Saturday, July 31, 2010

Rajuk si Alea

Semalam I tak keje, so I bawaklah anak dara kechik I gi OneUtama. Cadangnya nak cari dapur, nak ganti yang lamanyer walaupun masih elok lagi. I nak cari yang canggih sikit. Ingat tak, masa I gi family day kat Gambang dulu, I dapat voucer Jaya Jusco 50 hengget, campur pulak voucer 150 hengget yang I dapat masa "ntah tak hengat pulak bila", adalah dalam 200 hengget, so I nak belilah "something" yang boleh dipakai lama. So, lepas si kechik ni puas memain kat Kidzsport ngan si Dewi, I pun bawaklah ronda2 dalam Jaya Jusco. Awal2 lagi dia dah cakap kat I, "Aya wan toys mamee". "Okay". Dalam dok mengelintau tuh, ternampaklah dia toys Toy Story, terus dia ambik, bukan satu, dua beb ... peluk kuat2 lagi. I pun tengoklah "rega"nya, waduhh ... satu 199 hengget, satu lagi 328 hengget, boleh pengsan I dibuatnya. Kalau setakat 50 hengget tu, I tak kisah sangat, tapi kalau dah cecah 500 hengget lebih tuh, rasanya tak terdayalah I. "Dik, lain kalilah kita beli okay, banyak sangat barang mummy nak bawak nih". "No wan, no wan, Aya nak toys nih, Toi Stoyi". "Ok, kita belilah nanti, jom cari Ben-10 dulu". Walaupun taknak lepaskan toys2 tuh, I ambik jugak and lepas tuh, cepat2 heret dia turun escalator. Nasib baiklah Alea nih bukan jenis yang "guling2" tapi I nampaklah juga ada air mata kat pipi dia. Bukan I tak nak beli, dia dah adapun Toy Story punya toys, so, buat apa I nak membazir. Anyway, I belikan juga dia t-shirt Ben-10 tapi dalam kete tak abih2 si kechik ni marah I, "Mamee, a'at (jahat), mamee a'at (jahat)". Muncung jangan cakaplah ... boleh sangkut hanger beb ... merajuklah tuh .....


Thursday, July 29, 2010

Hero "Imam Muda" jadi kegilaan

I jarang tengok rancangan realiti "Imam Muda" nih tapi I kagum sebab program nih sebenarnya telah mendapat liputan meluas dan perhatian positif masyarakat bukan Islam, bukan sahaja di Malaysia, malah di Amerika dan Eropah. Sapa sangka, dalam ribuan program realiti TV yang bersifat hiburan, tak semena2 program ni tetiba menjadi "kegilaan ramai". Imam Muda mula mencuit perhatian antarabangsa apabila akhbar berbahasa Inggeris di Singapura, The Straits Times membuat liputan perjalanan program berkenaan. Artikel dari akhbar itu berjaya mencuri perhatian media antarabangsa yang lain seperti The Wall Street Journal, The Associated Press (AP), BBC, AFP, International Herald Tribune dan Reuters dan mereka tiba di ibu negara untuk membuat liputan. Program ini turut mendapat perhatian dari majalah terbesar Eropah, Der Spiegel dengan edaran lebih sejuta naskah setiap bulan. Sepuluh calon Imam Muda telah terpilih melalui uji bakat yang diadakan seluruh negara menyaksikan lebih seribu penyertaan bagi musim pertama. Remaja yang dipilih telahpun menjalani dan mengikuti jadual ketat di bawah pimpinan tokoh agama, mengharungi cabaran getir dari urusan kelahiran sehinggalah urusan kematian. Mereka yang terpilih ni bukan sahaja "hensem" tapi "berilmu" ugama yang tinggi. Sejuk mak yang mengandung ... I ni pulak, anak dara I si Soraya tuh, bila agaknya nak qatam Quran .....


