakap lu, sambal nasik lemak dia memang sedap beb, satu bungkus tak cukup". Tengah dok sedap "menyuap sakan", kali ni si Sheila pulak mengulor 5 hengget. "Nah, lima ringgit sebab ngko sparekan split yang ngangkang besor tadi". "Wow, dah dua kali nih, masa makan orang bagi duit". "Baik ngko simpan Lin, orang kata tuh boleh jadi ibu duit". Yerlah, "why not" simpan jerlah. So, pagi tadi, I pun ambik duit 25 hengget tuh, masukkan dalam pelastik, siap "selofen tape" lagi beb, terus letak kat satu "compartment" dalam purse LV I tuh. Konon2 nak buat "ibu duit", manalah tahu, duit dalam purse I ni akan beranak-pinak dan later2 "makchik kayo, makchik kayo". Kelakarkan, benda2 macam nipun I boleh percaya ...

Wednesday, February 17, 2010

Risik2 calon menantu

Pada mummy2 yang inginkan anak2 dara mereka hidup senang lenang, hidup bermandikan kemewahan, kiranya tujuh lapan keturunanpun, harta takkan luak sedikitpun, maka sudah tibalah masanya mummy2 ni merisik2 khabor kot2 antara yang tersenarai kat bawah ni ada "cucus lelaki yang sesuwei" ngan anak dara memasing. Untung2 mummy2pun boleh tumpang senang ... hi ... hi ... hi ....berangan jerlah ....

10 TOP RICHEST MALAYSIANS:
1. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group - RM42.76 billion).
2. Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas - Rm27 billion).
3. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group - RM11.92 billion).
4. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank - RM10.86 billion).
5. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group - RM10.38 bilion).
6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group - RM7.09 billion).
7. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation - RM6.01 billion).
8. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group - RM4.4 billion).
9. Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau - RM3.5 billion).
10. Tan Sri Vincent Tan (Berjaya Group - RM3.2 billion).

Kenkadang hati tu berangan2 lah jugak nak hidup macam orang2 yang 'kayas rayas", duit bukan ajer berlambak2, beranak2 lagi pulak tu. Tak payah nak pikir apa dah sebabnyer "duit dah boleh buat gebar lagi". Mesti bestkan tapi "bersyukur jerlah dengan rezeki yang Allah dah berikan kat I tuh"....
Cuba bayangkanlah 10-15 tahun akan datang, Soraya ker atau Alea bawak balik calon menantu. Sapa itu Soraya? Sapa itu Alea? Doktor? Loyar? Majistrit? "Ahli musik mummy". "Apaaaa??? Ahli Miyusik, ahli miyusikpun, ahli miyusiklah, asalkan korang happy, mummypun happy .....

Monday, February 8, 2010

Hemm, nice body

Citer ni dah lama dah, dalam tiga bulan lepas. Saja jer nak citer. Adalah satu malam tu, lepas keje kot, I singgah nak isi minyak kat Kota Damansara. So, dalam dok sibuk mengisi tu, alih2 "broommm" masuk satu kete BMW, tak salah I "rogna" biru2 cair, berhenti kat pam minyak sebelah I. I buat donno jerlah, sambil2 tu terus dok isi menyak. Turunlah satu mamat ni, pakai topi besbal, seluar paras lutut, berstoking tapi berselipar (memang nampak gonjeng gitu) tapi body "fullamak". Terpegun jugak akak tengok "bicep ngan tricep" mamat ni, berketul2 ... berotot2. Mamat tu yang nampak macam nak sorok muka dia (alah macamlah ngko tu artis) menonong jer jalan gi nak bayar. I memang buat dek jerlah, tak sedar bila dia sampai balik kat kete dia. Masa dia nak isi menyak tu, tetiba dia buka topi besbal dia dan lagi sekali "fullamak" ... "wuii ... hensem mamat ni, macam pernah tengok, tapi kat mana yek". Agaknya dia perasan I dok tengok, dok tenong dia semacam, diapun tersongeh2lah kat I, tak senang duduk gamaknya and "to pecahkan the air batu" diapun cakap kat I "nice car you have". I pun macam terperanjat and "out of sudden" tercakaplah "hemm .... nice body". "Waduhhh .... tujuh keturunan aku malu dong, mana aku mahu letak aku punya muka". Nak tahu sapa mamat tu, dialah pelakon AA, memang hensem gitu, patutlah bini dia risau bila dia dok berlakon. Balik rumah, I pun bagitau kat Soraya and Soraya punya respond, "Mummy, you say that". "Tak sengaja, slip of the tongue, what else do you expect me to say, hensem kakak".

