Showing posts with label competition. Show all posts
Showing posts with label competition. Show all posts

Thursday, July 29, 2010

Hero "Imam Muda" jadi kegilaan

I jarang tengok rancangan realiti "Imam Muda" nih tapi I kagum sebab program nih sebenarnya telah mendapat liputan meluas dan perhatian positif masyarakat bukan Islam, bukan sahaja di Malaysia, malah di Amerika dan Eropah. Sapa sangka, dalam ribuan program realiti TV yang bersifat hiburan, tak semena2 program ni tetiba menjadi "kegilaan ramai". Imam Muda mula mencuit perhatian antarabangsa apabila akhbar berbahasa Inggeris di Singapura, The Straits Times membuat liputan perjalanan program berkenaan. Artikel dari akhbar itu berjaya mencuri perhatian media antarabangsa yang lain seperti The Wall Street Journal, The Associated Press (AP), BBC, AFP, International Herald Tribune dan Reuters dan mereka tiba di ibu negara untuk membuat liputan. Program ini turut mendapat perhatian dari majalah terbesar Eropah, Der Spiegel dengan edaran lebih sejuta naskah setiap bulan. Sepuluh calon Imam Muda telah terpilih melalui uji bakat yang diadakan seluruh negara menyaksikan lebih seribu penyertaan bagi musim pertama. Remaja yang dipilih telahpun menjalani dan mengikuti jadual ketat di bawah pimpinan tokoh agama, mengharungi cabaran getir dari urusan kelahiran sehinggalah urusan kematian. Mereka yang terpilih ni bukan sahaja "hensem" tapi "berilmu" ugama yang tinggi. Sejuk mak yang mengandung ... I ni pulak, anak dara I si Soraya tuh, bila agaknya nak qatam Quran .....


Saturday, July 24, 2010

Bowling Time

Hari nih ada boling tournament organised by our union. Tournament bowling union ni selalunya diadakan dua tawon sekali. Hadiah memang berlambak2, dari electrical items, perfume harga ratusan ringgit, digital camera hinggalah ke payung "rogna-rogni". Awal2 lagi, member2 union yang lain dah cakap, juara pompuan "sepanjang zaman" dah tentulah I nyer. "Takpalah, nak bagi chan kat kenkawan pompuan yang lain, akak baling pakai tangan kiri jerlah". Dan seperti yang dijangkakan, memangpun I menang, dapatlah periuk nasi seperti yang I tayangkan kat atas tuh dan hamper. Oklah tuh. Yang lelain, dari nombor 4 sampai 13 , dapat standing fan. Kitorang nyer hadiah, semuanya berjenama, "cokiah2" punyer tak main beb ...

Monday, May 17, 2010

"Slumber Nite" yg "selamba abih"

