A full-time working mummy who have to juggle between work and family. Married and blessed with two beautiful princesses. Believes in a philosophy "Life is not complex...we are complex. Life is simple and the simple thing is the right thing".
Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts
Thursday, March 21, 2013
Somewhere in Paris
Seriously, love this place... aman dan damai sungguh. Walaupun singgah sekejap jer, tapi memang nyaman. Nampak jer biasa, tapi sejuk beb sampai ke tulang hitam. Emmm...entah bila agaknya nak sampai ke sini lagi. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, sapa yang tahu. Kot2 boleh terbang dengan layanan istimewa dan first class lagi gituh...
Thursday, February 14, 2013
BeRSaLji SalJU lagi...
Still kat Geneva, Switzerland ...salji baru nak turun, sejuk sangat dan masa nih, sempat lari kejap ambil gambar sebelum naik bas gi dinner kat one place. And tempat we all dinner tuh, memang cantik sesangat, cottage2 yang diselubungi salji .... rasa macam dalam pelem. Tapi yang tak bestnya, tak boleh ambik gambar dari dalam bas sebab salji too lebat. Memang best tempat nih and the Mat Salleh yang host we allpun memang baik sangat...bila lagi nak sampai sini yekkk....semua layanan first class...
Me, in Geneva Switzerland
Wahhhh...sekarang nih, nak gi cuti mana2pun, senang, asalkan ada duit. Cuma, antara hendak dan tak hendak. Tapi, gambar yang di atas nih, bukan pegi bercuti tau, pegi kerja, cover assignment aviation kat Geneva, Switzerland. Best, sebabnya, salji turun non-stop. Dapatlah tengok salji, bila cakap jer, keluar asap kat mulut. Memandangkan pegi untuk kerja dan segalanya berbayar, jadi, tak sompeklah den nak bermain2 salji sebabnya, abih jer kerja, terus kena ke Amsterdam pulak. Tapi apa2pun memang best...mana nak dapat kerja cam ginihkan....terbang pulak bisnes class...
Saturday, June 30, 2012
KiDzaNia Wif d KiDs...
Ini sebenarnya masa cuti sekolah harituh. Bukan senang nak spend quality time with my gegirls -- Soraya and Alea. Itulah, my kechik selalu cakap, "mummy, you always work, work, work" and of course I do feel guilty tapi nak buat camner dah kerja I cam gituh, tak macam kerja orang lain. Anyway, this time around, we went to Kidzania, nearby our house jer. Fuhhhh...letih wa cakap lu, almost five hours dalam tuh and ramai pulak bebudak lain, boleh pengsan dibuatnya tapi herannya, the girls were so energetic, lari sana, berambat sini...non-stop, tak tahu letih langsung. Itulah, whatever it is, any mummypun mesti happy kalau tengok anak2 dorang happykan. To kakak and adik, nanti kita datang sini lagi ok ...
Tuesday, January 10, 2012
Cuti2 di Sunway Lagoon

Balik dari Penang, I bawak anak2 ke Sunway Lagoon pulak. Si kakak beriya2 sangat nak pegi. So memandangkan I masih lagi bercuti dan hari tuh kakak tak ikut I pegi HRH, why not, bukan selalupun boleh bercuti dengan kakakkan. Seronok betul tengok bebudak nih berendam dalam air, langsung taknak naik. Nasib baik ada si Dewi, tolong temankan si kakak main kat team park Sunway Lagoon nih. Kalau harapkan mummy, memang tak berani punya. Next time kita pegi tempat lain pulak okkk....Thursday, January 5, 2012
Cuti2 Mesia
Akhir tahun 2011, I sempat bercuti "Cuti2 Mesia" di Penang bersama famili dan Mohaini sekeluarga. Tapi sayangnya, cuti ke Penang, Soraya tak dapat ikut atas sebab2 tertentu. I menginap kat Hard Rock Hotel Penang sementara Mohaini kat G Hotel, kat tgh2 town Penang. I memang dah lama nak duduk kat HRH sebab kalau pegi overseas, kami selalu tak lepas peluang pegi HRock Cafe, apatah lagi I memang suka kumpul shot glasses, t-shirts and fridge magnets Hard Rock dan segala bagai from all over the world. Rasanya koleksinya HardRock Cafe I dah penuh satu lemari. Kalau nak dikirakan, memang jauh dari