Hari nih Valentine's Day. Kita orang Islam memang takleh meraikannya, hukumnya haram, dok "ngikut" budaya al-kafirun. Anyway, ingat lagi zaman I belajar dulu, zaman muda belia, 23 tahun yang lampau. Masa tuh, tak ingat hukum-hakam aka zaman "jahiliyyah", tahu nak happy jer. Orang Valentine, kitapun nak Valentine jugak ... orang jual bunga, kitapun "berambatlah" ke Sungai Buluh, borong bunga ros, nak buat jual kat dorm konon2nya. Alih2, malam tuh datang satu rombongan "kakak senior bertudung labuh" masuk dorm, bagi lecture berjela2. Memasing buat muka bodoh jer. Anyway, ingat lagi, I dapat tiga kuntum bunga ros beb, satu dari budak engineering, satu dari budak architecture dan satu lagi ehem .... ehem ....
A full-time working mummy who have to juggle between work and family. Married and blessed with two beautiful princesses. Believes in a philosophy "Life is not complex...we are complex. Life is simple and the simple thing is the right thing".
Monday, February 14, 2011
Valentine's Day
Hari nih Valentine's Day. Kita orang Islam memang takleh meraikannya, hukumnya haram, dok "ngikut" budaya al-kafirun. Anyway, ingat lagi zaman I belajar dulu, zaman muda belia, 23 tahun yang lampau. Masa tuh, tak ingat hukum-hakam aka zaman "jahiliyyah", tahu nak happy jer. Orang Valentine, kitapun nak Valentine jugak ... orang jual bunga, kitapun "berambatlah" ke Sungai Buluh, borong bunga ros, nak buat jual kat dorm konon2nya. Alih2, malam tuh datang satu rombongan "kakak senior bertudung labuh" masuk dorm, bagi lecture berjela2. Memasing buat muka bodoh jer. Anyway, ingat lagi, I dapat tiga kuntum bunga ros beb, satu dari budak engineering, satu dari budak architecture dan satu lagi ehem .... ehem ....
Tuesday, February 8, 2011
PowerPuff GIrls Adik

Lately nih, minat si Alea dah beralih arahlah pulak. Tetiba suka kat The PowerPuff Girls - Bubbles, Buttercup and Blossom. Barulah macam "the girl2 one". Anak patung Si Bubbles (rambut kuning) dah ada, tinggal Buttercup ngan Blossom lagi. Dah puas mencari rata-riti, tak jumpa2 jugak. "Alahai, adik, mana lagi mummy nak cari si Buttercup ngan Blossom adik nih". Dari satu shopping mall ke shopping mall yang lain, tak gak jumpa2. Rasanya musim "PowerPuff Girls" dah abih kot, itu sebabnya dah tak ada stok. Takpalah, kita cari pelan2, insyallah, satu hari nanti, kita jumpa jugak ..... Kakak dah naik Quran

Alhamdullilah, anak dara besar I, si Soraya dah naik Quran. Sekarang nih, dia mengaji di Masjid Wilayah. Harap2 cepatlah abih Quran dan dah hafal semua perkakas2 sembahyang. Umur dah 11 tahun nih, dah patut kena sembahyang. Si kechikpun dah nak start mengaji Ikraq. Harituh, I gi cari Ikrah sampai tiga kedai, semua dah habis. Last2 I pegi kat satu kedai Pakistan di Giant, Kota Damansara, nasib baik ada. Kali nih, Ikraq tuh, dorang combine kesemua enam2 Ikraq, senang sikit takyah pisah2. Si adik, mummy hantar ngaji kat rumah mummy Aleesha, ngaji sama2 Mikhail, start next month. Ustaz cakap walaupun si adik nih pelat tapi dia boleh cuba sikit2. Takpalah, tak dapat baca, dengarpun jadiklah, yang penting nawaitu. Soraya selain dari dah naik Quran, belajar pun ok jugak sebab exam final tahun lepas, dia dapat 5A ... Congrats ya kakak, mummy doa kakak dan adik terus pandai, pandai dan pandai ......
