Showing posts with label klinik. Show all posts
Showing posts with label klinik. Show all posts

Saturday, July 10, 2010

Separuh gajiku melayang

Kalau Anang femes dengan lagu hitnya "Separuh Jiwaku Pergi", lain pulak dengan I, "zaman jiwang2"nih dah lama berlalu dalam kamus hidup I tapi "hit of the month" I ialah "Separuh gajiku Melayang". Apataknya, hari nih I ada appointment lagi ngan Dr Dentist. Masuk nih dah tiga kali dalam tempoh sebulan. Tolak, campur, dharab, bahagi, rasanya lebih separuh daripada gaji I untuk bulan depan dah abih kat gigi I. Yerlah, asyik "menenyeh" jer sementara nak tunggu gaji bulan depan masyukkk. Kawan I yang kat overseas tu cakap kat I, "Takpalah, orang lain naik setakuk, tayang pay slip, tayang kereta baru, ngko pulak tayang jerlah gigi ngko, menyerongehlah ngko sepanjang bulan depan". Kureng asam punya kawan. Yerlah, kalau tak buat kalu, I yang tanggung sakit sorang2, so "biar lebur jerlah separuh duit gaji tuh". Tapi takpa jugak, ada hikmah sebenarnya yang I sakit gigi sebelum nih, kalau tak sakit "haram I nak jejak dentist", so bila dah sakit nih, baik "overhaul" semua, omputih cakap"once and for all". Memanglah "rasa sengkek" sangat tapi I selalu ingatlah diri I, insyallah rezeki ada di mana2, "taklah sampai mati kebulur". Kat dentist tadipun, hampir sejam jugaklah, Puan Dr tuh "menggerodak" mulut I. So, next appointment, end of this month. Oh ... duit lagi. Isnin ni pulak, kena gi income tax, nak settle payment. I ingat nak buat rayuan, bayar dua kali. Oh tidak .... duit lagi. Bestkan kalau kita dilahirkan "kaya$ raya$", tak payah nak susah2 hati pasal duit ... sebut jer "dan2 tu jugak duit dah ada depan mata" ....

Tuesday, July 6, 2010

Tidur tak "hengat dunia"

Semalam I MC lagi. I kena buat "minor surgery" kat gigi I, emergency case, takleh nak dielakkan lagi. Rasa2 dalam satu jam setengah jugak sampai lenguhlah mulut I dok menganga. Kalau compare dentist gomen dulu dengan dentist private sekarang memang "macam langit ngan bumi", canggih abih. I langsung tak rasa bendapun masa Puan Dr tuk dok "menggerodak" mulut I. Camnerpun, bulan nih kopak lagi sebabnya untuk surgery yang "secotet" tu, I kena charge 1,500 hengget, kena bayar penuh pulak tuh, no "instalment2". Sabtu nih kena pegi lagi, haruslah melayang "beratus2" hengget lagi. Nak tahu apa I buat sepanjang hari semalam, I boleh "membongkang" tak sedar diri sehari suntuk wa cakap lu sampai anak dara I si Alea komplen, "Mamee nih dido, dido, dido" (Mummy nih tidor, tidor, tidor). I pun tak tahu, ubat apa yang I dah telan, I boleh "tido sampai tak hengat dunia". Cakap pasal tidor ni, bukan aje siang I boleh "membongkang", malampun kalau "membadak" tak sedar apa jadi kat luar. So, I kena admitlah memang "I kuat tidur ... abih camnor dah Allah bagi nikmat tidur, so, tidurlah sepuas2nyer" ...

