Showing posts with label coma. Show all posts
Showing posts with label coma. Show all posts

Tuesday, December 29, 2009

Umpama mimpi dalam mimpi

"Umpama mimpi di dalam mimpi", I tak ingat group mana yang nyanyi lagu ni tapi itulah hakikat kehidupan kita seharian. Kenkadang benda yang tak disangka2 itulah yang akan terjadi dalam sekelip mata. Sebelum tu, I nak ucapkan takziah kepada kawan I di atas pemergian suaminya yang dikasihi yang telah menyahut seruan Ilahi pada hari Sabtu 26 Disember, 2009, pukul 7.45 malam. Arwah telah terlantar koma hampir empat minggu setelah diserang strok. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Dan yang paling membanggakan, anak tunggal arwah sendiri yang mengimamkan sembahyang jenazah untuk arwah. "Sejuk hati arwah", kata mak I bila I cakap kat dia. Untuk kawan I pulak, semoga tabah menjalani kehidupan, sekurang-kurangnya Allah dah beri dia peluang untuk dia menjaga suami sepanjang arwah coma. Bak kata kawan I si Liza, "pemergian macam itu kita sentiasa redha kerana ia adalah ketentuan Ilahi jika dibandingkan dengan perginya suami meninggalkan isteri tanpa khabar berita umpama gantung tak bertali". Pada hari pengekebumian, I ngan beberapa kawan ofis berkumpul kat masjid untuk turut memberi kekuatan pada kawan I ni. "Hari ini hari dia, esok2, kita tak tahu, mungkin hari kita pulak". Jika diimbas balik , macam tak percaya jer, tapi itulah, hakikat kehidupan. I kenal jugak ngan arwah tapi kurang bercakap kerana arwah seorang pendiam.

Satu lagi, memanglah kita kenkadang suka berahsia, bukan apa, cuma taknak menyusahkan orang lain jer tetapi ada ketikanya "kalau nak berahsia, mestilah bertempat". Misalnya, "part sakit2 ni", eloklah diwar2kan kepada mereka yang terdekat. Contohnya, kawan seofis (bukan apa, sekurang2nya kawan seofis boleh faham masalah kita dan boleh "give and take"), rakan taulan dan sedara mara yang lain. Bila kita war2kan kat orang, mereka juga akan turut mendoakan kesejahteraan kita. Contohnya, hari tu masa I melawat arwah semasa dia masih kat hospitlal, boss I cakap kat I, "You pegilah, I kat sini tolong mendoakan jerlah". Amin dan itulah yang I maksudkan. Memangpun, kadang2 kita taknak orang lain menyusahkan diri melawat kita or sedara mara kat spital tapi pada I "terpulang kepada masing2", kita tak boleh halang orang nak melawat kita dan kita takleh paksa orang lain daripada jangan mendoakan kita kan. Ntahlah, mungkin belum tiba masa I, senanglah I cakap tapi benda2 "ciput" macam nilah yang kenkadang boleh timbul rasa "kechik hati" pada sesetengah orang. Last but not least, "dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan".

Monday, December 14, 2009

She's strong, I yang poyo

Last Saturday, I pegi visit my friend's hubby kat HKL. My friend's hubby kena strok and till now masih coma. Office mates yang lain semua dah gi tengok, tinggal I sorang jer yang tak jenguk2 cuma hantar SMS tanya khabar jer. So, lepas keje Sabtu lepas, I pun pegi. Sampai kat HKL, I terus cari unit ICU, Neurologi. Kawan I takda kat ruang menanti, so I assume mesti ada kat dalam ICU, temankan hubby dia. Bila I nampak kawan I ni, I terus peluk dia and I memang salute kat kawan I ni sebab dia nampak strong, I pulak yang poyo. I tak tahulah pasal apa tetiba jer bila I tengok dia begitu setia dok tunggu hubby dia "yang tido macam baby tu" I jadi sedih sangat. I tahu I sepatutnya tak boleh nangis kat situ sebabnya bila I nangis, kawan I akan nangis sama. Ingat lagi seminggu sebelum hubby dia masuk hospital (sebelum ni, seorang collegue I yang lainpun, hubby dia kena stroke and collegue I tak diam duduk dok uruskan hubby dia), we all ada berborak kat pantry ramai2, "kalaulah kita sakit, rasa2nya hubby kita nak jaga kita macam kita jaga dorang tak". Masing2 menjawab, "entahlah, wallahhualam".

Paling I terharu masa I kat ICU ni, I tengok kawan I dok usap2 tangan hubby dia tak henti2 sambil dok cium ... memang sedih and nampak caring sangat. Hubby diapun nampak macam baby tidor, secara fizikalnya, memang nampak sihat cuma kulit jer nampak melepoh sikit, mungkin allergic pada certain2 ubat, yang lain2 ok. "Sepanjang I kahwin ngan dia, inilah dugaan paling besar dalam hidup I'. "Yerlah, masing2 ada dugaan memasing, ini dugaan you, I pun kena duga juga, antara sabar dengan tak sabar saja, tapi insyallah, kita memasing kena kuat semangat and alhamdullilah, you nampak strong sangat". Sebelum I balik, I sempat cakap kat kawan I tu, "Banyak2lah bersabar, kita berdoa jerlah, kalau I kat tempat youpun, I akan rasa apa yang you rasakan sekarang ni". Lepas tu I berpaling pada hubby dia, "Insyallah Nik, you akan semboh and you should be proud yang you have a very loving and caring wife and she is strong, kalau orang lain memang tak sekuat ini". Dalam masa I berjalan ke parking, terfikir dalam benak kepala I, dalam keadaan apa yang I harungi sekarang ni, misal kata kalau I terlantar sakit macam tu (mintak disimpangkan malaikat 44) , adakah dia akan datang menjengok? Wallahualam misawab ... tanya dia, dia jer yang boleh jawab ...