
A full-time working mummy who have to juggle between work and family. Married and blessed with two beautiful princesses. Believes in a philosophy "Life is not complex...we are complex. Life is simple and the simple thing is the right thing".
Tuesday, January 3, 2012
Happy New Year 2012

Wednesday, February 2, 2011
Treadmill for Mommy
Dalam dok I plan nak berbelanja secara berhemah tahun ini, sedar tak sedar, tetiba gatal pulak tangan I ni pegi beli treadmill. Come to think about it, memang ia satu "perbelanjaan berhemah". Yerlah, daripada I perabihkan ribuan ringgit kat "slimming centre wrapping2 badan tuh" yang I pegi ikut mood (kalau tengah bersemangat tuh, langsung tak pernah "tuang" tapi kalau datang penyakit malas tulah yang I jeran sangat). I memang determine nak kurangkan berat badan I yang tengah membuak2 nih. Nak kata gemok sangat, taklah tapi tak tahu tang mana beratnya. So finally, I decided might as well I beli treadmill, letak kat rumah and just spend masa one hour, setengah jam (pagi) dan setengah jam (malam), dah boleh bakar dalam 300-400 kalori sehari ... oklah tuh. By the way, I beli treadmill nipun guna duit deposit yang I letak masa buat renovation harituh. Hubby just bank in and I pun belilah "something" yang I rasa berbaloi. Harap2 dapatlah I turunkan badan I ke ideal weight I balik. Ok people out there ... wished me all the best ......
Monday, January 24, 2011
Tahun 2011, tahun berhemah
Monday, January 3, 2011
Permulaan tahun 2011
Pepagi tadi, lepas jer hantar Alea sekolah, terus gi bank, nak bank in cek yang baru dapat. Rezeki tahun baru. Patutnya I dah dapat lama cek ni, asyik terpospon aje. Yang bestnya, masa Ms Phan hantar sms suruh ambil cek, figure yang dia tulih lain, bila dah dapat, figure kat cek tu lain. Eh ... bukan nak komplen, sebabnya, bukan terkurang, terlebih beb, almost 10k gituh. Rezeki jangan ditolak, yang lebih tuh boleh settlekan kad kredit. Alhamdullilah. Balik rumah, check post box, ada pulak surat kuning dari TNB, katanya dah tertunggak, kena bayar segera, kalau tak kena potong. HAH .... Tertunggak, macam mana boleh termiss bayar tuh, satu kerjalah pulak esok nak kena bayar kat opis TNB sendiri kat PJ, kat post ofis, surat kuning tuh, dorang taknak terima. Part masuk kerja pulak, kawan I cakap kat I, story yang I buat hari tuh, tersilap sikit, typing error, patutnya "effective 2011", I tertaip "effective 2010". Orang yang komplen tuh patutnya bgtaulah pada hari yang sama, boleh hantar correction immediately, ini tak, dua hari lepas tuh, baru nak hantar, macam mana nak buat correction. Risau gak kena panggil ngan bos, tapi takpalah "tawakal jer, kita ni manusia, ada kalanya berbuat silap, bukannya boleh perfect selalu". Ini kisah hari ini.
Semalam pulak, kawan I dari Penang call I, bagitau kawan se"course" kitorang meninggal dunia. Terkezut badak I kejap. Innalillilah, katanya ada infection dalam perut arwah. Kami dulu kawan2 sekursus memang rapat, maklumlah satu kelas, lepas tuh tak ramai pulak. Bila dah habih belajar, masih lagi "bercontact2". Anyway, untuk arwah, I sedekahkan Al-Fatihah dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Sekali lagi Al-Fatihah ......
Saturday, January 1, 2011
Welcome 2011, sayonara 2010
Sila ... silakan masuk, janganlah malu2 pulak. Selamat datang 2011, sayonara 2010.Banyak kenangan manis, pahit dan segala ujian2 dari Allah sepanjang tahun 2010 telah dilalui. Dari emosi sehinggalah kepada fizikal, insyallah semuanya dapat ditangani dengan sabar dan tabah. Syukur kepada Allah. Dengan itu, diharaplah tahun 2011, akan memberikan kehidupan yang lebih makmur kepada keluarga I, diberkati dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan perjalanan hidup ini. Diminta juga, janganlah terlalu banyak dugaan diturunkan, jika ada juga, semoga dapat ditempuhi dengan "relaks n cool" dan tidak menjejaskan akidah kita kepada Allah.