Saturday, June 26, 2010

A shoulder to cry on

Semalam I dapat MC lepas pegi dentist, buat "root canal" kat geraham atas I. Memang, lepas jer balik ambik si kechik dari sekolah, I nak membongkang jer kat rumah. Yerlah, namapun MC, duduk kat rumah jerlah, takkan nak gi meronggeng pulak. Rasa2 dalam kul 4 pm gituh, kawan I call, "Lin, jom teman aku gi Mont Kiara kejap". "Buat apa, aku malaslah, aku MC hari nih, aku malas nak kuar". "Jomlah, aku ambik ngko kat rumah". "Alah, malaslah, aku tak suka gi kawasan tuh, not my territory, lagipun aku MClah hari nih, aku sakit gigi."Kejap jer, aku ambik ngko". Cinabeng punya kawan, tak reti cakap Melayu kot, dah kita cakap taknak, taknaklah. I pun baringlah balik, tergolek sana, tergolek sini, kejap2 pegi berkumur2 sebab gigi I rasa nyilu lagi. Tak sampai setengah jam, I dengar ada orang "ding dong" kat luar and bila I jengok nampaklah kete rogna "kelabu taik hanjing" kat luar. "La, minah nih datang jugak". I pun turunlah bukak gate, tak lama tuh nampaklah kawan I ni dengan "spek mata hitam gedabak" dia dengan "subang yang boleh buat gelang lagi" jalan berlenggang. Nasib baik tak pakai legging corak rimau, kalau tak "sejibik macam leopard betina miang nak berlaki". Sorrylah pompuan, aku kutuk ngko sikit, camnerpun ngkolah kawan aku "dunia akhirat", omputih cakap "a shoulder to cry on". "Hoi, cepatlah siap, teman aku kejap jer, aku seganlah nak gi sorang". "Jap, aku gi pakai jeans". On the way tuh, kawan I nihpun singgahlah kejap kat stesen menyak. Yang pelik tuh, bila dia turun, bukannya dia isi minyak, dia dok melilau sana sini, dok gamit budak yang keje kat stesen tuh. Lama jugak I tunggu bila dia tetiba masuk. Rupa2 nya, selama nih, minah sekoq nih tak reti isi menyak. "Laillahhaillahlah, benda yang senang tuhpun ngkopun tak reti kalau isi angin tuh aku bolehlah terima, nih isi minyak ngko tak reti, bawak kete canggih abih". Lagi satu, minah nih kalau bawak kereta, dahlah kerusinya ke depan abih, bawak kete pula tegak macam robot. "Ngko nih, bawak kereta macam robot, tegak jer". "Ngko nih Lin, tak komplen tak boleh ker, tak padan dengan sakit gigi". Seriously, I rimas tengok dia bawak kereta. Itu belum bab parking lagi, lembap mengalahkan kekura. Ke depan ke belakang, ke depan ke belakang, parking tak jugak. Rasa macam I nak ambik kunci, biar I ajelah yang drive. Tobat I, lain kali, kalau nak kuar jugak ngan dia, biarlah I drive kete sendiri ataupun takyah kuar langsung. Dalam dok kutuk2 tuh, dia tetap kawan I, kawan I masa susah dan masa senang. Macam I cakap awal tadi, kawan untuk "menangis di bahu". Bukan senang nak cari kawan seginih .... pompuan, thanks for always be there when I really need you ...

Sakit gigi

Rasanya dah lama I tak sakit gigi dan alih2 tetiba jer geraham atas I berdenyut2. Memula I ingat sakit biasa jer tapi lama2 sakit tuh makin menyucuk2 especially bila malam hari. I bukannya macam orang lain, setiap enam bulan pegi check gigi. I bila sakit jer baru pegi dentist. Paling last lepas beranakkan si Soraya. Bayangkan dah 10 tahun I tak penah pegi dentist. Aduhh ... sakit gigi bukan boleh buat main2 beb, nyilunya menyucuk2 sampai ke tulang hitam. Paling kronik, Khamis lepas siap google lagi cari dentist yang paling dekat ngan rumah I. Dan bila dah pegi klinik tuh, ada pulak dalam kita dok sakit2 tuh, si kerani klinik dentist tu cakap "you kena buat appointment dulu". Gila ke aper, kita tengah sakit, dia suruh kita buat appointment. "Kalau sudah emergency casepun kena buat appointment dulu ker". "Dah penuh kak, saya buatkan appointment untuk kakak pagi2 esok". Oklah, do I have a choice? Harap2 janganlah sakit berdenyut2 malam nih. Hampeh, malam tuh I takleh tidor, asyik berkumur ngan air garam jer, nak bagi hilang denyut. Ubat "pain killer" yang I beli kat Guardian tuh langsung takleh pakai, "tak lut langsung". So, the very next morningnya (pagi semalamlah), dalam perjalanan nak hantar Alea sekolah, lepas tuh terus gi klinik tetiba hubby sms cakap dia takleh ambil Alea sebab ada meeting kat Putrajaya. Alamak, camner nih, sapa pulak nak ambik Alea sebab I takut appointment I akan terlajak sampai tengah hari. Alea nak tak nak kena gak gi sekolah sebab nak sambut "besday" dia kat sekolah dan I dah cakap kat teacher nak bawak kek bagai. Takpalah, tawakal jerlah, kenkadang kita dalam kerumitan Allah akan lapangkan perjalanan kita.

