Wallahhualam ...menurut si Dewi sejak dua menjak nih, apa yang dia alami ketika mula2 datang dulu sudah tiada lagi.
Alkisah ceritanya, kata si Dewi, masa dia memula keje ngan I dulu (awal tahun 2006), dia rasa yang rumah yang I duduk sekarang nih, ada tetamu lain yang turut menumpang yang pada firasat dia makhluk dari dunia lain ... tapi peliknya, sikitpun dia tak rasa takut. Wallahuallam ... sebabnya I tak penah rasa apa2pun, bulu roma I pun taknah naik or berdiri dan I tidurpun taklah pulak terasa terganggu.
Contoh kata Dewi, pepagi masa Subuh, pintu depan seolah2 ditutup/dibuka tetapi takda orang, begitu jugak pada waktu Maghrib, ada bunyi bising seolah2 macam orang balik/pergi kerja tapi bila dijengok takda orang. Wallahualam ... sebabnya I memang tak dengar langsung, yerlah waktu Maghrib masih lagi kat opis dan selalu lepas Subuh, I terus "sambung membongkang" balik.
Ada satu kali tuh, Dewi cakap dia ada kat tingkat paling atas rumah, tetiba dia dengar kecoh kat ruang tamu bawah dengan pintu depan dibuka, siap bunyi bising2, bunyi beg plastik macam orang balik "shopping sakan" dan kebetulan hari tuh I ngan "rombongan Cik Kiah" memang kuar shopping2. Dewipun launglah dari atas "Kakak ...kakak .... Cik Raja sudah balik ker" tapi takda orang jawab dan bila dia turun, memang "sah dan sahih" tak da kelibat sesapapun. Wallahuallam ... susah I nak huraikan.
Satu lagi, si Dewi nih kata dia kerap terbau asap rokok kretek, padahal takda sapapun yang hisap rokok dalam rumah I, tambah2 lagi rokok kretek. Sapa yek, selalunya yang suka asap2 nih, jin jer. Wallahuallam ... I tak pernah pula bau apa2, bau kentot adalah. Kentut si kechik I yang memang kuat "kontut".
Pernah satu pagi jugak, masa si Dewi nih abih jogging kot, tetiba ada Sami Siam kat ruang tamu, siap mintak ijin nak masuk dalam badan si Dewi kejap tapi si Dewi tolak dengan cara baik. I tanya si Dewi, kot2 dia bermimpi tapi Dewi cakap memang betul "Sami Siam" tuh memang wujud, pakai kuning2 bagai. Wallahualam .... sami siam???? ahhhh tak mungkin kot , tapi .....
Part2 pintu tetiba terbuka/tertutup nih, kata si Dewi memang biasa tapi sungguh I tak pernahpun melalui benda2 segini. Cuma, ada sekali tuh, I ada buat kenduri arwah dan antara yang datang tuh sorang Kiyai dari Singapura. Menurut si Kiyai nih, rumah I nih sebenarnya, laluan makhluk halus, tempat laluan dorang pegi/balik keje. Wallahualam .... I memang tak kisah, sapa nak numpangpun, janji dorang tak kacau I. Kita sama2 jaga rumah tuh. Yang pastinya, I rasa, makhluk yang menumpang kat rumah I nih, mesti jin Islam, sebab sungguh ... kitorang tak rasa takutpun dan bebudak kechik kat rumah nih takda pulak yang menangis atau meraung pada waktu2 tertentu.
Lagi satu, inipun sukar nak dipercayai tapi ada sekali MakNdak I datang rumah, nak tumpang sembahyang. I suruh dia sembahyang kat bilik I dan kata MakNdak, bila masuk bilik I, bulu roma dia meremang/berdiri dan bilik tuh tampak gelap segelapnya ... katil yang "rogna" putih melepak tuhpun jadi hitam. Memandangkan MakNdak nih, ilmu ugamanya tinggi, dia bacalah apa yang patut. buanglah apa yang patut dan kendiannya, semua baik macam biasa. Wallahualam ... sebabnya I rasa biasa jer dalam bilik I tuh. Pesan I "sesapa yang menghantor tuh, ambiklah balik, I pun bukannya kacau orang, so takyahlah nak hantor apa2, I pun dah tak kisah apapun, janji hidup I senang".
