Showing posts with label demam. Show all posts
Showing posts with label demam. Show all posts

Tuesday, July 6, 2010

Tidur tak "hengat dunia"

Semalam I MC lagi. I kena buat "minor surgery" kat gigi I, emergency case, takleh nak dielakkan lagi. Rasa2 dalam satu jam setengah jugak sampai lenguhlah mulut I dok menganga. Kalau compare dentist gomen dulu dengan dentist private sekarang memang "macam langit ngan bumi", canggih abih. I langsung tak rasa bendapun masa Puan Dr tuk dok "menggerodak" mulut I. Camnerpun, bulan nih kopak lagi sebabnya untuk surgery yang "secotet" tu, I kena charge 1,500 hengget, kena bayar penuh pulak tuh, no "instalment2". Sabtu nih kena pegi lagi, haruslah melayang "beratus2" hengget lagi. Nak tahu apa I buat sepanjang hari semalam, I boleh "membongkang" tak sedar diri sehari suntuk wa cakap lu sampai anak dara I si Alea komplen, "Mamee nih dido, dido, dido" (Mummy nih tidor, tidor, tidor). I pun tak tahu, ubat apa yang I dah telan, I boleh "tido sampai tak hengat dunia". Cakap pasal tidor ni, bukan aje siang I boleh "membongkang", malampun kalau "membadak" tak sedar apa jadi kat luar. So, I kena admitlah memang "I kuat tidur ... abih camnor dah Allah bagi nikmat tidur, so, tidurlah sepuas2nyer" ...

Tuesday, June 1, 2010

Lagi2 pasal kasut

Tengahari tadi, sementara nak tunggu ambik si anak dara kechik I, Alea yang "dah malas nak gi toyah" sebab lama sangat "terperuk" minggu lepas kat rumah sebab tak sihat, I pun "saje2 jer"lah jengok "lemari kasut" I. Punyalah I "terkezut girafah", rupa2nya banyak lagi kasut I yang tak dipakai. Ini baru kasut, belum lagi I "singgah tengok" baju I yang "berlemari2" tuh, lebih2 lagi baju kurung, memang "terkurung"lah dalam lemari tuh. Takpa, kali nih biar I citer pasal bab kasut dulu. Nak kata I adik beradik Imelda Marcos tidak jugak tapi fuhyooo .... memang banyak betul kasut I nih. Macam2 brand, dari yang berbranded sampailah yang takda brand langsung, tapi yang peliknya I nih "asyik2 ulang kasut yang sama, asyik2 ulang pakai kasut yang sama. Last2, sekali kasut yang sedia ada "terexpire" macam tuh aje. Paling I tak faham dengan diri I sendirilah, pesen dan rogna kasut I semua memang "serupa dan sepattern". So, memandangkan, banyak lagi kasut I yang "fresh dan new" yang masih belum berpakai, I nak buat azam "setengah tahunlah", memandangkan enam bulan dah berlalu untuk tahun ini . Azam "hengat2 taik ayam" I kali ni ialah yang "I tidak akan membeli hatta melintas di bahagian mana2 department kasut" dalam tempoh setahun ini. Ingat, dalam setahun ini yang I tidak akan beli kasut lagi, dengan kata lain, I akan hanya "melanyak" kasut2 yang sedia ada. Wassalam...

