Showing posts with label piknik. Show all posts
Showing posts with label piknik. Show all posts

Wednesday, February 16, 2011

Berbaloi dengan Kad VIP Sunway Lagoon

Salam to Rusydi ... berkenaan dengan kad VIP Sunway Lagoon tuh, pada I rasa amat berbaloi. I dah pegi harituh bawak anak2 masa cuti sekolah. Mula2 rasa cuaklah juga tapi kalau nak dikira dengan RM448 yang kita bayar tuh, dah banyak jimat. Pemegang kad VIP masuk free (entrance Rm100 seorang) sementara anak2 dapat 30 percent diskaun (dalam lingkungan tulah, I dah lupa) and kat dalam pulak, bila nak beli makanan, dapat lagi 15 percent diskaun termasuk barangan merchandise yang lain. I punya plan, I nak pegi at least empat kali sebelum kad expire, sebabnya, nak "kawtim" balik ngan apa yang I dah bayar tuh. Lagi satu, masa nak masuk ke Sunway Lagoon tuh memang takda hassle, tak payah nak beratur panjang, kita terus jer pegi kat kaunter VIP dan boleh masuk dengan selesa. Nak tahu, I anak beranak "perasan bagus jer" ala2 VIP gituh bila dapat potong queue yang panjang berjela tuh. By the way, enjoy your trip there .....

Tuesday, October 12, 2010

Moh kita gi Sunway Lagoon

Dah lama I rancang nak bawak anak2 dara I bermalam kat Sunway Lagoon Hotel. Cadangnya "check-in" dua malam, esoknya boleh "bergumbira suka ria" kat Sunway Lagoon dan kemudiannya "shopping sakan" kat Sunway Pyramid. Part makan2pun tak kisah, kat Sunway Pyramid tukan banyak tempat "mamam" dan lepas tu bolehlah berbowling. Biasalah "rancangan tinggal rancangan" jer, tak jugak pegi2. Last sekali I pegi Sunway Lagoon adalah dua tahun lepas kot. La ni, tiket nak masukpun dah naik, rasa2 100 hengget untuk adult and budak kechik macam si Alea tuh free and Soraya mungkin 50-80 hengget (tak begitu pasti). Pernah suruh sis-in-law check brapa ongkosnya kalau nak "bermalam" kat hotelnya ... aduh dalam 400-500 hengget jugak semalam. Anyway, kenkadang I terfikir juga kat kepala hotak I nih, selalu benda yang I "teringin" tuhlah tetiba jer muncul tak semena-mena. Contohnya, pagi tadi, someone dari Sunway Lagoon call I, offer VIP kad and reganya pada I agak murah iaitu 448 hengget dan setahun I masuk free. Those yang datang ngan I dapat 30 ke 40 percent diskaun dari harga biasa 100 hengget and kalau nak makan kat dalam pulak ada 15 percent diskaun lagi. Lepas tuh, takyah nak rebut2 beratur dan kalau rasa teringin nak tidor kat katil empuk hotel, dorang boleh tolong "book"kan dan dapatlah diskaun 20-30 percent. Memula I tak teringin tetapi mengenangkan "anak-anak dara" I, why not, anyway 448 hengget jer. Kesian kat Alea, jarang I bawak dia jenjalan kuar dari "territory" Bandar Utama tuh. "Terukkan mummy nih ... asyik kerja, kerja, kerja, cubalah sesekali pegi bukak pintu shopping compleks pepagi buta tuh". Oklah, back to this VIP Card, seriously, disebabkan anak2lah, I willing to sign up for the Card. Tapi, tak bahaya ker bagi nombor kad kredit kita kat orang yek ... anyway, dah terlambat, I dah bagipun. Tawakkal jerlah .....

