Tuesday, July 6, 2010

Not like what I expected

So finally, last Saturday, I ngan "rombongan cik kiah" sampailah ke Gambang Water Park Resort untuk join "family day" ofis I. Yang kelakarnya, yang nak pegi nih termasuklah I sebagai "drebar" semuanya tak reti jalan, cuma harapkan pada "map" yang dibekalkan jerlah. I siap pesan kat adik pompuan I, jangan dok nak tido takut I terlepas Gambang punya exit. "Alah Ngah, signboard punyalah sebesar alam, takkan boleh terlepas kot". Anyway, jalan ke sana taklah susah mana, "very the easy one, jalan straigth jer and adalah masuk jalan kampung sikit" lepas exit Gambang tuh. Tempatnya memang very the ok ala2 "Sunway Lagoon" and those yang join family day kali ni "free and easy" tak terikat pada apa2 jadual yang dikenakan tapi frankly speaking I lebih suka kalau ada acara "games" untuk family, lebih meriah dan "konsep family day" tuh sendiri dirasai. Bagi mereka yang memang suka "berkubang" sehari suntuk kat theme park tu memang berbaloi tapi yang "kureng" sikit macam I nih sebab "takut panas" memang tak berbaloi langsung. Bukan I aje, anak dara kechik I, si Aleapun taknak mandi manda sebab ramai sangat manusia dan dia jugak ala2 "puteri lilin". Last2 sekali, tak sampaipun we all dua jam kat situ, terus "check in" dan lagi best dapat "berkubang" atas katil, siap pasang aircond "full blast" lagi.

Malam pulak ada dinner, part makanpun ok2 jugak tapi "ikan bakar" memang fresh giler. Tapi biasalah, kalau dah ramai2 tuh, bukannya "lalu sangat" nak makan, so makanpun ala kadar. Part lucky draw pulak, memang "very the happening", dari electrical items, penginapan hotel 5-stars, voucers, LCD, home teater hinggalah ke blackberry. Tapi I rasa bab2 payung and beg tu takyahlah buat "lucky draw", rasa buat naya orang jer, elok dibuat hadiah sampingan lagi bagus. Contohnya I lah, dapat voucer Jaya Jusco 50 hengget, so, hadiah sampingannya bagilah payung atau beg tuh. Anyway, kalau ditanyalah "pendapatan I yang dah naik banyak sikit mulai bulan depan", I rasa family day kali nih "tak best and not like what I expected". I lebih suka kalau ada games for families, games untuk bebudak dan games untuk semua orang sebab dari situlah kita dapat kenal family masing2. Ini tidak, bila dah dibuat "free and easy", memasing akan buat hal memasing, so "the family day punya concept" tuh dah tak bawa makna apa2 ... Kalau I tahulah macam nih, baik I pergi holiday sendiri2, rasanya lagi best .....

Baby "sumo wrestler" mommy




Ini pulak baby "sumo wrestler" aka Alea mummy. Baby sumo mummy nih tengah moody. Rasanya, masa nih Alea berumur tak sampai setahun lagi. Memang Alea baby yang "sihat walafiat" walaupun tak cukup bulan. Sebenarnya, takda bezapun kakak (Soraya) ngan adik (Alea) sebab dua2 jenis "kuss semangat". Ingat lagi MIL I, bila mandikan anak2 dara I masa dorang baby siap nyanyi lagi, "Ooo badak, bagi isi, ooo badak bagi tulang ... ooo badak bagi isi, ooo badak bagi tulang". Dan itulah sebabnya anak2 dara I nih "berisi" abih sebab ada badak yang dah kurus, isi dan tulang dah bagi kat anak2 dara I ....

Monday, July 5, 2010

Baby "Michellin" mummy




Inilah baby "Michellin" aka Soraya mummy. Betulkan I cakap, pipi meloyot dan tangan berketak2, sejibik macam tayar "Michellin". Rasa I umur kakak masa nih dalam tiga atau empat bulan kot, tak pasti tapi yang pasti memang "kusss semangat". Cuma bila dah besar, "selim melim" jadinya. Jangan maree, anak2 dara I memang comey dan cute, macam mummylah katakan ... hi..hi..hi...

Spot the differences


Kalau tengok seimbas lalu, nampak macam kembarkan. Inilah gambar anak2 dara I, si Soraya and Alea. Yang belah kiri tuh gambar kakak masa umur tiga tahun dan sebelah kanan pulak si adikpun masa umur tiga tahun. Cuma nampak si kakak, montel dan putih sikit. Nantilah I akan post gambar si kakak ngan adik masa baby, lagi comey dan cute beb. Kawan I cakap macam tayar Michellin, badan berketak-ketat beb, wa cakap lu .....