town, pegi balik RM70 tambang teksi, tapi namapun cuti, naklah sekali sekali jauh dari hiruk pikuk bandar. First day sampai, Malina fetch I ngan anak2 kat airport. Kami pegi makan lunch dan malam pulak keluar lagi pegi makan pasembur dan laksa di Epslanade. Memang best tambah2 Kole belanja. Bila lagi nak rasa Kole belanjakan. The very next day, memang I ngan anak2 berkubang dan berkurung kat hotel jer. Mula2 cadang nak pegi Penang Hill tapi sayang betul nak tinggalkan bilik hotel. Bukan apa, bayar mahal2, duduk bilik 20 minit jer, baik ambik bilik biasa. Alea ngan Dewi apa lagi, berkubang kat pool dari pagi sampai tengahari, balik makan kejap kat HR Restoran, lepas tuh sambung balik mandi. Petang pulak pegi tepi laut, tengok orang main jet ski dan berparachuting and malam ke pasar malam Batu Feringgi. Insyallah, next year, mungkin kami akan ke Universal Singapore pulak, kalau ada rezeki lebih. Di kesempatan ini, I ingin ucapkan terima kasih banyak2 pada Kole, Malina, her SIL Ayu yang bersusah payah fetch dan hantar I ke hotel, anak2 saudaranya Erina dan Ariayanna yang boleh berkawan ngan Alea. Thanks Kole sebab belanja kitorang makan ... next time bawak we all pegi makan kat proper restoran pulak ok ...
Wednesday, November 30, 2011
Kebetulan or memang betul2...
I pun tak tahu whether this is kebetulan or memang betul2. Bukan sekali tapi dah banyak kali benda nih jadi. Kenkadang terfikir jugak samada we all nih pembawa rezeki kepada orang lain. Kalau betul, alhamdulliah ... dan semoga rezeki kami sekeluargapun terus diberkati dan murah. Citer macam ginih, setiap kali we all masuk restoran or mana2 kedai makan yang memang selengang2nya, tak sampai 10 minit kami buat order, tetiba menderu2 customer lain masuk dan kedai yang lengang tadi jadi penuh. Pernah sekali, kami makan di satu kedai kat Sunway, memang kosong-sekosongnya sampaikan tukang masak dan pelayan kedai nih masing-masing dok ternganga rileks tengok TV. I siap sound Dewi, "sure tak sedap makan kat sini, sebab kosong jer". Disebabkan malas nak cari kedai lain, kamipun masuklah. Tak sampai 5-10 minit, lepas kami buat order, tetiba lepas sorang, sorang customer masuk. Itu takpa lagi, tapi kalau dah setiap kali kami masuk restoran or kedai kosong, tetiba lepas tuh, ramai pulak yang masuk, mesti terdetik dalam hati "kami nih memang pembuka rezeki ker, alhamdullilah ... semoga rezeki kami juga murah". Last Sunday, I, Soraya , Alea and Dewi pergilah ronda2 kat Curve and bila lapar kami masuklah satu restoran nih. Customer cuma dalam lima orang jer kalau nak dibandingkan dengan restoran yang besar tuh. Tak lama kemudian, tetiba penuh jer restoran tuh. I cakap kat Dewi, "Dewi, perasan tak, setiap kali kita masuk mana2 restoran/kedai kosong, tak lama kemudian ramai yang masuk. Kita nih memang penarik rezeki kot untuk tokeh kedai nih". And Dewipun ala2 Master Chin pun tanya I, "Akak lahir hari apa, saya tahu Alea hari Selasa. Orang Indon percaya, Selasa hari yang bagus kerana ia dianggap hari tertua.". Manalah I ingat, hari apa I diberanakkan. Kebetulan Soraya ada, so dia cakap IPhone dia boleh track ke tahun I dilahirkan. So, lepas ditrackkan, Soraya dilahirkan pada hari Isnin, Alea pada Selasa, mummy hari Rabu dan hubby hari Khamis. Dan menurut Master Chin I yang bertauliah tuh (Si Dewi), itu memang petanda baik kerana hari2 kelahiran itu berturut2 dan menyokong antara satu sama lain. Entahlah ... wallahualam, tetapi apa kena mengena dengan memberi rezeki. Si Master Chin ni adalah explain dengan panjang lebar kepercayaan orang Indonesia, tapi complicated sikit and I tak berapa nak faham sebab berkait antara satu sama lain. Apa2pun rezeki semua di tangan Allah dan kita sebagai umatNya kenalah berusaha, tak boleh tunggu duit turun dari langit jer ....
