A full-time working mummy who have to juggle between work and family. Married and blessed with two beautiful princesses. Believes in a philosophy "Life is not complex...we are complex. Life is simple and the simple thing is the right thing".
Saturday, June 30, 2012
KaRaOKeing SeSSion with The SpiCE
Tuesday, February 22, 2011
Jom kita beronggeng

Sekali-sekala, kalau tak berbowling or berlepaking kat Coffee Bean, Starbucks, Gloria Jeans ataupun kat Curve sambil dengar "live band", we all "beramai2" akan berarak ke pusat karaoke. Kalau tak Red Box, kami ke Ampang Park jerlah . I suka gi Red Box, sebab lebih selesa tapi kenkawan I nih suka ke Ampang, sebab boleh bawak makanan sendiri, jimat sikit belanja. Selalunya, berkaraoke sampai tiga empat jam. Kenkawan I nih semuanya bujang belaka, except I jerlah (yang takda dalam gambar kat atas tuh) dan itu sebabnya, I selalu usung si Dewi ngan si Alea sekali. Nak tahu, si Dewipun kenkadang "tumpang semangkuk", siap nanyi lagu Dewa lagi tuh .... akak jer yang jadi back-up singer forever and ever ...uhuk...uhuk...uhuk...Monday, June 7, 2010
"Relax n easy" di Colmar Tropicale
Saturday, May 29, 2010
What comes around goes around
Monday, May 17, 2010
"Slumber Nite" yg "selamba abih"
Monday, April 12, 2010
Malas tahap kronik
Tuesday, July 28, 2009
It's kara"tak"oke time
Memang betulpun, masa I sampai ngan "rombongan cik Kiah" I (Soraya, Dewi and Alea), banyak nyer food kat dalam bilik 304 tu. Dengan ayam KFC, dengan marukunya, dengan jeruknya, dengan keknya, itu belum lagi Jam bawak pulut kuning, goreng cempedak, laksam dan pulut kuning. Ohhh ...meriah sungguh. Mananya kata ekonomi global meleset, I tengok tak melesetpun, kaya raya adalah lagi. Yang bestnya, si kechik "nottie" I lak, sampai jer terus nak "mamam". "Mum, mamam yam (nak makan ayam KFC)". Pah and the geng (Liza n gelfren and Kak Ani) pulak dah puas melalak. I pun cakap kat Soraya, "kakak pilih lagu kakak and show to these auntie2 that you can sing better than them .... he...he...he". Anak dara I apa lagi, abih dikey inkan lagu favourite dia and dicapainya "microphone", terus belasah semua lagu tu. Favourite song dia mestilah "Matahari" and "Reflection (Mulan), harus dua tiga kali dia ulang lagu tu sampai Jampun geleng kepala. Siap buat showmanship lagi depan kenkawan I. Time nyanyi lagu besday, suara si Soraya yang paling nyaring sekali, tergelak besor Kak Ani. Liza and gelfrenpun not bad jugak nyanyi, ...siap feeeeelinggg lagi ....We all nyanyi disulam ngan makan2. Banyak makanan woooo ... kalau tak membazirlah bak kata si Dewi "makannya yang lebih, nanyinya kurang tapi seronok kak macam ni, semua suka hati".
Sebenarnya I tak cadang nak lama2 kat situ sebab rasanya naklah gi round2 Ampang Park tu cari "apa2 yang patut" sebab rasanya dah berzaman tak ke situ. So dalam kul 5.30pm, dah puas melalak (I nyanyi dua lagu jer itupun si Jam tolong abihkan), I ngan rombongan cik Kiah mintak diri nak balik. Lagipun esoknya (Isnin) Soraya ada assesment, ingat kalau sempat nak buat last round revision ngan dia kat umah. Tapi, sebelum tu, I ingat nak carilah kot2 ada blouse linen "Woodspans" kat situ, tapi takde yang menarik. Blouse linen kat sini lebih kurang sama stylenya ngan kat British India yang begitulah teramat mahal sekali. Bayangkan "baju linen bodoh" jer yang simple mimple kat BIndia boleh sampai RM800, "bodoh ke aper aku nak beli". Baik beli kat sini, boleh dapat berpasang2. Dulu, memang I suka beli kat BIndia, masa tu harganya ok lagi tapi sekarang ni ... memang tak "munasarawak". Kitorang sempatlah tawaf banyak kali jugak kat situ, dapatlah belikan si kechik "nottie" tu baju Ben-10 tiga pasang, si kakak belikan singlet dalam, si Dewi tali kasut and untuk mummy "elek". Sebelum balik, masuk juga McDonalds, belilah apa2 yang patut sebab sampai rumah nanti mesti lapar punyer.
