Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, May 3, 2012

One born every minute

Sejak Astro bagi free tengok kesemua 130 channelnya sampai 6 May nih, apa lagi, I pun belasahlah tengok. Bukan senang wey, sebabnya pakej yang I ambikpun paling ciput dan paling basic sekali. Bukannya kedekut, tapi bila difikir2kan balik, buat apa ambil yang mahal2, sebabnya memang "tak dan" nak tengok punya. So, dalam kesempatan dpt tengok  free nih, I suka tengok channel 731 (Bio), 732 (Investigation) and channel 550 n yang seangkatan dengannya. Paling best channel Bio "One Born Every Minute". Documentary pasal mak2 nak beranak nilah. Hisss...memang seriyau tengok especially part dorang meneran nak keluarkan baby. Terus terang, kalau orang kata sakit nak beranak, I memang tak pernah rasapun. In fact, I tak tahupun apa makna "contraction"...yang kenkadang tu ambik masa berjam2 untuk "terbuka dan just nice to terankan baby". Kawan I pernah cakap, dia 10 jam dalam labour room, sakitnya jangan cakaplah, especially part pinggang, rasa macam nak putus dibuatnya. Katanya, apa dibuat serba tak kena. Alhamdullilah, pregnancy period I memang smooth. No morning sickness, no mabuk2, no mengidam2 and no mengada2. Kalau orang morning sickness, I dapat nite sickness. Nite sickness lagi ok, sebabnya dah memang nak time tidor, so ubatnya tidor jerlah and esok bila bangun dah fresh balik. Part nak beranakpun ok sebab I beranak ikut tingkap aka C-section. Dah tahu bila nak beranak, takyah nak kira2 lagi contraction. So, bila orang lain dok cakap, sakitnya nak beranak sampaikan ada yang tercabut tiang katil sebabkan terlalu sakit, memang I tak tahu macam mana rasanya. Pada I, C-Section lagi mudah dan senang dijaga masa confinement. Biarlah mahal sikit, tapi tak sesakit nak meneran. Apa2pun, alhamdullilah...dapat juga dua babies, harta yang tidak boleh digantikan dengan wang ringgit.... 

Friday, December 2, 2011

Tutti Fruitti time with the Gegirls

Sebelum I ter"hook" kat Tutti Fruitti nih, I tak tahu apa "menatang" nya benda nih or camner rasanya. Ingat lagi, ada sorang ex-fren FB I yang suka sangat kat TF nih, tetiap malam, lepas sembahyang Tarawih, dia ngan anak2nya selalu singgah kat TF nih, n makan, siap post gambar lagi. Dok tertanya2 jugak, sedap benor ke TF nih. Bukan dia sorang saja, ramai jugak kenkawan I yang lain suka. Contohnya Jasni, Kak Chik, June, Nisa dan ramai lagi. So, satu hari, lepas abih bowling, I pun ronda2lah One Utama n berkebetulan ter'lalu'lah depan this kiosk Tutti Fruitti. Stop kejap kat kiosk nih and "why not give a try" kan. Yogurt rupanya ... Banyak flavours and I pilih yang cekelat, letak topping banyak2 especially syrup choc Hersheys, buah longan n kepingan almonds. Sedapppp wooo rupanya. My gegirlspun suka. Soraya suka flavour vanilla without topping n si kechik Alea suka coklat macam mummy. So, jom, kita makan Tutti Fruitti dulu .....

Wednesday, November 30, 2011

Kebetulan or memang betul2...