Wednesday, September 28, 2011
Alea n Dewi
Sapa jadi maid I memang beruntung. Mana2 pegi holiday, pasti dibawa, tidak kira dalam negara atau luar negara. Pada I, apa salahnya bawak dia ke mana2, tak luak apapun, membantu adalah, terutamanya anak2. So, sesapa yang ada maid tuh, layanlah dengan sewajarnya. Dorangpun manusia macam kita and in fact dorangpun tahu di mana kedudukan dorang, tak payah nak sergah2 ataupun terlalu bossy. Separuh orang tuh "berlagak jer lebih, habukpun tarak". Gambar kat atas nih, si Dewi ngan Alea sempat bergolek2 kat dalam bilik hotel sebelum kuar bekfast ... kakak Soraya pulak biasalah tak dapat ikut serta ... rugi tau kakak, kita dapat rasa suasana kampung lagi ...Tuesday, September 20, 2011
Bersantai di tepi laut Sabak Bernam
Thursday, March 17, 2011
Cuti sekolah



Minggu nih cuti sekolah and selalunya Soraya aka Masako without failed akan berholidaying, tidak kira di dalam or ke luar negara. Kiranya "wajib makronah"lah, kena buat jugak2. Elok gak tuh, kalau nak harap I, memang "kirim salam" jer. Bak kata Alea, "mummy nih, work...work...work". Kalau ikutkan perancangan, Masako supposed to fly to Japan tonite tetapi because of what happened in Japan currently (earthquake, tsunami and nuclear radiation), everything kena cancel with immediate effect. As a mummy, alhamdullilah because the disaster happened earlier, cuba kalau berlaku right after she left for Japan, boleh pengsan I dibuatnya. Like I told my hubby, "duit boleh dicari, nyawa anak tiada tandingannya". So, cuti sekolah kali nih, duduk rumah jer, spend more time with mummy and maybe sekali sekala go tengok movie or main2 kat Berjaya Times Square. Oklah, gambar dua beradik kat atas tuh diambik masa besday their cousin just recently. I pesan kat Dewi suruh ambik gambar Soraya ngan Alea banyak2 sebab I tak attend that function. Biasalah mummy, kalau tak keje, sibuk ngan aktiviti lain lah pulak ......
Labels:
anak2 mummy,
cuti,
soraya,
ten-ten (Alea)
Thursday, March 10, 2011
Lagi "posing sopan" kat ICT



Lagi gambar Alea ngan cousin2 "mukminah" dia. Memang seronok sakan dorang "berposing sopan" kat sini. Nanti, nak gi kat tempat salji pulak. Tak dapat pegi "over the sea", kat Mesiapun jadilah ....
Labels:
cousin,
cuti,
family,
ict,
ten-ten (Alea)
Tuesday, March 8, 2011
Serasi Bersama
Inilah pasangan "romantika de'amour 2011". Siap mandi cahaya lagi ... lap, lip, lap lip. Bukan setakat romantis dan romantik tapi "serasi bersama" gituh. Tengok badanpun dah tahu, memang amat serasi dan sepadan sekali. Omputih cakap, itulah tanda2 "prosperous dan prosperity". Kalau nak tahu, inilah abang I yang sulung ngan wifey tersayang. Dorang nih tinggal kat Johor, sekali-sekala jer balik memeriahkan rumah mak Selayang. Doa I semoga kehidupan keluarga abang I sentiasa diberkati Allah, dimurahkan rezeki mereka dan kekal berbahagia sehingga ke anak cucu. Itu jerlah yang boleh I beri, kalau nak harapkan wang ringgit, I pun bukannya senang manapun ...
Bermandi cahaya di ICT





Masa cuti panjang raya Cher harituh, abang I ngan "rombongan cik kiah" turun dari Johor. Kiranya, penuhlah rumah Mak Selayang, macam hotel gituh. Antara aturcara sepanjang abang dan "rombongan cik kiah" berada di Kelumpor, selain buat kunjungan hormat ke rumah I, ialah melawat ke ICT. Waduh, meriah sekali kami di sana, bergambar sakan. Kalau tak caya, cubalah tengok gambar2 yang kat atas tuh ....