Monday, January 18, 2010

Si Alea kuat "kontut"

"Aiya tut mamee, Aiya tut mamee" (Alea kentut kat mummy). Macam tulah kalau si kechik ni kalau nak kentut, mestilah dia talakan bontot ala-ala "Jennifer Kueh Lopes"nya kat muka I. "You kontut mummy, mummy kontut kat you balik". Pandai lak tu, lepas dia dah "buang angin busuk" (tak busuk pun) dia kat I, mencecet lari sembunyi belakang bantal. Selalunya I geletek dia balik sambil nyanyi, "Alea Aliyut, siang malam Alea kuat kentut, Alea, Aliyut, siang malam Alea kuat kentut". Memang anak dara kechik ni kuat kentut, bukan pelan2 tu, "potttttt" sekali keluar. Kalau tido malam lagi kelakar, kejap karang bunyi "pottt", tak sampai 10 minit karang bunyi lagi. Takpalah Alea, asalkan Alea sihat. Karang angin dok kumpul dalam perut, tak kuar2, susahlah pulak mummy, dah jadi benda lainlah pulak.

Itu si kechik, yang si anak dara sulung pulak, bau kentut dia ada "trade mark" sendiri. Memang itulah baunya. Bau aromanya lain dari yang lain, kira eksotiknya aromalah. Kalau dalam kereta, tetiba jer, terbau aroma segini, I terus tanya, "Kakak kentut yek". Dia apa lagi mesti terkekek2, "ahak, macam mana mummy tahu". "Mummy tahulah, mummy ada magik". Biasalah, namapun mummy, sampaikan anak2 kentutpun, boleh tahu sapa yang empunya, takleh tipu punya .....

Monday, November 16, 2009

Kakak bling ... bling

Ada sorang kakak ni, few years senior dari I, diapun main bowling jugak tapi team lain. Kakak ni I panggil kakak "bling ... bling", apataknya, pakai barang kemas merelap-merelip, siap sedondon semuanya. Cencin dahlah setongkol, gelang siap ngan berjurai2 alam, sepasang dan sekaler ngan cencinnya, itu belum lagi contact lens, kejap biru, kejap hijau. Kalau tengok kaler contact lensnya pun dah gerun, apa tah lagi bila tengok barang kemasnya yang "berbling-bling" tu. Waduhhh, I kalau main sebelah lane ngan dia, siap pesan kat Pah, "Sorrylah, mental aku tak baper kuat bila tengok bling ... bling sebelah aku ni". Bukan apa, I rimas tengok, "berjurai2an dan bertongkol-tongkolan". Kalau pakai yang emas padunya pulak, gelangnya bagak2, kalau terpelantinglah masa baling bola bowling, dari jauh dah nampak, bayangkanlah betapa besarnya tongkol gelangnya tu, rantai pulak meloyot2, sapa dapat, "raya sakan, wa cakap lu". Itu takpa lagi, part tudung pulak, amboi ... saratnya ngan manik2, sorrylah kalau I cakap betul2 macam "kampung.dot.com"nya spesies. Lagi sekali siap cakap kat Pah, "Kalaulah esok2 aku dah insaf pakai tudung, misal kata aku pakai tudung yang sarat marat macam tu, tegurlah aku suruh aku tobat cepat". "Apa salahnya pakai tudung manik2 tu". "Aku tak cakap salah, cuma tegur jerlah aku kalau tetiber kau nampak aku pakai yang sarat-marat macam minah Indon tu, tandanya aku dah buang tebiatlah tu".