I pun tak tahu whether this is kebetulan or memang betul2. Bukan sekali tapi dah banyak kali benda nih jadi. Kenkadang terfikir jugak samada we all nih pembawa rezeki kepada orang lain. Kalau betul, alhamdulliah ... dan semoga rezeki kami sekeluargapun terus diberkati dan murah. Citer macam ginih, setiap kali we all masuk restoran or mana2 kedai makan yang memang selengang2nya, tak sampai 10 minit kami buat order, tetiba menderu2 customer lain masuk dan kedai yang lengang tadi jadi penuh. Pernah sekali, kami makan di satu kedai kat Sunway, memang kosong-sekosongnya sampaikan tukang masak dan pelayan kedai nih masing-masing dok ternganga rileks tengok TV. I siap sound Dewi, "sure tak sedap makan kat sini, sebab kosong jer". Disebabkan malas nak cari kedai lain, kamipun masuklah. Tak sampai 5-10 minit, lepas kami buat order, tetiba lepas sorang, sorang customer masuk. Itu takpa lagi, tapi kalau dah setiap kali kami masuk restoran or kedai kosong, tetiba lepas tuh, ramai pulak yang masuk, mesti terdetik dalam hati "kami nih memang pembuka rezeki ker, alhamdullilah ... semoga rezeki kami juga murah". Last Sunday, I, Soraya , Alea and Dewi pergilah ronda2 kat Curve and bila lapar kami masuklah satu restoran nih. Customer cuma dalam lima orang jer kalau nak dibandingkan dengan restoran yang besar tuh. Tak lama kemudian, tetiba penuh jer restoran tuh. I cakap kat Dewi, "Dewi, perasan tak, setiap kali kita masuk mana2 restoran/kedai kosong, tak lama kemudian ramai yang masuk. Kita nih memang penarik rezeki kot untuk tokeh kedai nih". And Dewipun ala2 Master Chin pun tanya I, "Akak lahir hari apa, saya tahu Alea hari Selasa. Orang Indon percaya, Selasa hari yang bagus kerana ia dianggap hari tertua.". Manalah I ingat, hari apa I diberanakkan. Kebetulan Soraya ada, so dia cakap IPhone dia boleh track ke tahun I dilahirkan. So, lepas ditrackkan, Soraya dilahirkan pada hari Isnin, Alea pada Selasa, mummy hari Rabu dan hubby hari Khamis. Dan menurut Master Chin I yang bertauliah tuh (Si Dewi), itu memang petanda baik kerana hari2 kelahiran itu berturut2 dan menyokong antara satu sama lain. Entahlah ... wallahualam, tetapi apa kena mengena dengan memberi rezeki. Si Master Chin ni adalah explain dengan panjang lebar kepercayaan orang Indonesia, tapi complicated sikit and I tak berapa nak faham sebab berkait antara satu sama lain. Apa2pun rezeki semua di tangan Allah dan kita sebagai umatNya kenalah berusaha, tak boleh tunggu duit turun dari langit jer ....

Tuesday, October 25, 2011

Ini quotes boleh pakai lagi ka???

Aduhhh .... wa gelak manyak busat kalau masih ada olang ini macam ... "I'm not looking for someone who has everything but bla...bla...bla". Pirahhh....aci potong kuku, itu semua mengarutlah. Dulu bolehlah beb tapi seiring dengan zaman moden serba mahal and mewah yang bersilih ganti nih, bagi I lah ..."I would still and always prefer someone who has EVEERYTHING and has time to spend with me more than anything". Itu baru betul beb. Mana ada sekarang nih, dengan kasih sayang, peluk cium, cuppp sana, cuppp sini ... boleh beli beras. Semuanya kena pakai duit beb. Macam my frend cakaplah "she wud rather sad but rich instead of "kununnya" happy (sebenarnya dok susah hati) but papa kedana". Yehh baby, you're rite all the way, highway, by the way, segala way2. Setahun dua, takda "anything" bolehlah hidup, kalau selama2nya, yang berkasih sayang, berlovey-doveypun boleh perang besar, mana tahan ini macam. I betlah orang yang cakap yang dia tak perlukan apa2, cukuplah padanya kasih sayang dari anak2 dan suami tercinta tuh, cuma cakap ikut hati bukan akal. Hallo, I tak kata kasih sayang suami n anak2 itu tak penting, memang penting kerana dengan doranglah kita akan spend time tetapi pada pendapatan I yang setahun dua lagi baru nak cecah lima angka nih, dalam masa yang sama, kita juga perlukan kesenangan dan kemewahan untuk menghindari hidup kita daripada dihimpit kesusahan. Sebabnya dari kesusahan inilah yang akan mencetuskan bibit2 pergaduhan kecil dan jika tidak dibendung, ia akan menjadi besar dan akhirnya "putuslah sudah kasih sayang" macam lagu P.Ramlee tuh. Frankly speaking, kalau boleh I nak hidup senang (bukan mewah, tapi kalau Allah beri mewah, alhamdullilah) sampai bila2. Bukan setakat untuk diri sendiri tetapi juga anak2. Pada I, wang adalah jaminan masa depan kerana bak kata I awal tadi, "hidup dalam serba moden ini memerlukan duit, hatta nak masuk toilet buang airpun, kena bayar duit". So, dalam ertikata lain, kita perlukan "someone with everything and at the same time willing to spend time with us and anak2 more than anything".

