



Dah lama I nak upload gambar concert Alea nih. Memandangkan masa concert tuh , "security very the tight one", mengalahkan konsert artis antarabangsa, gambar2nya cuma boleh diambil dari jauh jerlah ....
A full-time working mummy who have to juggle between work and family. Married and blessed with two beautiful princesses. Believes in a philosophy "Life is not complex...we are complex. Life is simple and the simple thing is the right thing".
Last Friday, I dapat result exam yang I ngan kenkawan seofis duduk last Oktober. Selain dari "written exam", we all kena buat tiga presentation ... satu presentation free style (tak kisah nak cakap Malaya ke England), satu kena cakap England dan satu lagi kena cakap Malaya. Present depan orang ramai, dan lepas tuh ada soal jawab pula. Habih jer exam, we all diberi masa dua minggu, buat dua essay yang pihak examiners dah bagi topik memasing. Bab presentation, "no hal" tapi part "written exam", silap hari bulan boleh lingkup. Memang susah lorr ... rasa2nya masa belajar kat universiti dulu, taklah sesusah ini. Camnerpun alhamdullilah, we all semua pass dengan "cemerlang, gemilang dan terbilang" walaupun masa untuk mentelaah memang begitu terhad. Apataknya, bulan Oktober tu banyak event yang berlaku dan "desk" I pulak kekurangan orang dan no choice, we all kena kerja "round the clock". Untuk pengetahuan semua, exam kali nih memang crucial, sebab we all "wajib" kena pass kalau nak naik setakuk lagi. Dan sekali lagi, syukur kepada Allah kerana I lulus dengan jayanya dan inilah "my best birthday present ever "....
Hari nih besday I. Semua dah wished "happy besday" kat I. Dari hubby, anak2, adik hinggalah ke Mak Selayang. Terima Kasih semua. Sempena besday I nih, I tak harapkan hadiah mahal2 (kalau nak bagi ok jugak), tapi kasih sayang yang melimpah ruah sudah memadai ...
Sebelum berakhirnya tahun 2010, selepas dicongak, dikira dan dicampur simpanan dan dividen ASB yang I dapat untuk tahun 2010, I ada buat plan nak bawak anak dara I, Dewi dan Mak Selayang melancong ke luar negara tahun ini. (Untuk Mak Selayang, tertakluk, kalau Mak Selayang tak ke mana2lah, selalunya, Mak Selayang dah buat rancangannya sendiri ikut rombongan melancong bersama2 dengan group warga emas yang lain). I plan nak tour Europe. Pegi lima negara terus, bermula dari Zurich/Lucerne (Switzerland) - Paris (France) - Brussels (Belgium) - Amsterdam (Belanda) dan akhir sekali ke London (England). Memang I plan diam2, in fact, tarikhpun dah ada iaitu dari 11 Mac - 20 Mac (lebih kurang 10 hari). Kawan I yang ada kawan keje kat travel ejen bagi "quotation baik punya" tapi fly ikut Emirates Airlineslah bukannya MAS. Emiratespun ok, tempat duduk kelas ekonominyapun "quite big" sebab masa I pegi umrah dulu, naik Emirates. Kalau nak naik business class, cuma tambah Rm15 ribu lagi, tapi buat apa nak membazir, sebab duit tambahan ni bolehlah buat beli souvenir "Hard Rock Cafe". Punyalah bagus plan ... siap check tempat2 menarik yang nak pegi. Selalunya, kalau I ngan family bercuti, kami jarang ikut pakej, selalunya pegi sendiri2 so that "we have our own leisure time", tak terikat sangat ngan jadual. Tapi, kali nih, I memang plan nak ikut pakej. Pakej kawan I nih, memang terarah kepada Islamic, so part2 makan tu tak payah risau, siap bagi jadual solat lagi. In fact, dalam schedule, kita akan bersolat di masjid yang terbesar di London. Tempat2 lain yang nak pegipun semua menarik, boleh pilih sama ada nak naik cruise ataupun tube. Sebenarnya, nawaitu I melancong ni lebih kepada nak bawak anak dara kechik I, si Alea sebab kakak (Soraya) dah biasa sangat ke overseas, "globetrotter", mengalahkan I. Kalau ikut time yang I plan nak pegi nih, dah masuk spring tapi still sejuk sebab masa winter hari tuhkan teruk, jadi sejuknya masih terasa lagi. Kira kalau kita bercakaplah sesama kita, "asap kuar kat mulutlah gituh".
Sila ... silakan masuk, janganlah malu2 pulak. Selamat datang 2011, sayonara 2010.