Tak fahamlah I, orang Melayu memang macam tu kot. Kalau yang pakai tudung tu, punyalah nak tunjuk loket sebesar "love kelap kelip Ramlah Ram", boleh tu pakai rantai kat luar. Tengoklah dunia ... ngko, sedebuk kat situ. Ada sekali tu, I tertengok program wanita kat TV, ada ke tetamu jemputan (rasanya pengedar kosmetik) siap selak-selak tudung, nak tunjukkan subang berlian yang dia pakai. Kelakar sungguh, punyalah nak bergaya, jadi tak bergayalah pulak. Hidup kita biarlah simple, sesimple simplenyer ... berpada2lah. Tak guna jugak kalau kita bertudung, tapi hati sebenarnya nak menunjuk2 ... tak faham sungguh I. Itu sebabnya, apa2 I dah awal2 pesan kat kenkawan I, "Korang, kalau tengok aku pelik sikit, tolonglah, tolonglah nasihatkan aku".

Wednesday, November 4, 2009

Printer tanpa kabel

Tergolek2 I nak gelak bila sis-in-law I call kata Samsung colour printer 510n yang I menang masa bowling grand finale Ahad lepas tu "kabelnya elek". Kalau tak ada kabel, kat mana pulak nak dikoneknya. Jenuh dah dia geledah kotak printer, diangkat, ditonggeng, diterbalik, "sah dan sahih" memang takda. Ye tak ye pulak, dahlah dapat backdatednya printer, kabel pulak takda, nak "konek" camner. I cadang nak jual jer, suruh adik I advertise dalam "on-line", I bagilah "lima percent". Lagipun nak simpan buat nyemak jer, buat apa, I bukannya "celik komputer"pun.

So, sampai ofis, I pun tanyalah pihak organiser via e-mel, "Tuan penganjur, mengapakah printer yang Kak Lin dapat masa finale bowling tu, kabelnya takda". Jawapan yang I dapat, "Printer kabel biasanya tidak datang sekali (kena beli sendiri). Kalau beli printer dari supplierpun sama. Boleh cakap pada pembeli untuk beli printer kabel (USB/parallel) dari mana-mana kedai komputer. Kalau nak kami belikanpun takpe, no hal".

Oh, itu konsepnya, manalah I tahu. I ingat kalau beli apa2 PC ke, laptop ke, printer ker, scanner ker, semua dah "all-in". Nasib baiklah kita kalau nak beli TV semua dah "all-in", kalau tidak jenuh nak cari wayar nak "konekkan" pada plug ye tak ????

Friday, October 9, 2009

Konek ker Connect (kenekt)?

Konek ker connect? Pasal apa orang tak reti2 nak pronounce betul2 perkataan ni. Dok konek ... konek ... CONNECT lah ... CONNECT ... pronunciatiannya bunyi "kenekt". Yang konek tu dah jadi benda lain. Mintak maaflah I bukannya nak mencarut kat sini, tapi kenkadang tu mengelikan hati jugak sebabnya ada orang2 tu nampak jer canggih, glamour abih, rambut siap kaler2, memang "very the modern one" tapi nak sebut word yang paling "kacang" tupun "hancus mancus". Bayangkan tengah kita rancak berborak, biasalah kalau dah abih berboling, my team ngan few other teams will stay back for a while, lepaking sambil minum2, yang merokok ... merokoklah sampai asap berkepul2 macam keluar dari serombong hidung naga (kenkadang orang pompuan ni bila merokok, mengalahkan lelaki), tetiba "out of nowhere" kita dengar, "macam mana aku nak konek ni ... takda tempat nak dikonek, susah betul nak dapat konek". Kuat pulak tu. I pandang kawan I, kawan I pandang I. Kitorang pun tolehlah kat belakang, sebab yang duduk belakang we all ni satu group bebudak pompuan .... takut akak tengok pakaian dorang, seksi dan seksa abih. Pakai short pant lagi. Biar betul bebudak ni, takkan benda2 macam ni dorang boleh cakap kuat2 kat public. Rupa2nya bebudak ni dok refer kat laptop dorang yang tak dapat di"connect"kan ke internet. Memang I ngan kawan I nak gelak "golek-golek" tapi takut si pompuan sekoq ni malulah pulak. Mula2 I ngan kenkawan I mati2 ingat dia sesaja "memain", maklumlah kitakan kenkadang bila dah dengan geng2 pompuan, mesti ada sesetengah words tu kita ubah nak buat lawak tapi rasanya tidak sebab muka dia memang serius. "Eh ... aku tak dapat koneklah, kau dah dapat konek , laptop aku buat hal ker ... ko rasa2 kat dalam tu boleh dapat konek tak?" Waduhhh ... mintak ampun pakkk ... CONNECT ... CONNECT (kenekt), bukannya KONEK. Anak I, si Sorayapun boleh pronounce word ni dengan betul.