Labels:
family,
harapan,
mengaji,
soraya,
ten-ten (Alea)
Monday, February 7, 2011
Alea nak i-pad
"Mummy, Aiya nak nih". Amboiiii .... muncung mengalah bibir "Angelina Jolie" dok mengunjuk pada gambar i-pad yang tertera kat board iklan One Utama ni. Citarasa bebudak sekarang, cecah ribuan ringgit gituh. "Mummy, Kak Yaya ada, Aiyapun nak, boleh main2". Alahaiiii ...., mummy sendiripun tak berapa nak celek guna menatang nih. "Aiya tahu ke apa benda tuh". "Yaa, I see Kak Yaya tekan2, ada game, I oso wan". "Kak Yaya dah besar, Aiya tunggulah Aiya besar sikit dulu okey". Memang sekarang nih, kat mana2pun orang dok usung menatang nih. Walaupun nampak canggih n sofistikated gituh, tapi buat masa nih, rasanya I tidak begitu teruja, jadi tak terlintas langsung nak beli satu. Cukuplah laptop Lenovo I yang kiut miut nih. Tapi kalau ada sesapa yang sudi nak bagi present kat I (rasanya besday tahun ni, tak dapat apa2pun lagi), I terima jer. Hi ... hi...hi , boleh kongsi ngan Alea ....
Labels:
laptop. birthday,
soraya,
ten-ten (Alea)
Fedup betul!!!!
Fed-up betul kalau rumah dekat ngan sekolah. Mana taknya, jem teruk. Mak bapak pakai letak jer kereta kat kiri kanan jalan ... nun, sampai kat rumah pak guard kws rumah I. Kereta kalau kechik cinonit takpalah jugak, ni semua yang bagak2. Bayangkan, setiap kali ambil Alea dari sekolah, kat trafik light sekolah tu jer dah sangkut 2o minit, padahal, dari trafik light sekolah ke rumah I, tak sampai lima minit dah sampai. Alea selalu tanya I, "why mummy selalu marah2 nih". Apa tak marahnya, jalan dua lane, tinggallah satu lane, cukup untuk kereta saiz Myvi lalu. Lampu trafik light pun cepat tukarnya, bau aroma kentutpun tak abih lagi, dah tukar kaler merah. Dulu takpa jugak sebab Alea keluar sekolah kul 11.45am. tapi sekarang nih, pukul 12pm, Isnin dan Jumaat pulak, kul 1pm, ada kelas tambahan 'omputih". I pulak, lepas tuh, nak rushing gi kerja, itu yang buat darah I nih mendidih ... sabar, sabar, sabar tuh separuh daripada iman .......
Wednesday, February 2, 2011
Alea n her ala2 Ducati motorbike
Treadmill for Mommy
Dalam dok I plan nak berbelanja secara berhemah tahun ini, sedar tak sedar, tetiba gatal pulak tangan I ni pegi beli treadmill. Come to think about it, memang ia satu "perbelanjaan berhemah". Yerlah, daripada I perabihkan ribuan ringgit kat "slimming centre wrapping2 badan tuh" yang I pegi ikut mood (kalau tengah bersemangat tuh, langsung tak pernah "tuang" tapi kalau datang penyakit malas tulah yang I jeran sangat). I memang determine nak kurangkan berat badan I yang tengah membuak2 nih. Nak kata gemok sangat, taklah tapi tak tahu tang mana beratnya. So finally, I decided might as well I beli treadmill, letak kat rumah and just spend masa one hour, setengah jam (pagi) dan setengah jam (malam), dah boleh bakar dalam 300-400 kalori sehari ... oklah tuh. By the way, I beli treadmill nipun guna duit deposit yang I letak masa buat renovation harituh. Hubby just bank in and I pun belilah "something" yang I rasa berbaloi. Harap2 dapatlah I turunkan badan I ke ideal weight I balik. Ok people out there ... wished me all the best ......
Labels:
azam,
daily life,
family,
myself,
renovation,
rezeki,
tahun baru
Subscribe to:
Posts (Atom)

