Saturday, July 10, 2010

That is so sweet kakak


"That is so sweet kakak". Sejuk mata mummy tengok dan sejuk hati mummy yang mengandungkan anak2 dara mummy nih. Soraya, walaupun nampak "cengeng" dan "poyo" tetapi dia memang seorang kakak yang "loving and caring". Tengoklah gambar2 yang kat atas tuh tapi adik jer yang kenkadang "brutal" sangat sebab selalu suka "bully dan berwrestling" dengan kakak. Woo ... jangan memain ngan adik, tulang dia manyak kuat lorrr, kalau dia "mendebik", boleh naik lebam dibuatnya. Anyway, adik beradik will always be adik beradik, no matter where they are, bak kata orang tua2 "cubit peha kiri, peha kanan terasa". Apa yang Mummy harapkan, kakak akan selalu ingat dan sayangkan adik walau di mana kakak berada ... walaupun jauh sampai ke Kutub Utara nun .....

Separuh gajiku melayang

Kalau Anang femes dengan lagu hitnya "Separuh Jiwaku Pergi", lain pulak dengan I, "zaman jiwang2"nih dah lama berlalu dalam kamus hidup I tapi "hit of the month" I ialah "Separuh gajiku Melayang". Apataknya, hari nih I ada appointment lagi ngan Dr Dentist. Masuk nih dah tiga kali dalam tempoh sebulan. Tolak, campur, dharab, bahagi, rasanya lebih separuh daripada gaji I untuk bulan depan dah abih kat gigi I. Yerlah, asyik "menenyeh" jer sementara nak tunggu gaji bulan depan masyukkk. Kawan I yang kat overseas tu cakap kat I, "Takpalah, orang lain naik setakuk, tayang pay slip, tayang kereta baru, ngko pulak tayang jerlah gigi ngko, menyerongehlah ngko sepanjang bulan depan". Kureng asam punya kawan. Yerlah, kalau tak buat kalu, I yang tanggung sakit sorang2, so "biar lebur jerlah separuh duit gaji tuh". Tapi takpa jugak, ada hikmah sebenarnya yang I sakit gigi sebelum nih, kalau tak sakit "haram I nak jejak dentist", so bila dah sakit nih, baik "overhaul" semua, omputih cakap"once and for all". Memanglah "rasa sengkek" sangat tapi I selalu ingatlah diri I, insyallah rezeki ada di mana2, "taklah sampai mati kebulur". Kat dentist tadipun, hampir sejam jugaklah, Puan Dr tuh "menggerodak" mulut I. So, next appointment, end of this month. Oh ... duit lagi. Isnin ni pulak, kena gi income tax, nak settle payment. I ingat nak buat rayuan, bayar dua kali. Oh tidak .... duit lagi. Bestkan kalau kita dilahirkan "kaya$ raya$", tak payah nak susah2 hati pasal duit ... sebut jer "dan2 tu jugak duit dah ada depan mata" ....

Friday, July 9, 2010

Boifren baru mommy



Jeng ...jeng ...jeng, inilah boifren baru aka "anak ikan" I. Yang lama tuh si "McDreamy" (Grey's Anatomy), I dah "tauk buang". Mamat sebelah nih handsomekan. Biasalah, taste I mestilah "hensem2" belaka. Oklah, mamat nih berlakon dalam NCIS Los Angeles, sebagai ejen khas or special agent G. Cullen. I jarang "miss" siri nih melainkan kalau I kena "shift keje lambat". Nama sebenarnya Chris O' Donell. Anak dara I si Alea, kalau nampaklah mamat nih masa tengok TV, haruslah dia jerit, "mammee, boifren mamee". "Ahaa, hensem tak boifren mummy". Aduh ... bila lagi akak nak perasan .....