Monday, September 28, 2009

Makngah "tidoq berdengkoq"

Pagi third raya, masa I kat kampung Penang, lepas breakfast (jangan mare... patutlah jam sakan, akak balik raya kampung tahun ni, buang tebiat ke aper), tetiba jer anak sedara I si Hafiz sound derek (direct) kat I, takda lapik2nyer. "Uhhh...makngah tidoq berdengkoq. Nasib baikk, handphone Hapiq takleh rakam, kalau tak Hapiq dah rakam. Kuat sungguh makngah berdengkoq". "Hallo, makngah tak penah berdengkoq tau, kalau takdak bukti, no way, makngah sikit tak percaya. Makngah dalam tidoqpun maintain vogue tau". "Huhh ... betui, Hapiq dengaq kuat sungguh. Makngah kalau kalut tu, betullah tu". "Hissss ... sah dan sahih tu memang bukan makngah tu, mesti si pembantu makngah (Dewi) sebab dia tidoq ngan makngah". "Kalaulah, handphone Hapiq boleh rakam, memang Hapiq rakam punya".

Mati hidup balikpun I takkan percaya I tidor berdengkor. Kalau I berdengkor, dah pasti hubby bagitau, ni 17 tahun dah kahwin, dia tak pernah sound apa2pun. I yang selalu komplen kat hubby sebab dia berdengkur macam bunyi hon kapal, sama macam si Alea ... anak beranak sama jer, I pulak yang terbelip2 takleh nak tidor, kiri kanan ada bunyi. Tapi lately ni I dah tak dengar bunyi dengkuran lagi, Alea jer sekali sekala, kalau siang tu dia dok main sangat, malam tu mesti berdengkur, siap mengigau sekali. Berbalik pada "tuduhan tak berasas" si Hafiq tu, memang takleh terima akallah yang I tidur berdengkur, kuat pulak tu ... aduh...betul ke??? Mungkin betul kot, penat sangat sebab non-stop driving ... dari KL ke Kuala Kangsar dan dari Kuala Kangsar ke Kepala Batas, berjam2 pulak tu, itulah yang sebab berdengkur tu. Tak puas hati lagi, I tanya si Dewi yang kebetulan tidor sekatil ngan I ngan Alea (hubby tak ikut balik). "Dewi, akak tidur berdengkur ke". "Ye, kak ... kuat gitu. Saya banyak kali bangun pegi bilik air, memang kakak tidor berdengkur". Ok ... fine, boleh dimaafkanlah, alah sekali jer, tak memudaratpun. Tapi lagi sekali, masa tidur kat rumah MakJang, Dewi komplen yang memang I tidor berdengkur, siap dia bangun dan cari punca bunyinya, dan memang sah dan sahih, bunyinyer datang dari I dan anak I si Alea. Berlawan2 dua beranak ... sorang hembus, sorang tarik ...

Oh ... tidak, selama ni I tidor berdengkur ker ... hubby tak komplen apa2pun atau dia pun dulu tido mati, tak dengar apa2. Selamat aku .... kalau tak "dipulangnya paku buah keras".


p/s: Raya tahun ni ok walaupun agak berbeza. Happy jugak tapi sedih bila dengar lagu raya "Sepasang kurung biru" nanyian Khairil Johari Johar. Suara dia memang mendayu2 ... lagu lama tapi "tak lapuk dek zaman" .

