Showing posts with label hard rock cafe. Show all posts
Showing posts with label hard rock cafe. Show all posts

Monday, April 4, 2011

Happy Besday Kakak





Semalam Besday anak dara besar I, si Soraya aka Masako yang ke-11. Dah besar anak dara mummy. So, sempena besday si kakak, Sabtu lepas I bawak si kakak ngan si adek gi tengok "Disney on Ice" di Stadium Putra, Bukit Jalil and semalam hubby bawak lunch di "Hard Rock Cafe". Besday kali nih, I bagi si kakak basikal "LeRun" and papa pulak bagi I-phone. "Waduh, mummypun pakai hp cekai jer, kakak pakai yang canggih-manggih lagi ...". Malam tuh pulak, I belikan kakak kek ice-cream Baskin Robbins ... sedap beb hingga menjilat mangkuk. "Oklah, kakak, mummy nak ucapkan Happy Besday kat kakak, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki kakak. Kakak dah besar, kakak pandai buat keputusan sendiri, jangan confusekan diri dengar orang cakap itu ini. Pada mummy, apa sahaja yang menggembirakan kakak, maka mummypun turut gembira. Ingat, apa2pun, mummy dan adik sentiasa ada dengan kakak, mummy akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kakak. Yang paling penting, mummy mahu kakak abihkan quran sebelum akhir tahun depan ok. I love you darling ....".

Friday, February 18, 2011

Hepy Besday Sis


Hari ni besday adik pompuan I, si Azean. Selamat Hari Jadi, semoga panjang umur dan murah rezeki. Dah masuk 30an nih, ubahlah sikit perangai tuh, jaga sikit hati Mak Selayang. "Oklah, sempena besday awak, apa kata esok kita gi makan "steak". Kita nak gi makan kat Tony Romas ker atau kat Chillis. Apa kata kita gi makan kat "Hard Rock Cafe", dah lama tak beli merchandise kat sana ....Once again, "Happy Besday Sis....."

Tuesday, January 4, 2011

Plan nak round Europe

Sebelum berakhirnya tahun 2010, selepas dicongak, dikira dan dicampur simpanan dan dividen ASB yang I dapat untuk tahun 2010, I ada buat plan nak bawak anak dara I, Dewi dan Mak Selayang melancong ke luar negara tahun ini. (Untuk Mak Selayang, tertakluk, kalau Mak Selayang tak ke mana2lah, selalunya, Mak Selayang dah buat rancangannya sendiri ikut rombongan melancong bersama2 dengan group warga emas yang lain). I plan nak tour Europe. Pegi lima negara terus, bermula dari Zurich/Lucerne (Switzerland) - Paris (France) - Brussels (Belgium) - Amsterdam (Belanda) dan akhir sekali ke London (England). Memang I plan diam2, in fact, tarikhpun dah ada iaitu dari 11 Mac - 20 Mac (lebih kurang 10 hari). Kawan I yang ada kawan keje kat travel ejen bagi "quotation baik punya" tapi fly ikut Emirates Airlineslah bukannya MAS. Emiratespun ok, tempat duduk kelas ekonominyapun "quite big" sebab masa I pegi umrah dulu, naik Emirates. Kalau nak naik business class, cuma tambah Rm15 ribu lagi, tapi buat apa nak membazir, sebab duit tambahan ni bolehlah buat beli souvenir "Hard Rock Cafe". Punyalah bagus plan ... siap check tempat2 menarik yang nak pegi. Selalunya, kalau I ngan family bercuti, kami jarang ikut pakej, selalunya pegi sendiri2 so that "we have our own leisure time", tak terikat sangat ngan jadual. Tapi, kali nih, I memang plan nak ikut pakej. Pakej kawan I nih, memang terarah kepada Islamic, so part2 makan tu tak payah risau, siap bagi jadual solat lagi. In fact, dalam schedule, kita akan bersolat di masjid yang terbesar di London. Tempat2 lain yang nak pegipun semua menarik, boleh pilih sama ada nak naik cruise ataupun tube. Sebenarnya, nawaitu I melancong ni lebih kepada nak bawak anak dara kechik I, si Alea sebab kakak (Soraya) dah biasa sangat ke overseas, "globetrotter", mengalahkan I. Kalau ikut time yang I plan nak pegi nih, dah masuk spring tapi still sejuk sebab masa winter hari tuhkan teruk, jadi sejuknya masih terasa lagi. Kira kalau kita bercakaplah sesama kita, "asap kuar kat mulutlah gituh".