Paul, Si Sotong


Kelakarkan, dunia dah nak kiamat kot, sotongpun boleh buat ramalan, siap ada nama lagi tuh -- Paul, Si Sotong. Kalau mengikut ramalan si Sotong nihlah, impian Jereman untuk menjulang World Cup mungkin tidak kesampaian. Ramalan pulak tepatlah tuh bila Jereman tewas 0-1 kepada Sepanyol pada perlawanan separuh akhir, awal pagi semalam. Binatang berkaki lapan berusia dua tahun yang diberi nama Paul itu sebelum ini memberikan jawapan cukup tepat ke atas semua ramalan membabitkan Jereman setakat ini. Menggunakan salah satu sesunggutnya untuk menarik keluar bendera negara yang dikumpulkan di dalam kotak, semua ramalan yang dilakukan Paul masih belum tersasar. Paul juga pernah membuat ramalan bahawa Jereman akan tewas di tangan Serbia di peringkat kumpulan dan ia benar2 berlaku. Dan kelmarin Paul yang diletakkan di dalam Akuarium Sea Life di Oberhausen memilih Sepanyol selaku pemenang pertemuan akhir dengan Jereman. Kemarahan dan kekecewaan penyokong Jereman sudah tentu meluap2, apatah lagi Paul tidak langsung mahu menyebelahi Jereman, rumah keduanya selepas England. Petugas Aquarium Sea Life seharusnya mengetatkan kawalan keselamatan ke atas Paul kerana seorang chef dari Argentina mahu memasaknya manakala penyokong fanatik Jereman sudah tentu merancang untuk membunuhnya. Malang sungguh nasib Paul...

Oh yer, semalam si Dewi buat sotong masak cili merah, dan I "haruslah sokmo" melantak bagai nak rak. Opppss, adakah itu anak beranak Paul, Si Sotong ....oh tidakkkkkk ..........

Thursday, July 8, 2010

Exam lagi

Bila dah naik setakuk nih, nampaknya kena bersiap sedia untuk exam lainlah pulak untuk takuk seterusnya. I bila sebut tang exam ni, dah "naik jeran", rasa tak sanggup nak lalui lagi. Susah beb, bukan "calang2"nya exam, soalannya melangkaui minda kita. Soalan nampak mudah, tapi bila nak "menggoreng" terkedulah kejap. Satu lagi, I part2 nak "memorise" ni memang lemah abih. Ingat subjek tuh, lupa subjek nih, baca lain, kuar benda lain. Kali nih pun lagi susah, I dengar siap kena buat presentation, group and individual dalam dua2 bahasa English and Bahasa, depan audien besar pulak tuh. I ni dahlah "stage fright", "wajib makronah" harus I terkedu dan terkelu seribu bahasa. Part penampilan, should be ok, part nak "berpublic speaking" tu yang I rasa boleh pitam. Lagi satu kena guna "power point". Amendenya "power point" tuh ... "aduhhhh mak, tolong mak ....". Lagi dua minggu we all kena gi kursus untuk exam nilah, ada format baru katanya, dan kalau tak salah I, exam in Oktober. Camnerpun, I kena lulus jugak. Exam yang first2 dulu, I ambik sampai tiga kali baru lulus, itupun nasib agaknya sebab bak I cakap awal tadilah, "soalannya melangkaui minda dan ada yang tak ada kena mengena langsung dengan tugasan harian I". Anyway, orang2 tua cakap "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, sapa tahu kan ...kan ... kan".

Ben-10 and the gang





Inilah "monster-monster" Ben-10 yang tak boleh duduk diam walau seminitpun. Gambar bawah paling kiri sekali ialah Adawiah "the unpredictable girl" (Grey Matter), Addam "Bob de Beder" (Heatblast), Aqimi "the gedik boy" (Diamond Head), Alea "the chubby" (Four Arms), Ashraff "the menace" (Wildmutt) and Akmal "the blurr" (Stinkfly). Soraya (Ghost Freak) was not in the picture sebab dia lebih "girl-girl" sikit ... alah macam mummylah katakan ......

Wednesday, July 7, 2010

Killing the time


Inilah tempat yang I selalu bawak anak2 dara I pegi masa weekends. Tempat "play-play" ni adalah sebahagian daripada "Starship Galactica" di One Utama. Bentuknya macam "space ship" sikit dan dalamnya banyak bola dan slide. Selalunya si Dewi yang akan join anak2 dara I dan I duduk jer kat bawah baca "story book". Kenkadang tuh I pegi jugak "window shopping" tapi most of the time memang I lepak kat situ jer. Kalau tak ke sini, kami akan ke "Kidsports" kat old wing or gi "Jungle Gym" kat BSC. Itulah untuk anak2, apa saja mummy akan buat kalau mummy mampu. Tapi bak kata orang tua2 "sayang mummy ditinggal-tinggalkan, sayangkan anak sampai hujung nyawa".