Thursday, May 27, 2010

Seminggu Alea tak sekolah

Sepanjang minggu nih, anak dara kechik I tak pergi sekolah dan sepanjang minggu nih lah jugak, kerja dia asyik tengok kartun, kartun, kartun. Kejap channel 616, kejap 615, kejap 613, lepas tuh balik ke channel 616, asyik pusing balik-pusing balik, channel yang sama jugak. Lepas tuh kalau dah boring, abih semua buku "A,B,C", "1,23" dan "kalering" disepah2kannya untuk dibuat "conteng-conteng". Kenkadang kesian tengok dia, takda kawan2 and I pulak keja sampai malam. Selalu bila sampai rumah, si kechik ni dah tido.
"Seronok yer adik duduk rumah, tak gi sekolah".
"Aya demam (Alea demam)".
Memangpun Alea demam sejak Sabtu lepas and I ambik keputusan sepanjang minggu nih, takyahlah dia pegi sekolah. Lagipun, hari Selasa memang takyah pegi cuma those yang involved dalam "school trip" jer kena ada kat sekolah, hari Rabu cikgu bagi cuti rehat dan Jumaat dah public holiday, kiranya dua hari jerlah anak dara I nih "ponteng sekolah". I bukannya nak galakkan si kechik nih tak gi sekolah cuma I taknak demam dia merebak tu aje. Maklumlah sekarang nih musim tak menentu, bila datang panas, bahangnya "lak lil lak lik gitu" dan bila musim hujan pulak, sejuk tak menentu. Kalau boleh I nak make sure yang Alea dah "betul2 ok" barulah dia boleh pergi sekolah balik. Yang paling best jugak, sepanjang minggu Alea tak sekolah nih, I anak beranak boleh bangun lewat, kiranya "tido sampai tak hengat dunia"lah.

Monday, May 24, 2010

Kesian Alea mummy

"Kesian anak mummy nih, anak mummy demam ye".
"Mamee nak gi ner ni (mummy nak pegi mana)."
"Mummy nak gi work, petang nanti mummy balik ok, adik duduk ngan Kak Wiwi".
"No wan, no wan, nak duduk ngan mamee".
Walaupun berat hati I nak meninggalkan si kechik nih, tapi I terpaksa gak gi kerja and I pesan kat Dewi, "apa2 call kakak, jangan tak call".

Ntahlah, tetiba jer badan anak dara kechik I, si Alea dedar sejak Sabtu lagi. Nasib baik ada ubat extra I ambik kat klinik Junina. Semalam dah ok sikit, bila malam panas balik. So, pagi tadi, I smskan kat teacher dia yang Alea tak sihat dan terus I bawak si kechik ni gi klinik. Dalam pada dia dok melompat2 main kat klinik tuh, rupa2nya bila diambik temperature dah lebih 38 degrees. Apa lagi doktorpun bagi "ubat bontot" sebab Alea ni dah ada "history fit" masa dia umur dalam setahun lebih. Doktor cakap kat I, Alea akan "bebas fit" bila umurnya dah lebih lima tahun. I pasal bab "fit2" ni, I phobia sikit sebab masa Alea "kena fit" dulu, I memang gabra abih. Seperti biasalah, kalau anak2 demam, I selalu "tido2 ayam" jer. Setiap sejam dua, I chek suhu badan and "ubat bontot" memang selalu standby. Bila temperature shoot jer 38 ke atas, I sumbat jer "ubat bontot" sebab Alea nih dia rimas kalau I dok lap badan dia ngan air. Selalunya, kalau lap badan, demam baik, selesemalah pulak datang. So, malam nih, I tak tido lagilah dan rasa2nya seminggulah jugak Alea tak gi sekolah. "Kesian anak mummy nih, anak2 mummy tak kira kakak ker adik ker, kalau boleh, mummy nak jaga sampai abih hayat mummy ...."

