Thursday, October 13, 2011

Bahasa melambangkan jiwa bangsa

I terpanggil untuk membaca satu blog nih satu masa dulu. I pun tak tahu langsung pasal blog nih tetapi seseorang dengan sengaja suruh I membacanya dan meminta "pendapatan" I yang belumpun sampai lima angka tuh. Rasanya sekali jer I membuka dan membaca n selepas itu "that's it ... cukuplah sekali itu" kerana tidak sanggup menatap bait2 ayatnya yang amat "memalukan kaum". Bak kata pepatah "sekilas air di laut, sudah tahu jantan atau betinanya". Daripada setiap patah perkataan yang digunakan serta bahasa "kurang ajar dan tidak berhemah langsung" cukup menyatakan ciri2 ketidakcerdikan dan tiada ketamadunan dalam diri orang itu walaupun berpelajaran tinggi. Timbul rasa kesian dan sedih sangat, ke manakah hilang kesopanan dan tatasusila yang dididik selama ini. Jelas sekali "bukan salah ibu mengandung". Daripada pemerhatian apa yang I baca, segala penulisan itu adalah berdasarkan "hear say" dari orang ketiga dan tiada "kesahihan berita" langsung. Tapi itu tidak bermakna, kita boleh menyalahgunakan bahasa dan "menghentam keromo memaki hamun" sesuka hati. Betul lah kata para cendiakawan dan cerdik pandai "bahasa melambangkan jiwa bangsa ... peliharalah ia, kerana ia mencerminkan budi pekerti yang mulia...."

Susu time for Alea n Dylan


Susu time for Alea n Dylan Foo .... penat weyyy, travel jauh n now time for susu. For me, tak kisahlah sampai umur berapapun Alea nak minum susu dalam botol, biar jerlah, sampai dah sekolah rendahpun takpa. Si kakak dulupun sampai darjah dua ke tiga, I tak ingat, masih minum susu botol lagi. Bebudak nih, dorang akan stop sendiri kalau dah tiba masanya. "So, adik, adik nak minum susu botol sampai sekolah menengahpun takpa, mummy tak kisah, tak jadi masalah langsung." .....

Wednesday, October 12, 2011

Perihal "Satu Hal"

Dipetik dari FB my friend:

SATU hal yang membuat kita BAHAGIA adalah KASIH SAYANG;
SATU hal yang membuat kita DEWASA adalah MASALAH;
SATU hal yang membuat kita HANCUR adalah PUTUS ASA;
SATU hal yang membuat kita MAJU adalah USAHA; dan
SATU hal yang membuat kita KUAT adalah DOA .....

Baby "Nippon" mummy

Inilah baby "Nippon" mummy. Masa nih baby nippon dalam tujuh bulan kot. Comeey gitu ... seksi sungguh. Bak kata kawan I si Marziah, "posing half-naked" gituh. Tengoklah alur tangannnya yang berketak2. Alhamdullilah, I diberikan baby2 yang comel dan putih gebu lagi. Kalau nak comparelah ... jauh panggang dari api, tak tercomparelah ...

Saturday, October 8, 2011

22 Sebab Malaikat Rahmat tidak masuk rumah

1-Rumah orang yang... memutuskan hubungan Silatul Rahim.
2-Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.
3-Rumah yang memelihara anjing.
4-Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.
5-Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.
6- Rumah yang sering meninggikan suara.
7- Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli syihir dan nujum.
8-Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.
9- Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah .
10- Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.
11- Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.
12-Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.
13- Rumah pemakan riba,interest.
14-Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.
15- Rumah yang memiliki patung-patung.
16-Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.
17- Rumah yang didiami peminum arak.
18- Rumah yang mempercayai tukang tilik.
19- Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening.
20- Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.
21- Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).
22- Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.

Peringatan di ATM machine



Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada ...mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik. Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya melalui kad anda yang masukkan ke dalam mesin tersebut. Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yang seumpama ini. So, mintak simpang malaikat 44 lah, janganlah perkara ini berlaku kepada kita ...

Usia persaraan wajib 60 thn

Dalam pembentangan Belanjawan 2012 semlm, Pak Najib announce yang usia persaraan wajib dilanjutkan kepada umur 60 tahun. Agak2nya adakah akan berlaku keadaan sebegini nanti. Kelakornyer ... rasanya cukuplah I sampai 55 tahun jer. Golden handshake + gratuity + insuranse = cukuplah tuh. Hidup takleh tamak-tamak .....