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan datang lagi ...

Ramadhan datang lagi. Rasanya baru aje masuk tahun 2011, dan baru sahaja menyambut Hari Raya, tup2 dah nak puasa balik. See, how time flies ... cepat sungguh. Tapikan sebulan tuhpun rasa sekejap jer. Pejam celik, pejam celik, esok dah nak raya. Tahun ni, mcm tahun2 sebelumnya, berbuka puasa dah tentu kat ofis, except for weekends, balik rumah Mak Selayang. And seperti tahun2 sudah, memang I dah kontrak keje pada malam raya. Sedihkan, dengar takbir raya kat ofis jer. Nak buat camner, orang KL (sebab dah duduk KL dr kechik sampai besar w/pun lahir kat Perak), paling jauhpun balik Selayang jerlah. Mak Selayang mcm biasalah, mesti balik Perak walaupun dah takda sesapa kat sana. Kata Mak Selayang, dah jadi tradisi kot, mesti balik jugak sebab raya pertama tuh selalu nak jamu orang2 kampung. I jarang balik beraya kat Perak sebab malaslah tersangkut dalam jem, Penang (belah my fatherpun)pun, boleh dikira dengan jari sebelah tapak tangan. Anyway, berbalik kepada bulan ramadhan ... may this ramadhan be a month of blessings, a month full of forgivenesses and guidances for me and my family ... Ameen ....

Saturday, June 18, 2011

Happy Father's Day

to all fathers out there, I would like to wish all of you a Happy Father's Day. Thank you for being a father, husband, friend, role model and man that we can always count on. Teringat kepada arwah my father Aziz Ibrahim. Al-fatihah, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Itulah kenkadang we miss showing our appreciation to people we love while they are still alive ... sob ... sob ... sob ...

Monday, March 28, 2011

Sorry, I make mummy cry

I know that Soraya was very2 upset with me. "Why mummy don't want to add me as mummy's FB friend". As I told her over and over again, "With or without FB, mummy will always be your friend dunia and akhirat". I prefer "face to face" with my own daughter rather than using the "FaceBook" to communicate. There are reasons to as why I havent accepted or added her eventhough she had been asking me several times . I already explained to her the pros and cons and she had to "by hook or by crook" understand my situation. Bebudak memang susah nak faham tapi I sedih tengok dia sedih, apa tah lagi tengok air mata anak dara I nih yang "berjurai2", pastinya Neng Yatimahpun meraung tengok sebab dah ada pengganti. Sure, dia ingat I taknak kawan dia dalam istilah "kawan FB". Aduhh ... susah betul nak explain, lagi I terusik bila tiba2 dia cakap kat I, "Mummy, mummy, I'm so sorry, I'm a useless daughter, I make mummy cry all this while ...". Aduhai, tak ker terkedu I mendengarnya ...uhuk ...uhuk ...

Thursday, March 10, 2011

Lagi "posing sopan" kat ICT


Lagi gambar Alea ngan cousin2 "mukminah" dia. Memang seronok sakan dorang "berposing sopan" kat sini. Nanti, nak gi kat tempat salji pulak. Tak dapat pegi "over the sea", kat Mesiapun jadilah ....

Tuesday, March 8, 2011

Serasi Bersama

Inilah pasangan "romantika de'amour 2011". Siap mandi cahaya lagi ... lap, lip, lap lip. Bukan setakat romantis dan romantik tapi "serasi bersama" gituh. Tengok badanpun dah tahu, memang amat serasi dan sepadan sekali. Omputih cakap, itulah tanda2 "prosperous dan prosperity". Kalau nak tahu, inilah abang I yang sulung ngan wifey tersayang. Dorang nih tinggal kat Johor, sekali-sekala jer balik memeriahkan rumah mak Selayang. Doa I semoga kehidupan keluarga abang I sentiasa diberkati Allah, dimurahkan rezeki mereka dan kekal berbahagia sehingga ke anak cucu. Itu jerlah yang boleh I beri, kalau nak harapkan wang ringgit, I pun bukannya senang manapun ...