Sunday, July 4, 2010

Champion in the making




Well, gaya bakal seorang jaguh ... omputih cakap "champion in the making". Inilah anak dara besar I, si Soraya ... go ...go ...kakak you can make it. Si kechik Alea (gambar tengah yang ala2 "body builder" tuh ) pun sebenar teringin tapi kesian takda bola ringan. Nanti yer adik, tunggu besar sikit ....

Friday, July 2, 2010

Kena kurang "melantaking"

Lately, I rasa badan I macam naik membuak2. Kalau dulu tak nampak perut, sekarang perut dah berlipat. Tak tahulah, selera makan I menjadik2. Itupun, I dah kurang makan malam, kalau tak, tentu dah jadi "tong dram". Kawan I yang kat luar negara tuhpun siap nasihatkan I suruh kurangkan "melantak". Dah cuba dah, tapi tak tahan beb ... kena juga makan "beriya2". Banyak baju I yang dah tak muat especially tang perut. Harituh, masa gi timbang, dah lebih 60 kg, padahal I punya ideal weight around 54kg. I ingat nak "cuba terai jusmate 5" yang adik2 I minum tetiap hari tuh sebabnya I tengok banyak perubahan. I tengok Zaim ngan Jija ... woi, perut dah banyak turun beb so "Yati, awak kena jaga husband awak, dah kurus dah sekarang nih, idaklah hensem tapi adalah sikit hensem dari dulu". Ipun dah pesan siap kat Dewi yang minggu depan, takyah masak banyak2, I nak "crash diet", nak "gostan" balik ke 57-58 kg, kalau boleh. Well, I think "age factor" pun mungkin penyebab mengapa badan I cepat naik. Anyway, harituh masa I gi Giant Kota Damansara, sempat jugak I "sign up" untuk "wrap2" body nih tapi tak tahu bila pulak nak setatnya. Entahlah, camnerpun, azam I dapat gi below 60 kgpun alhamdullilah sebab bukan senang nak lose out even satu kgpun. Well, kalau cuba tak mustahilkan ..

Family Day di Bukit Gambang Resort

Tahun ni ofis I buat Family Day kat Bukit Gambang Resort, Kuantan Pahang. So, tomorrow will be the daylah. Last sekali I join family day ofis ialah kat Cherating, rasa2 "dah berzaman2 lamanya". Bayangkan, masa tuh, Sorayapun tak ada lagi, maknanya lebih daripada 10 tahun ...uhhh lama sungguh. Tup-tup tahun nih, ntah apa mimpi yang merasok I, tetiba jer rasa nak gi, nak bawak anak2 gi berholidaying. Lagipun tempat nih orang kata ala2 "Sunway Lagoon" and cuma dua jam driving jer. Kenkawan I yang lain pun "terkezut rimau" bila I cakap yang I nak gi Family Day tahun ini. This time around, I bawak sekali mak Selayang, Azean ngan anaknya Kimi. Bukan apa, murah sangat, dapat apartmen dua bilik lagi, kalau tak bawak orang lain, rugilah pulak. Camnerpun Azean campur ngan anaknya kena charge RM100. Alah, setakat 100 hengget, lekat celah gigi adik I jer, lagipun apa salahnya, daripada abih ke beronggeng, baik sekali sekala bawak anak jalan. Itupun I paksa dia ikut I gi family day nih, rasanya kalau dia tahu berbayar, "harus taknak pegi" tuh. Bukan apa minah nih, semuanya nak free, mana boleh beb ...

I cadang nak bertolak dalam kul 10 pagi esok. Tak tahulah, yang nak pegi nih semua tak reti jalan so I dok harap kat sign board jerlah. Sampai nanti, mungkin akan terus ke theme park sebab check in kul 3 petang. I nak bagi bebudak tuh puas mandi/main, lepas tuh baru check in sebab kalau dah keluar dari theme park tuh dah takleh masuk balik. Mungkin jugak I nak mintak check in awal setengah jam, bukan apa, mak Selayang I nih mesti nak sembahyang dan rehat, bebudak kalau nak sambung mandi, ada swimming pool kat hotel. Sebenarnya, I pun takleh nak bayangkan macam mana ropanya tempat nih. Makan tengah hari akan disediakan dan untuk makan malam pula, bertemakan "bolasepak". Banyak aturcara lain disediakan terutama sekali untuk bebudaklah. So, harap2nya dapatlah I dan family bergumbira kat sini .....