Wednesday, October 5, 2011

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir

1.Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau filem.
3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4.Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Renung2kanlah dan selamat beramal ....

Chelsea Vs M.United


Anak dara kechik I, si Alea rupanya minat team football "Elcy" aka Chelsea sementara kakak Soraya pulak Manchester United. Ntahlah, I pun tak perasan sejak bila si kechik ni minat football, alih2 one nite I balik keje, dia sibuk cakap kat I, "Mummee, Mummee, I like Elcy, I like Elcy" sambil dok tunjuk gambar yang dia ambik kat handphone dia. Aduhai, anak2 dara I, peminat tegar football rupanya. Mummy, sorangpun tak kenal playernya ...I baru nak ajak dorang berjinak2 ngan bowling ....

Perhatian: Pokok Beracun

Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan... anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak di ruang tamu atau di tempat letak kereta, pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda. Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari seminit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta. Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak di ruang tamu atau di tempat letak kereta, membawa padah. Kesan apabila mengigit daun beracun - Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera. Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumbuh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam. Berhati-hati ok.

Moral of the story, kalau nak racun orang, takyah susah2 nak beli racun tikus, ambik jer getah pokok bunga nih. Kalau nak, kat rumah I ada sepasu .... heheheh ...Nak suruh Dewi buanglah pokok bunga nih ....

Tuesday, October 4, 2011

I like, I like ... I like...

NOT NEED FOR REVENGE.
JUST SIT BACK AND WAIT.
THOSE WHO HURT YOU WILL EVENTUALLY SCREW UP THEMSELVES.
AND, IF YOU'RE LUCKY ENOUGH, ALLAH WILL LET YOU WATCH .... AMINNN....

Soraya look alike - Kono Kalakaua



My anak dara Soraya look alike -- Hawaii Five O's Kona "Kono" Kalakaua. Not exactly sama tapi paling ketara tang pipi dorang, tembam gituh ... anak I macam artis gituh .... wakakawakkkaa ...

Monday, October 3, 2011

Mendung tak bererti nak hujan



Aduhh ... klazz ko pompuan, tajuk entry bukan main lagi ... mendung tak bererti nak hujan gituh ... Oklah, kita nihkan selagi dinamakan manusia, memang takleh lari dari sebarang ujian Allah. Aci kerat kukulah, kalau ada yang bermegah2 kata yg dia taknah diuji Allah. Dugaan Allah ni pelbagai2. Ada yang berat dan ada yang ringan, semuanya ada hikmah memasing. Pokoknya, kita mesti ada faith pada Allah. Memanglah kenkadang 'fikiran kita nih jahat, dikacau dek setan" dok kata, "pasal apalah Allah turunkan dugaan pada kita nih, memanglah kita ni manusia, bukannya Nabi, sikit sebanyak mesti ada buat salah, tapi orang lain yang terang2 aniaya kita, kita nampak hidup dorang senang memanjang, macam takda apa2pun, takda rasa bersalahpun, Allah tak buat apa2pun kat dorang". Nauzubillahhiminzalik, astagfirullahhalazim ... kena berisytifar gitu. Ustaz selalu cakap doa orang yang teraniaya itu sentiasa dimakbulkan Allah, doa jerlah. Bila dan bagaimana tuh adalah urusan Allah, Dia yang menentukannya. Dalam zaman sekrg nih, Allah kenkadang bagi cash jer. Anyway, pada I senang jer, "we gain some, we lose some". Kita kurang yang ini, kita lebih tang situ, that's it ... that's the rule. Orang kaya tuh, kita ingat dorang senang sangat ker, tak tentu lagi weyyy .... besar periuk, besarlah kerak, besarlah hutang keliling pinggang. Dan yang susah tuh kita ingat susah ker, mungkin dari luaran kita nampak susah, tetapi insyallah Allah tidak sekejam itu "ulat dalam batu lagikan hidup, apatah lagi kita manusia yang boleh berfikir dengan waras". Kenkadang bila kita diuji, kita ingat kitalah yang paling teruk dalam dunia tetapi sebenarnya ada orang lain yang lebih lebih lebih dasyat dari kita. Dari segi tuh, kita patut bersyukur sesangat2....Tak guna nak berendam air mata bagai, life has to go on my dear ...I juga pernah diuji dengan dugaan maha berat tapi as I mentioned earlier "we gain some, we lose some". Alhamdullillah, sejak tiga tahun lepas, rezeki I membuak2 walaupun tak banyak mana. Sekurang2nya dalam tempoh tuh, I dapat dua kenaikan gred, gaji backdated 6 bulan, kenaikan gaji tahunan dan insyallah kalau diizinkan Allah, kot2 gomen buat pelarasan gaji sehingga 30 percent, sapa tahukan .... aminnn, rezeki lagi. Pada yang tak dapat jodoh tuh, tak usah sedey2, tup2 esok Allah turunkan jodoh yang terbaik untuk kita. Yang mana anak tak pernah balik jumpa, mana tahu Allah bukakan pintu hati dia suruh balik satu hari nanti sebab "syurga di bawah telapak kaki makkan" dan yang bisnes tak berapa nak ok tuh, biasalah ekonomi sedang merudum, esok kalau ekonomi mencanak, mencanaklah rezeki kita ... so mendung tu tak bererti nak hujan kerana beraraknya awan, berlalulah mendung itu ....

Saturday, October 1, 2011

U can count on me, darling ...


You can count on me like one, two, three, mummy will be there. And, I know when I'm needed, mummy can count on both of u like four, three, two and you'll be there cause that's what family is supposed to do. If you ever find yourself stuck in the middle of the sea, mummy will sail the world to find you .... and if you ever find lost in the dark and cant see, mummy will be the light to guide you ... to kakak and adik, mummy will always love you, ingat tu .... dunia dan akhirat ....