Dalam menyambut Tahun Baru ni, nak kata happy tuh, kurenglah sikit sebab umurpun bertambahlah juga. Tapi apa nak buat, dah itu ketentuan Allah. Lagi satu, masuk jer tahun baru, kereta yang I sayangi dan banyak berjasa kat I, tercalar teruk pintunya bahagian driver ... adusss frusst I, tak tahu macam mana I boleh sagat dinding parking One Utama tuh. Langsung tak berbunyi, sedar2 jer dah bercalar tapi yang fentingnya, kereta tuh dah abih hutanggg ..... hoorayyyyy, takyah nak risau-risau lagi .....
Tuesday, February 2, 2010
Year of the Roaring Tiger
HORSE (Mummy):
Horse people will enjoy a good year as their wealth dan career luck is good. They will also receive positive energy and help from external sources (alhamdullillah). However, they need to pay special attention to their health as minor problems will crop up to bug them from time to time (ohh.... tidakkk). Their relationships will also not see much changes or upheavel (berserahlah kepada Qadar dan Qadak Allah) and on the homefront, life will be peaceful (Amin ... Alhamdullillah, itulah yang selalu dipanjangkan dalam doa selepas solat).
DRAGON (Papa/Soraya):
Dragon people face loneliness this year (nak tergelak berok part ni). Single Dragons seeking a partner will find it difficult to look for a compatible partner while married Dragons might find their relationship with their spouse becoming stale. They will also suffer from health problems while their career and wealth-making will be slow this year. However, they will receive help from friends (rasa kroni jer yang tolong) in their career and business.
DOG (Alea Sayangku)
Dog people this year will enjoy a promising wealth and career luck (just like mummy lorr). Also, their relationships will be favourable in all aspect. However, they will need to be extra careful as they are accident prone. They should also watch out for lung ailments as the energy related to the lungs is weak and if care is not taken, it will lead to something more serious (dijauhkan Allahlah dari anak2 mummy).
Monday, January 25, 2010
Berkorban demi anak2
Monday, January 18, 2010
Azam tahun baru Soraya
Semalam I tanya dia, "kakak, macam mana kakak boleh stop susu". "I promise myself, once I standard four, I will stop drinking bottle milk. Now, I drink a lot of soya. Two to three bottles a day". "Yerlah, kakak dah besarpun, kakak Dewi cakap kakak macam cikgu aje bila kakak pakai glasses tu, eloklah stop susukan". Frankly speaking, I'm proud of her, sapa sangkakan, kecik2 dah pandai berazam, buat pulak tu ...
Saturday, January 9, 2010
Azam dan harapan 2010 (pt 2) - update
1. Harapan paling menggunung, agar I diberikan kesihatan yang "ngetop", mental dan fizikal yang kuat serta emosi yang waras-sewarasnya. Selain daripada itu, dimurahkan dan diberkati rezeki dan dipermudahkan kehidupan dunia dan akhirat. Diberikan juga kebahagian yang berlipat ganda kepada I, anak2 dan keluarga. Diharapkan juga perjalanan kami sentiasanya mudah.
2. Mahukan tahun 201o ini sebagai tahun permulaan kepada kehidupan yang lebih "privacy" dan "selesa", maknanya kehidupan secara total dengan anak2 dengan dilingkungi oleh keluarga sendiri. Taknak lagi rasa rimas, mahu rasa tenang-setenang2nya, "sedangkan pantai lagikan berubah, ini kan lagi kehidupan harian kita kan", dulu lain, sekarang sudah lain.
3. Sudah terlalu kerap mendengar ulangan "statement" yang sama setiap kali bersemuka, dok gak tunggu bilalah "statement itu akan jadi realiti", buat masa ini, tak nampak apa2pun lagi. Masih lagi menaruh harapan gitu. Rasanya takdalah kot, tapi yang fentingnya, "statement" tu bukannya keluar dari mulut I. Bila dah selalu "dinyanyikan" statement ni, ada sekali tu pernah reschedule apa yang patut direschedulekan, tapi alih2 kita balik kena tempelak. Rasanya kalau dah bertahun2 tak bertegur sapa, eloklah ..... daripada menambah dosa. Kalau ikut hukum, "tak bercakap tiga haripun dah kira berdosa, inikan pula bertahun2".
