Dah lama I rancang nak bawak anak2 dara I bermalam kat Sunway Lagoon Hotel. Cadangnya "check-in" dua malam, esoknya boleh "bergumbira suka ria" kat Sunway Lagoon dan kemudiannya "shopping sakan" kat Sunway Pyramid. Part makan2pun tak kisah, kat Sunway Pyramid tukan banyak tempat "mamam" dan lepas tu bolehlah berbowling. Biasalah "rancangan tinggal rancangan" jer, tak jugak pegi2. Last sekali I pegi Sunway Lagoon adalah dua tahun lepas kot. La ni, tiket nak masukpun dah naik, rasa2 100 hengget untuk adult and budak kechik macam si Alea tuh free and Soraya mungkin 50-80 hengget (tak begitu pasti). Pernah suruh sis-in-law check brapa ongkosnya kalau nak "bermalam" kat hotelnya ... aduh dalam 400-500 hengget jugak semalam. Anyway, kenkadang I terfikir juga kat kepala hotak I nih, selalu benda yang I "teringin" tuhlah tetiba jer muncul tak semena-mena. Contohnya, pagi tadi, someone dari Sunway Lagoon call I, offer VIP kad and reganya pada I agak murah iaitu 448 hengget dan setahun I masuk free. Those yang datang ngan I dapat 30 ke 40 percent diskaun dari harga biasa 100 hengget and kalau nak makan kat dalam pulak ada 15 percent diskaun lagi. Lepas tuh, takyah nak rebut2 beratur dan kalau rasa teringin nak tidor kat katil empuk hotel, dorang boleh tolong "book"kan dan dapatlah diskaun 20-30 percent. Memula I tak teringin tetapi mengenangkan "anak-anak dara" I, why not, anyway 448 hengget jer. Kesian kat Alea, jarang I bawak dia jenjalan kuar dari "territory" Bandar Utama tuh. "Terukkan mummy nih ... asyik kerja, kerja, kerja, cubalah sesekali pegi bukak pintu shopping compleks pepagi buta tuh". Oklah, back to this VIP Card, seriously, disebabkan anak2lah, I willing to sign up for the Card. Tapi, tak bahaya ker bagi nombor kad kredit kita kat orang yek ... anyway, dah terlambat, I dah bagipun. Tawakkal jerlah .....
A full-time working mummy who have to juggle between work and family. Married and blessed with two beautiful princesses. Believes in a philosophy "Life is not complex...we are complex. Life is simple and the simple thing is the right thing".
Showing posts with label planning. Show all posts
Showing posts with label planning. Show all posts
Tuesday, October 12, 2010
Moh kita gi Sunway Lagoon
Dah lama I rancang nak bawak anak2 dara I bermalam kat Sunway Lagoon Hotel. Cadangnya "check-in" dua malam, esoknya boleh "bergumbira suka ria" kat Sunway Lagoon dan kemudiannya "shopping sakan" kat Sunway Pyramid. Part makan2pun tak kisah, kat Sunway Pyramid tukan banyak tempat "mamam" dan lepas tu bolehlah berbowling. Biasalah "rancangan tinggal rancangan" jer, tak jugak pegi2. Last sekali I pegi Sunway Lagoon adalah dua tahun lepas kot. La ni, tiket nak masukpun dah naik, rasa2 100 hengget untuk adult and budak kechik macam si Alea tuh free and Soraya mungkin 50-80 hengget (tak begitu pasti). Pernah suruh sis-in-law check brapa ongkosnya kalau nak "bermalam" kat hotelnya ... aduh dalam 400-500 hengget jugak semalam. Anyway, kenkadang I terfikir juga kat kepala hotak I nih, selalu benda yang I "teringin" tuhlah tetiba jer muncul tak semena-mena. Contohnya, pagi tadi, someone dari Sunway Lagoon call I, offer VIP kad and reganya pada I agak murah iaitu 448 hengget dan setahun I masuk free. Those yang datang ngan I dapat 30 ke 40 percent diskaun dari harga biasa 100 hengget and kalau nak makan kat dalam pulak ada 15 percent diskaun lagi. Lepas tuh, takyah nak rebut2 beratur dan kalau rasa teringin nak tidor kat katil empuk hotel, dorang boleh tolong "book"kan dan dapatlah diskaun 20-30 percent. Memula I tak teringin tetapi mengenangkan "anak-anak dara" I, why not, anyway 448 hengget jer. Kesian kat Alea, jarang I bawak dia jenjalan kuar dari "territory" Bandar Utama tuh. "Terukkan mummy nih ... asyik kerja, kerja, kerja, cubalah sesekali pegi bukak pintu shopping compleks pepagi buta tuh". Oklah, back to this VIP Card, seriously, disebabkan anak2lah, I willing to sign up for the Card. Tapi, tak bahaya ker bagi nombor kad kredit kita kat orang yek ... anyway, dah terlambat, I dah bagipun. Tawakkal jerlah .....
