Next year "Four Arms" @ Ben-10 @ Alea akan masuk sekolah Smart Reader. Harus "haru-biru, tunggang terbalik semua" dibuatnya. Tak tahulah macam mana "havoc"nya nanti memandangkan I tak pernah tinggalkan si kechik ni ngan kenkawan without having me around. Nak taknak I kena jugak hantar si kechik ni gi sekolah, kena start belajar ABC, kena start communicate ngan kenkawan, kena start berkawan, kena start belajar cakap "omputih" sampai tergeliat lidah dan yang paling penting start "bercakap actively". Si kechik ni bukannya tak boleh bercakap, cuma taknak bercakap, maklumlah "ikut mummy dia yang very the pendiam one" (harus ada yang muntah taik kalau baca part ni). Masa I gi tengok sekolah tu, I ada inform principal sekolah ni yang "Alea will start from zero", meaning that dia ok tapi taklah sepandai bebudak lain yang sebaya dia yang dah boleh baca buku, dah kenal warna, dah tahu ABC, dah boleh bercakap lancar dan yang dah tahu "segala2nya", kira kagumlah gitu kalau tengok. Alea ni jenis yang taknak ikut kalau kita ajar dia. Contohnya, kalau kita ajarlah A,B,C ... kejap jer si kechik ni ikut lepas tu dia buat hal dia. Tang belajar memang tak berapa nak ngikut tapi tang benda2 lain, cukup terror. Kalau main komputer ngan si kakak, match2kan baju anak patong "Barbie Doll", bolehlah pulak tu dapat sampai 90 per 100, kalau bagi buat "jigsaw puzzle" yang simple, cepat pulak siapnya, kalau nak tengok Cartoon Network, pandailah pulak tekan number channel 616, siap cakap lagi, "chik wang chik (six one six)". "Memanglah separuh budak tu, kalau emaknya ajar bukannya nak ikut, kau kena jugak hantar sekolah, dorang selalunya ngan orang luar, cepat dapatnya," kata kawan I.
I memang plan nak hantar si kechik ni gi sekolah masa umur 4 tahun sebab apa, kesianlah kat bebudak, umur tak sampai setahun jagung, dah sibuk kena gi sekolah. Tapi tak kisahlah, itu hak memasing .... belajar tinggi2 tapi last2 duduk rumah jerpun tak guna jugak. Berbalik pada si kechik ni, principal tu cakap kat I, "No hal, sebabnya, ada yang mula2 hantar anak, penselpun tak reti nak pegang, takut nak berkawan tapi lama2 ok". Harap2 Alea enjoy herself kat sekolah ni. I tengok surrounding kat Smart Reader ni ok, tempat parking nak ambil bebudakpun luas, tak bersempit2, cuma bila nak masuk kawasan perumahan ni, kena lalu guard, tulih nama dalam buku, itu jer yang leceh, yang lain dah kira ok. Masalahnya, I pulak yang sceptical, "boleh ke aku tinggalkan si kechik kesayangan aku ni, dia tak nangis ker, boleh ker duduk kalau aku Dewi takda". Takpa, kita tunggu dan lihat ... alamat, kena ambik cutilah jawabnya.
A full-time working mummy who have to juggle between work and family. Married and blessed with two beautiful princesses. Believes in a philosophy "Life is not complex...we are complex. Life is simple and the simple thing is the right thing".
Thursday, December 17, 2009
Tuesday, December 15, 2009
Me, sceptical ???
