Thursday, October 29, 2009

Mamee nak "alohkebar"?

"Mamee nak alohkebar (allahuakhbar - sembahyang)?". Sebelum sempat I jawab, mencecet-cecet anak dara kechik I, si Alea sibuk nak cari sejadah, nak bentangkan kat I, siap ngan telekong lagi. Oh, that is so sweet ... sayanggg anak mummy. Memang dah jadi amalan I, setiap kali balik keje, I mesti cakap kat dia, "You wait no, mummy nak mandi, lepas tu nak alohkebar (sembahyang) dulu, lepas tu mummy nak mamam, lepas tu baru kita tengok "Ben-10". And, setiap kali I sembahyang, si kechik ni akan duduklah kat depan I sampai I abih sembahyang ... and memang so cute sangat tengok dia terjelepok kat situ. Amin, sekurang2nya, dari kecik lagi dia sudah didedahkan kepada amal ibadat ini.

I, kalau shift kul 2 petang, selalunya I akan Isyak terus kat ofis, senang, balik jer ... salin baju, basuh muka, lepas tu terus terbongkang atas katil ngan dia tapi kalau shift biasa, abih kul 9 pm, I balik sembahyang kat rumah jer. Cakap pasal sembahyang ni, kat ofis I terkenal ngan sembahyang "two in one". Maknanya, kalau sembahyang Zohor tu dekat2 nak masuk waktu Asar, atau Asar dekat2 nak masuk Maghrib atau Maghrib dekat2 nak masuk waktu Isyak ... sebabnya lepas abih sembahyang satu tu, duduk kejap, tunggu bang dan lepas tu boleh terus sembahyang waktu yang seterusnya. I selalunya "two in one" Asar ngan Maghrib, Zohor sempat kat rumah ataupun I buat awal kat surau. Jangan tak tahu ngko, ramai "geng" ngan akak ni rupanya. Bulan posa, akak baik sikit, boleh pulak tu Asar awal sebabnya Maghrib dah nak bukak posa, tapi "two in one" Maghrib ngan Isyak pulak ... sama jer "wat hasil balik asal".

Cakap pasal bab2 sembahyang/amal ibadat ni, terus terang I memangpun kenkadang cukup, kenkadang tak cukup lima waktu dan itu sebabnya I tak berani nak sembarangan tegur orang "ko tak sembahyang ke, apsal tak sembahyang bla....bla....bla". Itu hak peribadi masing2 dan kita tak patut campur. I pernah tengok ada yang tak puasa sepanjang bulan Ramadhan, "selamba dog jer makan", alasannya gastrik dan takda sapapun menegur so "who am I to tegur-teguringkan". Memang sepatutnya ditegur sebabnya kalau tidak kita disifatkan bersubahat. Terfikir jugak kat benak kepala I ni, kalau tak cuba posa sampai matipun takkan berposa kann...kannn...kann ... senang jer, alasan gastrik.

Oklah, buat apa nak sesakkan kepala fikir dosa orang, dosa sendiripun tak tentu lagi, yang pentingnya I terapkan nilai2 "alohkebar" kat anak2 dara I. Moden2 jugak tetapi amal ibadatpun perlu diutamakan. Yang anak dara I, si Soraya pulak, bila agaknya nak naik Quran, Ikraq tak abih2 lagi ni. Kalaulah rumah Selayang tu dekat and I jenis kerja 9-5, tetiap hari, I hantar jer si Soraya ngaji ngan mak I, rasanya dalam setahun dah qatam Quran, bertambah jugak pendapatan mak I kan...
Seboleh2nya I nak Soraya abih Quran sebelum dia naik menengah, tapi rasanya tak tercapai cita2ku itu ....

Selamat UlangTahun Sayang

Today Oct 29th, is my hubby's birthday. Happy birthday sayang, semoga panjang umur dan murah rezeki. Juga dikekalkan jodoh kita sehingga akhir hayat.
" Hadiah?? Bagitahu aje, jangan malu2, nanti saya belikan, no hal one".
Last year tak salah I belikan hubby beg golf, tahun ni tak tahu lagi. I lebih suka belikan hubby something yang dia boleh guna atau pakai tetiap hari dan bukannya untuk simpan dalam lemari.

Anyway, last but not least, "Saya nak ucapkan Happy Birthday kat awak, one year older, one year wiser. Terima kasih sekali lagi dan yang tidak terhingga kerana selama ini telah menjaga dan memberikan saya dan anak2 segala kemewahan yang ada hari ini. Budi baik awak takkan saya lupakan sampai akhir hayat saya". Cuma satu sahaja lagi, seperti yang awak pernah cakap kat saya, "manusia berpegang pada janji" dan saya harap "berpeganglah awak pada janji2 itu".

Tetiba teringat I pada lagu Imran Ajmain ,"SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG"...