Monday, March 1, 2010

Next round for check-up

Sabtu depan, I kena bawak anak dara kechik I, Alea for the next round check-up eczema dia. Kali ni dah masuk tiga kali. Alhamdullilah, so far, so good, dah tak mengeruk2 lagi. Kiranya, dah nampak baik. Bayangkan dah berapa banyak pakar I jumpa, last2nya kat kawasan Sentul gak yang sesuwei ngan Alea ni. I tak kisah abih berapa banyak tapi yang fentingnya, si kechik I ni sembuh. Memanglah Tuan Doktor cakap boleh sembuh sepenuhnya tapi nak tunggu dia sampai umur tujuh tawon rasa lambat sangat. Camnerpun, harus wajiblah, Sabtu ni kitaorang kena tunggu dua jam lagi baru dapat jumpa Dr. "Wa cakap lu, ramai betul patient sampai terkeluar2 orang yang menunggunya". Dah nak tutuppun kenkadang, bertali-tali arus lagi orang datang. Patient pulak bukannya sekitar KL, ada yang datang sejauh dari Penang ngan Perak lagi. Kali ni, I dah pesan kat Dewi, bawak bekal jer, kalau lapar boleh makan terutamanya si kechik tu (sebenarnya mummy yang lebih2nya). Hari tuh masa gi kenduri Chu Padilah, ada terjumpa cousin I, si Nadirah, terus I cakap kat Nadirah, "Nadirah, nanti Sabtu angah call dulu, bagi nombor atas sikit yek". Tersongeh2 jer si Nadirah "uhh tidak ... hikk pun tidak". Alangkan Pak Panjangpun yang bakal jadi pak mentua Tuan Doktor itupun kena tunggu dua tiga jam jugak, apatah lagi I yang tak ada kena mengena ni. Takpalah, dua jam ker, tiga jam, no hal one, I, kalau untuk anak2, apa saja I akan buat kalau ada kelapangan (untuk rekreasi dan riadah) tapi kalau bab2 sakit deman ni (with immediate effect, tak tunggu2 dah). Itu sebabnya darah I jadi mendidih bila baca pasal budak umur tiga tahun mati kena sepak terajang macam bola dek boifrend mak sendiri. Sampai hati betul. Seriously I cakap, anak2 dara I kalau kena ketit nyamuk, I ligan nyamuk tu sampai I dapat bunuh. Takkan I biarkan hatta sebesar hamapun hinggap kat badan anak2 dara I apatah lagi sepak terajang. Akan I terajang balik orang yang terajang anak I tu. "Maafkan akak yer, akak terlebih emosilah pulak". Hukumnya simple jer, kalau nak cakap I brutal, cakaplah, campak jer si pembunuh kejam tu dalam penjara biar dikerjakan oleh banduan2 kat situ. Kita pakat tengok lepas tu tepuk tangan ramai and bila dah mampus, campak jer kat kandang rimau, biar disiat2 nyer ... padan ngan muka engkau..

Wednesday, August 26, 2009

Alea positive H1N1

Nak terduduk I bila Dr kat Damansara Specialist Hospital confirmedkan yang my "little lahling nottie" Ten-ten positive H1N1. Dalam dok jaga2 tu, langsung tak bawak ke mana2 , apatah lagi ke shopping complex, tempat mainan bebudak apa lagi, dapat juga dia virus tu. Paling jauhpun, ke Selayang, tempat lain, memang tak gipun. I memang langsung tak expect sebab tengok si Alea ni biasa jer, memang adalah demamnya tapi biasa2 jer. Temperaturepun dwindle antara 36.6C to 37.3C, belum masuk paras demam betul2 sebab dok bagi ubat yang hubby ambik kat Klinik Junina, everything is under control. Malam Selasa tupun, temperature ok, tak hit lagi 38.0C. Alih-alih malam tadi bila I sampai rumah, si Soraya cakap, "mummy, just now papa took Alea to hospital, the doctor had to swab her nose, nanti Doctor will call to tell the results". Hah, apsal pulak ... rupa2nya lepas Maghrib tadi, temperature Alea shoot up to almost 39C and since she is under 5 yrs old, is better to rush her to the hospital, just to make sure that she's free from H1N1. Bila I dengar apa yang Soraya bagitau tu, berdegup kencang jantung I. Dalam hati I dok doa "janganlah kena, tolonglah Allah, janganlah positif, tolonglah, kesianlah kat anak aku". Tetapi nak buat camnerkan, dah semuanya kententuan Allah. By 10.45pm, hubby informed that Alea memang positive H1N1 and he needed to go to the hospital ambik ubat "anti viral fluhalt" kat spital dan bermulalah episod "home-quarantine" untuk me and Alea. Soraya ngan yang lelainnya, ada their own advantage sebab dorang dulu pernah ambil "flu jab" masa nak gi holiday ke Turki. Mintak2 immune system dia remained ok.

