Showing posts with label iklan. Show all posts
Showing posts with label iklan. Show all posts

Monday, July 27, 2009

Yasmin Ahmad laid to rest

Award-winning director Yasmin Ahmad, 51, was laid to rest at the SS22 Muslim Cemetery, yesterday. Hundreds came to pay their respects at the Abu Bakar As-Siddiq mosque, where her body was earlier brought to be bathed dan prepared for the last rites. From actors to film directors, friends and acquaintances, many wept when they saw Yasmin's body swathed in white sheets just before the burial.

Yasmin died at the Damansara Specialist Hospital at 11.25pm on Saturday following a stroke last Thursday. She had collapsed while presenting a working paper at TV3's Sri Pentas. Born in Bukit Treh, Muar on July, 1958, Yasmin graduated in Psychology from Newcastle University, Britain. She began her career as a copywriter with Ogilvy & Mather before joining Leo Burnett as joint creative director in 1993 and rose to become its creative executive director.

Though I may not have know her personally but her personal works (films and commercials) touched everyones' heart personally. Her beautifully choreographed ads were always heart-warming and some even left tears. Who will ever forget those touching and thought-provoking commercials for festive seasons. She really loves Malaysia so dearly that she always incorporate Malaysia's identity in all her works. Her films (Sepet, Gubra, Muallaf are the most fantastic movies made by her) and her commercials are so real and genuine that they propel the masses to reconsider the possibility of atcually maintaining a harmonious community made up of individuals from different racial and religious background.

MAY YOU REST IN PEACE. AL-FATIHAH.


p/s: Ingat tak iklan Petronas pasal kisah janda anak tujuh. Si mak yang "bersilat" sorang2 dok sibuk buat persiapan raya suruh anak2 cari daging, limpa and hati lembu nak buat rendang Hari Raya, maka berkelintaulah bebudak tu mencari. Si adik yang bongsu tinggal kat rumah. Tapi biasalah, cari daging last2 minute, mana nak ada, yang tinggal tulang jer. Si adek suggest beli daging kambing tapi si abang cakap jangan cari pasal sebab mak ada darah tinggi, so takleh. Pergilah pulak bebudak tu cari seluruh kampung lagi, last-last jumpa bai jual susu ... dibelinya lembu si bai tu. Si mak, bila nampak anak2 bawak balik lembu sekor, pengsanlah pulak. Jenuh si anak cuba bangunkan mak nak bagi tahu yang dorang dah bawah balik semua yang mak pesan suruh cari. Nak gelak ada, sedihpun ada. Diselit pulak, lagu S.M Salim "Apa Nak Jadi". Paling terharu, bila si emak memeluk semua anak2 "yang boleh diharapkan" tu dengan penuh kasih sayang.

I memang suka iklan ni. Bebudak ni actingpun natural, bukan dibuat2. Ada kelass. Yang bangganya, shooting rasanya buat kat Sungai Perak, dekat benor ngan kampung teman tuu...

Monday, July 6, 2009

Iklan lagi

Iklan ni I dengar masa nak hantar Soraya gi sekolah. Tak tahulah nak kategorikan apa iklan ni SSX ke tidak. Kita yang tua tahulah tapi bila Soraya tanya kat I, payahlah pulak nak explain.

Lebih kurang macam nilah bunyi iklan tu:

Isteri: Baanggggg ...

Suami: Yaaaa..........

Isteri: Kenapa abang ni ....

Suami: Itulah, ayang kena makan pil penyegar binari untuk jagaan luaran wanita dan pewangi binari untuk kesegaran dalaman wanita serta ... bla...bla...bla...bla...bla ...

Isteri: Ayang dah pakai poooong ... (dengan suara liuk lentuk)

(Nanti you all dengarlah suara mempromosi pasal produk apa benda tulah .... mengarut jer semua tu campur sikit ngan music background) lepas tu adalah pulak bunyi "kreccch..." dan tetiba bunyi suara si laki.

Suami: Oh ... patah lagi....

Anak dara I nyer reaction, "mummy, what patah ... what patah mummy, I don't understand".
Abih, apa I nak jawab????

Tuesday, April 28, 2009

Iklan radio yang kelakor

Pagi tadi masa I hantar Soraya gi sekolah, macam biasa I dengar radio HotFM (remember, I am so the melayu one, so I switch to this channellah), we all terdengar iklan ni. Memang nampak macam biasa jer, tapi both of us gelak bagai nak rak dalam kete sebab cara penyampaiannya very the kelakor one. Taklah macam orang baca skrip, takder perasaan langsung ... flat jer ...

Iklan tu iklan KFC dan bunyinya lebih kurang macam nilah:
"Man, man ... man tak makan ke", suara si mak
"Oh...Man dah makan KFC", suara anak tapi dengan suara yang garau.
"Eh...makan KFC, suara boleh jadi besar macam tu ker", tanya si mak balik.
"Tak ... Man dah tukar jadi Wolverine (watak dalam filem X-men)", jawab si anak.
"Banyaklah ko punyer Wolverine, meh sini tolong mak basuh pinggan", suruh si mak tapi inotasinya bunyi kelakor sangat.
"Makkkkk .... Wolverine mana boleh basuh pinggan", suara si anak (yang biasa bukan garau).