I sampai klinik dalam kul 10am dan 10.30am, Dr dah panggil masuk. So, I estimatekan Dr tu akan kerjakan gigi I dalam one hour, sempat lagi nak ambik si kechik tuh. Sebelum jumpa Dr tuh, I rasa takutlah jugak. Yerlah, kita dah bertawon2 tak check gigi, malulah nanti kalau nanti bila bukak mulut jer, Dr cakap, "Ayo, your gigi so teruk onelah, berapa tahun you tarak check". Tapi. suprisingly, Dr tuh cakap "Your teeth looks ok cuma ada cavities, so I akan rawat in stages, meaning you kena datang tiga kali lagi jumpa I. Gigi geraham yang sakit tuh sebab dah berlubang teruk dan sampai ke nerve. What I have to do, in order to save the geraham, I akan buat root canal". Siap buat X-ray lagi, canggih betul rupanya dan barulah I tahu gigi I ni jenis yang pendek2. Lepas buat "root canal", next I kena buat "scaling" iaitu cuci gigi dan "crowning", tampal segala lubang2 gigi yang ada. Satu lagi proses apatah I tak ingat tapi Dr cakap proses tu susah sikit sebab gigi I nih pendek, susah nak potong. Nak tahu berapa kos semua .... dua hebu hengget lorr. Bulan nih, memang I kopak sungguh tapi kalau tak buat, I sendiri yang akan tanggung sakitnya in the near future. So, nak tak nak, sain jerlah kad kredit tuh. Sebenarnya, masa Dr tuh dok kerjakan gigi I, tak rasa sakit langsung, kuat sungguh ubat bius yang digunakannya tapi Dr tuh cakap I still akan rasa sakit dalam sehari dua lagi sementara nak tunggu "root canal"nya betul2 kuat dan mantap. Tapi memang betul, malam semalam bila datang denyutnya, rasanya macam nak menjerit punyalah sakit, datang pula sekali sekala, itulah yang buat kita lagi geram. So, I ada lagi tiga appointment dengan Dr nih, rasa2 inilah pertama kali I betul2 "overhaul" gigi I. Mintak2 lepas nih, janganlah sakit lagi ... tak tahan woooo .....

Thursday, May 27, 2010

Seminggu Alea tak sekolah

Sepanjang minggu nih, anak dara kechik I tak pergi sekolah dan sepanjang minggu nih lah jugak, kerja dia asyik tengok kartun, kartun, kartun. Kejap channel 616, kejap 615, kejap 613, lepas tuh balik ke channel 616, asyik pusing balik-pusing balik, channel yang sama jugak. Lepas tuh kalau dah boring, abih semua buku "A,B,C", "1,23" dan "kalering" disepah2kannya untuk dibuat "conteng-conteng". Kenkadang kesian tengok dia, takda kawan2 and I pulak keja sampai malam. Selalu bila sampai rumah, si kechik ni dah tido.
"Seronok yer adik duduk rumah, tak gi sekolah".
"Aya demam (Alea demam)".
Memangpun Alea demam sejak Sabtu lepas and I ambik keputusan sepanjang minggu nih, takyahlah dia pegi sekolah. Lagipun, hari Selasa memang takyah pegi cuma those yang involved dalam "school trip" jer kena ada kat sekolah, hari Rabu cikgu bagi cuti rehat dan Jumaat dah public holiday, kiranya dua hari jerlah anak dara I nih "ponteng sekolah". I bukannya nak galakkan si kechik nih tak gi sekolah cuma I taknak demam dia merebak tu aje. Maklumlah sekarang nih musim tak menentu, bila datang panas, bahangnya "lak lil lak lik gitu" dan bila musim hujan pulak, sejuk tak menentu. Kalau boleh I nak make sure yang Alea dah "betul2 ok" barulah dia boleh pergi sekolah balik. Yang paling best jugak, sepanjang minggu Alea tak sekolah nih, I anak beranak boleh bangun lewat, kiranya "tido sampai tak hengat dunia"lah.

Monday, May 24, 2010

Kesian Alea mummy

"Kesian anak mummy nih, anak mummy demam ye".
"Mamee nak gi ner ni (mummy nak pegi mana)."
"Mummy nak gi work, petang nanti mummy balik ok, adik duduk ngan Kak Wiwi".
"No wan, no wan, nak duduk ngan mamee".
Walaupun berat hati I nak meninggalkan si kechik nih, tapi I terpaksa gak gi kerja and I pesan kat Dewi, "apa2 call kakak, jangan tak call".

Ntahlah, tetiba jer badan anak dara kechik I, si Alea dedar sejak Sabtu lagi. Nasib baik ada ubat extra I ambik kat klinik Junina. Semalam dah ok sikit, bila malam panas balik. So, pagi tadi, I smskan kat teacher dia yang Alea tak sihat dan terus I bawak si kechik ni gi klinik. Dalam pada dia dok melompat2 main kat klinik tuh, rupa2nya bila diambik temperature dah lebih 38 degrees. Apa lagi doktorpun bagi "ubat bontot" sebab Alea ni dah ada "history fit" masa dia umur dalam setahun lebih. Doktor cakap kat I, Alea akan "bebas fit" bila umurnya dah lebih lima tahun. I pasal bab "fit2" ni, I phobia sikit sebab masa Alea "kena fit" dulu, I memang gabra abih. Seperti biasalah, kalau anak2 demam, I selalu "tido2 ayam" jer. Setiap sejam dua, I chek suhu badan and "ubat bontot" memang selalu standby. Bila temperature shoot jer 38 ke atas, I sumbat jer "ubat bontot" sebab Alea nih dia rimas kalau I dok lap badan dia ngan air. Selalunya, kalau lap badan, demam baik, selesemalah pulak datang. So, malam nih, I tak tido lagilah dan rasa2nya seminggulah jugak Alea tak gi sekolah. "Kesian anak mummy nih, anak2 mummy tak kira kakak ker adik ker, kalau boleh, mummy nak jaga sampai abih hayat mummy ...."