Friday, February 25, 2011
Ini kat mana yek???
Wednesday, February 16, 2011
Berbaloi dengan Kad VIP Sunway Lagoon
Salam to Rusydi ... berkenaan dengan kad VIP Sunway Lagoon tuh, pada I rasa amat berbaloi. I dah pegi harituh bawak anak2 masa cuti sekolah. Mula2 rasa cuaklah juga tapi kalau nak dikira dengan RM448 yang kita bayar tuh, dah banyak jimat. Pemegang kad VIP masuk free (entrance Rm100 seorang) sementara anak2 dapat 30 percent diskaun (dalam lingkungan tulah, I dah lupa) and kat dalam pulak, bila nak beli makanan, dapat lagi 15 percent diskaun termasuk barangan merchandise yang lain. I punya plan, I nak pegi at least empat kali sebelum kad expire, sebabnya, nak "kawtim" balik ngan apa yang I dah bayar tuh. Lagi satu, masa nak masuk ke Sunway Lagoon tuh memang takda hassle, tak payah nak beratur panjang, kita terus jer pegi kat kaunter VIP dan boleh masuk dengan selesa. Nak tahu, I anak beranak "perasan bagus jer" ala2 VIP gituh bila dapat potong queue yang panjang berjela tuh. By the way, enjoy your trip there .....
Friday, January 28, 2011
Cuti panjang minggu depan
Yahoooo, minggu depan cuti panjang sempena Tahun Baru Cina. Macam biasa, tak gi maner2, cuma berguling galak ngan anak2 dara kat rumah. Tapikan esok rasa macam nak gi makan "steak" jer, sambil2 tuh, cari dua patung Power Puff (blue and pink colour) untuk si Alea. Aduhhh ... part shopping tu ok, part makan2 tuh yang takleh tahan, cam mana gue nak kurus macam ginih dong, dietnya kejap, melantak yang lebih ....reunion tak lama lagi ....
Monday, January 24, 2011
Kak Yaya lagi
Wednesday, January 19, 2011
Anak dara besar
Tuesday, January 4, 2011
Plan nak round Europe
Sebelum berakhirnya tahun 2010, selepas dicongak, dikira dan dicampur simpanan dan dividen ASB yang I dapat untuk tahun 2010, I ada buat plan nak bawak anak dara I, Dewi dan Mak Selayang melancong ke luar negara tahun ini. (Untuk Mak Selayang, tertakluk, kalau Mak Selayang tak ke mana2lah, selalunya, Mak Selayang dah buat rancangannya sendiri ikut rombongan melancong bersama2 dengan group warga emas yang lain). I plan nak tour Europe. Pegi lima negara terus, bermula dari Zurich/Lucerne (Switzerland) - Paris (France) - Brussels (Belgium) - Amsterdam (Belanda) dan akhir sekali ke London (England). Memang I plan diam2, in fact, tarikhpun dah ada iaitu dari 11 Mac - 20 Mac (lebih kurang 10 hari). Kawan I yang ada kawan keje kat travel ejen bagi "quotation baik punya" tapi fly ikut Emirates Airlineslah bukannya MAS. Emiratespun ok, tempat duduk kelas ekonominyapun "quite big" sebab masa I pegi umrah dulu, naik Emirates. Kalau nak naik business class, cuma tambah Rm15 ribu lagi, tapi buat apa nak membazir, sebab duit tambahan ni bolehlah buat beli souvenir "Hard Rock Cafe". Punyalah bagus plan ... siap check tempat2 menarik yang nak pegi. Selalunya, kalau I ngan family bercuti, kami jarang ikut pakej, selalunya pegi sendiri2 so that "we have our own leisure time", tak terikat sangat ngan jadual. Tapi, kali nih, I memang plan nak ikut pakej. Pakej kawan I nih, memang terarah kepada Islamic, so part2 makan tu tak payah risau, siap bagi jadual solat lagi. In fact, dalam schedule, kita akan bersolat di masjid yang terbesar di London. Tempat2 lain yang nak pegipun semua menarik, boleh pilih sama ada nak naik cruise ataupun tube. Sebenarnya, nawaitu I melancong ni lebih kepada nak bawak anak dara kechik I, si Alea sebab kakak (Soraya) dah biasa sangat ke overseas, "globetrotter", mengalahkan I. Kalau