Monday, July 27, 2009

Yasmin Ahmad laid to rest

Award-winning director Yasmin Ahmad, 51, was laid to rest at the SS22 Muslim Cemetery, yesterday. Hundreds came to pay their respects at the Abu Bakar As-Siddiq mosque, where her body was earlier brought to be bathed dan prepared for the last rites. From actors to film directors, friends and acquaintances, many wept when they saw Yasmin's body swathed in white sheets just before the burial.

Yasmin died at the Damansara Specialist Hospital at 11.25pm on Saturday following a stroke last Thursday. She had collapsed while presenting a working paper at TV3's Sri Pentas. Born in Bukit Treh, Muar on July, 1958, Yasmin graduated in Psychology from Newcastle University, Britain. She began her career as a copywriter with Ogilvy & Mather before joining Leo Burnett as joint creative director in 1993 and rose to become its creative executive director.

Though I may not have know her personally but her personal works (films and commercials) touched everyones' heart personally. Her beautifully choreographed ads were always heart-warming and some even left tears. Who will ever forget those touching and thought-provoking commercials for festive seasons. She really loves Malaysia so dearly that she always incorporate Malaysia's identity in all her works. Her films (Sepet, Gubra, Muallaf are the most fantastic movies made by her) and her commercials are so real and genuine that they propel the masses to reconsider the possibility of atcually maintaining a harmonious community made up of individuals from different racial and religious background.

MAY YOU REST IN PEACE. AL-FATIHAH.


p/s: Ingat tak iklan Petronas pasal kisah janda anak tujuh. Si mak yang "bersilat" sorang2 dok sibuk buat persiapan raya suruh anak2 cari daging, limpa and hati lembu nak buat rendang Hari Raya, maka berkelintaulah bebudak tu mencari. Si adik yang bongsu tinggal kat rumah. Tapi biasalah, cari daging last2 minute, mana nak ada, yang tinggal tulang jer. Si adek suggest beli daging kambing tapi si abang cakap jangan cari pasal sebab mak ada darah tinggi, so takleh. Pergilah pulak bebudak tu cari seluruh kampung lagi, last-last jumpa bai jual susu ... dibelinya lembu si bai tu. Si mak, bila nampak anak2 bawak balik lembu sekor, pengsanlah pulak. Jenuh si anak cuba bangunkan mak nak bagi tahu yang dorang dah bawah balik semua yang mak pesan suruh cari. Nak gelak ada, sedihpun ada. Diselit pulak, lagu S.M Salim "Apa Nak Jadi". Paling terharu, bila si emak memeluk semua anak2 "yang boleh diharapkan" tu dengan penuh kasih sayang.

I memang suka iklan ni. Bebudak ni actingpun natural, bukan dibuat2. Ada kelass. Yang bangganya, shooting rasanya buat kat Sungai Perak, dekat benor ngan kampung teman tuu...

Saturday, July 25, 2009

Laptop buat hallah pulak ...

Laptop I sampai la ni takleh nak connect to streamyx. So maknanya I taklehlah nak berinternet. I pun tak tahu apa pasal. Hari tu dah suruh hubby bawak gi reprogramedkan tapi still tak ok ok. Yang peliknya, Soraya punya bolehlah pulak. Boringlah, kalau weekends tak keje, taklehlah nak berinternet, taklehlah nak bersurf2 ke or nak berskodeng2 kat blog kenkawan lain. Nak pinjam si Soraya punyer, lecehlah. I part2 nak meminjam hak orang ni, hatta yang anaknyer sendiripun, I kureng ... rasa tak selesalah pulak.

Takpalah, nanti esok2 I cuba call balik TM nak tanya apa pasai. Nak kata tak bayar bil, rasanya tak penah miss.

Tuesday, July 21, 2009

Uhuk... tahta "juaraku" berpindah tangan

Tahun ni rasanya bukan rezeki I untuk terus menyandang juara boling "wanita vogue" untuk kali yang ke berapapun dah tak ingat. Rasanya tetiap tahun kot "without fail" I lah dengan vangganya akan naik "podium" kat ofis I untuk ambik hadiah, tapi kali ni ... uhuk ... uhuk ... uhuk ... bukan setakat tak jadi juara, langsung tak sangkut top threepun. Kalau dulu, baling bola tutup matapun, boleh menang, tapi kali ni, saingan begitu senget dari peserta regular dan bukan regular. Tapi takpa, I lama lagi kat sini, tahun depan, tahun depan dan tahun depan2 lagi, insyallah, "akan ku rebut kembali tahta ku itu kawan2".