Satu jer yang I tak semena2 ingat balik, itupun bila dah dengar cerita si Dewi nilah. Pernah sekali orang yang sepatutnya dalam perjalanan ke rumah I, dia tak sampai lagi tapi I dah rasa seolah2 dia dah ada kat rumah I .... aduhhhh sapa nak jawab nih. Anyway, I bersyukur, yang semua perkara yang I sebutkan di atas tuh, dah takda, completely takda, mungkin dah dapat apa yang dikehendakki .... wallahualammmmm....
A full-time working mummy who have to juggle between work and family. Married and blessed with two beautiful princesses. Believes in a philosophy "Life is not complex...we are complex. Life is simple and the simple thing is the right thing".
Monday, August 9, 2010
Wallahhualam ...
Labels:
family,
kenduri,
maid,
nostalgia,
reality,
rumah itu syurgaku,
that's life,
ujian Allah
Sunday, August 8, 2010
Soraya n Celine Dion
Ini pulak best friend si Soraya. Namanya Celine Dion. Si Celine Dion nih selalu jugak datang rumah I. Kenkadang kalau we all gi mana2, contohnya swimming ker, main bowling ker, mummy si Celine nih akan postkanlah si Celine nih join kitorang. Mummy si Celine nih, kerja ngan property company and sibuk memanjang while daddy dia pulak, ada bisnes kat Singapore. I pernah gi sekali rumah si Celine Dion nih, hantar si kakak masa "besday' si Celine. Aduh mak datuk ... besar sungguh and "I like it very much". Ada sekali mak si Celine nih tanya samada I berminat satu rumah kat kawasan rumah dia tapi reganya aduhai 1.2 juta hengget ... manalah I nak korek duit. "You don't have to do any renovation, everything complete, belongs to a malay family". "Oh .. thank you so muchlah, maybe next time, as for now, I'm happy with my current house". Anyway, back to Soraya's friends, mostly semuanya "cher" dan yang paling kerap 'calling2" diapun si Celine Dion nih, so I assume Celinelah best friend kakak ....
Labels:
birthday,
kenkawan,
rumah itu syurgaku,
soraya
Saturday, August 7, 2010
Kenkawan SR Alea




Inilah kenkawan si kechik I, Alea. Sibuk dok suruh I masukkan dalam blog I nih. Gambar nih diambik masa "besday" Alea yang baru lepas. Memang saja I buat"besday" Alea kat sekolah sebabnya dah pasti kenkawan dia semua ada. Kalau buat kat rumah, tak tentu lagi semua dapat datang. Apa2pun yang pentingnya, si kechik nih happy .....
Friday, August 6, 2010
Inilah dia Kak Wiwi

Inilah dia si Dewi, kesayangan si kechik I, Alea. Dialah jugak yang menjaga hal-ehwal dalam rumah I. Dari memasak, membasuh, mengemas hinggalah menjaga anak2. I salute pada orang yang sanggup merantau ke luar negara, tinggalkan anak/suami untuk mencari rezeki halal ... I sendiripun tak tahu sama ada sanggup berbuat demikian. Camnerpun, I bersyukur kerana mendapat pembantu yang baik dan harap2 kalau si Dewi ni dah balik ke kampung halamannya "for good" (takkan selama2nya nak duduk ngan I kannn), I akan dapat pembantu lain yang secekap Dewi nih. Tengok tuh, rumah I memang sentiasa bersih "tip top" dan dapur pulak berkilat2. Pada I, kalau orang baik dengan kita, kita akan berganda2 lagi baik dengan orang. I selalu cakap kat Dewi, nanti kalau balik Indon, boleh bukak restoran sebab Dewi nih cekap dalam hal masak memasak. Kalau ikut passport, Dewi nih akan balik tahun 2013, walaupun lambat lagi, kenkadang I risaulah jugak sebab I takut tak dapat pengganti sebaik dia, tambah2 lagi, si Alea memang rapat abih ngan si Dewi nih. Apa2pun, mesti cari Kak Wiwi dia dulu ... I pun kalau takda Dewi rasanya boleh "patah kaki tangan" dibuatnya ... Terima Kasih Dewi kerana sudi bekerja dengan kakak.
