A full-time working mummy who have to juggle between work and family. Married and blessed with two beautiful princesses. Believes in a philosophy "Life is not complex...we are complex. Life is simple and the simple thing is the right thing".
Monday, July 13, 2009
Lagi pasal si kechik "nottie" I
Semalam pulak, bila abih main kat "Jungle Gym", masa nak turun kat escalator, sambil lalu jer si kechik ni boleh tekan punat "stop" kat tepi escalator, apa lagi, tetiba jer escalator tu berhenti. Pucat gak I sebab, memang sah dan sahih, jari si kechik tulah yang tekan. Nasib baik takda orang perasan tapi kesian pulak orang yang belakang I yang nak turun tu, kebetulan nenek tua ... bayangkan lah terketar2 dia kena langkah turun, nasib baik ada anak tolong papahkan. Yerlah, escalator tu kalau nak kena start balik, kena pakai "lock", jenuhlah pulak kena cari "orang maintenance".
Tapi si kechik ni, macam mana "nottie" sekalipun, paling I tersentuh, tiap kali I balik keje, mesti dia tunggu I kat pintu depan tingkat bawah. Dari dalam kete, I dah nampak kelibat dia kat sebalik langsir, dan tak lama terkedek2 buka pintu, nak sambut I ... oh sungguh2 terharu, kenkadang rasa nak menangis gitu bila tengok dia berlari2 nak dakap I. Tapi depends jugak, kadang2 dia tunggu kat bilik I aje, bersepah lerah dengan segala mak datok toys dia selerakkan. Senarai kartun diapun dah bertambah jugak, kalau dulu Ben-10, Tom n Yiee, Pink Panther, Mr Bean tapi sekarang dah tambah satu "Men-men" (Batman).
Alea ... Alea... mummypun dah tak tahu apa nak cakap lagi. Itulah pasal, bebudak lain dok sibuk tengok educational channel, Alea ni asyik2 kartun ... kartun ... kartun. Takpalah, yang penting Alea enjoykannnnn .... mummypun tak suka paksa2.
Rumah itu Syurgaku
Macam I, I memang suka lepak kat rumah (to be more spesific dalam bilik). Ingat tak entry awal I pasal nak renovate bilik I macam "a house in a house", itulah antara sebab musababnya. Rasanya kat rumah tulah, I akan tinggal sampai ke akhir hayat. I tak retilah lepak2 kat rumah orang. Apatah lagi nak tidor baring sehari suntuk. Entahkan orang tu nak privacy, ke tidak, mana kita tahukan. Paling lama satu atau dua jam, lepas tu, berkelinting nak balik rumah. Rumah sendiri, kecik atau buruk macam manapun, memang selesa berbanding ngan lepak kat rumah orang. Ingat lagi masa zaman I dok menghantar Soraya gi kelas kat BSC masa dia kecik2 dulu. Untuk abihkan tiga jam kat situ, I lebih suka duduk kat Coffee Bean sambil baca buku. Bukan takda kenkawan I yang sama2 tunggu anak2 ajak lepak kat rumah dorang dekat2 situ, tapi I memang tak suka. Bukan tak suka tapi rasa tak selesa, rasa rimas dan rasa entahlahhhh......
Tapi kat rumah mak I kat Selayang tu bolehlah pulak sehari suntuk "berlepaking" kat sana. Rumah adek beradek sendiri yang selang dua rumah dari mak I pun, I tak nah gi, inikan lagi pulak rumah orang.
Berbalik pada adik I tadi, bukan aper, kawan2 yang sebaya dia semua dah ada rumah sendiri. I cakap kalau dah ada rumah, duit yang bayar sewa tu boleh buat bayar rumah sendiri and at the end of the day, jadi harta sendiri. Lepas tu, part2 nak menghias ni lagilah thrill ... masa tulah nak beli itu , nak beli ini , pantang ada sale, mesti pegi punyer .... paling best bila balik kerja, hilang semua penat bila dapat relaks kat umah sendiri. Kita nak buat apa saja, semua boleh, nak berbogel sambil jawab telefonpun, takda sapa nak larang. "Senang jugak angah nak lepak2, sekali sekala tido baring kat rumah awak. Ini tak, kalau tak start kumpul harta, sampai bilapun duit tu asyik tak cukup jer. Kita bukannya orang senang, jangan dok harap reta orang jer."