Malam Sabtu lepas, kelab "pompuan" opis I buat "Ladies Nite" bertemakan "Slumber Nite". Memang selamba abih. Bayangkanlah kita pegi dinner, takyah sibuk nak pakai baju "lap lip lap lip", takyah nak set rambut bagai dan takyah nak mekap "ala2 tepung gomak". Sarungkan aje baju tidor. Sesapa yang tido tak pakai apa2, datang bogel jerlah ... okay ape, lebih kurang sama jer patternnya. So, malam tuh, berpesyen2 baju tidorlah yang dipergayakan. Dari baju kelawar, pyjamas cotton, t-shirt nipih "Hello Kitty", track bottom, pesen ala kimono sampailah kat baju satin mengerlip dan beropol... semua ada. Kiranya kalau orang jantan tengok ... meliyorkanlah jugak. Paling best semuanya sporting, apatah lagi yang organise "Slumber Nite" nih geng2 happening kat opis, jadi bertambah happeninglah jadiknya. Sapa sangka, dari yang paling berpangkat superior hinggalah yang ke peringkat bawahan, semua sama naik, semua enjoy sakan. Part makan pulak ... oh mak datok, makanan berlambak2 dan pelbagai jenih sampaikan tak tahu nak pilih yang mana satu sebab dah terlampau banyak dan sedap2. I macam biasalah, bila ada function2 macam ginih, I jarang makan banyak tapi bila sampai rumah "menyesallah pulak sebab tak melatak tadih". For those yang nak bermalam kat hotel nihpun boleh jugak sebab pihak hotel bagi dalam RM80 semalam kalau tak silaplah. Macam2 acara/game diatur. Antaranya catwalk yang dimenangi oleh editor bahagian Rencana, Puan RM (wa cakap lu daring abih ... especially part yang last tuh, ada bukak2 beb) acara rebut bantal dimenangi oleh kerani bahagian admin dan acara2 lain seperti performance and miming serta teka watak "filim" dimenangi oleh "Team rogna purple". Acara selingan, biasalah "karaoke" dan cabutan bertuah. Part hadiah, macam yang I pernah tulih dalam entry terdahulu, sesapa yang mengorganise event kat ofis I nih, prizes memang "tip-top". Macam biasa, semua orang dapat, cuma hadiah yang berbeza2, ada yang mahal dan ada yang murah. Grand prize microwave and I pulak, memandangkan nama I antara yang terawal dicabut, so hadiahnya "a bit ciputla". I dapat mangkuk seramik buat perhiasan ... oklah, isi cantik, kotakpun berflower2 gituh. I malam tuh kejenya dok gelakkan orang tapi bila kena menari atas pentas, "tetiba jer I jadi kayu ... tak retilah beb tapi belasah jugak sebab nak menang". Tapi yang kelakarnya, ada sorang kakak nih, dia staff kat Kelang ... "wa cakap luh, Inul pun boleh nangis tengok dia bukan aje gelek punggung, siap goyang tetek lagi, bergeter-geter". Rata2, semua orang happy sebabnya, apart from "ahli kelab" we all juga jemput "those pompuan2 yang dah lama meninggalkan ofis atas sebab pencen awal atau lain2" dan tidak ketinggalan wifey2 yang hubby memasing kerja kat opis tuh. Itulah semangat ofis I, tak kira apa juga function, spouses masing2 turut diberi keutamaan untuk turut serta. Next function yang akan diorganisekan oleh "kelab pompuan" I ni ialah "Bershopping sampai pengsan kat Bandung". So ... yuk kawan2, apa tungguk lagi ... daftar namanya bangat ....

Thursday, May 13, 2010

Jantung I dag dig dug

Dah dua hari berturut2, jantung I asyik berdag dig dug. Apa taknya, bahana si "Thomas aka Kepala Hidang punya Cuplah". I memang jarang tengok badminton sebab I tahu Mesia ni lebih kalah daripada menangnya. Bukan itu aje, "hukum-hakam" badmintonpun langsung I tak tahu. Dua hari ni lah, baru I tahu bila bola tuh offside ke tak offside, itupun lepas I tanya kawan I yang bermastautin di meja Internasional. Bukan taknak tengok, tapi menyakitkan hati aje, so, daripada I kena sakit jantung tak pasal2 gol nanti, baik toksah tengok langsung. Tapikan tahun ni, nak tak nak, I terpaksa tertengok jugak, yerlah, dah TV kat opis I tuh tercongok kat sebelah I, peminat badminton pulak duduk keliling, mata I yang taknak tengokpun kenkadang terkelinglah jugak. Kacau betul "Piala Kepala Hidang" nilah. Selama nih, memang TV tu I yang "kongker", nak nak lagi pukul 6.30-7.30 (slot Akasia - Adamaya) dan 7.30-8.oo pm (citer Nenek Kebaya ... harus takleh tinggalnya). Apa tak geramnya, bila tengok players main game macam ala2 "itik patah pinggang", cuma "latuk si linjang lo" (jinjang joe) tu jer yang boleh harap. Memang patutpun dia dapat "Latuk". Single kedua pulak dah masuk zaman "otai", gantung jer reket tuh dan paling best single yang ketiga ... ngko dah tahu ngko ada advantage, kaki panjang, tangan panjang, mukapun panjang ... ngko belasah jerlah si pendek dari Jepun tuh ... nih tidak ... ngko ingat nih masa training ker apa. Cuba cakap kat I, sapa tak sakit jiwa tengok.