Bermandi cahaya di ICT

Masa cuti panjang raya Cher harituh, abang I ngan "rombongan cik kiah" turun dari Johor. Kiranya, penuhlah rumah Mak Selayang, macam hotel gituh. Antara aturcara sepanjang abang dan "rombongan cik kiah" berada di Kelumpor, selain buat kunjungan hormat ke rumah I, ialah melawat ke ICT. Waduh, meriah sekali kami di sana, bergambar sakan. Kalau tak caya, cubalah tengok gambar2 yang kat atas tuh ....

Friday, February 18, 2011

Hepy Besday Sis


Hari ni besday adik pompuan I, si Azean. Selamat Hari Jadi, semoga panjang umur dan murah rezeki. Dah masuk 30an nih, ubahlah sikit perangai tuh, jaga sikit hati Mak Selayang. "Oklah, sempena besday awak, apa kata esok kita gi makan "steak". Kita nak gi makan kat Tony Romas ker atau kat Chillis. Apa kata kita gi makan kat "Hard Rock Cafe", dah lama tak beli merchandise kat sana ....Once again, "Happy Besday Sis....."

Tuesday, February 8, 2011

Kakak dah naik Quran


Alhamdullilah, anak dara besar I, si Soraya dah naik Quran. Sekarang nih, dia mengaji di Masjid Wilayah. Harap2 cepatlah abih Quran dan dah hafal semua perkakas2 sembahyang. Umur dah 11 tahun nih, dah patut kena sembahyang. Si kechikpun dah nak start mengaji Ikraq. Harituh, I gi cari Ikrah sampai tiga kedai, semua dah habis. Last2 I pegi kat satu kedai Pakistan di Giant, Kota Damansara, nasib baik ada. Kali nih, Ikraq tuh, dorang combine kesemua enam2 Ikraq, senang sikit takyah pisah2. Si adik, mummy hantar ngaji kat rumah mummy Aleesha, ngaji sama2 Mikhail, start next month. Ustaz cakap walaupun si adik nih pelat tapi dia boleh cuba sikit2. Takpalah, tak dapat baca, dengarpun jadiklah, yang penting nawaitu. Soraya selain dari dah naik Quran, belajar pun ok jugak sebab exam final tahun lepas, dia dapat 5A ... Congrats ya kakak, mummy doa kakak dan adik terus pandai, pandai dan pandai ......

Wednesday, February 2, 2011

Treadmill for Mommy

Dalam dok I plan nak berbelanja secara berhemah tahun ini, sedar tak sedar, tetiba gatal pulak tangan I ni pegi beli treadmill. Come to think about it, memang ia satu "perbelanjaan berhemah". Yerlah, daripada I perabihkan ribuan ringgit kat "slimming centre wrapping2 badan tuh" yang I pegi ikut mood (kalau tengah bersemangat tuh, langsung tak pernah "tuang" tapi kalau datang penyakit malas tulah yang I jeran sangat). I memang determine nak kurangkan berat badan I yang tengah membuak2 nih. Nak kata gemok sangat, taklah tapi tak tahu tang mana beratnya. So finally, I decided might as well I beli treadmill, letak kat rumah and just spend masa one hour, setengah jam (pagi) dan setengah jam (malam), dah boleh bakar dalam 300-400 kalori sehari ... oklah tuh. By the way, I beli treadmill nipun guna duit deposit yang I letak masa buat renovation harituh. Hubby just bank in and I pun belilah "something" yang I rasa berbaloi. Harap2 dapatlah I turunkan badan I ke ideal weight I balik. Ok people out there ... wished me all the best ......

Wednesday, January 12, 2011

12 Januari

Hari nih besday I. Semua dah wished "happy besday" kat I. Dari hubby, anak2, adik hinggalah ke Mak Selayang. Terima Kasih semua. Sempena besday I nih, I tak harapkan hadiah mahal2 (kalau nak bagi ok jugak), tapi kasih sayang yang melimpah ruah sudah memadai ...

12 Januari bertemu,
Menjalani kisah cinta ini,
Naluri berkata, engkaulah milikku,
Bahagia selalu dimiliki,
Bertahun menjalani bersamamu,
Kunyatakan bahwa engkaulah jiwaku,

Akulah penjagamu,
Akulah pelindungmu,
Akulah pedampingmu,
Di setiap langkah-langkahmu.