"I ni sceptical sangat ke, entahlah mungkin ya mungkin tidak". Tapi kalau nak ikut cakap kawan I yang baru sahaja berposting ke overseas, malaun sorang ni kata I ni terlampau sceptical, "the very2 sceptical one". Menurut pendapatan melaun sorang ni yang sememangnya lebih tinggi dari I, dia selalu kata "Ko selalu ingat orang berfikiran macam kau, contohnya, kau kata orang Melayu sekarang ni tak suka duduk apartment, nak cari rumah ada tanah sebab kau dah set kaunya mind macam tu. Kau mana tahu kot2 orang Melayu zaman sekarang ni lebih suka duduk apartment/kondo sebab lebih secure". Betul jugak. Banyak sangat benda yang I begitu skeptical. Benda ni timbul bila I war2 kat dia yang I cadang nak jual apartmen I tapi takut tak laku sebabnya "I rasa sekarang ni orang Melayu tak suka duduk apartment, lebih suka cari rumah yang berhalaman". Apartmen yang I beli tu bertaraf bumi so, I kenalah cari bumi buyer tapi masalahnya ada ke orang Melayu nak beli. "Kau cubalah dulu, advertise, apartment kau tu besar, corner lot lagi, kau tak test market lagi, kau dah kata susah nak laku". Yerlah, I should give a try first kan, "tak cuba tak tahu", bukan apa, bagi orang sewa memang ramai bersusun nak tapi lecehlah, banyak benda kena monitor dan paling tak larat kalau tetiba dapat surat bayar maintenance, "berpeluh ketiak akak tengok angkanya". So, kalau kawan I dah bagi encouragement macam tu, I nak tunggu apa lagikan, "cepat2lah bertindak, suruhlah ejen I carikan buyer dengan kadar segera" tapi there again tak abih2 lagi I punya perasaan sceptical ni, "boleh ke laku yek, ada ke orang nak beli?"
Monday, December 14, 2009
She's strong, I yang poyo
Last Saturday, I pegi visit my friend's hubby kat HKL. My friend's hubby kena strok and till now masih coma. Office mates yang lain semua dah gi tengok, tinggal I sorang jer yang tak jenguk2 cuma hantar SMS tanya khabar jer. So, lepas keje Sabtu lepas, I pun pegi. Sampai kat HKL, I terus cari unit ICU, Neurologi. Kawan I takda kat ruang menanti, so I assume mesti ada kat dalam ICU, temankan hubby dia. Bila I nampak kawan I ni, I terus peluk dia and I memang salute kat kawan I ni sebab dia nampak strong, I pulak yang poyo. I tak tahulah pasal apa tetiba jer bila I tengok dia begitu setia dok tunggu hubby dia "yang tido macam baby tu" I jadi sedih sangat. I tahu I sepatutnya tak boleh nangis kat situ sebabnya bila I nangis, kawan I akan nangis sama. Ingat lagi seminggu sebelum hubby dia masuk hospital (sebelum ni, seorang collegue I yang lainpun, hubby dia kena stroke and collegue I tak diam duduk dok uruskan hubby dia), we all ada berborak kat pantry ramai2, "kalaulah kita sakit, rasa2nya hubby kita nak jaga kita macam kita jaga dorang tak". Masing2 menjawab, "entahlah, wallahhualam".
Paling I terharu masa I kat ICU ni, I tengok kawan I dok usap2 tangan hubby dia tak henti2 sambil dok cium ... memang sedih and nampak caring sangat. Hubby diapun nampak macam baby tidor, secara fizikalnya, memang nampak sihat cuma kulit jer nampak melepoh sikit, mungkin allergic pada certain2 ubat, yang lain2 ok. "Sepanjang I kahwin ngan dia, inilah dugaan paling besar dalam hidup I'. "Yerlah, masing2 ada dugaan memasing, ini dugaan you, I pun kena duga juga, antara sabar dengan tak sabar saja, tapi insyallah, kita memasing kena kuat semangat and alhamdullilah, you nampak strong sangat". Sebelum I balik, I sempat cakap kat kawan I tu, "Banyak2lah bersabar, kita berdoa jerlah, kalau I kat tempat youpun, I akan rasa apa yang you rasakan sekarang ni". Lepas tu I berpaling pada hubby dia, "Insyallah Nik, you akan semboh and you should be proud yang you have a very loving and caring wife and she is strong, kalau orang lain memang tak sekuat ini". Dalam masa I berjalan ke parking, terfikir dalam benak kepala I, dalam keadaan apa yang I harungi sekarang ni, misal kata kalau I terlantar sakit macam tu (mintak disimpangkan malaikat 44) , adakah dia akan datang menjengok? Wallahualam misawab ... tanya dia, dia jer yang boleh jawab ...