ikut time yang I plan nak pegi nih, dah masuk spring tapi still sejuk sebab masa winter hari tuhkan teruk, jadi sejuknya masih terasa lagi. Kira kalau kita bercakaplah sesama kita, "asap kuar kat mulutlah gituh".Camnerpun, biasalah, "kita merancang, Tuhan yang menentukan" segalanya. Jumaat lepas, bila I check passport I, rupanya dah lama "mati" dan Dewi pulak, disebabkan dia warganegara Indonesia, I kena buat visa untuk dia dan I have to call Indonesian Embassy nak bagitahu. Walaupun, visa cuma untuk entrance and exit point jer, tapi I still kena buat visa semua negara tuh untuk si Dewi, kalau tak nanti, silap2, I dituduh jadi "pengsmuggler"lah pulak. So, jawabnya, kena postponelah semuanya. Nasib baik tak letak apa2 deposit lagi. Anyway, ini semua ada hikmah, sebabnya duit tuh I boleh terus simpan dan bertambahlah lagi duit dividen I untuk tahun nih. Duit yang lebih tuh, mana tahu boleh buat pegi Mekah jugak. Syukur kepada Allah ... tapi kalau Allah kata "jadik" mungkin akan "jadiklah" jugak plan I tu. Insyaallah, kalau diizinkan Allah .....tapi kawan I yang satu lagi tuh pulak cakap baik pegi Mekah dulu sebelum plan nak melancong mana2 ....
Labels:
beauty and makeover,
cuti,
family,
hard rock cafe,
maid,
mummy,
rezeki,
soraya,
ten-ten (Alea)
Tuesday, December 28, 2010
Minggu "beef steak" n "cekelat"
Dua minggu bercuti ... uhhh, hilang habis rasa segala stress. Bukan macam orang lain, selalunya, bila bercuti, I lebih suka "berlengkor macam ular sawa" kat rumah ngan anak2 dara. Tapi yang tak bestnya, masa cuti nilah, "part melantak" menjadi2. Bayangkan, dalam seminggu, selang sehari, wajib pegi makan "beef steak". Kalau tak kat Chilis, we will go to Tony Roma's Steak House ataupun ke TGI Friday, tapi yang paling sedap memanglah kat Tony Roma's. Itu bab "steak", belum masuk bab "cekelat" lagi. "Cekelat" bukan yang "cokiah2" punya, harus "cekelat" brand "Mark and Spencer" jer, tak nak kalah langsung. Si kechikpun dah terikut2, makan "cekelat". Takpalah, kalau gemuk, start keje, boleh diet balik. Kawan I cakap, selagi ada selera makan tuh, makan jerlah, jangan esok2, bila terlantar, terkebil2 jer tengok orang lain makan. Camnerpun, katanya, biarlah berpada2, makan tuh.Anyway, back to my cuti, inilah masa nak spend quality time ngan anak2. Maklumlah, I ni kan time kerja, pegi masa matahari tegak, balik rumah masa bulan dah nak kuar, so, campur, tolak, bahagi, darab, berapa kerat timelah I ngan anak2. Tapi macam biasa, anak dara besar I, si Soraya, takda ngan I. She has her own plan masa cuti sekolah. Takpalah, I berkorban jerlah ... asalkan dia happy, itu sudah membahagiakan I. Camnerpun, walaupun kami tak gi mana2 bercuti, I ngan anak dara kechik I pun masih juga "consider ourselves bercuti kat resort". Walaupun berkubang kat rumah sendiri, I bayangkanlah we all duduk kat mana2 chalet "10 stars". Semua facilities ada, baby pool "pasang siap"pun ada. Kalau nak guna "as and when", isi jer air ... berendamlah ngko sampai kecut segalanya. Masa bercuti nilah, selain bawak Alea gi "ronda2 shopping complex Kelumpor and PJ" (hampir tetiap2 hari), most of our time kalau kat rumah, I ngan si kechik akan tengok TV programme kat bilik kakak. Kalau Alea nak tengok channel kartun, dia akan tengok kat bilik I, and I will just remain in kakak's room "just to get the aroma and the feel of her". Mummy mana tak rindukan anak kannnnn ... kannnn.....kannn. "Rinduuuuu sangat2 mummy kat kakak ........"
Subscribe to:
Posts (Atom)