Monday, March 1, 2010

Next round for check-up

Sabtu depan, I kena bawak anak dara kechik I, Alea for the next round check-up eczema dia. Kali ni dah masuk tiga kali. Alhamdullilah, so far, so good, dah tak mengeruk2 lagi. Kiranya, dah nampak baik. Bayangkan dah berapa banyak pakar I jumpa, last2nya kat kawasan Sentul gak yang sesuwei ngan Alea ni. I tak kisah abih berapa banyak tapi yang fentingnya, si kechik I ni sembuh. Memanglah Tuan Doktor cakap boleh sembuh sepenuhnya tapi nak tunggu dia sampai umur tujuh tawon rasa lambat sangat. Camnerpun, harus wajiblah, Sabtu ni kitaorang kena tunggu dua jam lagi baru dapat jumpa Dr. "Wa cakap lu, ramai betul patient sampai terkeluar2 orang yang menunggunya". Dah nak tutuppun kenkadang, bertali-tali arus lagi orang datang. Patient pulak bukannya sekitar KL, ada yang datang sejauh dari Penang ngan Perak lagi. Kali ni, I dah pesan kat Dewi, bawak bekal jer, kalau lapar boleh makan terutamanya si kechik tu (sebenarnya mummy yang lebih2nya). Hari tuh masa gi kenduri Chu Padilah, ada terjumpa cousin I, si Nadirah, terus I cakap kat Nadirah, "Nadirah, nanti Sabtu angah call dulu, bagi nombor atas sikit yek". Tersongeh2 jer si Nadirah "uhh tidak ... hikk pun tidak". Alangkan Pak Panjangpun yang bakal jadi pak mentua Tuan Doktor itupun kena tunggu dua tiga jam jugak, apatah lagi I yang tak ada kena mengena ni. Takpalah, dua jam ker, tiga jam, no hal one, I, kalau untuk anak2, apa saja I akan buat kalau ada kelapangan (untuk rekreasi dan riadah) tapi kalau bab2 sakit deman ni (with immediate effect, tak tunggu2 dah). Itu sebabnya darah I jadi mendidih bila baca pasal budak umur tiga tahun mati kena sepak terajang macam bola dek boifrend mak sendiri. Sampai hati betul. Seriously I cakap, anak2 dara I kalau kena ketit nyamuk, I ligan nyamuk tu sampai I dapat bunuh. Takkan I biarkan hatta sebesar hamapun hinggap kat badan anak2 dara I apatah lagi sepak terajang. Akan I terajang balik orang yang terajang anak I tu. "Maafkan akak yer, akak terlebih emosilah pulak". Hukumnya simple jer, kalau nak cakap I brutal, cakaplah, campak jer si pembunuh kejam tu dalam penjara biar dikerjakan oleh banduan2 kat situ. Kita pakat tengok lepas tu tepuk tangan ramai and bila dah mampus, campak jer kat kandang rimau, biar disiat2 nyer ... padan ngan muka engkau..

Wednesday, February 17, 2010

Alea "tersalah landing"

Tak abih2 anak dara kechik I nilah, kesian kat anak mummy sayang sorang nih. Dahlah semalam satu area Sentul boleh dengar dia menjerit sebab kena injection, malamnya pulak, terjatuh katil, benjol kepala, rasa2 sebesar bola ping pong. Kalau tin "melo" tu, memang dah kemek abih. I pun tak sedar, camner dia boleh "tergolek dok" dari katil, siap berselimut bagai lagi. Masa tu I baru nak Isyak, alih-alih I terdengar bunyi kuat terhentak kat lantai ... gedebuk ... gitu. Woi ... apa lagi, gedebuk jer jatuh, terus bunyi melalak, yang amat nyaring mengalahkan bunyi mercun yang "neighbour2 cher" I pasang kat kawasan Tropicana tuh. Aleanya tak nampak lagi, yang I nampak selimut bergulung jer. Sebelum I nak sembahyang tu, memang si Alea ni dok seronok lompat2 atas katil sambil main selimut dia. I rasa dia tersalah landing, terus langsung "terakrobatik" atas lantai. I apa lagi "panicking" abih sampai tak sempat nak buang telekung. Sambil I cepung si kechik ni, sambil tu dok panggil Dewi suruh keluarkan air batu nak "tuam" kepala benjol. Sampai jer kat ruang bawah, dalam dok sibuk dok cari bengkak kepala, si Dewi cakap, "bukan kat belakang kepala kak, kat dahi Alea tuh". Memang beb, bulat jer, cuba bayangkan orang yang lepas "bekam", macam tulah besarnya benjol dahi si Alea. Paling penting, I have to make sure that lepas jatuh, dia terus nangis, kalau tak nangis "memang something is wrong somewhere". Satu lagi, tunggu sekejap, kalau dia setat muntah, "harus wajib kena rush ke hospital". Bila I tengok dia ok jer, I pun tak bawak gi klinik sebab dulupun masa dia "bertelor kat dahi", langgar almari kayu I pun, Dr cuma suruh I "tuam" ngan air sejuk. Camnerpun I cadang nak bawak dia gi klinik jugak hari ni tapi klinik pulak tutup, bukak petang jer so no choice kena suruh hubby bawak petangnyalah. So, semalaman semalam I tak berapa nak boleh tido, dok "tuam" kepala si kechik ni "on and off". Nasib baiklah we all memang ada tempat khas untuk isi air batu buat "tuam" kepala, jadi senanglah kerja I. Rasa2nya dalam dua jam lebihlah I dok "tuam" kepala si kechik ni, nampak kurang sikit benjol tapi camnerpun kena jugak hubby bawak klinik petang ni. Kesian anak dara I ni tapi I ada dengar yang sesetengah orang tu kalau kepala dia terhantok, boleh jadi pandai, yang pelupa boleh jadi ingat, rasa2 Alea akan pandai ker .... harap2 gitulah ... kita tungguuuu ......