Camnerpun, biasalah, "kita merancang, Tuhan yang menentukan" segalanya. Jumaat lepas, bila I check passport I, rupanya dah lama "mati" dan Dewi pulak, disebabkan dia warganegara Indonesia, I kena buat visa untuk dia dan I have to call Indonesian Embassy nak bagitahu. Walaupun, visa cuma untuk entrance and exit point jer, tapi I still kena buat visa semua negara tuh untuk si Dewi, kalau tak nanti, silap2, I dituduh jadi "pengsmuggler"lah pulak. So, jawabnya, kena postponelah semuanya. Nasib baik tak letak apa2 deposit lagi. Anyway, ini semua ada hikmah, sebabnya duit tuh I boleh terus simpan dan bertambahlah lagi duit dividen I untuk tahun nih. Duit yang lebih tuh, mana tahu boleh buat pegi Mekah jugak. Syukur kepada Allah ... tapi kalau Allah kata "jadik" mungkin akan "jadiklah" jugak plan I tu. Insyaallah, kalau diizinkan Allah .....tapi kawan I yang satu lagi tuh pulak cakap baik pegi Mekah dulu sebelum plan nak melancong mana2 ....

Monday, May 24, 2010

Rezeki lagi

Itulah rezeki namanya. Sabtu, I belanja mak Selayang I makan, Ahad pulak I menang bowling, prizes plus cash worth 500 hengget. Oklah tuh, betul tak I cakap, tak rugi kalau kita menyedekah kat orang, janji mesti tulus ikhlas ... insyaallah, Allah akan balas, tak banyak, sikitpun jadilah. Duit hadiah menang tu pulak, I buat belanja dapor, kiranya rezeki I tak lari ke manalah. Selalunya, apa2 cash prize, I akan beli something yang boleh I guna, contohnya barang elektrik tetapi memandangkan barang elektrik I yang I menang boling tournament2 yang sebelum2 nih masih berlambak-lambak tidak digunakan, so duit tuh I "konarkan" guna beli barang2 daporlah. Kenkadang I tak fahamlah, ada sesetengah orang tuh, kedekut sungguh nak kuarkan duit, bukan selalupun belanja, sekali-sekali. Ini tak, asyik dok tunggu orang lain belanja jer ... mana boleh beb, kitapun mestilah ada segan silu sekali sekala. Seriously, I kalau orang yang sama asyik kuarkan duit blanja makan, naik segan jugak. I, insyallah, untuk mak Selayang, sikitpun I tak kedekut, itupun kalau I berduit. Yerlah, bila kita berduit, buat cara berduit, tapi kalau tak berduit, kita tunggu sampai berduit. I selalu pesan kat adik pompuan I, bagilah duit kat mak sekali-sekala, tak banyak sikitpun jadilah, sebabnya duit yang kita bagi itu memberkatkan lagi rezeki kita.

Ni nak citer sikit pasal bowling hari Ahad tuh. "Wa cakap lu, proud abih wa bila semua bos2 besar wa turun tengok wa bowl, tambah2 jadi champion lagi. Tak cukup ngan tuh, wa jadi pemain terbaik pompuan lagi, mengalahkan saingan terdekat wa, si Pah". Kan ker best, kalau selain exam jadi kriteria untuk naik setakuk, apa salahnya pihak management jadikan bidang sukan ni also one of the criteria. I pun dah pass exam jugak tapi "second batch". Bukan setakat pass, I pun involved actively dalam sports, kat situ, dah ada dua kriteria penting untuk dipertimbangkan. I rasa I lebih banyak "bergesel bahu" dengan para CEOs dan menaikkan "nama organisasi" di mata2 media massa yang lain kalau nak dibandingkan dengan depa2 yang naik setakuk sebab pass exam "first batch" tetapi cuma "terceruk kat opis" tuh. Part2 keje, I rasa sama jer, kalau tak takkan I dapat khidmat cemerlang sampai dua ker tiga kali (lupalah pulak, sebab dah lama dapat). Wa cakap lu, yang pastinya bukan sekali ... tak baguih lagi ker tuh untuk dipertimbangkan .....