Tuesday, October 27, 2009

Kalung Rafflesia RM15,000 menanti

Kalau ditengok pada mutiaranya, macam biasa jer tapi bila belek reganya, waduhhh ... boleh terjojol biji mata I tengok RM10,000 untuk rantai besar, RM4,000 untuk sederhananya dan Rm1,000 untuk yang cinonit. Yang jantan2 tengok, memanglah, "tak siur"pun, baik bagi cash, banyak benda boleh buat ngan RM15,000 tu. Orang jantan mana tahu "appreciate benda2 macam gini", umpama "tikus tengok labu" jer. Tapi I, kalaulah dapat "harus ku tayangkan pada kenkawan". Bukan apa brand "Rafflesia" tu yang mahal. Kalau sesaja I nak beli, memang "sampai kiamat" pun rasanya takkan I bazirkan duit I tu. Hubby pernah belikan I pearl dari India, kalau tengok betul2, lebih kurang sama je tapi yang Rafflesia ni nampak macam "a bit berkilat".

Oklah, this coming Sunday, is our grand finale untuk bowling ofis I. We all buat kat Sunway Pyramid. Among the prizes, tiga kalung mutiara Rafflesia bernilai RM15,000 and cash almost RM8,000, yang lelainnya pulak microwave, slow cooker, kettle, thermal pot, voucher petrol, hampers and rugby t-shirts.
Tak tahulah, tahun ni, saingan terlalu sengit, ramai yang "so the very terrer merrer", so peluang I untuk dapat "top three" memang tipis sekali. Tapi, mana tahukan, rezeki kat tangan Allah, kot2 I dapat power extra, tetiba jer "tangan keramat" I ni boleh berbowl dengan cemerlang, terbilang, gemilang gitew ... ambik kau....

Monday, October 26, 2009

Perlukah diwar2kan?

Do we have to war2 to people, "Anak saya si anu, si anu tu sekarang ni dah drive Ferrari. Laki dia kaya, ni nak beli (ke dah beli, tak pasti) rumah RM2. juta kat2 Ampang Tesco. Anakpun masuk international school".
"Well, rezeki orang. Lagipun mak bapak mana yang tak kembang kuncup hidung kalau dapat menantu kaya raya, tambah2 kalau menantu dok angkut jugak pegi overseas, travelling first class, driving balik kampungpun tayang kereta besar2 ".

Sebenarnya, masa si pakcik ni mengwar2kan "kekayaan anak menantunya" itu, I tak dengarpun, adik I kebetulan gi kenduri kahwin anak bongsu pakcik ni yang bercerita kat I and masa I gi lunch kat rumah cousin I, diapun cakap benda yang serupa. Makna, betullah tu. Kalau I ada masa tu, sure I "layanz" jer pakcik tu, pujilah apa yang patut, seronok tengok orang dok "kembang kuncup kembang kuncup" ni.

Pada I, simple jer, terpulang. Nak bagitahu boleh, taknak bagitahupun ok. Kalau bagitahu, kita yang mendengar nipun "tumpang happy" jerlah, nak tumpang harta takleh, harta orang, buat apa kita pulak yang nak menyebokkan. Tapi selalunya, orang yang banyak duit ni, orang keliling jaga beb .... jaga sungguh2 gitu. Tapi sebenarnya apa nak herankan, kaya ker miskin, yang penting "hati di dalam senang" sebab kalau banyak duitpun "hati tak senang, tak guna jugak".

Bak kata cousin I, kalau dulu, zaman dia kerja kat Hilton Hotel dulu memanglah "ternganga mulut sampai masuk lalat" dengar betapa canggih dan kaya raya orang tapi sekarang ni dah takda apapun, dah biasa, ramai sangat yang dah kaya raya. Orang sekarang ni, umur tak sampai 30 tahunpun dah dapat title "Datuk", so, takda benda yang nak dibanggakan. Pada I, tak yah "kaya raya" sangat, cukuplah sekadar hidup senang anak beranak, duit tak putus dan takda orang kacau "periuk nasi kita", itupun dah lebih daripada bersyukur. Taknaklah hidup merempat sampai minta belas ihsan orang ... nauzubillah . Pada I duit dan kebahagian, sama pentingnya, kalau boleh memang I taknak hidup susah.

Cerita pasal kaya raya, adalah "makhluk sekoq" ni yang begitu bongkak dan sombong berkata, "Kalau nak rumah ni ambiklah, I tak kisah duduk rumah fletpun". "Yerlah tu, I nak tengok, kata2 tu umpama doa, sekarang tengah senang menyombonglah, Allah tu maha kaya, kalau nak tunjuk sekelip mata jer boleh jadi".