Monday, August 10, 2009

Barack bukannyer Barrack

Dah banyak kali I dok tegur bebudak kat tempat I ni, make sure spelling nama orang mesti betul, tak boleh tidak, mesti betul ... "wajib makronah". Yerlah, kalau nama kita orang eja salah, mesti marahkan, contohnya Zulfakar jadi Zulzakar, mana orang tu tak bengang. Kita yang check "copies" nipun kenkadang hangin jugak bila memasing "take things for granted" . "Alah, subs ada, dorang boleh check". ""Kepala hatoklah, sekali sekala bolehlah, kalau kita tak terlepas pandang, kalau terlepas pandang kalu, yang kena jawab si "gate-keeper"lah, so untuk sekelian kalinya, tolonglah eja dan check betul2 nama si polan2 ni, especially kalau kita dengar nama tu pelik sangat ataupun yang tak penah kita dengar".

Paling terbaru, nama si AS President, Barack Obama. Dah banyak kali I terjumpa "copies" yang nama tu disalah eja Barack jadi Barrack. "Hallo, wake up kenkawan, B..A..R..A..C..K bukannya B...A..R...R..A..C..K, yang "barrack" tu "berek, berek, berek polis, berek askar, berek bujang, berek kelamin" ... aduh, ya ampunn kakek2, abang2, kakak2 ... dah tak larat nak cakap, sampai berbuih mulut akak".

Tuesday, June 2, 2009

Gelak sampai tergolek2 dok

"Gelak sampai terguling2 or tergolek2", that's the term we, at the subs's desk normally used when we came across words that being translated literally. For example, giant utility should be translated as "syarikat gergasi" not "syarikat raksasa", piracy when it refers to IT softwares or hardwares, should be "cetak rompak" and not "pelanunan" (lainlah kalau pirate kat laut), keynote address should be "ucaptama" and not "alamat papan kekunci". The problem is that some of these people tends to translate directly without reading and understanding the whole content of the article or story first. Yes, it happens and "no pray pray one". Kalau yang English, no problem, sebab straight forward jer ...

There are many other examples. Kenkadang, gatekeeper pun terlepas pandang, so jadilah macam ni. Kalau yang junior takper, kalau yang senior takkan kita nak check their copies, right. In fact, a friend of mine from the other media purposely called and teased me, "eh...sapa yang jadi raksasa ker lanun kat opis ko tu, panggillah ultraman suruh tolong, kitorang dah tak larat nak gelak, ada yang sampai guling2 gitu". Kat ofis I, we used initials to mark our "cleared copies" so that if there are any complaints later on, we just refer to the initials to the so-called copies, and kita tahulah sapa punya hasil tangan yang kreatif tu. Okaylah, humans make mistakes tapi janganlah obvious sesangat2 . The juniors we can tegur, what bout the very2 senior ones????

I masih ingat lagi, masa buat reporting dolu2, one of my collegues tersalah eja "Public Bank" jadi "Pubic Bank" throughout the whole story. Nasib baik subs perasan, kalau tidak, alamat, kena samanlah we all. Itu belum lagi yang ejaan "butir" jadi "burit" or "ketika" jadi "ketiak".
Satu lagi, kes konon2 nak buat lawak, terlepaslah pulak, tak taulah sempat tak round satu Malaysia, alih-alih dapat call dari one of the printing media suruh hantar correction cepat2 - bayangkan "News in Brief" dah jadi "News in Seluar Dalam". Yelah, brief tu selain dari "ringkas" boleh jadik "seluar kechik orang lelaki aka seluar dalamlah". Apa lagi kitorang kat opis dalam kecut2 perut tu, sempat juga gelak sampai tergolek-golek dok.

In any translations gak, we need to diversify the words. For example, in market reports (shares, klibor, klci or any commodities), the word "prices went up" boleh dipelbagaikan jadik meningkat, menambah, mengukuh, menokok, mengembang sementara "prices went down" dipelbagaikan menjadi menyusut, merosot, turun, lebih rendah, berkurangan dan lega. Idaklah kita boring bila membacanya, ye dakk???