Paling I terharu masa I kat ICU ni, I tengok kawan I dok usap2 tangan hubby dia tak henti2 sambil dok cium ... memang sedih and nampak caring sangat. Hubby diapun nampak macam baby tidor, secara fizikalnya, memang nampak sihat cuma kulit jer nampak melepoh sikit, mungkin allergic pada certain2 ubat, yang lain2 ok. "Sepanjang I kahwin ngan dia, inilah dugaan paling besar dalam hidup I'. "Yerlah, masing2 ada dugaan memasing, ini dugaan you, I pun kena duga juga, antara sabar dengan tak sabar saja, tapi insyallah, kita memasing kena kuat semangat and alhamdullilah, you nampak strong sangat". Sebelum I balik, I sempat cakap kat kawan I tu, "Banyak2lah bersabar, kita berdoa jerlah, kalau I kat tempat youpun, I akan rasa apa yang you rasakan sekarang ni". Lepas tu I berpaling pada hubby dia, "Insyallah Nik, you akan semboh and you should be proud yang you have a very loving and caring wife and she is strong, kalau orang lain memang tak sekuat ini". Dalam masa I berjalan ke parking, terfikir dalam benak kepala I, dalam keadaan apa yang I harungi sekarang ni, misal kata kalau I terlantar sakit macam tu (mintak disimpangkan malaikat 44) , adakah dia akan datang menjengok? Wallahualam misawab ... tanya dia, dia jer yang boleh jawab ...
Labels:
coma,
daily life,
family,
myself,
ujian Allah
Akak kayo, Akak kayo
"Akak kayo ... akak kayo ... Alhamdullilah walaupun tak sekayo dulu". Alhamdullillah, apa yang I plan untuk masa depan I dan anak2 berjaya . Memang tak sangka langsung. Selalu tanya kat kenkawan, "Za, you rasa ok tak, boleh dapat tak". "Cubalah, kalau tak cuba kita tak tahu". So, alhamdullilah, sekali lagi, hikmah Allah, janji kata sebulan, ini tak sampai seminggu, semua dah settle, rezeki. Memanglah I kena bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian tapi sekurang2nya I dah ada sesuatu untuk disimpan untuk anak2. I cadang apa yang I dapat ni I akan simpan dan guna "as and when". Come to think about it, memang I tak perlukannya, I dah ada segala2nya, tak ada yang kekurangan, masih ditanggung sepenuhnya tapi simpanan ni merupakan "bekalan di masa susah". Mintak2 janganlah susah tetapi terus dipermudahkan hidup, dimurahkan rezeki dan tidak keputusan wang oleh Allah SWT. Amin ....