So far, itulah iklan yang I kira boleh buat I gelak. Mungkin banyak lagi tapi I terlepas pandang kottt. Nanti kalau I terdengar yang lain, I updatekan kat sini okkkkk.....

Wednesday, April 8, 2009

Update: Iklan menjengkelkan

Ingat tak entry I pasal iklan radio yang "menyakitkan dan menggelegakkan tahi telinga".

So, this is the sambungans ...
  1. Iklan beras Basmathi -- "Siti, siti, masak apa, boleh bau dari rumah meiii... (ini sora orang Cina). "Siti, siti, masak beriani ka .... (ni pulak sora orang India) .. Biasalah iklan radio ker, drama tv ker, mesti nak ada kemuhibbahannyer, semua bangsa kena participate. Kalau takde, tak sah.

  2. Iklan TM reward -- "Bang, ni air kosongnya" ... "Ohhh... sedapnyer, mari abang hadiahkan melancong ke Rome" ... "Ada udang di sebalik mi ke ... Abangg ... (suara bini yang mengada2).... "Joom kita makan udang kat Hong Kong" ... "Abangggg ... abang tak sihat kerr (bertambah mengada2 lagi bunyinyer) ..... "Nanti kita gi klinik kat Sydney". Aduh... tolonglah, tak sanggup I dengar, I pun bini orang gak, tapi taklah mengada-mengada macam tu. Jatuhkan martabat orang pompuan jerrrr ..
  3. Iklan Makanan bijiran nestle --"Abang, tadi saya bagi Aiman makanan bijirin (cakap ala-ala berlenggok2 lah pulak) ... "Ye ker ?? .. (jawab si laki) .... "Ya, ia juga senang dihadamkan, ada DHA, AHA .... vitamin dan mineral yang lain" (si bini dok explain) ...."Eh...laparlah pula, masak apa malam ni" (tanyer si laki) ...."Abang nak puding pisang, Aiman dah kenyang, abang jerlah yang makan yek".... Oh, pls ... boleh tak buat iklan yang nampak bijak sikit, ini langsung, tak membina minda. This is not the way nak lakukan produklah weiii ....

Atcually, bukanlah I nak downgradekan iklan-iklan ni tetapi kenkadang melampau2 sangat. Rakyat Malaysia dah makin pandai, kalau tidak takkan ada yang boleh dapat sampai 21As or 22As. Masa I dulu lainlah, dapat gred satu SPMpun dah ok, tak kiralah agregat banyak ker ciket ker ... janji first grade.

Tetapi, tak dinafikan juga ada sesetengah iklan yang bijak dan very2 entertaining to hear. Bukan setakat entertaining tapi boleh buat kita gelak tergolek-golek. Syabas to these type of iklans ..


Tuesday, April 7, 2009

Iklan radio kengkadang menjengkelkan

Iklan radio kadang-kadang begitu menjengkelkan, boleh buat "tahi telinga menggelegak gitu". I cuma dengar radio masa pegi keje dan balik umah jerr, kalau seminggu tak bawak kete, seminggulah tak dengar radio. Since I'm so the melayu one, I dengar HotFM, seronok gak dengar celoteh FBI and Fafau ( jangan taktahu dorang tu produk ITM, macam I lah jugak). Dulu I suka dengar Era, masa zaman Khairil ngan Kiran, tapi bila dah tukar DJ lain, I pun tukar selera sebab DJ baru tu, I rasa suara I lagi sedap.

Choice of songs kat HotFM memang the very daboooom, suker I gitu. Favourite song I "Matahari" dan lagu-lagu jiwang Anuar Zain mesti ada terselit, aper lagi wajib makronah mesti full volumenyer. I pun nyanyi sama, belasah jerr, bukannya orang dengarpun.

Tapi yang tak sedap, bila masuk time iklan. Aduh ... sakitnya hati bila dengar. Antara contohnya:
  1. Iklan Syadira -- "Lama tak nampak, muka kau semakin berseri. Apa yang kau pakai." "Aku gunakan krim syadira ......." (orang yang buat iklan ni, bila bercakap macam penuh air liur dalam mulut, bergulung-gulung lidah).

  2. Iklan Anita Sarawak -- "Jangan lupah jumpar Kak Nita di Derby Park, Kuala Lumpur". (Dahlah cakap menjerit-jerit, intonasipun termengah-mengah).

  3. Iklan Celcom -- "Karipap, karipap", "Kakak, kakak, berapa harga satu karipap. (Terlampau mengada-ngada).

  4. Iklan Bank Muamalat -- "Lama tak jumpar, hang pi mana ..... Camnar tu cuba habaq mai ... (gaya nak buat lembut longlai macam mami tanjung cakap, eeee.. tapi bila dengar, tak sanggup akak).

Kalau tak percaya, cuba dengar .... sebenarnya banyak lagi. Nanti senang-senang I updatekan.