Oklah , last Sunday we had this KKB bowling tournament. Kali ni pesertanya ramai dan begitu meriah. I kalahpun (biasalah alasan kalau dah kalah) sebabnya I rasalah si penganjur saja nak sabotaj I. Dahlah bagi lane kat hujung dunia, lepas tu asyik rosak, rosak dan terus rosak. Di pendekkan cerita, baling sekali, rehat banyak. Apataknya, nak tunggu si mekanik perbetuikan pin2 yang kadang2 cukup, kenkadang rongak. Sapa yang merokok tu sempatlah juga habih sebatang. Bayangkan baru "first throw, lane dah buat hal. Macam ni sampai esok pagipun tak abih main, kalau kejap2 rosak, kejap2 rosak". Lebih menerukkan keadaan, dahlah lane buat hal, ramai pulak bowlers diletakkan kat lane we all, lagilah lambat. Memang betulpun, orang lain dah abih, ada yang dah balikpun, kitorang baru nak masuk game 3 dari 5 games. Satu lagi sebab agaknya yang membuat I kalah, I terperanjat kot tengok boss I pun turun padang, apa2pun "I salutelah sama you boss, not badlah you bowl."

Anyway, to those yang menang, congratulations. Alahhh ... setakat dapat "periuk empat beradik" or "periuk nasi takda cop" tu akak sikit tak heran (saja dengki jerlah). Kalau dapat rumah berbungalow tiga tingkat tu, nyesallah jugak akak tak bowl bersungguh2.

Dengan ini kenkawan, dengan rasa sedih uhuk ... uhuk ...uhuk .... I isytiharkan dengan rasminya "TAHUN INI TAHTA JUARA I BERPINDAH TANGAN". Uhuk ....uhukk ...uhukkk (udahlah buruk benor bunyinyer), tahun depan ada lagi.

Pergi - Aizat

Dah banyak kali I dengar lagu ni pagi2 masa hantar Soraya gi sekolah. Mula2 I buat tak tahu tapi bila dah selalu dengar, sedap dan mendayu2lah pulak. Kena pulak dengan suara si Aizat sampai I cakap kat Soraya, "nanti kalau gi karaoke, mummy cuup lagu ni ok". Lirik lagu nipun simple dan tidak berjela2. Kiranya untuk I yang buta "key" ni memanglah "sesuwei bebenor".

Inilah lirik lagu "PERGI" nyanyian Aizat (AF7)

Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi kudengari

Kau pergi ... pergi ...
Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
Apapun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Monday, July 20, 2009

KLCC, I see you when I see U

Lama sungguh I tak gi KLCC, rasa2nya kalau ditolak campur, hampir setahun rasanya. I lebih suka gi One Utama sebab dekat ngan rumah, takyah nak redah2 jam kat town. Selalunya, kalau tak ada tujuan, I memang malas nak gi mana2. Baik lepak aje kat rumah ngan si Alea ngan Soraya memandangkan I bukannya selalu ada masa ngan dorang. Kalau saja2 nak gi kalu, memang takdanya. Sebab apa, tak pasal2 nanti duit I yang melayang. Benda yang tak rancang nak beli, terbelilah pulak, lepas tu balik rumah termenung, "pasai apa aku beli menatang ni, membazir aje duit aku". Duit ni macam air, lagi banyak keluarkan dari bank, macam tulah banyaknya kuar untuk "beli tah apa2". Tapi last Saturday I gi KLCC sebab I ada sebablah. Antaranya nak betulkan belt I. Dah lama I beli tapi tak pakai2 sebab terlalu panjang, tak tahu mana nak repair. Repairpun takleh sebarangan tempat sebab belt I ni "boleh tahan gak reganya". Satu hari tu, I terceritalah kat kawan seofis I dan dialah yang cadangkan I gi kat "Minute Cobbler KLCC" sebab kat situ kerja repairingnya tahap "international". Memandangkan dia yang cadangkan I percayalah sebab dia nipun bukan sebarang orang beb ... beli barangpun semua yang branded2 jer. Maklumlah, I boleh kelaskan dia sebagai pompuan paling kayas rayas di level I ni. Duit dah tentu tak abih makan, boleh buat selimut lagi sebab still single mingle, takyah tunggu duit insurans, sekarang jugak bukan setakat kete, rasanya bapak segala bas boleh beli. Itu belum lagi bab2 holiday kat overseas. seluruh dunia dia dak gi rasanya.