Kesian betul kat anak dara I ni, nasib baik Alea bukan jenis yang merengek2. Tapi paling kesian bila nak bagi ubat "fluhalt" tu, memang pahit yang amat sesangat. First day ok sebab dia tak tahu rasanya, masuk yang second capsule tulah yang dia berkelingtau lari lintang pukang. Anak2 dara I memang senang makan ubat tapi dengan "fluhalt" ni memang surrender punya, "no wan mamee, no wan mamee, pis mamee, no wan no wan" (don't want mummy, please mummy, don't want, don't want). Cuba cakap kat I, mak mana yang tak menangis bila anak dok merayu2 macam tu. "Mummy tahu, memang pahit, mummy tak boleh buat apa2, Alea kena makan jugak, Alea nak baikkan". Memandangkan I will be with her "around the clock", I pun phobia jugak sebab the possibility for me to get this virus memang very high. Apa taknya, we have to share the same room, the same bed and the same bathroom and the only thing to prevent me from this, pakai mask jerlah sebab Drpun tak bagi I any prevention medication. I berserah jer pada Allah dan mintak dijauhkanlah virus ni dari keluarga I terutamanya anak2 dara I.

Monday, August 3, 2009

Dua hari akak "terbongkang"

Last week, Thursday and Friday, I was on MC. "Terbongkang" dua hari kat bilik, tak bangun2. Sakit kepala yang amat-amat ... apa taknya, bila bangun jer, rasa macam nak tumbang, rasa pitam, rasa berpinar-pinar. Apa yang sempat I capai ialah handphone, nak inform KakDah yang I MC. I seboleh2nya kalau larat gi kerja, I pegi sebab kitorang sekarang ni "under staff" tapi kalau difikirkan balik "buat apa menyusahkan diri sendiri, memang betul sakit bukannya dibuat2". Rasanya abih sebotol minyak angin cap kapak I dok sapu kat leher dan tengkok, nak redakan sakit kepala sementara tunggu adik I datang nak suruh hantar gi klinik. Mujurlah, ada dua orang anak dara I, berkelitin kat katil I. Memasing nak tunjuk simpati. "Thank you so much, sayang2 mummy".

Sorayapun terpaksa ponteng sekolah sebab chauffeur takleh nak hantar. Nasib baik, dia baru aje abih assesment. Si kechik pulak, dok main masak2 ngan mainannya yang bersepah lerah atas katil I, sibuklah dok nak menyuap I makan . "Adik, mummy nak tido kejap ok, mummy tak larat ni, adik masak dulu, nanti mummy makan ok". Lega betul dapat baring. Tengkok rasa sejuk dan berangin jer ngan sapuan minyak cap kapak. Selalunya, ubat sakit kepala baring jerr, sambil tu I mintak si Dewi buatkan milo dan bakar roti ... bukan apa kalau muntah, adalah benda yang kuar daripada muntah kosong jer ... sakit woooo... Tapi, kali ni memang teruk, selalunya lepas muntah, legalah sikit, ini langsung tak lega2. According tu Doktor, selain daripada pressure, I dapat "muscle stress", so I need to take a rest for a day or two. Tapi yang menghappykan I, dalam dua hari I sakit tu, berat I turun ke I punya ideal weight 58 kg. Waduhh ... bukan senang beb tapi dua hari jer, masuk hari Ahad, dah balik ke asal. Bak kata "Wat asal balik hasil" jerr. Oh yer, dalam dua hari I tak sihat tu, banyak betul SMS I terima, antaranya, selain dari bank dok call, assistant Dr Kim Wong dok dua tiga kali remind I yang "dah about time for another papsmear". Oh, dah setahun rupanya. I bab2 ni memang ambik berat sikit, maklumlah dah masuk "40 carat".

Balik pada sakit kepala tadi, sebenarnya, hari Rabu lagi I dah rasa tak sedap badan. I rather have selesema (not H1N1) or batuk tapi bila sakit or pening kepala, memang I surrender sebab langsung takleh nak buat apa. Pagi tu ok lagi so I gagahkan jugak gi kerja. Bukan apa, tempat I memang kekurangan orang. Sorang cuti panjang, sorang off, jadi tinggal empat orang and kalau I MC, tinggallah tiga orang. Nak taknak gilah jugak. Tapi tengah hari dah rasa lain macam, I pun naik baring kat surau, siap pesan kat Zai, kalau ada story, "SMS jer Kak Aje ok". Dalam2 tak sihat tu, sempat jugak I clearkan tiga "copies". Muntah dah banyak kali, dah sampai dah takde benda nak dimuntahkan. Last2 sekali, I cakap kat Zai, "Rasanya Kak Aje dah tak tahan lagi, Kak Aje rasa nak balik jer, nak mintak kat Boss". So dalam kul 6 ptg, I pun belah balik, bagi ke tak bagi ke, I nekad jugak akan balik sebab kalau kat ofispun memang I dah tak boleh nak buat aper, rasa berpinar2 jer. Sekarang ni, apa yang I boleh buat, cuma doa yang I boleh drive dan selamat sampai kat umah.