Yelah, mana I tak bising, ada sekali tu abih duit dia beribu ringgit bayar deposit nak sewa rumah, takke membazir namanya. Rumah mak kat Selayang tak nak duduk, banyaklah "cekadak". Jauhlah, jamlah, macam2 alasan. Pada I pulak, rumah yang I duduk sekarang, memang I sayang sangat ... tak besar (just nice) dan selamat . Paling fenting "RUMAH ITU ADALAH SYURGA KU DAN ANAK-ANAK"
Friday, July 10, 2009
Teringat zaman pre-dip 23 thn dulu
Kelas pre-dip dibahagikan pada empat -- kelas W, X, Y dan Z. Kira paling terror Kelas Wlah and kebetulan I kelas W. Bukan main letak jer tau, we all kena duduk test dulu dan dari result yang dapat, barulah kita ditempatkan dalam kelas memasing. Tapi memang betul, dalam kelas W tu kiranya memasing "speaking berabuk" abih kecuali I (boleh speaking tapi taklah berabuk sangat). Tak tahulah pulak macam mana I boleh duduk dalam kelas tu sebab kalau difikir2kan kawan sebilik I, Muhaini (sekarang ni orang besor kat MRCB) punya English ... wow, dasat gitu, takut akak dengar, tapi dia masuk Kelas Y.
Antara yang masih I ingat dalam kelas I ialah Hisham T, Malin, Ajoi, Acong, Azman S, Abang Kiki (Marzuki), Jun, Roslina, Jay, Ismail E, Baya, Ramlah , Rosmah (semua ni dah berjawatan tinggi) dan yang I tak ingat tu, memang betul tak ingat langsung. Lecturer English lak untuk grammar Miss Lillian (lawa, seksi dan tinggi beb). Tiap kali dia masuk ngajor, mulut budak lelaki semua ternganga abih ... sebabnya dahlah pakai skirt pendek, duduk atas meja bersilang kaki pulak, so apa tak ternganga nyer. Tapi Miss Lillian ni memang lawapun, kaki panjang, jadi bila pakai skirt pendek, memang kenapun. Dalam lawa2 dia, orangnya garang beb, so kitorang kalau dia tanya tak dapat jawab, menggigilah jugak. Sorang lagi lecturer English kitorang untuk overall grammar termasuk drama ialah Mr. A.P John. Orangnya gemuk, pendek, bawak beg james bond lagi. Bebudak lelaki memang suka pekenakan dia tapi ada satu hari tu, agaknya dia tak tahan dengan kerenah bebudak yang selalu datang lewat ke kelas dia, dikuncinya pintu kelas, apa lagi berkerintaulah dorang yang lambat tu kat pintu, begging suruh dia bukakan. Memang padan muka korang, AP John buat donno jer, terus mengajor, macam takde apa2 berlaku.
Lagi satu masa zaman pre-dip ni, saham bebudak pompuan melambung tinggi. Mana taknya, senior masing2 dok jual minyak, nak tackle buat girl friend. Time break aje, nampaklah kelibat senior2 dok mengendeng tepi kelas we all. Yang lawa tu lagilah menjadi pujaan tapi macam I ni, kurenglah sikit sebab tak reti nak bergedik. Tapi takpa, sebenarnya, tak dapat boifren seniorpun, tak mati beb. Kalau yang bercouplepun, tak tentu lagi kekal sampai abih belajar. Boringlah, asyik mengadap muka yang sama tetiap hari, lepas tu kahwin pulak, lagilah lama nak mengadap. Akakpun sebenarnya pun ada gak dua tiga senior tackle. Kira oklah tu, ada gak sahamkan....lakulah jugak.
Senior2 ni masa minggu orientasi dah mula berkelingtau. Oh ya, sebelum mulakan kelas pre-dip, we all kena lalui proses orientasi dan masa minggu terakhir tu kena pulak buat persembahan kat senior2. Jangan marah, I masuk dikir barat ngan boria lagi. Nanti I check kot2 ada gambar zaman dolu2, bolehlah I postkan kat sini. Pada I, Mass Comm memang best sebab entahlah, best sesangat, enjoy sambil belajar. Takyah nak tension2.