4. Dari segi pekerjaan pula, I harap dapatlah naik gred "setakuk" lagi insyallah dengan penstrukturan semula, sekurang2nya bila pencen nanti, dapatlah banyak sikit pulangan untuk tampung anak2.
5. Tahun lepas, I ada buat few future investments untuk anak2. I buatkan savings dan upkan sikit premium insurance untuk anak2 dara I and all these done through potongan gaji. So, for the next two to three years, I punya financial a bit tight , jadi, I harap I dapat cope with the situation. Yerlah, selalu tengok slip gaji, angkanya besar, alih2 berkuranganlah sikit, rasa cuak juga. Tapi sebenarnya, duit tu tak ke mana, still ngan I tapi dekat channel lain. So, selain daripada azam untuk berjimat cermat, I juga harap walaupun dengan potongan saving ini, "keadaan masih seperti sediakala, seolah2 tiada kekuranganpun".
6. I juga harap sesapa yang berhutang ngan I tu, bawak2 bayar2lah balik hutang tu. Kalau tak dapat bayar banyak, bayar sikit2 dulupun tak apa, asalkan bayar. Harap2 orang yang berhutang tu janganlah "purak2 lupa" sebab I takkan pernah lupapun. In fact, I siap buat list lagi, siap ngan jumlah ngan tahun berhutang lagi. Lagi satu, kenkadang, orang yang berhutang tu bukannya takda duit, sakit hati tak, awak boleh enjoy sakan lagi, tapi "hutang taknak bayar".
7. Sesapa yang pernah berjanji bagai nak rak ngan I tu dulu, tunaikanlah janji2 tu kerana "manusia berpegang pada janji", dosa tau kalau tak tunaikan . Jenuhlah pulak I nak tuntut kat akhirat.
8. Kalau boleh I taknak dihantar assigment overseas tapi tak kisah kalau distationkan di dalam negara, tak kira berapa hari atau minggu. Bukan apa, kalau assignment kat overseas, susah sikit kalau apa2 jadi kat anak2, kalau kat dalam negara, anytime boleh packing balik. Buat masa ini, anak2 mesti didahulukan. Bukan apa, I dapat rasakan anytime sahaja "bos besar" akan hantar I gi assigment seberang laut. Dah penat dan tidak berminat lagi nak terbang "jauh-jauh".9. Mintak2 Dewi akan terus kerja ngan I. Bukan senang nak dapat pembantu yang boleh menguruskan rumah dan anak2. Yerlah, I ni kan memang mengharapkan pembantu untuk jaga anak2, lainlah kalau I ni "terbongkang kat rumah" harapkan duit dari laki.
10. Sesapa yang dah ada I rumah sendiri tu, bawak2lah duduk rumah sendiri yek, takkan rumah tu nak buat perhiasan gajah putih pulak kot...
11. Harap I dapat buyer secepat mungkin. Terry cakap susah sikit dan kena ambil masa. Memang I masih sceptical tapi "tak semua manusia itu berfikiran sama ngan kita kan".
12. Harap I akan dapat terus bertahan dengan segala ujian. "Tak tahu apa yang menunggu kita kat depan sanun".
13. Sesapa yang menyekodeng blog I ni, harapan I, bacalah dengan "minda yang terbuka". Faham betul2 dan jangan cepat melatah or "jump to conclusions".
Oklah, inilah sahaja tuan2 dan puan2, antara harapan I untuk tahun ini. Segala harapan ini adalah kesinambungan kepada apa yang I harapkan pada tahun2 sebelumnya yang belum lagi terlunas. So, tahun ni, kita tengok "mana satu yang akan kena".