Pernahku menyakiti hatimu,
Pernah kau melupakan janji ini,
Semua kerana kita manusia .......

Tuesday, January 4, 2011

Plan nak round Europe

Sebelum berakhirnya tahun 2010, selepas dicongak, dikira dan dicampur simpanan dan dividen ASB yang I dapat untuk tahun 2010, I ada buat plan nak bawak anak dara I, Dewi dan Mak Selayang melancong ke luar negara tahun ini. (Untuk Mak Selayang, tertakluk, kalau Mak Selayang tak ke mana2lah, selalunya, Mak Selayang dah buat rancangannya sendiri ikut rombongan melancong bersama2 dengan group warga emas yang lain). I plan nak tour Europe. Pegi lima negara terus, bermula dari Zurich/Lucerne (Switzerland) - Paris (France) - Brussels (Belgium) - Amsterdam (Belanda) dan akhir sekali ke London (England). Memang I plan diam2, in fact, tarikhpun dah ada iaitu dari 11 Mac - 20 Mac (lebih kurang 10 hari). Kawan I yang ada kawan keje kat travel ejen bagi "quotation baik punya" tapi fly ikut Emirates Airlineslah bukannya MAS. Emiratespun ok, tempat duduk kelas ekonominyapun "quite big" sebab masa I pegi umrah dulu, naik Emirates. Kalau nak naik business class, cuma tambah Rm15 ribu lagi, tapi buat apa nak membazir, sebab duit tambahan ni bolehlah buat beli souvenir "Hard Rock Cafe". Punyalah bagus plan ... siap check tempat2 menarik yang nak pegi. Selalunya, kalau I ngan family bercuti, kami jarang ikut pakej, selalunya pegi sendiri2 so that "we have our own leisure time", tak terikat sangat ngan jadual. Tapi, kali nih, I memang plan nak ikut pakej. Pakej kawan I nih, memang terarah kepada Islamic, so part2 makan tu tak payah risau, siap bagi jadual solat lagi. In fact, dalam schedule, kita akan bersolat di masjid yang terbesar di London. Tempat2 lain yang nak pegipun semua menarik, boleh pilih sama ada nak naik cruise ataupun tube. Sebenarnya, nawaitu I melancong ni lebih kepada nak bawak anak dara kechik I, si Alea sebab kakak (Soraya) dah biasa sangat ke overseas, "globetrotter", mengalahkan I. Kalau ikut time yang I plan nak pegi nih, dah masuk spring tapi still sejuk sebab masa winter hari tuhkan teruk, jadi sejuknya masih terasa lagi. Kira kalau kita bercakaplah sesama kita, "asap kuar kat mulutlah gituh".

Camnerpun, biasalah, "kita merancang, Tuhan yang menentukan" segalanya. Jumaat lepas, bila I check passport I, rupanya dah lama "mati" dan Dewi pulak, disebabkan dia warganegara Indonesia, I kena buat visa untuk dia dan I have to call Indonesian Embassy nak bagitahu. Walaupun, visa cuma untuk entrance and exit point jer, tapi I still kena buat visa semua negara tuh untuk si Dewi, kalau tak nanti, silap2, I dituduh jadi "pengsmuggler"lah pulak. So, jawabnya, kena postponelah semuanya. Nasib baik tak letak apa2 deposit lagi. Anyway, ini semua ada hikmah, sebabnya duit tuh I boleh terus simpan dan bertambahlah lagi duit dividen I untuk tahun nih. Duit yang lebih tuh, mana tahu boleh buat pegi Mekah jugak. Syukur kepada Allah ... tapi kalau Allah kata "jadik" mungkin akan "jadiklah" jugak plan I tu. Insyaallah, kalau diizinkan Allah .....tapi kawan I yang satu lagi tuh pulak cakap baik pegi Mekah dulu sebelum plan nak melancong mana2 ....

Friday, October 29, 2010

Happy Birthday Hubby


Today, hubby tercayang punya birthday. HAPPY BIRTHDAY DARLING HUBBY. Yang ke berapa yek, alahhhh dua tahun lebih daripada I jer. Kira pada orang lelaki, muda lagilah tuh ...