Masa pre-dip pulak, kitorang ada english drama competition antara kelas2 dan Kelas W memang superb. Props and costume memang class gitu. Tak silap props, Hisham Taha yang buatkan dan costume main cast, Jun yang jahitkan and thanks juga to Mr AP John yang bekerja keras untuk we all. I tak ingat kisah apa yang we all stagedkan tapi yang I ingat I jadi permaisuri yang tak ada dialog. Senangkan , tak payah hafal apa2 tapi costume and makeup maintain "devam devoom" jugaklah. Kiranya, walaupun I bukan main cast, tapi yang pentingnya voguelah jugak masa zaman tu .... he...he....he... Memanglah bukan nak puji sesangat, tapi Kelas W punya performance memang best, paling best, mana taknya "buat lawak atas stagepun, orang lain tak gelak, sendiri jugak gelak".
Itulah, antara memori indah masa zaman pre-dip, itu belum lagi ada Geng Orang Lawa (OL) dan Orang Tak Lawa (TL). I sendiri tak tahu siapa yang mulakan geng2 ni dan apa kriterianya tapi yang pasti I bukanlah dalam Geng Orang Lawa. Masa zaman we all jugak, budak2 Engine selalu buat show kat DSB, sempat jugak I pegi tengok sekali dan yang paling best jugak minggu konvo. Sesapa ada boifren, bolehlah keluar ngan boifren dan sesapa yang single mingle, keluarlah ngan geng memasing. Tapi yang penting, KITORANG SEMUA ENJOY SAKAN ..........
Lagi satu, batch we all ialah batch "LAST OF THE REDS" because lepas tu takda lagi kad metrik warna merah. Warna merah dah digantikan dengan kad metrik warna biru.
Thursday, July 9, 2009
Dr M sad over decision
Yap, me too, feel the same way. Pity my girls. There seems to be no consistency in our current education policies. The government keeps changing the education system every now and then, making the students more confused. We are going backwards, we are supposedly entering a modern era but this is taking us back to the past. English is vital for one to survive in the outside world and if we don't master it, it will be difficult.
It is definitely not a wise move either. It is really important for children to learn English as much as Malay is important. All our present leaders can speak English because it is more convenient for them when dealing with people. For example, Tun M himself, Pak Lah, Najib, Mohd Nor Yakcop, Zeti Aziz and of course, my dearest Rafidah Aziz (who can switch from BM to English in a split second ... I really admire her for this).
To be fair, while there is a need to use Bahasa Malaysia to mainly promote the bahasa muhibbah sprit just like Indonesia with her Bahasa Indonesia, there is bound to be grouses on how this would benefit our children, many of whom would be venturing out to study and work abroad, and if they don't, would still need to be proficient in their daily dealings even here. The bigger picture is still the argument that in order to compete globally, mastering English is not a luxury, it is a MUST.
In fact, kat office I pun, meetings are mostly conducted in English eventhough half of the corum are Melayus.
Monday, July 6, 2009
Iklan lagi
Lebih kurang macam nilah bunyi iklan tu:
Isteri: Baanggggg ...
Suami: Yaaaa..........
Isteri: Kenapa abang ni ....Suami: Itulah, ayang kena makan pil penyegar binari untuk jagaan luaran wanita dan pewangi binari untuk kesegaran dalaman wanita serta ... bla...bla...bla...bla...bla ...
Isteri: Ayang dah pakai poooong ... (dengan suara liuk lentuk)
(Nanti you all dengarlah suara mempromosi pasal produk apa benda tulah .... mengarut jer semua tu campur sikit ngan music background) lepas tu adalah pulak bunyi "kreccch..." dan tetiba bunyi suara si laki.
Suami: Oh ... patah lagi....
Anak dara I nyer reaction, "mummy, what patah ... what patah mummy, I don't understand".
Abih, apa I nak jawab????
