Tuesday, August 31, 2010

"Putty Tet" Aiyea

"Mamee, mamee, I wan putty tet (pussy cat), I do wan ors (horse)". Inilah yang selalu dimintak oleh anak dara kechik I. Memandangkan I nih spesis "tak brapa gemorkan kuching", I selalu cakap balik kat anak dara nih, "Don't want pussy catlah, I buy you a horse okay". By the way, kuching keding kat atas tuh kerja si Alealah. Suka sangat mengambil gambar. Sekor tu tengah "bunting", bila2 masa jer boleh "terberanak". Kuching2 nih selalu ada kat belakang rumah I dan si Dewilah yang selalu bagi makan. Si Alea nih, "kunun2" suka kat kuching tapi bila kuching pegi dekat, dia "lari lintang pukang". "Sorrylah Alea, rasanya sampai bila2pun Alea tak dapat bela pussy cat sebab memang mummy takut ngan pussy cat".

Saturday, August 28, 2010

Kakak "n" Adik

Oh so sweet my two little princesses nih. Sapa sangkakan dalam I susah2 nak conceive, last2 dpt jugak dua anak dara. Dah besar panjang "anak2 dara mummy". Untuk masa depan anak2 dara nih, I banyak buat savings and beli insurance sampai dorang umur 21 tahun. Kalau boleh I taknak anak2 dara I susah dan menyusahkan orang lain. Walaupun savings I tak banyak tapi kalau umur I panjang, insyallah, by the time I pencen, rasanya lebih daripada mencukupi. Duit pencen plus gratuity plus "goncang tangan emas" plus insurance ... okaylah tuh. "Well, anak2, jangan sekali2 cakap mummy tak sayang ... mana ada mummy yang nak berpisah ngan anak2 sendiri ..."

Friday, August 27, 2010

Selangor cuti, KL jam

Sejak azali lagi, bila Selangor cuti jer, KL jam teruk. Tak kiralah cuti apapun, cuti Nuzul Quran ke, cuti Thaipusam ker ... "harus wajib makronah jam punyer". Tadi masa on the way ke tempat kerja, bulatan jalan Parlimen nak menghala ke Jalan Tunku Abdul Rahman, memang dah "pack abih", kereta semua bergerak macam "kura-kura". Info yang terpampang kat sistem maklumat ITIS (intergrated transport information system)pun kata kalau boleh "elakkan Jalan TAR sebab sesak teruk". Mintak maaplah yer, Jalan TAR bukan "territory akak" dan rasanya dah bertahun-tahun tak penah gi ke Jalan TAR tuh. Entahlah, masa ni jer kot orang Selangor nak turun shopping kat KL, kat Selangor takda shopping kompleks ker. Yang peliknya, kalau hari Ahad, idaklah jem teruk sangat, padahal Selangor ngan KL sama2 cuti. Aduh fening ...fening ... fening .....

Wednesday, August 25, 2010

Raya sakan

Kalau orang luar tengok, mesti dorang ingat yang tahun nih I nak "beraya sakan". Apataknya, rumah I sekarang nih tengah sibuk dengan aktiviti "cat mengecat". Itu belum lagi dengan "orang aircond datang servis aircond dan tukang plumber datang betulkan paip". Duit I bulan nih pulak "kuar macam air paip" ... kejap2 "mengolor" ... kejap2 "mengolor". Sebenarnya, semua nih berkebetulan. Tetiap2 tahun pun "raya ker tak raya ker" sama jer untuk I anak beranak sebabnya kitorang selalunya "berkubang" jer kat rumah. I ambik keputusan cat rumah sebab rumah I nipun dah lama tak "bercat", so dah tiba masanya "mencantikkan semula" rumah I tuh. Memanglah banyak duit kuar tapi apa2pun rezeki di tangan Allah. Bercakap pasal rezeki nih, I nak bersyukur kepada Allah sebabnya bulan nih saja, I dapat dua kali komisyen. Satu dari ofis I dan satu lagi dari gomen. Orang kata "rezeki rimau". Terima kasih daun keladi, nanti2 bagi lagi .....

Tuesday, August 24, 2010

Checklist

Banyak sangat benda yang I kena buat, so terpaksalah I sediakan satu checklist.

1 . Beli baju raya kakak (Soraya) -- settle, harap2 kakak suka
2 . Beli baju raya adik (Alea) -- settle
3 . Beli gelang kaki Dewi -- settle
4 . Beli baju raya mummy -- tak payah, dah berlambak dalam lemari
5 . Beli baju raya mak Selayang -- settle
6 . Beli kuih raya -- settle tapi belum bayor lagi (untuk makan sendiri)
7 . Asingkan duit raya -- settle tapi bajet tahun ni "kechik" sikit
8 . Bayar tukang cat -- dah bayar dulu, nanti nak mintak balik kat "banker"
9 . Renew road-tax -- hubby dah tolong settlekan
10.Call Terry pasal tenant -- Dah banyak kali call tapi tak berjawab, kena call lagi
11.Bayar kredit kad -- Tunggu dapat gaji, kalau boleh nak settlekan "perabih"
12. Tampal wallpaper -- Tunggu hujung minggu, itupun kalau tak gi "merendek" mana2


Uhukk ... uhukkk .... banyaknyer nak pakai duit, uhuk .... uhukkkkkk......

Monday, August 23, 2010

PadaMu ku bersujud


Lagu nih memang best. First time I dengar masa tengok slot Zehra "Janji Kekasih" kat TV3. Jom kita layanzzz .......

PadaMu ku Bersujud

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya namaMu Ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta

Kau berikan bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuni Ya Allah
Yang sering melepaskanMu
Saat kau lumpuhkan kurniaMu
Dalam sunyi aku bersujud ....

Ubat nyamuk karan

Semalam tak pasal2 I jadi "ustazah tak bertauliah" kat adik pompuan I, si Azean. Apataknya, pasal ubat nyamuklah. I cakap kat dia, kalau boleh janganlah guna ubat nyamuk gelung yang jenis bakar tuh ... bahaya, beli "ubat nyamuk yang karan". Dah banyak kes rumah terbakar pasal ubat nyamuk tuh. Kita kalau tido, bukannya "hengat dunia", tido mati macam "kayu balak". Kalau bilik tuh bersih takpalah jugak, ni mengalahkan "gudang barang", segala jenis barang semuanya diperosokkan dalam bilik tuh. Rasanya "mak mentipun mintak ampun beribu2 ampun" kalau nak masuk bilik pompuan sorang nih. I pun tak tahu "spesis malas" siapa yang minah nih warisi. Nak kata I pemalas, memang I malas tapi malas ke dapur jer tapi part2 rumah, memang bersih sebersih2nya. Baju beratus2 hengget boleh beli, ini "ubat nyamuk karan" yang tak sampai 20 hengget tupun, berkira sangat. Ntahlah, I pun tak tahu apa nak jadi kat minah nih, patutlah Mak Selayang selalu membebel ....