Wednesday, August 25, 2010

Raya sakan

Kalau orang luar tengok, mesti dorang ingat yang tahun nih I nak "beraya sakan". Apataknya, rumah I sekarang nih tengah sibuk dengan aktiviti "cat mengecat". Itu belum lagi dengan "orang aircond datang servis aircond dan tukang plumber datang betulkan paip". Duit I bulan nih pulak "kuar macam air paip" ... kejap2 "mengolor" ... kejap2 "mengolor". Sebenarnya, semua nih berkebetulan. Tetiap2 tahun pun "raya ker tak raya ker" sama jer untuk I anak beranak sebabnya kitorang selalunya "berkubang" jer kat rumah. I ambik keputusan cat rumah sebab rumah I nipun dah lama tak "bercat", so dah tiba masanya "mencantikkan semula" rumah I tuh. Memanglah banyak duit kuar tapi apa2pun rezeki di tangan Allah. Bercakap pasal rezeki nih, I nak bersyukur kepada Allah sebabnya bulan nih saja, I dapat dua kali komisyen. Satu dari ofis I dan satu lagi dari gomen. Orang kata "rezeki rimau". Terima kasih daun keladi, nanti2 bagi lagi .....

Tuesday, August 24, 2010

Checklist

Banyak sangat benda yang I kena buat, so terpaksalah I sediakan satu checklist.

1 . Beli baju raya kakak (Soraya) -- settle, harap2 kakak suka
2 . Beli baju raya adik (Alea) -- settle
3 . Beli gelang kaki Dewi -- settle
4 . Beli baju raya mummy -- tak payah, dah berlambak dalam lemari
5 . Beli baju raya mak Selayang -- settle
6 . Beli kuih raya -- settle tapi belum bayor lagi (untuk makan sendiri)
7 . Asingkan duit raya -- settle tapi bajet tahun ni "kechik" sikit
8 . Bayar tukang cat -- dah bayar dulu, nanti nak mintak balik kat "banker"
9 . Renew road-tax -- hubby dah tolong settlekan
10.Call Terry pasal tenant -- Dah banyak kali call tapi tak berjawab, kena call lagi
11.Bayar kredit kad -- Tunggu dapat gaji, kalau boleh nak settlekan "perabih"
12. Tampal wallpaper -- Tunggu hujung minggu, itupun kalau tak gi "merendek" mana2


Uhukk ... uhukkk .... banyaknyer nak pakai duit, uhuk .... uhukkkkkk......

Monday, August 23, 2010

PadaMu ku bersujud


Lagu nih memang best. First time I dengar masa tengok slot Zehra "Janji Kekasih" kat TV3. Jom kita layanzzz .......

PadaMu ku Bersujud

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya namaMu Ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta

Kau berikan bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuni Ya Allah
Yang sering melepaskanMu
Saat kau lumpuhkan kurniaMu
Dalam sunyi aku bersujud ....

Ubat nyamuk karan

Semalam tak pasal2 I jadi "ustazah tak bertauliah" kat adik pompuan I, si Azean. Apataknya, pasal ubat nyamuklah. I cakap kat dia, kalau boleh janganlah guna ubat nyamuk gelung yang jenis bakar tuh ... bahaya, beli "ubat nyamuk yang karan". Dah banyak kes rumah terbakar pasal ubat nyamuk tuh. Kita kalau tido, bukannya "hengat dunia", tido mati macam "kayu balak". Kalau bilik tuh bersih takpalah jugak, ni mengalahkan "gudang barang", segala jenis barang semuanya diperosokkan dalam bilik tuh. Rasanya "mak mentipun mintak ampun beribu2 ampun" kalau nak masuk bilik pompuan sorang nih. I pun tak tahu "spesis malas" siapa yang minah nih warisi. Nak kata I pemalas, memang I malas tapi malas ke dapur jer tapi part2 rumah, memang bersih sebersih2nya. Baju beratus2 hengget boleh beli, ini "ubat nyamuk karan" yang tak sampai 20 hengget tupun, berkira sangat. Ntahlah, I pun tak tahu apa nak jadi kat minah nih, patutlah Mak Selayang selalu membebel ....

Sunday, August 22, 2010

Nostalgia ketika bertugas overseas

Ni rasanya kat tengah2 street kat Korea, belakang tuh pasar .... tak berani nak dekat
Bergambar ngan abang2 polis Taiwan, kitorang baru abih lawat kilang kat belakang tuh...
Rombongan "cik kiah" sempat pegi Sea World, San Diego, USA
Di atas bukit San Francisco ... dari atas bukit nih, pemandangannya cantik beb ....
Di tengah town London, belakang tuh Hotel Hilton
Di tengah2 kota London, nak gi Planet Hollywood, tapi sempat berposing
Di kota London, di Oxford Streets rasanya ...... excited sungguh tengok salji
Ni di Pelabuhan Rotterdam, Holland. Masa ni ikut Rafidah Aziz
Di tengah2 bandar Hague, Holland. Sejuk sangat and bandarnya "very the clean".
Di Las Vegas, belakang tuh Ceasars Palace. Ingat lagi masa tuh Anita Sarawak masih menyanyi kat situ.
Juga kat Las Vegas, belakang tuh casino.
Masih lagi di Qingdoa, China. Memang sejuk giler kat sini beb .......
Empat dara pingitan (tak termasuk nyonya baju merah tu tau) kat Qingdao, China