Labels:
bowling,
cuti,
family,
piknik,
planning,
rezeki,
shopping mopping,
soraya,
ten-ten (Alea)
Tuesday, October 5, 2010
Semangat berkobar2
Wa cakap lu, semangat I begitu berkobar2 sekali nak start study. Apataknya, lagi dua minggu, I kena duduk exam. Penting exam ni beb, wajib lulus, kalau lulus, pasti cerah masa depan akak. Sebenarnya I phobia sikitlah kalau cakap pasal exam2 nih. Yang sebelum ini, tiga kali baru lulus, bukan tak lulus tapi lulus bersyarat. Exam kali nih pulak siap ada tiga kali presentation, satu dalam Bahasa Melayu, satu omputih dan satu lagi campur2 (tak kisah nak cakap omputih or cakap malaya). Kena present depan orang ramai pulak tuh, pakai "power point' lagi ... harus terkedu I. Camnerpun , I will try my bestlah dan harap2 "reading lamp" yang ala2 macam kat atas tuh (baru beli tadi beb) dapat membantu I mentelaah tengah2 malam. Bukan apa, si kechik Alea tu selalu komplen takleh "dido" sebab lampu terang benderang ... banyaklah cikadak si kechik sorang nih ....
Labels:
azam,
exam,
planning,
rezeki,
ten-ten (Alea),
working life
Friday, July 2, 2010
Kena kurang "melantaking"
Lately, I rasa badan I macam naik membuak2. Kalau dulu tak nampak perut, sekarang perut dah berlipat. Tak tahulah, selera makan I menjadik2. Itupun, I dah kurang makan malam, kalau tak, tentu dah jadi "tong dram". Kawan I yang kat luar negara tuhpun siap nasihatkan I suruh kurangkan "melantak". Dah cuba dah, tapi tak tahan beb ... kena juga makan "beriya2". Banyak baju I yang dah tak muat especially tang perut. Harituh, masa gi timbang, dah lebih 60 kg, padahal I punya ideal weight around 54kg. I ingat nak "cuba terai jusmate 5" yang adik2 I minum tetiap hari tuh sebabnya I tengok banyak perubahan. I tengok Zaim ngan Jija ... woi, perut dah banyak turun beb so "Yati, awak kena jaga husband awak, dah kurus dah sekarang nih, idaklah hensem tapi adalah sikit hensem dari dulu". Ipun dah pesan siap kat Dewi yang minggu depan, takyah masak banyak2, I nak "crash diet", nak "gostan" balik ke 57-58 kg, kalau boleh. Well, I think "age factor" pun mungkin penyebab mengapa badan I cepat naik. Anyway, harituh masa I gi Giant Kota Damansara, sempat jugak I "sign up" untuk "wrap2" body nih tapi tak tahu bila pulak nak setatnya. Entahlah, camnerpun, azam I dapat gi below 60 kgpun alhamdullilah sebab bukan senang nak lose out even satu kgpun. Well, kalau cuba tak mustahilkan ..
Wednesday, February 17, 2010
Risik2 calon menantu
Pada mummy2 yang inginkan anak2 dara mereka hidup senang lenang, hidup bermandikan kemewahan, kiranya tujuh lapan keturunanpun, harta takkan luak sedikitpun, maka sudah tibalah masanya mummy2 ni merisik2 khabor kot2 antara yang tersenarai kat bawah ni ada "cucus lelaki yang sesuwei" ngan anak dara memasing. Untung2 mummy2pun boleh tumpang senang ... hi ... hi ... hi ....berangan jerlah ....
10 TOP RICHEST MALAYSIANS:
1. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group - RM42.76 billion).
2. Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas - Rm27 billion).
3. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group - RM11.92 billion).
4. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank - RM10.86 billion).
5. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group - RM10.38 bilion).
6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group - RM7.09 billion).
7. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation - RM6.01 billion).
8. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group - RM4.4 billion).
9. Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau - RM3.5 billion).
10. Tan Sri Vincent Tan (Berjaya Group - RM3.2 billion).
Kenkadang hati tu berangan2 lah jugak nak hidup macam orang2 yang 'kayas rayas", duit bukan ajer berlambak2, beranak2 lagi pulak tu. Tak payah nak pikir apa dah sebabnyer "duit dah boleh buat gebar lagi". Mesti bestkan tapi "bersyukur jerlah dengan rezeki yang Allah dah berikan kat I tuh"....
Cuba bayangkanlah 10-15 tahun akan datang, Soraya ker atau Alea bawak balik calon menantu. Sapa itu Soraya? Sapa itu Alea? Doktor? Loyar? Majistrit? "Ahli musik mummy". "Apaaaa??? Ahli Miyusik, ahli miyusikpun, ahli miyusiklah, asalkan korang happy, mummypun happy .....

anak2 mummy,
jokes,
money,
planning,
rezeki
Monday, January 25, 2010
Berkorban demi anak2
Memandangkan bulan depan I akan dapat gaji very the awalnya sebab nak sambut Chinese New Year, and amoutnya pulak akan start dipotong sikit untuk premium insurans anak2 dara I, terpaksalah I buat planning awal2. I ingat gaji bulan ni, I nak settlekan semua hutang-piutang kad kredit I (nasib baik ciput jer) dan kad2 plastik itu I akan "tenyeh" "as and when" sahaja, itupun untuk anak2 dara I. Dari situ I akan budget, how much I akan spend every month on my card credits. So, budget untuk bayar kad kredit tu I akan channelkan pada premium insurans yang I akan dipotong tetiap bulan dari gaji I tu, jadi, taklah rasa sangat. Bijak tak kepala hotak I tetapi sedih jugak, selalu tengok slip gaji yang figuresnya "gemuk" gitu, alih2 sekarang ni dah "kurus" sikit. "Takpa, demi masa depan anak2 tercinta, mummy akan berkorban apa sahaja walaupun melibatkan nyawa mummy".
Labels:
anak2 mummy,
azam,
money,
myself,
planning,
tahun baru
Thursday, January 21, 2010
Letter to the Prime Minister
Pagi tuh masa I gi hantar Alea ke sekolah, tetiba I terdengar DJ kat radio tu cakap ada peraduan "Menulis Surat Kepada Perdana Menteri" for those umur 7-17 years. So, malamnya bila I balik keje, kebetulan Sorayapun masuk bilik I to say "hello and give me a big hug" before dia "buat taik mata", I pun saje2 tanya kat dia, "kakak, you interested tak to write a letter to our Prime Minister". "Nak, nak ... mummy, nak mummy, what should I write". "Just write anything, express whatever you want to tell the prime minister, your hope, your aspiration ... anything, in your own words". Sebenarnya, not so much of the competition, cuma I nak tahu macam mana budak sebaya Soraya (10 tahun) menulis, "meminta sesuatu dari Perdana Menteri dan melontarkan pendapatnya kepada Perdana Menteri". "Perdana Menteri lorrr, bukannya sebarangan orang macam mummy or papa". Tahu ajelah bebudak kalau "mengexpress" kan sesuatu, "very the genuine one, no plastik2, no drama2 Queen macam sesetengah orang tu (ngaku lagi), no bodek2king but very the sincere and straight forward". By the way, I'm not sure whether the letter should be written in English or Bahasa because the DJ tu tak pulak elaborate. Tapi knowing Soraya, she prefers to write it in English. Oklah, misal kata betul anak dara besar I ni nak tulih surat tu, kalau dah siap, I akan paste dalam entry I nanti tapi biasalah si Soraya ni selalunya "hangat2 tahi ayam jer, memula jer bersemangat, lepas tu surat ke mana, peraduan ke mana". Camnerpun I ingat nak call kawan I yang keje kat Pos Malaysia suruh dia emelkan borang penyertaan sebab I dah cuba nak download tapi taklehlah pulak. So, lepas tu terpulanglah pada anak dara I tuh. Kalau tak masuk competition nipun, I nak dia saja2 tulis surat tu, I nak tengok apa yang dia nak tulih kat kita punya Prime Minister.