"So sempena hari jadi awak tahun ini, saya sebagai wifey sentiasa mendoakan agar umur awak panjang sehingga dapat tengok cucu dan cicit, sempat dan dapat mengerjakan ibadat agar dapat dijadikan bekalan di hari akhirat dan dapat menjalankan tanggungjawab seperti biasa. Tidak lupa dalam sembahyang, saya sentiasa mendoakan agar awak serta saya sendiri dilimpahi rezeki yang murah. Kalau awak senang, saya dan anak2 akan tumpang senang jugakkan dan bertambah rapat dan sayanglah kaum kerabat terdekat yang lain".

Part2 hadiah, selalu hubby yang tentukan, bukan apa I nak apa yang hadiahkan pada hubby ialah sesuatu yang memang beri manfaat pada dia. I bukan jenis orang yang reti nak "throw2" kan birthday party, siap bertema2 bagai, sebabnya birthday party segitu lebih sesuai untuk anak2. Setakat "candle lite" dinner berdua2an atau "beranak2an", memang sesuwei bagi kami yang dah lama berkahwin, takyahlah over2 sangatkan ....

Sekali lagi pada hubby, "HAPPY BIRTHDAY, SEMOGA HIDUP SENTIASA DIBERKATI ALLAH SELALU".

Teringat pada lirik lagi ... "Jangan pandang-pandang, duduk renggang-renggang .... bertambahlah sayang".

Tuesday, October 12, 2010

Moh kita gi Sunway Lagoon

Dah lama I rancang nak bawak anak2 dara I bermalam kat Sunway Lagoon Hotel. Cadangnya "check-in" dua malam, esoknya boleh "bergumbira suka ria" kat Sunway Lagoon dan kemudiannya "shopping sakan" kat Sunway Pyramid. Part makan2pun tak kisah, kat Sunway Pyramid tukan banyak tempat "mamam" dan lepas tu bolehlah berbowling. Biasalah "rancangan tinggal rancangan" jer, tak jugak pegi2. Last sekali I pegi Sunway Lagoon adalah dua tahun lepas kot. La ni, tiket nak masukpun dah naik, rasa2 100 hengget untuk adult and budak kechik macam si Alea tuh free and Soraya mungkin 50-80 hengget (tak begitu pasti). Pernah suruh sis-in-law check brapa ongkosnya kalau nak "bermalam" kat hotelnya ... aduh dalam 400-500 hengget jugak semalam. Anyway, kenkadang I terfikir juga kat kepala hotak I nih, selalu benda yang I "teringin" tuhlah tetiba jer muncul tak semena-mena. Contohnya, pagi tadi, someone dari Sunway Lagoon call I, offer VIP kad and reganya pada I agak murah iaitu 448 hengget dan setahun I masuk free. Those yang datang ngan I dapat 30 ke 40 percent diskaun dari harga biasa 100 hengget and kalau nak makan kat dalam pulak ada 15 percent diskaun lagi. Lepas tuh, takyah nak rebut2 beratur dan kalau rasa teringin nak tidor kat katil empuk hotel, dorang boleh tolong "book"kan dan dapatlah diskaun 20-30 percent. Memula I tak teringin tetapi mengenangkan "anak-anak dara" I, why not, anyway 448 hengget jer. Kesian kat Alea, jarang I bawak dia jenjalan kuar dari "territory" Bandar Utama tuh. "Terukkan mummy nih ... asyik kerja, kerja, kerja, cubalah sesekali pegi bukak pintu shopping compleks pepagi buta tuh". Oklah, back to this VIP Card, seriously, disebabkan anak2lah, I willing to sign up for the Card. Tapi, tak bahaya ker bagi nombor kad kredit kita kat orang yek ... anyway, dah terlambat, I dah bagipun. Tawakkal jerlah .....

Monday, October 4, 2010

Adam and ibu Adam

Inilah ibu YB Adam, namanya Yati dan si kechik yang kat gambar bawah ngan Adam tuh, tak payah diperkenalkan lagi, mestilah anak dara kechik I, si Alea yang memang suka bergambar sakan. Gambar ni diambil pada pagi raya. Tak nampak macam suasana rayapun sebab dua-dua ekor nih taknak pakai baju raya. Si Alea pulak, membazir jer duit I beratus hengget beli baju kurung, "tak hengin dia pakai". Baju "Ben-10" jugak yang dipilihnya. "Sekali sekala nak jugak mummy tengok Aiya pakai dress tapi ntah bila agaknya ...."

