A full-time working mummy who have to juggle between work and family. Married and blessed with two beautiful princesses. Believes in a philosophy "Life is not complex...we are complex. Life is simple and the simple thing is the right thing".
Showing posts with label gigi. Show all posts
Showing posts with label gigi. Show all posts
Tuesday, July 13, 2010
Income Tax settle
Semalam I tak keje, so I decided lepas jer hantar si Alea sekolah, terus I gi income tax Jalan Duta, nak settlekan segala hutang piutang I. Hari tuh, I dapat surat dari income tax, katanya I kena bayar balik 780 hengget, so, tujuan I pegi ni kalau boleh nak buat rayuan bayar secara ansuranlah, tak kiralah dua kali ataupun tiga kali ansuran. Maklumlah, bulan nih I "kopak" abih sebab "overhaul" gigi I. Nawaitu I memang nak bayar tapi I bawaklah sekali segala resit, statement insurance dan EC form, nak suruh dorang kira balik sebelum I bayar. Sampai jer kat kaunter, I terus "sua"kan kat Puan Kaunter tuh segala apa yang patut. Memula sekali, I tanya Puan Kaunter, "Betul ke saya kena bayar sampai banyak gini sebabnya kalau tengok pada PCB, saya dah bayar lebih daripada 1,500 hengget, boleh tak Puan tengok balik, takut2 belum ditolak lagi". Memang betul, bila Puan Kaunter semak semula, terdapat kesilapan pengiraan dan sebaliknya pula, pihak income tax yang dah berhutang ngan I lebih kurang 600 hengget selepas ditolak "hutang terkurang bayar" cukai2 I tahun2 sebelumnya. Alhamdullillah, I takyah bayar sesenpun dan Puan Kaunter tuhpun terus tulis "surat priority" agar duit I dapat dikembalikan dalam tempoh satu hingga dua minggu. Aduh ... tarik nafas lega I ... tapi sekejap jer sebab lepas gi income tax, I terus pegi pejabat admin kondo BP yang I sewakan kat tenant untuk bayar "duit maintenance" 600 hengget. Well, I still bersyukur sebab sekurang2nya duit yang I sepatutnya bayar kat income tax, I dah boleh settle duit "maintenance". Syukur, syukur ... sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Mengasihani di kala umatNya berada dalam kesusahan ....
Labels:
Allah Maha Besar,
gigi,
income tax,
rezeki
Saturday, July 10, 2010
Separuh gajiku melayang
Kalau Anang femes dengan lagu hitnya "Separuh Jiwaku Pergi", lain pulak dengan I, "zaman jiwang2"nih dah lama berlalu dalam kamus hidup I tapi "hit of the month" I ialah "Separuh gajiku Melayang". Apataknya, hari nih I ada appointment lagi ngan Dr Dentist. Masuk nih dah tiga kali dalam tempoh sebulan. Tolak, campur, dharab, bahagi, rasanya lebih separuh daripada gaji I untuk bulan depan dah abih kat gigi I. Yerlah, asyik "menenyeh" jer sementara nak tunggu gaji bulan depan masyukkk. Kawan I yang kat overseas tu cakap kat I, "Takpalah, orang lain naik setakuk, tayang pay slip, tayang kereta baru, ngko pulak tayang jerlah gigi ngko, menyerongehlah ngko sepanjang bulan depan". Kureng asam punya kawan. Yerlah, kalau tak buat kalu, I yang tanggung sakit sorang2, so "biar lebur jerlah separuh duit gaji tuh". Tapi takpa jugak, ada hikmah sebenarnya yang I sakit gigi sebelum nih, kalau tak sakit "haram I nak jejak dentist", so bila dah sakit nih, baik "overhaul" semua, omputih cakap"once and for all". Memanglah "rasa sengkek" sangat tapi I selalu ingatlah diri I, insyallah rezeki ada di mana2, "taklah sampai mati kebulur". Kat dentist tadipun, hampir sejam jugaklah, Puan Dr tuh "menggerodak" mulut I. So, next appointment, end of this month. Oh ... duit lagi. Isnin ni pulak, kena gi income tax, nak settle payment. I ingat nak buat rayuan, bayar dua kali. Oh tidak .... duit lagi. Bestkan kalau kita dilahirkan "kaya$ raya$", tak payah nak susah2 hati pasal duit ... sebut jer "dan2 tu jugak duit dah ada depan mata" ....