Tuesday, February 2, 2010

Eczema2 go away

I sendiri dah abih ikhtiar bila memikirkan eczema si kechik I Alea. Dah tak tahu nak buat apa dah. "On-off, on-off, sekejap takda, lama sikit, datang balik", kesian tergaruk-garuk especially tang joints dia, sampai merah2 gitu. Segala krim dah sapu, lotion mandipun yang special punya. Doktorpun, segala doktor dah "cuba terai", still macam tu jugak, hilang kejap, tak lama datang balik. Semalam, masa I ambil dia dari sekolah, tengok bibir dia kering sangat, berkeruping gitu. Mula2 biasa jer, tapi semalam nampak macam dah berdarah. "Kesian anak aku, alangkan kita orang tua, bibir keringpun rimas, inikan lagi budak". Tanya Azean (adik I) , mana lagi I nak bawak si kechik ni, so, adik I kata "why not cuba terai kat satu klinik kat Sentul, ramai yang kata bagus tapi "mehe"lah sikit". "Takpalah, mehepun mehelah, asalkan baik, kesian tengok. Dulu, bibir tu tak kering sampai gitu, ini dah nampak macam kroniklah pulak". "Bukak ke Azean, hari ni KL public holiday". "Cuba call mak, suruh mak call makjang sebabnya Nadirah kerja kat klinik tu". I pun call my mak, later my mak call me back, informed kat I katanya, "klinik tutup kul satu tapi kalau sampai sebelum klinik tutup, Dr akan tunggu, makjang dah pesan kat Nadhirah". "Amboi, makjang, ada kuasa veto lagi, maklumlah Dr tu kan bakal menantu". Oklah, tak kisahlah, jodoh memasing. Memandangkan masa I call my mak tu I ada kat luar, jam pun dah 12 lebih, apa lagi I pun pecutlah kete, tetiba jer jadi "superwoman" balik. Siap call Dewi suruh get ready, maknanya sampai jer kat rumah, terus ambik adik ngan Dewi pegi klinik. Bukan apa, bukan senang nak jumpa Dr tu sebab dia jarang ada kat klinik. Nasib baiklah juga si Soraya ada kelas ballet hari ni, lambat sikit balik, jadi tak perlulah I terkocoh2 nak ambil dia pulak. Kebetulanlah pulak, jalanpun tak sibuk, rasanya 15 minit, klinik nak tutup I pun sampai. Dalam hati tu, teringin jugak nak tengok menantu makjang ni, asyik dengar cerita jer. Sampai kat klinik, alhamdullilah, parking pun senang, takda patient, cuma kebetulan cousin I si Shikin (kakak Nadirah) yang ada jumpa Dr sebab ada tiriod. Tak lama kendian, Drpun panggil I, nampaknya jer Alea terus dia cakap "Alea maknanya - Ketinggian/ Keagungan Tuhan - Bangsawan". I tersengih nampak gigi jerlah. Dr tu nampak biasa jer, janggutnya panjang berjurai, blonde lagi, cakap pelan dan teratur bila dia explain kat I satu persatu dan selama I jumpa pakar, dorang cuma bagi krim aje, tapi paling takleh lupa Dr kat Taman Tun, langsung tak pegang Alea terus bagi ubat tapi Dr ni memang lain sikit. Semuanya dimulakan dengan "Bismillah" siap bagi "ayat doa" lagi kat I suruh hafal bila nak bagi anak makan ubat dan kali ni treatment memang lain dari yang lelain. Dr tu cakap dia akan bagi "injection" di setiap joints yang ada eczema. Bila dikira2 adalah lapan tempat, maknanya lapan injection ... harus berhebu2 hengget tu. Duit boleh cari tapi injection tu, Alea kena satu injectionpun satu Gleaneagle/Damansara Specialist boleh dengar, apatah lagi lapan injections. "Banyak sangat tu Dr, tak terlebih dos ke, lagipun anak I kechik lagi". "Takpa, ok. insyallah, jika diizinkan Allah boleh baik, tempat yang diinject tu tapi dalam masa dua minggu kena datang balik, satu lagi injection untuk buang alahan". Lepas disapu ubat kebas, Dr tu kata tunggu 10-15 minit, nanti masuk balik nak bagi injection.