Saturday, October 24, 2009

"Tok mummy" lagi vogue

My immediate cousin (Penang's side) baru dapat cucu lelaki. Yesterday, she rang me up, invited me and family for lunch at her house in Bukit Kemuning, Shah Alam sambil2 tu bolehlah tayang cucu dia kat we all. Lagipun, dengar2 cerita, lepas ni cousin I tu nak bawak cucu ngan menantu dia gi Ireland, jumpa daddy baby tu yang sekarang kerja kat sana. Oklah, me, no hal one, lagipun Sunday I free. I sempat tanya kat cousin I tu, "So, Kak Yam, nanti cucu nak call apa, tok, tok mummy, granny ... walaupun dah pangkat tok, vogue tetap voguekan". "Well, she will call me "umi", tak mainlah tok2 ni". "Ok, tapi kalau "tok umi" sounds nicer". Cousin I ni lain sikit ... ada kelasss...

Well, talking about cucu, I memanglah lambat lagi, mungkin 10-15 tahun, kena tunggu. Sorayapun baru umur 9 tahun, si adek 3 tahun. Kalau dipanjangkan umur memandangkan sekarang nipun I dah masuk "40 carats" dan mana tahu I dapat tengok cucu2 I, I would like my "cucus" to call me "Tok Mummy". Ingat tu "T.O.K M.U.M.M.Y" .....

Friday, October 23, 2009

BEN-10 is coming to town!

New live show promises to keep kids at the edge of their seats.
If you're a fan of cartoon show "Ben-10" (that's include my little darling, Alea), keep Nov 27-29 free as an all-new live action stage show based on the adventures of the alien-morphing boy hero is coming to town.To be held at the Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Center, Cartoon Network "Live on Stage! Power of the Omnitrixs" will combine the best of "Ben-10 and Ben-10 Alien Force" in the adrenaline-pumping 90-minutes theatrical extravaganza.

Avid fans will be catapulted into the electricfying world of "Ben-10" as cool skateboarding stunts, thrillings acrobactics, jaw-dropping action scenes combines with dazzling multimedia effects will take you on an incredible adventure.
"Power of the Omintrix" will feature an international cast of 14 dynamic characters including Ben and his cousin Gwen Tennyson, Kevin Levin and Grandpa Max.
Making their global debut live on stage are Rocks and Squidstrictor - two new alien superheroes from "Ben-10 Alien Force". Both will join popular superheroes Four Arms, Wildmutt and Heatblast and menacing villains Vilgax and the HighBreed Commander.

So, for those yang interested, jangan lepaskan peluang ini ...

Wednesday, October 21, 2009

Fesyen ala2 "Jinjang Joe"

Pernah tak tengok E-News or Entertainment News kat channel 712 Astro. Cuba sekali sekala tukar ke channel tu. Tengoklah sendiri sebab I tak reti nak reload gambar2 kat sini. I kenkadang tertengoklah jugak kalau dah takda cerita yang menarik. Content dia ok, menghiburkan, up-to-date, terkini cuma I kesian tengok kat dua pompuan yang perasan "gelama abih" yang "menghos"kan rancangan ni, tak silap I Catt Sadler and Giuliana Rancis. Dressing dorang memanglah I kelaskan "so the very horrible one" dengan kata lain ala2 "Jinjang Joe" jer sebabnya I pun tak sanggup nak pakai, bukan tu jer, kalau bagi freepun, mungkin I ambil buat lap kaki. Kalau nak jual balikpun, dah tentu orang yang nak beli tu pikir "100 kali". "Wardrobe" dorang out langsung. Ada ke sekali tu si Giuliana ni boleh pakai baju "kaler2 bertingkat2" ala2 "rumah pangsa rogna rogni", yang si Catt Sadler pulak pakai baju "bareback", berpalang X kat bahagian depan, dipadankan dengan seluar pendek kembang, ngan tali pinggang macam "bengkong" yang kita pakai lepas bersalin tu. Aduhhh ... kesian betul kat dorang ... betul2 jadi "mangsa fesyen". Ingatkan sekali tu jer tapi setiap kali rancangan tu, memang "sah dan sahih", "wardrobe" dorang teruk, rasanya RTMnyer lagi cantik. Sapalah yang sponsor baju yang I kategorikan sebagai "buruk dan huduh" tu. Pagi tadipun, I tengok jugak, boleh si Giuliana ni pakai baju ala2 "nighties" yang kita dok pakai malam2 nak tidor tu and yang si Catt Sadler pulak "berkemban, lepas tu materialnya macam beli kat pasar malam jer". Kesiankan dekat omputeh2 ni, terlampau nak berfesyen dah jadi "out of fashion"lah pulak. Yang peliknya, si jantan2 co-host macam Micheal Yo, Sal Masekela, Ben Lyons and Jason Kennedy, ok pulak, "smart and santai".

Kalau nak comparelah, I rasa pakaian staff kat tempat I ni lagi cantik walaupun kenkadang nampak tak "sesuwei langsung". Kerani2 kat sinipun, part penampilan jaga abih beb. So, janganlah rasa rendah diri kalau tetiba ada mana2 mulut laser tercakap, "teruknya dressing kau", sebabnya "selebriti2 mat salleh yang rasa dirinya glamour abihpun, dressing dorangpun lebih kurang jinjang joe jugak tapi disebabkan dorang tu "omputeh", kitapun ternganga jerlah tengok".