Friday, May 21, 2010

Plan divert to Melting Pot

Rancangan I nak lunch di "Hard Rock Cafe" Sabtu nih tak jadi, so I kena divert plan tu ke Melting Potlah pulak but still kat Concorde Hotel, dekat ngan "Hak Wok Kefe" si Alea. Sebabnya, mak Selayang kata dia tak selesa makan kat situ. Tuh tempat orang muda2 "cocok langit" tak sesuwei ngan orang tua macam dia. Oklah, no hal one, banyak tempat dining lain. Terpulang pada mak I, I tak kisah, janji dapat belanja mak I tuh makan sebab tak lama lagipun "besday" dia. Yerlah, orang tua mana nak selesa kalau makan tempat yang kelilingnya ada "botol air buih2". I explain kat mak I nih, tempat tuh "happening" malam jer, siangnya macam "family restaurant", macam tempat2 lain jugak. Anyway, I faham sebabnya mak I nih selalu gi mengaji, dengar ceramah, jadi "part2 hukum hakam nih" dia takleh nak "compromise". The reason I bawak mak Selayang kat situ supaya dia tengok sendiri macam mana ropanya "Cafe Batu Keras" tuh. Selalu dia tengok tempat2 "happening" cam ginih dalam TV jer, so kali ini I nak dia tengok secara "life"lah. Camnerpun, itu semua tak kisah, janji I dapat pegi jugak "HRC" nih lepas lunch kat Melting Pot. Sebabnya I nak cari mug dan t-shirt HRC Kuala Lumpur yang baru. Kalau mak I nak jengok kejap pun ok, kalau taknak jengokpun, takpa, I takkan paksapun. So, HRC, here we come ...

Tuesday, May 18, 2010

Lunch di "Hak Wok Kepe"

Sabtu depan nih, I plan nak bawak mak Selayang ngan rombongan cik Kiah I lunch kat "Hard Rock Cafe" di Concorde Hotel. Si kechik I, Alea panggil "Hak Wok Kepe". Saja jer nak bawak mak I tuh "jalan2 cari makan", sebab masa "Mother's Day" hari tuh, patutnya I nak bawak makan di "One World Hotel" tapi dek sebabkan dah "full house", tak jadilah pulak. Anyway, makan kat "peeping2 restoran" harituh pun ok jugak. Bukan apa, rezeki I bulan nih, memanglah murah sangat. Duit "backdated yearly increament" I pun kiranya tak abih lagi. Hiss ... belagak sungguh. Tapi orang kata kalau belanja mak makan, lagilah murah rezeki I. Biar mak Selayang tuh rasa "happening sikit". Biar dia rasa dan tengok sendiri macam mana ropanya "Hard Rock Cafe" tuh. Jangan dia "terkezut badak" dahlah. Anyway, setakat belanja mak sorang aje, berapa hengget jerlah nak luak duit I. Lagipun, masa tuh dah dapat gaji. Selalu kalau bawak kuar makan2, mesti mak I makan makanan "orang melayu" ngan minuman wajib dia "air sirap" kali nih I nak suruh dia makan "makanan omputih" lah pulak. Sekali sekala, apa salahnya ubah seleralah pulak. Sebenar dah lama I plan nak lunch kat situ tapi asyik sibuk memanjang ngan bowling, tulah yang asyik delay ... delay ... delay. So harap2 kali nih mesti jadik punya ........