Tuesday, December 15, 2009
Me, sceptical ???
"I ni sceptical sangat ke, entahlah mungkin ya mungkin tidak". Tapi kalau nak ikut cakap kawan I yang baru sahaja berposting ke overseas, malaun sorang ni kata I ni terlampau sceptical, "the very2 sceptical one". Menurut pendapatan melaun sorang ni yang sememangnya lebih tinggi dari I, dia selalu kata "Ko selalu ingat orang berfikiran macam kau, contohnya, kau kata orang Melayu sekarang ni tak suka duduk apartment, nak cari rumah ada tanah sebab kau dah set kaunya mind macam tu. Kau mana tahu kot2 orang Melayu zaman sekarang ni lebih suka duduk apartment/kondo sebab lebih secure". Betul jugak. Banyak sangat benda yang I begitu skeptical. Benda ni timbul bila I war2 kat dia yang I cadang nak jual apartmen I tapi takut tak laku sebabnya "I rasa sekarang ni orang Melayu tak suka duduk apartment, lebih suka cari rumah yang berhalaman". Apartmen yang I beli tu bertaraf bumi so, I kenalah cari bumi buyer tapi masalahnya ada ke orang Melayu nak beli. "Kau cubalah dulu, advertise, apartment kau tu besar, corner lot lagi, kau tak test market lagi, kau dah kata susah nak laku". Yerlah, I should give a try first kan, "tak cuba tak tahu", bukan apa, bagi orang sewa memang ramai bersusun nak tapi lecehlah, banyak benda kena monitor dan paling tak larat kalau tetiba dapat surat bayar maintenance, "berpeluh ketiak akak tengok angkanya". So, kalau kawan I dah bagi encouragement macam tu, I nak tunggu apa lagikan, "cepat2lah bertindak, suruhlah ejen I carikan buyer dengan kadar segera" tapi there again tak abih2 lagi I punya perasaan sceptical ni, "boleh ke laku yek, ada ke orang nak beli?"
Monday, December 14, 2009
Akak kayo, Akak kayo
"Akak kayo ... akak kayo ... Alhamdullilah walaupun tak sekayo dulu". Alhamdullillah, apa yang I plan untuk masa depan I dan anak2 berjaya . Memang tak sangka langsung. Selalu tanya kat kenkawan, "Za, you rasa ok tak, boleh dapat tak". "Cubalah, kalau tak cuba kita tak tahu". So, alhamdullilah, sekali lagi, hikmah Allah, janji kata sebulan, ini tak sampai seminggu, semua dah settle, rezeki. Memanglah I kena bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian tapi sekurang2nya I dah ada sesuatu untuk disimpan untuk anak2. I cadang apa yang I dapat ni I akan simpan dan guna "as and when". Come to think about it, memang I tak perlukannya, I dah ada segala2nya, tak ada yang kekurangan, masih ditanggung sepenuhnya tapi simpanan ni merupakan "bekalan di masa susah". Mintak2 janganlah susah tetapi terus dipermudahkan hidup, dimurahkan rezeki dan tidak keputusan wang oleh Allah SWT. Amin ....
Monday, December 7, 2009
Future planning
Demi masa depan anak2, I ada buat perancangan dan I harap ia masih tidak terlambat. I ada bagitau kenkawan yang rapat ngan I dan dorang kata, "okay jugak". Bukan apa, bagi pihak I, "I'm very clean" tetapi ditakuti disebabkan sesuatu perkara, yang memang langsung tak ada kena mengena ngan I, rancangan masa depan I tu terbantut sebab perkara tu boleh memberi tempias kat I. Mintak2 janganlah. Apsal I langsung tak terfikir mengenai benda ni awal2 dulu. Kalaulah dari dulu I rancang benda ni, rasanya tak jadi masalah ... memang langsung tak ada masalahnya. Petik jari jer, "kompom" dapat. Kan I cakap tadi "I'm very clean, no was2 one". Oklah, dalam sebulan nanti, I akan updatekan lagi. Semoga I berjaya dan Allah membantu I. Amin ...
Labels:
daily life,
myself,
planning,
ujian Allah
Subscribe to:
Posts (Atom)