Monday, May 10, 2010

All the "jants" kena topple

Semalam (Sunday), we all ada boling tournament, anjuran kelab kat opis I. "Macam bagus aka macam star" jer I, game start kul 10.00 am tapi kul 10.00 am tuh, I masih lagi tercangak2 kat jalan raya dok cari "venue" tournament. Selalunya, I "recce" dulu kalau I tak biasa sangat dengan tempat tuh tapi itulah berlagak lagi, I ingat kacang jer cari "venue" tuh sebabnya I pernah "bermastautin" kat kawasan tu dulu. Waduhhh ... happening abih, boleh "sesat-mesat" I dibuatnya. Dah lain sungguh. Jalan yang dulu lurus, sekarang nih dah bersimpang-siur, kiranya kalau salah masuk simpang, memang alamatnya "ntah ke mana sesat melarat". Manager dah dua tiga kali "calling2" suruh cepat, kalau lambat, dorang bagi "blind score" jer. "Kak Lin kat maner nih, game dah nak start, cepat sikit, kalau tak, bagi blind score jer". Mana boleh, disebabkan "blind score" tu nanti I boleh "jatuh merudum". Nawaitu I dari rumah, tahun ni, I nak jadi juara, kalau boleh mengalahkan semua "jantan2 macho" aka "the jants" ofis I tuh sebabnya tahun lepas, I tak dapat apa2pun ... hampeh gitu.

By the time I sampai, team I dah nak masuk balingan frame kedua. Nasib baik team I nih pakai taktik main lambat2 sebabnya kalau dah masuk frame ketiga, I kena tunggu sampai dorang abih and I cuma dapat "blind score" jerlah. Dengan muka "selamba kodok", I pun join jer walaupun telinga I dah merah menyala sebab yang lain dok memerli. Alhamdullilah, I bowl begitu "cemerlang, gemilang dan terbilang" dengan total pin fall untuk five games 908, maknanya I sapu bersih semua ... dari single, double, team and also high game/high series. Paling memeranjatkan dan unsangkarable, I sudah topple dan belasah abih "all the jants" yang memang perasan "very terrer de merrer". Bayangkan bila score sheet ditampalkan, beza total pin fall I ngan individu "jants" si HH, almost 50 pins beza ... wa cakap lu, wa sudah basuh semua "the jants" dan dengan rasminya crown championship kembali ke tangan I. Harap2 hadiahnya bestlah, kalau dapat cash lagi bagus. Macam I cakap dalam entry I sebelum nih, part2 hadiah, selalunya organiser tidak pernah menghampakan. Oklah, let me list down apa yang I dah kumpul sepanjang I berbowling. Microwave (dua bijik), fridge kechik (dua bijik), rice cooker (2), steam cooker, slow cooker (satu), table fan, standing fan, tower fan, kettle, toaster (2), sandwiches maker (2), steam iron, iron tak stim (masing2 2), video player (3), boiling termos (3) dan banyak lagi yang I tak ingat. Apa kata kali ni, I nak suggest suruh organiser hadiahkan Vision ker, Corelle ker, Pyrex ker ... bestnya kalau dapat satu set ....

Thursday, January 21, 2010

Letter to the Prime Minister

Pagi tuh masa I gi hantar Alea ke sekolah, tetiba I terdengar DJ kat radio tu cakap ada peraduan "Menulis Surat Kepada Perdana Menteri" for those umur 7-17 years. So, malamnya bila I balik keje, kebetulan Sorayapun masuk bilik I to say "hello and give me a big hug" before dia "buat taik mata", I pun saje2 tanya kat dia, "kakak, you interested tak to write a letter to our Prime Minister". "Nak, nak ... mummy, nak mummy, what should I write". "Just write anything, express whatever you want to tell the prime minister, your hope, your aspiration ... anything, in your own words". Sebenarnya, not so much of the competition, cuma I nak tahu macam mana budak sebaya Soraya (10 tahun) menulis, "meminta sesuatu dari Perdana Menteri dan melontarkan pendapatnya kepada Perdana Menteri". "Perdana Menteri lorrr, bukannya sebarangan orang macam mummy or papa". Tahu ajelah bebudak kalau "mengexpress" kan sesuatu, "very the genuine one, no plastik2, no drama2 Queen macam sesetengah orang tu (ngaku lagi), no bodek2king but very the sincere and straight forward". By the way, I'm not sure whether the letter should be written in English or Bahasa because the DJ tu tak pulak elaborate. Tapi knowing Soraya, she prefers to write it in English. Oklah, misal kata betul anak dara besar I ni nak tulih surat tu, kalau dah siap, I akan paste dalam entry I nanti tapi biasalah si Soraya ni selalunya "hangat2 tahi ayam jer, memula jer bersemangat, lepas tu surat ke mana, peraduan ke mana". Camnerpun I ingat nak call kawan I yang keje kat Pos Malaysia suruh dia emelkan borang penyertaan sebab I dah cuba nak download tapi taklehlah pulak. So, lepas tu terpulanglah pada anak dara I tuh. Kalau tak masuk competition nipun, I nak dia saja2 tulis surat tu, I nak tengok apa yang dia nak tulih kat kita punya Prime Minister.