Wednesday, January 6, 2010
Azam dan harapan 2010 (pt 1)
Oklah antara azam I tahun ni:
1. Mahu berjimat-cermat. Taknak boros dan berbelanja sakan. Beli bila rasa nak guna aje. Ada buat ada, takda buat macam takda tapi tak maulah sampai "meleleh ayaq liyoq". Kalau nak beli apa2pun, lebih pada anak2 dara I. Tapi macam mana nak jimat kalau beli baju anak2pun cari semua yang "branded"nyer. Itulah dah terbiasa but anyway for you mummy, "no more handbags, shoes or baju ... sekali sekala ok."
2. Seboleh2nya taknak langsung sentuh duit simpanan dalam tempoh dua tiga tahun ni. Lagipun, semua perbelanjaan ditanggung hubby, buat apa nak membazir2. Biar duit tu beranak pinak dulu. Bukan apa, simpanan tu bukannya untuk I tapi lebih kepada anak2 dara I. Bukannya banyak manapun tapi adalah jugak, setakat Kancil model lama second hand, beli timbang kati, bolehlah lepas tapi kalau Honda City 10 bijik boleh beli cash tu memanglah akak tak mampu langsung.
3. Tak nak ambik cuti banyak2 tahun ni. Nak kerja jer, nak jadi pekerja yang berdedikasi (konon, I sendiri nak termuntah dengar). Nak kumpul cuti masuk "goyang tangan emas", lagi 60 hari beb, banyak tuh. Nanti, kalau pencen (berbelas tahun lagi), dapat gaji 4 bulan bersih beb, sapa tak nakkan. Yerlah, kalau I fikir balik, nak gi bercutipun, nak gi mana yek, nak gi overseas kalu takut kena tahan kat imigresen ... "wa takut kena blacklisted walaupun sebenarnya takda kena mengena ngan wa, orang lain yang pinjam, belanja sakan, wa pulak tak pasal2 terkait sama". Kalau nak gi holidaypun, "cuti-cuti Malaysia" jer. I nak sewa hotel "five star" dua tiga hari, lepas tu berkubang jer dalam swimming pool ngan anak2. I pun dah ada swimming suit baru. Nak makan kalu, order room service. Ataupun, hotel tu mesti dekat dengan mana2 shopping kompleks, senang sikit nak cari makan. I repeat: "makan tau, bukan shopping". Cuti kat Malaysia murah jer, tak semahal pegi overseas kan ... kan.
4. Nak spend more time ngan anak2 I, si Soraya and Alea, especially time2 weekends. Week days I memang takda masanya, lainlah yang tak keje dok "terbongkang kat rumah". Seboleh2nya mana jer I pegi sekarang, I nak angkut si kakak sekali, no more "oklah, you tak nak pegi takpa" tapi la ni, "nak tak nak, you mesti pegi ikut mummy". Kena tegas dan jangan bagi muka sangat.
5. Nak tukar pakai minyak Petronas sebab kena abihkan extra voucer RM700 yang I dapat tuh. Expire bulan July, kalau tak guna sayang beb. Hari tuh dah pegi survey stesen mana yang ada jual minyak hijau. Kete I kena pakai minyak hijau or merah jer, kalau kuning, macam tak smooth jer, lagipun kawan I kata boleh rosak enjin.
6. Cool and relaxs tapi kalau kena attack takkan bagi chan lagi, semburkan apa yang patut. Dah tak dulik, alang2 "kita dah dalam black book", biar betul2 dalam "black book" depa. Tapi part orang nak kata ka, nak mengata ka ... awak buat donno jer. Kita just "tunggu dan lihat" tapi kali ni kalau I rasa I tak suka, I akan terus cakap "straight to the point" no more nak berlapik2 ker, nak jaga hati ker ... buang karan jer.
7. Extra sabar. Memang selama ni I dah banyak bersabar tapi tahap kesabaran tu I akan tambah lagi. Let's say ada lagi ujian Allah, bersabar dan berdoalah sahaja. Setiap ujian tu ada hikmahnya. By the way, tahun ni I takda kawan untuk mengadu "there and then" sebab dua2 kawan I ni dah berposting ke overseas, sorang ikut hubby dan sorang lagi kerana ditugaskan. Mungkin Allah nak kurangkan dosa I mengumpat kot ....