Tuesday, July 6, 2010
Tidur tak "hengat dunia"
Semalam I MC lagi. I kena buat "minor surgery" kat gigi I, emergency case, takleh nak dielakkan lagi. Rasa2 dalam satu jam setengah jugak sampai lenguhlah mulut I dok menganga. Kalau compare dentist gomen dulu dengan dentist private sekarang memang "macam langit ngan bumi", canggih abih. I langsung tak rasa bendapun masa Puan Dr tuk dok "menggerodak" mulut I. Camnerpun, bulan nih kopak lagi sebabnya untuk surgery yang "secotet" tu, I kena charge 1,500 hengget, kena bayar penuh pulak tuh, no "instalment2". Sabtu nih kena pegi lagi, haruslah melayang "beratus2" hengget lagi. Nak tahu apa I buat sepanjang hari semalam, I boleh "membongkang" tak sedar diri sehari suntuk wa cakap lu sampai anak dara I si Alea komplen, "Mamee nih dido, dido, dido" (Mummy nih tidor, tidor, tidor). I pun tak tahu, ubat apa yang I dah telan, I boleh "tido sampai tak hengat dunia". Cakap pasal tidor ni, bukan aje siang I boleh "membongkang", malampun kalau "membadak" tak sedar apa jadi kat luar. So, I kena admitlah memang "I kuat tidur ... abih camnor dah Allah bagi nikmat tidur, so, tidurlah sepuas2nyer" ...
Labels:
demam,
gigi,
klinik,
myself,
ten-ten (Alea)
Monday, June 28, 2010
Bulan nih "kopak" abih
Rasanya, bulan nih I "kopak" abih tapi "still boleh bernafas pelan2" lagi. Ntahlah, duit nih memang "berhantu", kuarkan pagi, petang dah langsai. Tak tahulah, ada jer yang nak kena berbayor. Tak pasal2 jugak, bulan nihlah jugak kena renew driving license, nak "overhaul" gigi lagi (kalau tak buat kalu, nak pakai jangka panjang), servis kereta, insurans lagi, beli tu, beli nih ... Ada yang bayar cash tapi paling banyak "menyain" jerlah. Buat masa nih, I belum lagi kuarkan duit gaji yang baru I dapat minggu lepas. I nak tunggu statement dari Citibank dulu, barulah I nak buat "adjustment". Memula I nak langsaikan dulu hutang kredit kad, lepas tuh barulah I nak "stabil"kan balik financial I nih. Nak taknak, kena jugak mintak tolong hubby. Kalau boleh I tak suka nak mintak tolong orang. Lecehlah, kalau dulu I tak "terlalu baik, naif dan percayakan orang" bagi hutang segala bagai duit I, I memang tak akan menyusahkan sesapa. Betul orang cakap, part2 hutang nih, jangan percayakan orang, hatta adik beradik sendiri. Hutang yang konon nak bayar dalam dua tiga bulan, dah beranak jadi bertahun2. Ni ntah bilalah I nak dapat balik duit2 I tuh, agak2 sampai kuching bertanduk kot. Paling latest, I kena bayar duit income tax, dorang tersalah kira katanya. Aduh ... tak pasal2, melayang duit I. Saving, memang ada tapi kalau boleh I taknak sentuh langsung saving I tuh sampai end of this year tapi rasa2nya kalau takda cara lain, terpaksalah jugak nampaknya ... last resort, omputih cakap. Camnerpun, dalam "kopak2" nih, I ingat sebelum posa, I nak buat makan2 kenduri kesyukuran kat rumah mak I Selayang. Saje jer nak bersyukur atas nikmat yang Allah dah berikan pada I dan anak2 walaupun dalam kami mengharungi segala kesulitan dan dugaan. Kenkadang rasa marah jugak kat Allah atas segala dugaan tapi I cepat2 beristifar ... well, I believe everything happens for a reason ...