Thursday, August 5, 2010
Handbag baru I
Hari nih I gi One Utama. Cadangnya memula nak gi ambik gambar yang dah dicuci, lepas tuh nak cari "thumbdrive" dan lepas tuh nak gi beli toys Toy Story si kecik I. Si kechik I tuh semalaman merajuk sebab hubby beli Toy Story yang "kechik cinonet"nyer, dia nak yang "besor" yang "reganya"pun haruslah "besor". Masa dok tengah pilih "thumbdrive", tetiba masuk SMS dari hubby cakap yang dia nak belikan si Alea toys yang si kechik nak tuh. "Alhamdullilah, selamatlah duit aku, kalau tak harus melayang 200 hengget". Jampun masa tuh dah nak kul 11.30 pagi, sat lagi, si Alea dah nak kuar sekolah, so cepat2 I jalan ke parking, takut terlambatlah pulak. Dalam dok nak ke parking tuh, mata nih bolehlah terpandang kat butik handbag satu nih, bolehlah pulak tuh dengan "selamba kodok" masuk ke butik tuh. Sebenarnya dah lama I berkenan kat satu handbag nih, tapi biarlah dulu, mahak sangat, baik tunggu sale dan kebetulan ada sale "abih stock" pulak hari nih. Aduhai, nak beli ker tak beli, nak beli ker tak beli ...tak beli menyesal ...last2 belilah juga ... melayang dua hebu hengget ..."apasallah aku gatal sangat masuk butik nih tadi .....tapi design handbag yang I beli tuh tak da dalam gambar kat atas cuma brand jer sama, uhuk ...uhukkkkkkk"
Labels:
branded items,
family,
mummy,
rezeki,
shopping mopping,
ten-ten (Alea),
toys story
Monday, August 2, 2010
Sehari di Petrosains


Ini masa I ngan "rombongan cik kiah" melawat ke Petrosains. I tak penah pegi, so yang jadi guide I ke sana ialah anak dara besar I, si Soraya. Tahu jer dia ... kat mana nak beli tiket, kat mana nak beratur, berapa hengget dan so on and soforth. Besar jugak Petrosains ni sebabnya kalau tengok dari luar taklah besor mana. Kiranya kejang jugak kaki nak berjalan. Anak dara kechik I, si Alea pulak, walaupun nampak brutal, penakut "ropernya". Contohnya, dinasour yanga kat atas tuh, langsung dia tak dekat, siap suruh si Dewi dukung lagi. Banyak lagi gambar dua bradik nih yang I dah "snap" tapi tak muatlah pulak nak isi perabih kat sini. Seronok juga sekali sekala meluangkan masa jenjalan kat anak2. Lain kali kita "ronda2" lagi okay sayang2 mummy ....
Labels:
anak2 mummy,
cuti,
family,
soraya,
ten-ten (Alea)
Sunday, August 1, 2010
Inilah budak yang merajuk tuh!
Inilah "roper"nyer budak comey yang merajuk tak dapat toys Toy Story tuh. Lepas tak dapat toys tuh, I bawaklah si kechik nih memain dan jenjalan kat taman dekat One Utama, nak"cuba terai" pujuk, tapi tengoklah, rajuk tak abih lagi ...buat muka "terpele'ot" lagi. Buatlah 'roper" hodoh manapun, adik tetap cute-mute and mummy tetap sayang adik dan kakak sampai bila-bila .......
Subscribe to:
Posts (Atom)