Saturday, July 4, 2009
Nostalgia ce'ekgu zaman sekolah dolu2
Masa I darjah satu kat JRMGSKL, cikgu darjah satu I namanya Cik Siti Rupawan. I ingat nama dia sampai sekarang sebab namanya unik sekali. Orangnya suka berkebaya tapi I lupalak sama ada dia garang atau tidak. Masa I darjah enam pula, cikgu kelas I namanya Mrs Aryadurai, siap tulih nama dia kat blackboard lagi sebab dia ada dengar orang panggil dia "Mrs Ayam Goreng". Dia ajor English Language ... garang wooo, pronounciation mesti kena betul.
Masuk sekolah menengah pulak SRMGSKL, masa I form two, cikgu Sains and Maths I, tak silap, nama dia Mrs Ferdinands. Paling bergaya, tinggi dan bila dia jalan, ala2 ratu cantik lagi. Memang garang, setiap kali bila kitorang masuk lab, dia akan tanya sorang2, kalau ada formula, bukan jawab jer, siap gi tulih kat blackboard lagi. Form three pulak, cikgu English, Puan Nyaros ... English dia memang so the "power mower". Macam Mrs Ayam Gorengpun, dia nak kita pronounce betul2. Misalnya, kalau past tense, ada "ed" kena stressedkan betul "ed" tu.
Cikgu-cikgu Bahasa Melayu/Malaysia yang masih I ingat2 lupa pulak antaranya ialah Puan Siti Pin, Puan Siti Jasma, Puan Salbiah dan Puan Salmah. Masa form five, cikgu biologi I namanya Mr Lim, satu2nyer "lelaki cher terakhir" kat sekolah I tapi tak lama dia ngajor, dia meninggal dunia. I rasa dia tak tahan dengan kerenah kitorang kot. Ramai lagi ceekgu lain yang I cuba ingatkan tapi tak ingat2. Al-maklumlah dah lebih daripada 25 tahun beb. Nantilah, later2 I updatekan lagi.
Wednesday, July 1, 2009
Kita merancang Allah menentukan
I dah "sense that something is not right somewhere" bila kul 4 pagi, dia tetiba jer kejutkan I. "Mam, mam, nak shushu' , mam wat" (mummy nak susu, mummy buat). I pun bangun bancuh susu bagi kat dia. Lepas abih jer minum, Alea gelisah, ke kanan ke kiri. "Mam, kit yut". (Mum, sakit perut). Biasalah, mana2 mummypun, bila anak dok gelisah macam tu, kitapun rasa tak sedap hati. "Adik sakit perut, mummy sapu minyak telon yer". Lepas sapu, I suruh dia baring kat lutut I so that I boleh tekan pelan2. Kali nipun hubby takde, so I kena handle sorang2lah. Sampai kul 6.30 am, Alea tak tido jugak, gelisah jer. I rasa badan dia, tak pulak demam, cuma dia rasa "rensa" kot sebab perut tak sedap. "Mummy gi pray kejap ok, adik baring sebelah kakak, sat lagi kakak nak bangun gi school".
Pukul 7.20am, sementara nak tunggu si kakak bersiap, I pun turun ke bawah, bawak adik sekali, suruh dia baring kat sofa bawah. Masa baring tulah, dia kentut dan terus "poo-poo" dalam pampers dan tak lama pulak tu tetiba Alea muntah selambak, tapi dia diam, tak pulak merengek. I pun panggil Dewi, suruh dia bersihkan sebab I nak hantar kakak sekolah. Sepatutnya, pagi semalam tu, I dah buat appointment nak bawak adik jumpa Dr Marziah kat DSH sebab adiknyer ekzema tak baik2. Malam memang susah nak tido, asyik menggaru jer. So, at last, I pun figure up, takyah lah dulu jumpa Dr Marziah, baik bawak dia gi klinik pakar Junina dulu. Dalam kul 9 am, I pun kuar bawak adik gi klinik and kat klinik lagi dua kali Alea muntah dan "poo-poo". Rasa tak sanggup bila tengok anak sakit macam tu kan dan kenkadang I cakap kat diri I, "biarlah sakit anak2 aku pindah kat aku, kesian sungguh, tak bermaya gitu. Kita orang tuapun tak tahan, apa tah lagi anak2".
Itulah yang I cakap, "kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya". Asalnya nak ke klinik lain, last2 ke klinik lainlah pulak. Apa2pun yang penting anak2 sihat. Amin.