Labels:
family,
gigi,
hutang,
income tax,
mak,
money,
rezeki,
shopping mopping,
ujian Allah
Saturday, June 26, 2010
A shoulder to cry on
Semalam I dapat MC lepas pegi dentist, buat "root canal" kat geraham atas I. Memang, lepas jer balik ambik si kechik dari sekolah, I nak membongkang jer kat rumah. Yerlah, namapun MC, duduk kat rumah jerlah, takkan nak gi meronggeng pulak. Rasa2 dalam kul 4 pm gituh, kawan I call, "Lin, jom teman aku gi Mont Kiara kejap". "Buat apa, aku malaslah, aku MC hari nih, aku malas nak kuar". "Jomlah, aku ambik ngko kat rumah". "Alah, malaslah, aku tak suka gi kawasan tuh, not my territory, lagipun aku MClah hari nih, aku sakit gigi."Kejap jer, aku ambik ngko". Cinabeng punya kawan, tak reti cakap Melayu kot, dah kita cakap taknak, taknaklah. I pun baringlah balik, tergolek sana, tergolek sini, kejap2 pegi berkumur2 sebab gigi I rasa nyilu lagi. Tak sampai setengah jam, I dengar ada orang "ding dong" kat luar and bila I jengok nampaklah kete rogna "kelabu taik hanjing" kat luar. "La, minah nih datang jugak". I pun turunlah bukak gate, tak lama tuh nampaklah kawan I ni dengan "spek mata hitam gedabak" dia dengan "subang yang boleh buat gelang lagi" jalan berlenggang. Nasib baik tak pakai legging corak rimau, kalau tak "sejibik macam leopard betina miang nak berlaki". Sorrylah pompuan, aku kutuk ngko sikit, camnerpun ngkolah kawan aku "dunia akhirat", omputih cakap "a shoulder to cry on". "Hoi, cepatlah siap, teman aku kejap jer, aku seganlah nak gi sorang". "Jap, aku gi pakai jeans". On the way tuh, kawan I nihpun singgahlah kejap kat stesen menyak. Yang pelik tuh, bila dia turun, bukannya dia isi minyak, dia dok melilau sana sini, dok gamit budak yang keje kat stesen tuh. Lama jugak I tunggu bila dia tetiba masuk. Rupa2 nya, selama nih, minah sekoq nih tak reti isi menyak. "Laillahhaillahlah, benda yang senang tuhpun ngkopun tak reti kalau isi angin tuh aku bolehlah terima, nih isi minyak ngko tak reti, bawak kete canggih abih". Lagi satu, minah nih kalau bawak kereta, dahlah kerusinya ke depan abih, bawak kete pula tegak macam robot. "Ngko nih, bawak kereta macam robot, tegak jer". "Ngko nih Lin, tak komplen tak boleh ker, tak padan dengan sakit gigi". Seriously, I rimas tengok dia bawak kereta. Itu belum bab parking lagi, lembap mengalahkan kekura. Ke depan ke belakang, ke depan ke belakang, parking tak jugak. Rasa macam I nak ambik kunci, biar I ajelah yang drive. Tobat I, lain kali, kalau nak kuar jugak ngan dia, biarlah I drive kete sendiri ataupun takyah kuar langsung. Dalam dok kutuk2 tuh, dia tetap kawan I, kawan I masa susah dan masa senang. Macam I cakap awal tadi, kawan untuk "menangis di bahu". Bukan senang nak cari kawan seginih .... pompuan, thanks for always be there when I really need you ...
Sakit gigi
Rasanya dah lama I tak sakit gigi dan alih2 tetiba jer geraham atas I berdenyut2. Memula I ingat sakit biasa jer tapi lama2 sakit tuh makin menyucuk2 especially bila malam hari. I bukannya macam orang lain, setiap enam bulan pegi check gigi. I bila sakit jer baru pegi dentist. Paling last lepas beranakkan si Soraya. Bayangkan dah 10 tahun I tak penah pegi dentist. Aduhh ... sakit gigi bukan boleh buat main2 beb, nyilunya menyucuk2 sampai ke tulang hitam. Paling kronik, Khamis lepas siap google lagi cari dentist yang paling dekat ngan rumah I. Dan bila dah pegi klinik tuh, ada pulak dalam kita dok sakit2 tuh, si kerani klinik dentist tu cakap "you kena buat appointment dulu". Gila ke aper, kita tengah sakit, dia suruh kita buat appointment. "Kalau sudah emergency casepun kena buat appointment dulu ker". "Dah penuh kak, saya buatkan appointment untuk kakak pagi2 esok". Oklah, do I have a choice? Harap2 janganlah sakit berdenyut2 malam nih. Hampeh, malam tuh I takleh tidor, asyik berkumur ngan air garam jer, nak bagi hilang denyut. Ubat "pain killer" yang I beli kat Guardian tuh langsung takleh pakai, "tak lut langsung". So, the very next morningnya (pagi semalamlah), dalam perjalanan nak hantar Alea sekolah, lepas tuh terus gi klinik tetiba hubby sms cakap dia takleh ambil Alea sebab ada meeting kat Putrajaya. Alamak, camner nih, sapa pulak nak ambik Alea sebab I takut appointment I akan terlajak sampai tengah hari. Alea nak tak nak kena gak gi sekolah sebab nak sambut "besday" dia kat sekolah dan I dah cakap kat teacher nak bawak kek bagai. Takpalah, tawakal jerlah, kenkadang kita dalam kerumitan Allah akan lapangkan perjalanan kita.