Rules klinik ni, kena bayar dulu, so "all in" I kena bayar RM300 lepas diskaun. Itulah untungnya, kalau Dr tu bakal ada kena mengena ngan keluarga I "later-later nanti,". "Dapat diskaun you". Masa nak bagi injection tu, Dr tak bagi I masuk, "emaknya duduk kat luar, takut kalau emaknya ada, benda 10 minit boleh siap jadik setengah jam pulak". Wow, so the very tegas one and I like. Alea apa lagi, meronta2lah tapi I kenalah buat hati batu kejap tapi paling tak tahan bila dengar si kechik I ni melolong kat dalam bilik "mamee, no wan... mamee ... no wan" (mummy, I don't want). Kalau si Kimi (anak Azean) boleh nangis kat luar dengar, I apa lagi, jadi seniwati "neng yatimah"lah kejap. "Sapa tahan beb, tak dapat I bayangkan lapan kali jarum cucuk badan dia, kita orang tua bolehlah tahan, inikan budak sebesar Alea". Ikutkan nyesal jugak tapi kalau nak baik, nak tak nak, kena keras hati, buat jugak. Adalah 10 minit (tapi I rasa berpuluh2 minit), bila keluar jer, teresak2 si kechik tu. Tempat injections semua bengkak dan berdarah dan according to the Dr, dalam dua jam bengkak tu boleh surut. "I'm so sorry sayang, Adik nak baikkan, lepas ni nanti mummy bawak adek memain ngan abang Kimi ok". Dalam keretapun, agaknya sedih sangat mummy biarkan dia kena injection, terus peluk si Dewi kuat2 dan tak lama kendian, terus tertidor. Tapi, kalau namapun dah budak, lama mana sangat sakitnyer, masa mula2 jer nangis, lepas tu lasaklah balik. Petangnya, I bawak si kechik ni memain kat Kidsport ngan Kimi. Janji tetap janji and I tengok dia ok jer. Next visit will be on Feb 16, masalahnya sekarang, I takut si kechik ni "naik jeran" bila tengok klinik tu nanti. Kali ni, satu jer injection dan harap2 dengan izin Allah cepatlah sembuh ezcema anak dara I ni ... "eczema ...eczema go away, and pls don't ever come in any of the days".

Wednesday, August 26, 2009

Alea positive H1N1

Nak terduduk I bila Dr kat Damansara Specialist Hospital confirmedkan yang my "little lahling nottie" Ten-ten positive H1N1. Dalam dok jaga2 tu, langsung tak bawak ke mana2 , apatah lagi ke shopping complex, tempat mainan bebudak apa lagi, dapat juga dia virus tu. Paling jauhpun, ke Selayang, tempat lain, memang tak gipun. I memang langsung tak expect sebab tengok si Alea ni biasa jer, memang adalah demamnya tapi biasa2 jer. Temperaturepun dwindle antara 36.6C to 37.3C, belum masuk paras demam betul2 sebab dok bagi ubat yang hubby ambik kat Klinik Junina, everything is under control. Malam Selasa tupun, temperature ok, tak hit lagi 38.0C. Alih-alih malam tadi bila I sampai rumah, si Soraya cakap, "mummy, just now papa took Alea to hospital, the doctor had to swab her nose, nanti Doctor will call to tell the results". Hah, apsal pulak ... rupa2nya lepas Maghrib tadi, temperature Alea shoot up to almost 39C and since she is under 5 yrs old, is better to rush her to the hospital, just to make sure that she's free from H1N1. Bila I dengar apa yang Soraya bagitau tu, berdegup kencang jantung I. Dalam hati I dok doa "janganlah kena, tolonglah Allah, janganlah positif, tolonglah, kesianlah kat anak aku". Tetapi nak buat camnerkan, dah semuanya kententuan Allah. By 10.45pm, hubby informed that Alea memang positive H1N1 and he needed to go to the hospital ambik ubat "anti viral fluhalt" kat spital dan bermulalah episod "home-quarantine" untuk me and Alea. Soraya ngan yang lelainnya, ada their own advantage sebab dorang dulu pernah ambil "flu jab" masa nak gi holiday ke Turki. Mintak2 immune system dia remained ok.