Wednesday, July 28, 2010

Gosip2

Malam tadi balik keje, bila sampai rumah, si kechik I, Alea dah "terbongkang baik punyer". Dewi cakap si kechik ni penat, itu sebabnya masuk tido awal. Petang tadi, kuar ngan papanya, gi jalan2 ke Giant, beli mainan "tah apa tah", tak perasanlah pulak. Memandangkan I belum makan, I pun pegilah menyelongkar dapur. Sambil tu sempat "bergossip-gossipan"lah dengan si Dewi. Dewi cakap "somi" dia calling2, siap nangis lagi sebab hari nih, anak si Dewi abih kelas agama ala2 "graduation" gituh, so semua parents ada cuma Dewi jer yang takda, itulah buat si somi tuh sedih. Nak buat camner, Dewi cakap, sebabnya dia merantau "cari rejehki". Biasalah, mak ngan anak, tak seharusnya dipisahkan. Banyak benda yang digossipkan ... alah bukan selalupun, sekali sekala. Dalam pada itu, sempat I tanya Dewi satu soalan yang sampai sekarang I rasa macam tak masuk akal bagi yang berakal. Senang jer jawapan si Dewi, "Kak, sudah nyata, kena bawak pergi sekali walaupun tidak ada hak. Sebabnya, itu boleh dijadikan senjata, agar kalau kita hendak menumpang, tidak kekok rasanya. Kita, kalau nak tumpang rumah orang kak, kita mesti ada sesuatu yang boleh dijadikan sandaran, kalau tidak malu kak, nak menumpang rumah orang macam tu saja2". Waduhhh ...jawapannya lebih kurang sama dengan pendapatan kenkawan I ....

Kakak mummy dah big girl


Sweetkan gambar anak dara besar I nih, Soraya. Sekejap jer kakak dah jadi "big girl mummy". I memang suka tengok kakak dalam gambar yang kat atas tuh dan yang bawah tu, ada style ala2 model sikit. Itulah yang I cakap, si adik ngan si kakak, banyak betul bezanya. Si Alea nak jadi macam boy ... toys dia semua arah ke boy and kakak pulak memang "gegirl" abih. "Untuk dua2 anak mummy, mummy sayang, sayang sangat ... ingat tuh".

Tuesday, July 27, 2010

Panties Ben-10

"Aduh mak oii ... manalah I nak godak cari panties Ben-10 yang anak dara kechik intan payung I dok nak tuh". Tetiap hari si kechik nih dok "rapping" kata telinga I, pagi petang, siang malam. "Mamee, Aya nak panties Ben-10, mamee yi (beli) otey". Seriously, mana I nak cari ...panties manalah ada. Spendar or boxer budak jantan Ben-10 adalah berlambak2. Panties untuk bebudak pompuan, selalunya "Power Puff" ke, "Princess Disney" ker, "Ben-10" selalunya untuk bebudak lelaki. Alea nih, memang beza sungguh ngan si kakak, Soraya yang lebih "gegirl". "By hook or by crook, I mesti dapatkan untuk si kechik I sorang nih".

Saturday, July 24, 2010

Bowling Time

Hari nih ada boling tournament organised by our union. Tournament bowling union ni selalunya diadakan dua tawon sekali. Hadiah memang berlambak2, dari electrical items, perfume harga ratusan ringgit, digital camera hinggalah ke payung "rogna-rogni". Awal2 lagi, member2 union yang lain dah cakap, juara pompuan "sepanjang zaman" dah tentulah I nyer. "Takpalah, nak bagi chan kat kenkawan pompuan yang lain, akak baling pakai tangan kiri jerlah". Dan seperti yang dijangkakan, memangpun I menang, dapatlah periuk nasi seperti yang I tayangkan kat atas tuh dan hamper. Oklah tuh. Yang lelain, dari nombor 4 sampai 13 , dapat standing fan. Kitorang nyer hadiah, semuanya berjenama, "cokiah2" punyer tak main beb ...

Friday, July 23, 2010

Let's party

Hari nih we all kat opis buat party ala2 kenduri doa selamat/kenduri menyambut puasa. Kenduri ini disponsor oleh those yang "naik setakuk" baru2 ini. Banyak makanan disediakan dan semuanya "yummy2" belaka. Paling sedap antaranya spaghetti (Bahagian Rencana), laksa (PBE) , satay (GNS dan Malay Subs), murtabak Singapore (Malay Subs), kuih-muih (Malay Subs), tapai pulut (Dotcom), buah2an, yogurt, bubur durian ngan kuih jala (Malay Subs and GNS) dan I pulak bawak kek Secret Recipe "Black forest cheese" jerlah. I dah cakap awal2 yang I memang "tak berapa ringan tangan" kat dapur, so, I bawak yang paling mudah jer. Tahu2lah, buat kenduri kat ofis I, walaupun kecik, meriahnya mengalah kenduri kahwin. Kami, kat ofis, tak kira kalau ada group yang dapat khidmat cemerlang ker, naik pangkat ker, menang apa2 anugerah ker, "wajib makronah" mesti tak lama tuh ada kenduri kesyukuran. Dah jadi tradisi di ofis I, setiap rezeki itu akan dikongsi bersama-sama, lebih keberkatannya .....