I sampai klinik dalam kul 10am dan 10.30am, Dr dah panggil masuk. So, I estimatekan Dr tu akan kerjakan gigi I dalam one hour, sempat lagi nak ambik si kechik tuh. Sebelum jumpa Dr tuh, I rasa takutlah jugak. Yerlah, kita dah bertawon2 tak check gigi, malulah nanti kalau nanti bila bukak mulut jer, Dr cakap, "Ayo, your gigi so teruk onelah, berapa tahun you tarak check". Tapi. suprisingly, Dr tuh cakap "Your teeth looks ok cuma ada cavities, so I akan rawat in stages, meaning you kena datang tiga kali lagi jumpa I. Gigi geraham yang sakit tuh sebab dah berlubang teruk dan sampai ke nerve. What I have to do, in order to save the geraham, I akan buat root canal". Siap buat X-ray lagi, canggih betul rupanya dan barulah I tahu gigi I ni jenis yang pendek2. Lepas buat "root canal", next I kena buat "scaling" iaitu cuci gigi dan "crowning", tampal segala lubang2 gigi yang ada. Satu lagi proses apatah I tak ingat tapi Dr cakap proses tu susah sikit sebab gigi I nih pendek, susah nak potong. Nak tahu berapa kos semua .... dua hebu hengget lorr. Bulan nih, memang I kopak sungguh tapi kalau tak buat, I sendiri yang akan tanggung sakitnya in the near future. So, nak tak nak, sain jerlah kad kredit tuh. Sebenarnya, masa Dr tuh dok kerjakan gigi I, tak rasa sakit langsung, kuat sungguh ubat bius yang digunakannya tapi Dr tuh cakap I still akan rasa sakit dalam sehari dua lagi sementara nak tunggu "root canal"nya betul2 kuat dan mantap. Tapi memang betul, malam semalam bila datang denyutnya, rasanya macam nak menjerit punyalah sakit, datang pula sekali sekala, itulah yang buat kita lagi geram. So, I ada lagi tiga appointment dengan Dr nih, rasa2 inilah pertama kali I betul2 "overhaul" gigi I. Mintak2 lepas nih, janganlah sakit lagi ... tak tahan woooo .....
I sampai klinik dalam kul 10am dan 10.30am, Dr dah panggil masuk. So, I estimatekan Dr tu akan kerjakan gigi I dalam one hour, sempat lagi nak ambik si kechik tuh. Sebelum jumpa Dr tuh, I rasa takutlah jugak. Yerlah, kita dah bertawon2 tak check gigi, malulah nanti kalau nanti bila bukak mulut jer, Dr cakap, "Ayo, your gigi so teruk onelah, berapa tahun you tarak check". Tapi. suprisingly, Dr tuh cakap "Your teeth looks ok cuma ada cavities, so I akan rawat in stages, meaning you kena datang tiga kali lagi jumpa I. Gigi geraham yang sakit tuh sebab dah berlubang teruk dan sampai ke nerve. What I have to do, in order to save the geraham, I akan buat root canal". Siap buat X-ray lagi, canggih betul rupanya dan barulah I tahu gigi I ni jenis yang pendek2. Lepas buat "root canal", next I kena buat "scaling" iaitu cuci gigi dan "crowning", tampal segala lubang2 gigi yang ada. Satu lagi proses apatah I tak ingat tapi Dr cakap proses tu susah sikit sebab gigi I nih pendek, susah nak potong. Nak tahu berapa kos semua .... dua hebu hengget lorr. Bulan nih, memang I kopak sungguh tapi kalau tak buat, I sendiri yang akan tanggung sakitnya in the near future. So, nak tak nak, sain jerlah kad kredit tuh. Sebenarnya, masa Dr tuh dok kerjakan gigi I, tak rasa sakit langsung, kuat sungguh ubat bius yang digunakannya tapi Dr tuh cakap I still akan rasa sakit dalam sehari dua lagi sementara nak tunggu "root canal"nya betul2 kuat dan mantap. Tapi memang betul, malam semalam bila datang denyutnya, rasanya macam nak menjerit punyalah sakit, datang pula sekali sekala, itulah yang buat kita lagi geram. So, I ada lagi tiga appointment dengan Dr nih, rasa2 inilah pertama kali I betul2 "overhaul" gigi I. Mintak2 lepas nih, janganlah sakit lagi ... tak tahan woooo .....
Labels:
gigi,
klinik,
myself,
rezeki,
ten-ten (Alea),
ujian Allah
Subscribe to:
Posts (Atom)