Kesian betul kat anak dara I ni, nasib baik Alea bukan jenis yang merengek2. Tapi paling kesian bila nak bagi ubat "fluhalt" tu, memang pahit yang amat sesangat. First day ok sebab dia tak tahu rasanya, masuk yang second capsule tulah yang dia berkelingtau lari lintang pukang. Anak2 dara I memang senang makan ubat tapi dengan "fluhalt" ni memang surrender punya, "no wan mamee, no wan mamee, pis mamee, no wan no wan" (don't want mummy, please mummy, don't want, don't want). Cuba cakap kat I, mak mana yang tak menangis bila anak dok merayu2 macam tu. "Mummy tahu, memang pahit, mummy tak boleh buat apa2, Alea kena makan jugak, Alea nak baikkan". Memandangkan I will be with her "around the clock", I pun phobia jugak sebab the possibility for me to get this virus memang very high. Apa taknya, we have to share the same room, the same bed and the same bathroom and the only thing to prevent me from this, pakai mask jerlah sebab Drpun tak bagi I any prevention medication. I berserah jer pada Allah dan mintak dijauhkanlah virus ni dari keluarga I terutamanya anak2 dara I.

Monday, August 3, 2009

Dua hari akak "terbongkang"

Last week, Thursday and Friday, I was on MC. "Terbongkang" dua hari kat bilik, tak bangun2. Sakit kepala yang amat-amat ... apa taknya, bila bangun jer, rasa macam nak tumbang, rasa pitam, rasa berpinar-pinar. Apa yang sempat I capai ialah handphone, nak inform KakDah yang I MC. I seboleh2nya kalau larat gi kerja, I pegi sebab kitorang sekarang ni "under staff" tapi kalau difikirkan balik "buat apa menyusahkan diri sendiri, memang betul sakit bukannya dibuat2". Rasanya abih sebotol minyak angin cap kapak I dok sapu kat leher dan tengkok, nak redakan sakit kepala sementara tunggu adik I datang nak suruh hantar gi klinik. Mujurlah, ada dua orang anak dara I, berkelitin kat katil I. Memasing nak tunjuk simpati. "Thank you so much, sayang2 mummy".

Sorayapun terpaksa ponteng sekolah sebab chauffeur takleh nak hantar. Nasib baik, dia baru aje abih assesment. Si kechik pulak, dok main masak2 ngan mainannya yang bersepah lerah atas katil I, sibuklah dok nak menyuap I makan . "Adik, mummy nak tido kejap ok, mummy tak larat ni, adik masak dulu, nanti mummy makan ok". Lega betul dapat baring. Tengkok rasa sejuk dan berangin jer ngan sapuan minyak cap kapak. Selalunya, ubat sakit kepala baring jerr, sambil tu I mintak si Dewi buatkan milo dan bakar roti ... bukan apa kalau muntah, adalah benda yang kuar daripada muntah kosong jer ... sakit woooo... Tapi, kali ni memang teruk, selalunya lepas muntah, legalah sikit, ini langsung tak lega2. According tu Doktor, selain daripada pressure, I dapat "muscle stress", so I need to take a rest for a day or two. Tapi yang menghappykan I, dalam dua hari I sakit tu, berat I turun ke I punya ideal weight 58 kg. Waduhh ... bukan senang beb tapi dua hari jer, masuk hari Ahad, dah balik ke asal. Bak kata "Wat asal balik hasil" jerr. Oh yer, dalam dua hari I tak sihat tu, banyak betul SMS I terima, antaranya, selain dari bank dok call, assistant Dr Kim Wong dok dua tiga kali remind I yang "dah about time for another papsmear". Oh, dah setahun rupanya. I bab2 ni memang ambik berat sikit, maklumlah dah masuk "40 carat".

Balik pada sakit kepala tadi, sebenarnya, hari Rabu lagi I dah rasa tak sedap badan. I rather have selesema (not H1N1) or batuk tapi bila sakit or pening kepala, memang I surrender sebab langsung takleh nak buat apa. Pagi tu ok lagi so I gagahkan jugak gi kerja. Bukan apa, tempat I memang kekurangan orang. Sorang cuti panjang, sorang off, jadi tinggal empat orang and kalau I MC, tinggallah tiga orang. Nak taknak gilah jugak. Tapi tengah hari dah rasa lain macam, I pun naik baring kat surau, siap pesan kat Zai, kalau ada story, "SMS jer Kak Aje ok". Dalam2 tak sihat tu, sempat jugak I clearkan tiga "copies". Muntah dah banyak kali, dah sampai dah takde benda nak dimuntahkan. Last2 sekali, I cakap kat Zai, "Rasanya Kak Aje dah tak tahan lagi, Kak Aje rasa nak balik jer, nak mintak kat Boss". So dalam kul 6 ptg, I pun belah balik, bagi ke tak bagi ke, I nekad jugak akan balik sebab kalau kat ofispun memang I dah tak boleh nak buat aper, rasa berpinar2 jer. Sekarang ni, apa yang I boleh buat, cuma doa yang I boleh drive dan selamat sampai kat umah.

So, morale of the story, kalau rasa sakit tu, MC jerlah. "Takyahlah nak sibuk2 kesiankan orang, kesian jerlah kat diri sendiri tu dulu. Sebabnya kalau apa2 jadi kat awak, awak yang tanggung sorang2, orang lain mana tahu".