Macam biasalah, memandangkan si kakak (Soraya) taknak ikut sebab dia ada kelas tuition and lepas tu kenkawan dia nak datang lepak kat rumah, so "bodyguard" si kechik "nottie" tulah yang I usung. Sebelum pegi, I tinggalkan duit RM50 kat kakak suruh dia order pizza kalau2 dia ngan kenkawan dia lapar nanti. Masa nak gi tu, biasalah si kechik ni selalu overexcited tapi still under controlled. Bila sampai kat KLCC, memula sekali I gi makan and lepas tu ke "Boutique Cartier" sebab nak suruh tebuk lubang kat belt tu sebelum direpair and sambil2 tu nak betulkan cincin dan bracelet Cartier and also jam Cartier I sebab kancingnya tak berapa ketat. Sambil dok tunggu tu sempatlah I browsing sekejap kat dalam boutique tu tengok2 their latest collection of watches. Wow, harganya amat menakutkan. Ada satu tu lebih kurang yang macam I pakai tapi nipis sikit reganya almost RM32k dan satu lagi RM52k sebab ada white gold keliling. Rasanya mati hidup balikpun I takkan beli, harap orang bagi present jerlah (in this case, I have to thanks my hubby. Kalau tak, tak merasalah I). Kalau ikut I yang telah dilabelkan "kodokut" ni, baik I beli rumah, lepas tu rent it out, dapat juga hasil. Jam paling mahal yang mampu I belipun mungkin jam Guess. Lepas dah habis browsing tu, I pun beralihlah nak tengok bracelet ke, charm ke, pendant ke untuk si kechik ni. Memandangkan Kakak dah ada collection, I pun tengok2lah kot ada yang sesuwei untuk si adik. Memang ada tapi reganya "waduuuhhhhh, memang gitu mahal sekali". "So nanti2lah, dulu dik ya, insyallah, adik, mummy belikan nanti ok".

Bila dah settle semua, I pun cepat2 angkat kaki kuar dari boutique tu sebelum I terjebak menyain kad beli apa yang tak diperlukan buat masa ini. Terus ke "Minute Cobbler" and I tengok memang tahap profesionalnya para pekerja kat situ. Kurang sejam, belt I tupun siap and "ok, I puas hati, upahpun taklah mahal sangat". Oh ya, sebelum balik, sempat juga I "tumpang lalu" kat tepi Harrods. "Takut akak nak masuk, cuma jeling and ambil bau jerlah". Untuk adik, ingat nak beli baju kat "Guess Kids" tapi most of the collection adik dah ada. Nak cari t-shirt Ben-10, takdalah pulak saiznya. Last2 sekali belikan dia KFC jerlah sebab si Alea ni dapat "mamam"pun dah ok, sebab dia bukannya yang jenis "nangis guling2" nakkan sesuatu benda tu.

Hampir separuh hari I kat KLCC hari tu ngan si Alea. Agak2nya bilalah lagi I nak datang balik. Selain dari agak melencong jauh dari rumah, I sebenarnya dah takda masa untuk "berwindow2 shopping". Sayangkan kalau weekends I dibazirkan macam tu aje, baik I bawak anak2 gi main kat mana2. Bebudak macam anak2 I ni lebih suka dibawak ke "theme park" daripada "window2 shopping" melainkanlah memang ada tujuan macam nak beli toys ke, baju ke etc ...etc ...etc

Oklah KLCC, I see you when I see U ...

Thursday, July 16, 2009

Bagus gak idea tu ...

Hari tu masa bersembang2 ngan kenkawan, kitorang tersembanglah pasal income tax. I cakap tahun lepas I beli banyak story books for Soraya and myself tapi sayang resitnya semua I buang, jadi nak claim income tax susahlah sikit. Kalau less than RM300, should be no problem tapi kalau lebih, takut kalau kita isi, lepas tu income tax nak bukti payahlah pulak, sebab resit takda. Sekarang ni, kalau beli English story books or novels, satu jer dah cecah RM50, apatah lagi si Soraya I tu, kalau beli nak dua tiga buah. I pasal buku, I tak kisah sangat sebab memang dia bacapun.