8. Paling fenting, cukupkan sembahyang lima waktu. Ni, subuh, selalu jer tergelincir. Part sembahyang "two in one" tu rasanya tak berani nak janji. Lagi satu nak pastikan Soraya abih quran sebelum dia masuk menengah.
9. Nak make sure I dapat project yang I sedang usahakan sekarang. Lama dah I dok fikir pasal ni tapi kena kerja keras sikitlah. Dahpun start calling2 tapi it takes time, bukan senang nak cari buyer. Untungnya walaupun kena bagi komisyen sikit sorang, tapi "the big chunck" will belong to me. Cukuplah untuk I anak beranak.10. Pastikan I continue to makan supplement yang I dok makan sekarang. Memanglah "mehe" sikit tapi untuk kesihatan beb. I pun nak hidup lama jugak kalau diizinkan Allah. Lagi satu, pentingkan diri dan anak2 dahulu sebelum mementingkan orang lain. Susah senang kita sendiri yang tanggung, orang apa tahu .....
Note:
Ini baru part azam, part 2 will be my harapan untuk 2010 lah pulak. So jumpa kat Part 2 ....
Monday, January 4, 2010
I'm a superwoman
Bila sampai rumah jer, I tengok anak dara kechik I tu masih lagi terbongkang atas katil. Mulut ternganga, tangan kiri kanan terdepang luas, air liur basi dok meleleh lagi. Takpa, bagi chan dia tido dulu, around 8.20 am, nanti baru I kejutkan dia, maklumlah taknah bangun pagi, tetiba suruh bangun pagi, harus "terkejut badak" kang. Paling kelakar, masa si Dewi bagi susupun, boleh mata terpejam rapat, usung bawak bilik airpun, mata masih lagi tak bukak2. "Alea, Alea ... bangun sayang, nak gi sekolah tak? Ni, superwoman nak hantar"". I ambik masa 10 minit jer nak gi kat sekolah Alea, cuma tersangkut sikit kat Palm Spring Condo sebab jalan kat situ sempit sikit, apa taknya, kereta park kiri-kanan, tinggallah lorong sempit untuk kereta lalu. I ingat nak tunggu anak dara I tu tapi Teacher Evon tak galakkan sebab katanya nak biasakan bebudak, nanti kalau dah setat tunggu, besok2pun kena tunggu jugak. I bukannyer apa, memandangkan inilah first time I nak tinggalkan Alea, I takut dia tak biasa tapi oklah pulak si kechik ni. I pun apa lagi, blahlah sebelum dia sedar nanti kalau dia tahu I nak gi karang, melalaklah pulak. Around kul 11.15pm pulak, I lah parent yang pertama terpacak nak ambil anak dara kechik I ni. She looks happy tapi bila masuk jer kereta, mulalah start poyo, nangis tapi air mata tak keluar, biasalah anak manjalah katakan.
Dan nak jadikan citer pulak, masa I nak kuar dari kawasan residential tu, palang kat guard house tetiba terturun dah hempap cermin kereta depan I. Terkejut beruk I tapi bila turun check, I tengok cermin depan tu macam tak ada apa2 jer, tapi tak tahulah pulak dua tiga hari akan datang sebab kalau ditengok pada palang tu, menakutkan sebab bengkok abih. Mintak2 janganlah jadi apa2, sebab baru jer jap tadi servis kereta, melayang duit I, RM800. Masa nilah, brek pad kena ganti, aircond kena servis, wiperpun aleh2 dah kena tukar2, and kalau cermin depan buat hal, duit lagi kuar. Yang menghangatkan hati I, bolehlah pulak si guard gurkha tu marah kat I, I pun menyalak balik kat dia, "eh, yang you suruh saya lalu apa pasal, bukan salah saya tau". Bengang betul aku, " ko boleh duduk kat situ bagi arahan, alih2 aku pulak yang kena marah, ada ka patut". I pun apa lagi lepas tu masuk kereta, buat donno, terus pecut balik. Anyway, I sepatutnya takleh marah pak guard gurkha tu sebabnya for the next three years, pak2 guard tulah yang I akan bukakkan palang nak bagi kete I pass through. Kalaulah dibuatnyer dorang tak bagi I masuk, "sapalak nak tolong superwoman ni, nak harapkan superman, hampeh, suparman adalah".