Thursday, September 30, 2010

Alea dah pandai jeles2


Dah besar rupanya anak dara mummy sorang nih. Rupa2nya si kechik nih, dah pandai jeles. Contohnya, bila dia tengok album gambar kakak (Soraya) masa kechik kat tempat2 dia taknah pegi, dia jadi jeles. "I wan to go here mamee, Kak Yaya go".
Memanglah, Soraya masa kechik, in fact sampai sekarangpun, selalu travelling overseas. Hubby providekan duit tambang kakak oklah, mana2pun boleh "terbang", tukang bawak hanya bawak saja. Kiranya, part2 melancong overseas, mengalahkan I. So, gambar dia banyaklah masa kat overseas dan tempat2 menarik.
"Takpalah dik, nanti mummy bawak you, kakak and Kak Wiwi pegi tengok snow, kita ambik gambar banyak2 ok". Memang I cadang nak bawak anak2 dara I gi overseas, holiday tapi tak tahu bila. I teringin sesangat nak pegi London lagi sekali tapi itulah "kita yang merancang tapi kalau pitih tak mengijinkan, memang takkan sampailah". Bulan lepas my cousin from Shah Alam calling2, ajak I pegi Yokohama, Jepun, April tahun depan. Sedia duit tambang jer, tempat tinggal tanggung beres sebab ada kawan kat sana. Sebelum nih, dia pernah ajak I round Europe sebab anak dia ada kat Ireland tapi I belum ready lagi. Yerlah, tak sanggup rasanya nak tinggalkan anak2 dan I pulak pegi "hora2 ... ya beda beduu". Sedangkan bos nak hantar I gi assigment overseaspun, contohnya Belgium, Paris, Korea, I tolak berkali2, inikan pulak nak gi "hora2". Kalau nak gi "hora2"pun, I akan usung sekali anak2. Insyallah, satu hari nanti kalau diijinkan Allah ... "London, here we come ...."

Dewi "n" partners in crime


Inilah Dewi atau Kak Wiwi si Alea. Every weekend I bawak si Dewi kuar jalan2, pegi tempat2 "partners in crime" dia ada. Selalunya kat tempat bebudak mainlah. Bukan apa, sekali sekala si Dewi kenalah jumpa kenkawan sekampungnya untuk bertukar2 gosip. Contohnya, kenkawannya seperti yang kat atas tuh. Ada sesetengah orang kata "jangan terlalu percaya sangat kat maid" tapi pada I, sesapa saja I akan layan "macam sedara sendiri" tapi kalau dorang nak buat onar ker "back stab" ker, terpulanglah, kerana Allah sahaja yang Maha Mengetahui niat masing2. So far, si Dewi nih ok dan memang boleh diharapkan dan mintak2 biarlah begitu sampai bila2. Ingat lagi, dulu I ada sorang maid, I layan macam sedara. Dari datang naik tongkang, takda passport sampailah dia ada passport, balik Indon naik aeroplane lagi. Tapi malangnya kat belakang I, dia cuba melaga2 dan sanggup cakap yang I selalu marah dia macam binatang. Oh ... dasyat sungguh tohmahan itu. Dah tuh, orang yang mendengarnya pulak, percaya abis2 walaupun kalau nak difikirkan, tidak termasuk waktu malam, time I kat rumah, kurang dari tiga jam ... so bila masa lah pulak I nak "menyalak2" kat maid nih. Subhanallah, takkanlah I sanggup buat camtu. Tapi Allah Maha Kaya, tiga bulan lepas, ada ejen call I kata si maid ni nak kerja balik dengan I, "boleh tak boleh, dia nak jugak kerja dengan I walaupun gaji tak tinggi". Well, kalau dia kata I layan dia macam binatang, pasal apa pulak dia beriya2 sangat nak kerja balik dengan I, siap merayu2 lagi... Kalaulah I berkesempatan bercakap ngan maid nih, harus I "berbahasa" dengan dia. . So, camnor tuh, kalau benda tak betul jangan "buat cerita", fitnah itu satu dosa besar, bak kata Nabil, ... sebelum berkata2 tuh, lu pikirlah sendiri ...