Waduhh, penat sungguh kitorang hari tu tapi apa yang penting semua happy. I tanya kakak, "Kakak happy tak, adik you tu takyah tanya, memang sentiasa macam tu". "Bestlah mummy, your friends all can sing one". Ok, next time kita gi lagi ....
Monday, April 27, 2009
That's what karaokes are for
Now, I realised that's what karaokes are being invented for ... for those who can't sing like me. Normally, if I joined my friends, I'm more like a backup singer for them. They are the one who always choose the songs and when it comes to me, I would rather said, "letak jer lagu aper-aperpun, aku nyanyi jer". Kalau nak difikir2kan, if I can sing very well, sure I dah jadi penyanyi macam Siti Nurhaliza, idaklah I keje kat tempat I sekarang ni kan ... kan ... kan.
Sure I dah happening gitu, taklah orang malu nak bawak I gi majlis ...
Among my friends yang selalu gi karaoke - Jam, Shila, Pah, Kak Anie, Liza and Ina. Nak kata they can sing, taklah jugak tapi sedap sikitlah daripada I. Kak Anie very the oldies one, Jam mixed, Ina very the ok and Pah pulak selalu pilih lagu Ziana Zain, tapi pitching tak penahnye sampai.
Nak jadikkan citer, last Saturday, I ngan rombongan cik kiah (hubby and anak2) pegilah karaoke RedBox kat Midvalley, saja2 je nak menyumbangkan bakat suara kitorang yang dan memang sumbang ni. Selalunya kalau I lepaking ngan geng2, kitorang gi Ampang Park jer sebab bayar ikut jam, murahlah sikit sebab kalau kat RedBox ni, bayar ikut kapla ...RM50 plus2 together ngan makan2 sekali. Mula2 I ingat bila kita jadi member RedBox ni, dapatlah diskaun ... takdernye hampehhhh.
Masuk bilik, besarlah jugak, kira selesalah untuk kitorang empat branak, Soraya terus pilih lagu favourite dia - antaranya Matahariku, If I'm Boy, I'm Yours, Hot or Cold, Reflection, Umbrella, ... banyak lagi (sorry lupalah pulak). Wow ... kagum I dengar dia nyanyi, tapi rasanya bukan nyanyi tu lebih pada menjerit. Tapi oklah, at least, masuk jugaklah tempo kalau nak dibandingkan ngan I ni.
Si Ten-ten pulak sibuk nak makan ajer sebab karaoke ni siap ngan buffet sekali. Orang sibuk nak nyanyi, dia sibuk, "Mamee ... mamee... mamam...mamam". Sambil dok dengar hubby ngan Soraya nanyi, I ngan Ten-ten pulak sibuk dok makan. Habih makan apalagi, Si Ten-ten ni bukannya boleh diam seminit, siap ambik mikrofon "vow...vow...heyyo...heyyo", lepas tuh jadi backup dancer and singer kat kakak.
My hubby's choice of song pulak lebih pada Indonesian numbers and a few English songs. Well, I think he'd improved a lot. He sang quite well, really impressed me. "Ini mesti banyak praktis ni ... Well, practice makes perfect, the more you practice, the better you will become. "
I pulak pilih lagu lama2, slow sikit senang nak nyanyi and a few duet song with my hubby. I really like Anuar Zain's song and "Selamat Ulangtahun Sayang" by Imran Ajmain but that song was not available. At the end of the day, I ambik jer lagu Fauziah Latif.
Come to think , once a while pegi outing macam ni best jugakkan. Kita anak beranak jer, takda sapa kacau. We stayed there for a few hours and do really enjoyed ourselves.... "Yang, bila boleh pegi lagi yek"