So, morale of the story, kalau rasa sakit tu, MC jerlah. "Takyahlah nak sibuk2 kesiankan orang, kesian jerlah kat diri sendiri tu dulu. Sebabnya kalau apa2 jadi kat awak, awak yang tanggung sorang2, orang lain mana tahu".

Wednesday, July 15, 2009

H1N1, Oh no, not in my office

Since last week, I dah dengar ada tiga staff kat tingkat atas confirmed with H1N1. Clerk kat level I pun dah start distribute mask suruh everyone pakai tapi ramai yang masih buat dek jerrr. Memasing buat donno lagi tapi semalam, most of us tetiba rasa seram sejuk bila one of our collegue memang sah H1N1, siap muntah darah lagi. Dengar kata dah dua minggu virus tu ada dalam badan dia. Dua minggu tu dah cukup untuk kuman tersebarkan ..... I yang sihat walafiat nipun, tetiba jer rasa sakit lidah lah, sakit tekaklah ... padahal sebelum tu bukan main lagi sedap "mengtekedarah" laksa johor sepinggan.

Jika difikirkan balik, kalau nak kena memang dah lama kena. Yerlah, kita gi toilet yang sama, surau yang sama, pantry yang sama, kantin yang sama dan kongsi lif yang sama dan yang pasti, kita sama2 hirup udara sekeliling yang sama. Nak salahkan dorang yang kenapun takleh jugak sebab dorang sendiri tak tahu. Kalau I sendiripun, tetiba sakit kepala, mungkin I rasa "alahai itu perkara biasa, demam biasa kot" and at the end of the day, biar jer macam tu sampai lah dah teruk sangat baru gi jumpa doktor. Kalau jumpa doktorpun masa tu dah lambat. Yang paling merisaukan I ialah I ada anak2 kechik. Kesian kat dorang. Ya, Allah lindungilah intan permata hati ku. Boss I lagilah risau sebab dia baru dapat cucu. Bayangkanlah kalau kena kuarantin kat ofis lagilah teruk, seminggu takleh balik rumah, kakak takpelah tapi si adek tu yang I tak sanggup nak tinggal sebabnya adek kalau nak tidor, I kena peluk dia, kalau tak, dia dok gelisah memanjang. Ohh ... tak sanggup akak ...

Masa sampai ofis tadipun I nampak a few staff dah mula pakai mask. Pihak pengurusanpun dah hantar emel suruh memasing ambik langkah berjaga2. Kalau rasa demam terus pegi jumpa doktor and later self-quarantine. Pada pendapatan I yang tak berapa tinggi ni, daripada keseluruhan organisasi terkena, lebih baik pihak pengurusan stationkan sorang doktor kat ofis we all ni. I rasa itu lagi bagus sebagai langkah berjaga2, lagi senangkan. Ada juga yang berpendapatan, baik operate dari rumah jer sementara nak tunggu "everything back to normal". Ok jugak tu, tapi ada kenkawan I yang buat lawak, "oh ...boleh pakai kaftan jer sambil clear copies or sambil memasak kat dapor". I pulak sebenarnya lebih suka datang ofis sebabnya kalau kat rumah, yang pastinya si anak dara kechik I tulah yang sibuk nak tolong. Daripada nak senang kerja, langsung tak senang ... almaklumlah jari jemari dia lebih cepat dari I, esok tak pasal2 jer I kena menjawab.

Apa2pun, I harap cepat2lah semuanya pulih seperti sediakala .....