Showing posts with label piala dunia. Show all posts
Showing posts with label piala dunia. Show all posts

Monday, July 12, 2010

Bintang Terhebat Piala Dunia 2010




Dari atas: Wesley Sneijder (Belanda), Thomas Mueller (Jerman), David Villa (Sepanyol) and Diego Forlan (Uruguay).

Walaupun I memang "kurang berminat" dengan World Cup, malah memang tak penah tengok langsung, at least I tahulah jugak yang Sepanyol muncul juara Piala Dunia Pertama di bumi Afrika bila berjaya menewaskan Belanda 1-0. I kenalah jugak baca sokkhabar, I taknaklah orang kata yang I nih "ketinggalan kapal terobang". Anyway, sepanjang kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, empat pemain di ataslah yang paling menyerlah, sekali gus memukau dunia dengan memberi inspirasi kepada kemaraan pasukan masing-masing. Mereka tampil dengan aksi menakjubkan mengatasi reputasi pemain bintang seperti Cristiano Ronaldo (Portugal), Wayne Rooney (England) dan Lionel Messi (Argentina).

So, empat tahun akan datang, l akan updatekan "hero2 baru" Piala Dunia pulak ok, itupun I ciplak jer dari sokhabar. Rasanya, sampai matipun I memang tak minat bola langsung. Entry ni I buatpun sebab kononnya taknak ketinggalan ... So, Brazil see you in 2014 ...

Friday, July 9, 2010

Paul, Si Sotong


Kelakarkan, dunia dah nak kiamat kot, sotongpun boleh buat ramalan, siap ada nama lagi tuh -- Paul, Si Sotong. Kalau mengikut ramalan si Sotong nihlah, impian Jereman untuk menjulang World Cup mungkin tidak kesampaian. Ramalan pulak tepatlah tuh bila Jereman tewas 0-1 kepada Sepanyol pada perlawanan separuh akhir, awal pagi semalam. Binatang berkaki lapan berusia dua tahun yang diberi nama Paul itu sebelum ini memberikan jawapan cukup tepat ke atas semua ramalan membabitkan Jereman setakat ini. Menggunakan salah satu sesunggutnya untuk menarik keluar bendera negara yang dikumpulkan di dalam kotak, semua ramalan yang dilakukan Paul masih belum tersasar. Paul juga pernah membuat ramalan bahawa Jereman akan tewas di tangan Serbia di peringkat kumpulan dan ia benar2 berlaku. Dan kelmarin Paul yang diletakkan di dalam Akuarium Sea Life di Oberhausen memilih Sepanyol selaku pemenang pertemuan akhir dengan Jereman. Kemarahan dan kekecewaan penyokong Jereman sudah tentu meluap2, apatah lagi Paul tidak langsung mahu menyebelahi Jereman, rumah keduanya selepas England. Petugas Aquarium Sea Life seharusnya mengetatkan kawalan keselamatan ke atas Paul kerana seorang chef dari Argentina mahu memasaknya manakala penyokong fanatik Jereman sudah tentu merancang untuk membunuhnya. Malang sungguh nasib Paul...

Oh yer, semalam si Dewi buat sotong masak cili merah, dan I "haruslah sokmo" melantak bagai nak rak. Opppss, adakah itu anak beranak Paul, Si Sotong ....oh tidakkkkkk ..........