Wednesday, July 15, 2009

H1N1, Oh no, not in my office

Since last week, I dah dengar ada tiga staff kat tingkat atas confirmed with H1N1. Clerk kat level I pun dah start distribute mask suruh everyone pakai tapi ramai yang masih buat dek jerrr. Memasing buat donno lagi tapi semalam, most of us tetiba rasa seram sejuk bila one of our collegue memang sah H1N1, siap muntah darah lagi. Dengar kata dah dua minggu virus tu ada dalam badan dia. Dua minggu tu dah cukup untuk kuman tersebarkan ..... I yang sihat walafiat nipun, tetiba jer rasa sakit lidah lah, sakit tekaklah ... padahal sebelum tu bukan main lagi sedap "mengtekedarah" laksa johor sepinggan.

Jika difikirkan balik, kalau nak kena memang dah lama kena. Yerlah, kita gi toilet yang sama, surau yang sama, pantry yang sama, kantin yang sama dan kongsi lif yang sama dan yang pasti, kita sama2 hirup udara sekeliling yang sama. Nak salahkan dorang yang kenapun takleh jugak sebab dorang sendiri tak tahu. Kalau I sendiripun, tetiba sakit kepala, mungkin I rasa "alahai itu perkara biasa, demam biasa kot" and at the end of the day, biar jer macam tu sampai lah dah teruk sangat baru gi jumpa doktor. Kalau jumpa doktorpun masa tu dah lambat. Yang paling merisaukan I ialah I ada anak2 kechik. Kesian kat dorang. Ya, Allah lindungilah intan permata hati ku. Boss I lagilah risau sebab dia baru dapat cucu. Bayangkanlah kalau kena kuarantin kat ofis lagilah teruk, seminggu takleh balik rumah, kakak takpelah tapi si adek tu yang I tak sanggup nak tinggal sebabnya adek kalau nak tidor, I kena peluk dia, kalau tak, dia dok gelisah memanjang. Ohh ... tak sanggup akak ...

Masa sampai ofis tadipun I nampak a few staff dah mula pakai mask. Pihak pengurusanpun dah hantar emel suruh memasing ambik langkah berjaga2. Kalau rasa demam terus pegi jumpa doktor and later self-quarantine. Pada pendapatan I yang tak berapa tinggi ni, daripada keseluruhan organisasi terkena, lebih baik pihak pengurusan stationkan sorang doktor kat ofis we all ni. I rasa itu lagi bagus sebagai langkah berjaga2, lagi senangkan. Ada juga yang berpendapatan, baik operate dari rumah jer sementara nak tunggu "everything back to normal". Ok jugak tu, tapi ada kenkawan I yang buat lawak, "oh ...boleh pakai kaftan jer sambil clear copies or sambil memasak kat dapor". I pulak sebenarnya lebih suka datang ofis sebabnya kalau kat rumah, yang pastinya si anak dara kechik I tulah yang sibuk nak tolong. Daripada nak senang kerja, langsung tak senang ... almaklumlah jari jemari dia lebih cepat dari I, esok tak pasal2 jer I kena menjawab.

Apa2pun, I harap cepat2lah semuanya pulih seperti sediakala .....

Saturday, April 4, 2009

Berjanggut nak tunggu

Kalau arwah ayah KakAje masih hidup, dia mesti cakap, "kalau macam nilah lama tunggu, orang yang nak branak dah branakpun. Berjanggut aku tunggu".
Yelah, bayangkan, punyalah lama, janggut baru nak tumbuh umbut, sempat berjela panjangnya jika benda yang boleh disettle segera, berjam-jam kena tunggu.
Saturday morning, si Ten-ten tiba2 demam, dalam kita nak buat besday kakak dia, tiba-tiba si kechik tu naiklah temperature. Macam biasa, KakAje and AbgAje bawaklah ke klinik pakar kanak2. Dr klinik tu memang baik, peramah lagi and masa si Ten-ten kena fit masa umur dia tak sampai setahun, Dr nilah yang tolong rushkan si Ten-Ten ke Damansara Specialist Centre.

Terima kasih Dr, jasamu akan KakAje kenang sampai bila-bila.
Tapi masalahnya, kalau pegi klinik ni, memang berzaman kena tunggu, padahal bukannya ramai patientpun. Dr ni memang suka bersembang. Tak salah, memang kita suka Dr yang peramah, tapi kena justifylah sikit. Macam pagi Saturday tu, patient cuma tiga orang, tapi almost dua jam KakAje kena tunggu. Tahu jerlah budak, kalau demam, banyak ragam dia. Nasib baik si Ten-ten tak macam tu tapi mummy dier jer yang geram. Lama sungguh.....

Last-last, KakAje give-up, cakap kat assistant clerk kat situ, KakAje takleh tunggu lagi. KakAje terus kuar, pegi klinik sebelah. Tak sampai setengah jam, semua settle.