Saturday, April 17, 2010

Berpiknik di Tasik Perdana

Huh ... rasa berpuluh tahun jugaklah I tak "jijak" Taman Tasik Perdana sejak pindah dari kuarters Istana Tetamu aka Carcosa Seri Negara ke Taman Jasa. Arakian, untuk kesekian kalinya pagi tadi, I, Alea ngan Dewi "pepagi bute subuh2 sepi'e" lagi dah terpacak kat parking lot pusat rekreasi tu. "Pagi idak ler pagi sangat, ada ler dalam kul 8, pagilah jugak tuh ... selalunya time2 tuh tengah bergulung sakan dalam selimut tambah2 hujung minggu". Janjinya minggu lepas, nak gi piknik sesambil tu nak berjogging sekali tapi dek sebabkan hujan, tak jadik, last2 berpiknik kat rumah mak I kat Selayang jer, so hari ni kira "balas dendam" baliklah. Yati Tiara pepagi lagi dah telpon "hari tak hujan, so boleh proceed, bertolak dalam kul 7.30, jumpa kat sana jer". "Wokay, kat sinipun tak hujan, no hal, so jumpa di sana...di sana". By the time sampaipun, parking memang susah, I kena tawaf dua tiga kali barulah dapat satu tempat strategik. Keluarkan basikal Alea tapi yang kelakarnya, tayar basikal depan belakang takda angin tapi belasah naik jugak sebab Adam "Bob de Beder"pun ada basikal sendiri. Pagi tadi macam biasa Dewi goreng mi and I bancuh nescafe tarik dua termos and Yati Tiara bawak frenchfries dan sandwiches. Oklah, kira cukuplah tuh, pegi "nawaitu" nak berjogging bukan nak makan sangatpun.

Memang dah lain sangat tempat tuh. Dulu masa duduk kat kuarters Istana Tetamu, memang selalu gi Lake Garden and paling best "muka bebudak istanalah" yang selalu pegi tengok free show kat Panggung Annivessary, jalan kaki jer sebab rumah dekat ngan tempat2 tuh. Berbalik pada pagi tadi, Aleapun happy sangat main ngan "Bob de Beder", tambah2 lagi ada pulak taman permainan sampai merah2 padamlah muka. Dewi macam biasa ambik kesempatan jogging nak kuruskan badan tapi badan tak kurus2pun, mak I pun sempat seround berjalan sebelum duduk lepak ngan I and adik I kat meja taman sambil mengadap makanan. Cadangnya nak jalanlah seround dua tapi bila dah duduk tuh, bontot pulak macam melekat jer kat situ, takleh nak bangun. So, last2 sekali, asyik minum, makan, minum dan makan jer, jogging tah ke mana. Rasanya dalam dua jam jugaklah, kitorang bersantai kat sana, sebelum chow balik. I memang tak sangka, ramai jugak family yang rajin bawak anak2 dorang pepagi buta ke sini. Aleapun, berpeluh2 sebab ikut si Dewi lari buat satu pusingan ... happy sangat dia. "Okaylah adik, nanti senang2 kita datang lagi dengan "Bob de Beder", bawak sekali Kimi, Asraf, Aqmal dan Adawiyah, biar lagi happening, sekarang kena balik sebab mummy kena work". Dalam perjalanan balik tuh, sempat jugak I ngan adik I si Jija gi round masuk kawasan Istana Tetamu nak tengok rumah lama kuarters kitorang dulu. Still macam dulu, cuma rumah kuarters we all dah kena roboh, tinggal rumah Pakcik Salam jer. In fact, padang tempat we all main badminton dan galah panjang still ada lagi. "Alea, kat sinilah rumah nenek ngan atuk Aziz dulu, mummy tinggal kat sinilah". Aduh ... bila teringat masa kechik2 dulu, nostalgia sungguh. Walaupun kami bukan kerabat Diraja, tapi kami membesar dalam kawasan istana sebab arwah my father sebelum dipindahkan ke pejabat JPM, arwah adalah antara pekerja istana yang akan menjaga dan melayan pembesar2 kerajaan dan negara yang datang bertamu di Istana Tetamu. Jangan marah, kami juga merasa apa yang dimasakkan untuk sultan2 dan raja2 ... kelas gituhhh ...

Friday, April 9, 2010

Nak gi piknik

Cadang esok nak bawak si Alea gi berpiknik kat Lake Garden, tak tahu jadi ke tidak. Janjinya, kalau hujan tak jadi, kalau tak hujan, we proceed with the planlah. Harap2 tak hujanlah pagi esok. Bukan apa, I nak lepaskan si Alea main basikal kat situ, sambil2 tuh bolehlah I ngan Dewi berjogging. I cadang nak buat sandwiches ngan mee goreng, Yati Tiara pulak nak bawak nasi lemak. Bukan apa, seronok jugak, sekali sekali pegi piknik pagi2. Camnerpun, kalau tak jadik, I ada plan B, iaitu bawa Alea gi breakfast kat McDonalds. Lepas tuh, I nak bawak si Alea temankan I buat manicure ngan padicure, nak suruh si Amoi tu buatkan sekali untuk si kechik nih, mesti dia suka punya. Tapi harap2, tak hujanlah besok so that I boleh proceed ngan plan piknik2 tuh ....