"Alah Lin, senang jer, macam I, I sediakan kotak kasut satu so apa2 jer resit barang yang I beli, I campak jer dalam kotak kasut tu. Nanti esok2 nak isi borang income tax, asing2 kan jer resit tu", kata sorang kawan I ni. Kalau difikir2 balik, bagus jugak idea tu. I part2 resit ni, kurang sikit managementnya. Selalu lepas beli, resit campak dalam beg. Handbag kalau lagi besar, lagi banyaklah harta karun, segala benda mak nenek diisinya. Soraya selalu bising kalau suruh ambik handbag I, "beg mummy ni macam ada batu, berat sangat". Bila sampai masa nak tukar handbag pulak, abih semua resit dalam handbag tu I buang dan yang tukang masukkan ke dalam tong sampah, siapa lagi kalau tak si Alea. Lagipun, bukan susah sangat nak cari kotak kasut kat umah I, berlambak2, sebabnya I dan anak2 "memang gila kasut".

Anyway, Kak Anie, thanks for the "bernas idea".

Wednesday, July 15, 2009

H1N1, Oh no, not in my office

Since last week, I dah dengar ada tiga staff kat tingkat atas confirmed with H1N1. Clerk kat level I pun dah start distribute mask suruh everyone pakai tapi ramai yang masih buat dek jerrr. Memasing buat donno lagi tapi semalam, most of us tetiba rasa seram sejuk bila one of our collegue memang sah H1N1, siap muntah darah lagi. Dengar kata dah dua minggu virus tu ada dalam badan dia. Dua minggu tu dah cukup untuk kuman tersebarkan ..... I yang sihat walafiat nipun, tetiba jer rasa sakit lidah lah, sakit tekaklah ... padahal sebelum tu bukan main lagi sedap "mengtekedarah" laksa johor sepinggan.

Jika difikirkan balik, kalau nak kena memang dah lama kena. Yerlah, kita gi toilet yang sama, surau yang sama, pantry yang sama, kantin yang sama dan kongsi lif yang sama dan yang pasti, kita sama2 hirup udara sekeliling yang sama. Nak salahkan dorang yang kenapun takleh jugak sebab dorang sendiri tak tahu. Kalau I sendiripun, tetiba sakit kepala, mungkin I rasa "alahai itu perkara biasa, demam biasa kot" and at the end of the day, biar jer macam tu sampai lah dah teruk sangat baru gi jumpa doktor. Kalau jumpa doktorpun masa tu dah lambat. Yang paling merisaukan I ialah I ada anak2 kechik. Kesian kat dorang. Ya, Allah lindungilah intan permata hati ku. Boss I lagilah risau sebab dia baru dapat cucu. Bayangkanlah kalau kena kuarantin kat ofis lagilah teruk, seminggu takleh balik rumah, kakak takpelah tapi si adek tu yang I tak sanggup nak tinggal sebabnya adek kalau nak tidor, I kena peluk dia, kalau tak, dia dok gelisah memanjang. Ohh ... tak sanggup akak ...

Masa sampai ofis tadipun I nampak a few staff dah mula pakai mask. Pihak pengurusanpun dah hantar emel suruh memasing ambik langkah berjaga2. Kalau rasa demam terus pegi jumpa doktor and later self-quarantine. Pada pendapatan I yang tak berapa tinggi ni, daripada keseluruhan organisasi terkena, lebih baik pihak pengurusan stationkan sorang doktor kat ofis we all ni. I rasa itu lagi bagus sebagai langkah berjaga2, lagi senangkan. Ada juga yang berpendapatan, baik operate dari rumah jer sementara nak tunggu "everything back to normal". Ok jugak tu, tapi ada kenkawan I yang buat lawak, "oh ...boleh pakai kaftan jer sambil clear copies or sambil memasak kat dapor". I pulak sebenarnya lebih suka datang ofis sebabnya kalau kat rumah, yang pastinya si anak dara kechik I tulah yang sibuk nak tolong. Daripada nak senang kerja, langsung tak senang ... almaklumlah jari jemari dia lebih cepat dari I, esok tak pasal2 jer I kena menjawab.

Apa2pun, I harap cepat2lah semuanya pulih seperti sediakala .....