Friday, December 11, 2009
Ujian Allah
Selagi bernama manusia, selagi itulah kita tidak boleh lari dari ujian Allah. Berbagai jenis ujian, ada yang "biasa-biasa" jer dan ada yang diuji agak berat, melibatkan fizikal dan emosi. Bak kata orang, "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". Benda nak jadi boleh sekelip mata dan tanpa disangka2. Sapa nak tahu, hari ni sihat walafiat, tetiba esok "gedebuk jatuh sakit". Apa2pun, setiap orang perlu redha dan sesungguhnya "Allah itu menyayangi kita, kalau tak uji, kita mungkin lupa kepadaNya". Baru-baru ni, tanpa disangka2 suami kawan I yang lebih kurang seusia ngan I, kena stroke dan sampai sekarang masih lagi coma. Sebelum ni juga, suami kawan I yang lebih berusia, juga diserang strok, tapi sekarang dah ok sikit walaupun tak sesihat dulu. Itulah, nasib masing2. Kawan I tu masih lagi di hospital berjaga siang/malam, mengharapkan suami tersayang segera bangun dari coma. Kesian dan semoga dia banyak bersabar. Apa yang terjadi kat kawan2 I ni, membuatkan I selalu beringat yang apa Allah uji I selama ini tidaklah seteruk mana. Kita selalu rasakan ujian yang Allah turunkan kat kita teruk, padahal ada yang lebih teruk dari kita. Contohnya I, walaupun diuji secara emosi tetapi alhamdullilah "tak tahu dari mana datangnya kekuatan dalam diri ... kehidupan masih macam biasa, tak luak apapun, makan sentiasanya lalu dan tidorpun tidor mati sampai pagi". Orang lain, contohnya kawan I yang hubby kena strok tu, siang malam kat hospital, jaga suami .... pendek kata diri sendiri tidak terurus, yang pastinya mesti tak lalu makan dan tidorpun tidor2 ayam jer. Morale of the story, "bila kita rasa down tersangat2, ingat, ada orang lain yang kena uji lebih teruk daripada kita, so, berisytifarkan cepat2, ingat pada Allah". Tetapi, memanglah tak dapat disangkalkan juga sebagai manusia, macam mana kita kuat sekalipun, sekali sekala kita perlu menangis sebabnya bila dah menangis, habis beban dalam hati tu terkeluar dan kita rasa teramat lapang sekali. Sekali lagi, alhamdullilah kepadaMu Allah kerana memberi kekuatan pada I untuk meneruskan kehidupan.
p/s:
Mintak2 maid I si Dewi baliklah bekerja semula ngan I. Janji balik Ahad ni, tak tahulah. Kalau tak, tiga bulanlah I kena tunggu maid baru. Bukan senang beb, nak trained maid baru. Si kechik Ipun dah kurus sikit sebab tak nak makan.
Thursday, December 10, 2009
Berbaloi2 hikmah Allah
Setiap orang yang sabar, memang ada ganjarannya. Setiap yang diuji ada hikmah yang tersembunyi, biarpun diuji bertimpa-timpa oleh ALLAH tetapi hikmah yang diberikan Allah setelah bertahun-tahun lamanya kita menanti amatlah "berbaloi-baloi". Buktinya, kawan I, 20 tahun merana "jiwa dan raga", alhamdullilah, apa yang Allah berikan kepadanya sekarang ... kesenangan dan ketenangan "luar dan dalam", sedangkan mereka yang menganiayanya "tak sedang duduk". Amin ... itulah kebesaran Allah. Soalannya, boleh ke I bersabar selama itu tetapi kalau nak ikutkan cakap kawan2, I ni memang cool, bukan aje cool, macam orang takdak perasaan. "Betul ke aku ni cool gitu?"
Monday, December 7, 2009
Future planning
Demi masa depan anak2, I ada buat perancangan dan I harap ia masih tidak terlambat. I ada bagitau kenkawan yang rapat ngan I dan dorang kata, "okay jugak". Bukan apa, bagi pihak I, "I'm very clean" tetapi ditakuti disebabkan sesuatu perkara, yang memang langsung tak ada kena mengena ngan I, rancangan masa depan I tu terbantut sebab perkara tu boleh memberi tempias kat I. Mintak2 janganlah. Apsal I langsung tak terfikir mengenai benda ni awal2 dulu. Kalaulah dari dulu I rancang benda ni, rasanya tak jadi masalah ... memang langsung tak ada masalahnya. Petik jari jer, "kompom" dapat. Kan I cakap tadi "I'm very clean, no was2 one". Oklah, dalam sebulan nanti, I akan updatekan lagi. Semoga I berjaya dan Allah membantu I. Amin ...
Labels:
daily life,
myself,
planning,
ujian Allah
Subscribe to:
Posts (Atom)