Baru tiba di airport Taiwan, dok tunggu kenkawan lain .......
Di tepi jalan dekat2 Hollywood Walk of Fame, Los Angeles, U.S.A
Di Monte Carlo ngan budak PR, tunggu nak masuk kasino lorrr ....
Kat Cannes, Perancis ngan Anne dan Sue (Reuters)

Thursday, August 19, 2010

Gelang kaki loceng kak Wiwi

Tengah hari tadi sebelum pegi ambik Alea, I ngan si Dewi, singgah kat Giant untuk beli "groceries" sikit dengan susu dan pampers si kechik. Cadangnya Dewi nak beli ayam sebab esok nak buat nasi ayam bukak posa. I pulak tak keje esok. Sementara, Dewi ada kat dalam Giant, I pun "cuci2 matalah" kat luar pasaraya tu sambil dok belek2 baju kurung yang "berogna-rogni" dan "pelbagai pesen" tuh. Tahun ni, I rasa untuk Hari Raya, I taknak belikan baju kurung untuk Mak Selayanglah. I nak beli blouse panjang ngan seluar panjang, biar nampak "kasual" sikit dan kalau nak gi jenjalan, boleh pakai blouse tuh. Tak sampai 20 minit, Dewipun "calling2" kata dia dah ada kat "cashier" tunggu "banker" jer datang bayor. I lah "banker" yang bertuah tuh ....Dalam perjalanan nak ke parking, we all "terlalu"lah kedai emas si apek "Poh Kong". "Jom Wi, kita masuk kejap, kita tengok jer dulu ... nanti akak dapat gaji baru kita beli". Huhhh, hampeh ... nak tahu, biasalah, dalam "nawaitu" tuh nak tengok2 jer, "terbeli"lah jugak. Sebenarnya, bukan untuk I, tapi untuk si Dewi. Si Dewi nih dah lama mengidam "gelang kaki loceng". So, I fikir dari alang2 bertanya tuh, baik terus beli, kira nih macam hadiah Hari Rayalah untuk dia. Tawar punya tawar dapatlah dalam 1,500 hengget. Dalam pada tuh, sempat jugak I suruh si tokey nih tolong tambah loceng kat gelang kaki I yang hubby bagi masa annivessary hari tuh. Nak tahu, I memang suka dengar bunyi loceng gelang kaki I, dah kira macam "trademark" I lah tuh, especially kat opis ....

Wednesday, August 18, 2010

Cari baju raya

Minggu depan dapat gaji plus ngan komisyen. so rasanya bolehlah I start "membeli-belah" baju anak2. Sebenarnya takyah tunggu dapat gajipun dah boleh pegi "window + shopping" barang tapi lately nih, masa I terlalu terhad, tak sempat nak "bershopping2" sakan. Cadangnya nak belikan adik ngan kakak, beberapa helai baju ngan baju kurung sekali. Si Dewi pulak, katanya taknak baju sebab baju dah berlambak2, dia cuma kalau boleh nak "gelang kaki siap loceng" (teringinlah tu sebab tengok I pakai) ... okaylah, okaylah, nanti kita cari, lepas tu nak carikan Mak Selayang baju kurung sepasang. Adik I, Azean cakap, cari kat The Weld dulu, banyak baju kurung cantik2. I ingat untuk bebudak, I nak gi masuk Guess Kid or Gap or Zara jerlah, sebab harituh I tengok banyak baju "new arrival". Memandangkan bulan nih, ada orang tuh janji nak bayar hutang kat I (harap2 janganlah janji2 palsu jer), rasanya bolehlah I berbelanja lebih sikit untuk anak2. Sebenarnya, bukannya dorang takda baju baru, cuma saja jer nak "memeriahkan" lagi bulan posa dan Hari Raya yang bakal menjelang. Macam kakak no hal, dah pandai bergaya, si adik nih payah sikit, balik2 nak baju "Ben-10" or "Tom and Jerry", balik2 baju tuh, pening kepala I. Kenkadang I nak jugak tengok si adik, pakai baju gaun pompuan yang simple dan cantik, yang takda ropol2nya, tapi susah bebenor sebab Alea memang tak suka langsung. I pulak, tak payah baru raya, baju kurung I berlambak2, sebut jer "rogna" apa, semua dah tersedia dalam lemari kat bawah tuh. Tahun nih, si Azean dan anaknya beraya ngan I sebab Mak Selayang balik Perak. I pulak bukannya tak nak balik, tapi I ingat cuti Raya yang panjang nih, I nak mentelaah sebab tak lama lepas raya, I kena duduk exam. Harap2 I passlah exam tu nanti .... tak raya takpa, yang penting pass exam, cerah masa depan akak ......