Tuesday, December 13, 2011

We're the champion in our own style...

The champions ... oppps the 1st runner-up
Always the champ .... in our own style



The year 2011 comes to its end. Ada pahit ada manis. Ada yang glitter and ada yang not so glittering. But anyway, setiap perancangan tuh, datangnya dari Allah SWT. Last Sunday, we had this WBC Dinner for all bowlers with the theme: "Silvers and Tiaras". Since I dont have any silver dresses, so I go for silver accessories. Oklah tuh, ikut tema jugak. In fact, my teampun cam gituh. Oklah , put that aside, paling important ialah to announce my team "D'Spice" dapat 2nd placing or 1st runner-up. Bukan senang weyy, nak dapat placing tuh. So, for the year 2012, we all berazam nak dapat first placing pulak. Insyallah, nak seribu daya, tak hendak seribu dalih...tapi yang paling penting "D'Spice: We're the champion in our own style"..


Too good to be true

Meminjam kata2 Kak Hazlinda Hamzah dalam status FBnya; "Am getting tired of observing too much evil allowed and the good seems to be paying a price one time too many. Ridiculous .... enough of protection for the darkest of evil please ....".

Kak, I agree fully and there is nothing more that I can add to what you have mentioned which I agree with. It reminds me of what had happened to me last nite, sharp 12 midnite. I suddenly woke up from my sleep and felt something weird. Baca ayat kursi and beristifhar. "Ya, Allah, lindungilah diriku ini, andaikata sesapa yang menghantar "barang" yang tak baik ke atas diriku dan rumahku ini, pulangkanlah ia kepada tuan yang menghantarnya, sesungguhnya aku tidak pernah mengacau dan mengganggu sesiapa walaupun sedar diri ini telah lama teraniaya dan dianiaya ...."

Thursday, December 8, 2011

Year-end 2011, not so glitter

Memang betul, kita merancang, Allah yang menentukan segalanya. Apa yang I dah plan baik punya awal tahun, musnah sama sekali. Bohonglah kalau I kata I tak sedih, tak marah, tak frust ... weyyy memang geram sesangat2 sehingga tak dapat dizahirkan dengan kata2. Bukan sikit2 anak pulak tuh and, nak jadipun dekat akhir tahun. Menggigil tangan ni I bila menyain. Kalau tak buat, nanti I jugak yang susah, menjejaskan periuk nasi sendiri. Dibuatnya betul-betul semua harta benda I dibekukan sehinggakan kad kredit dan kad ATM tak boleh guna, abih I nak makan apa anak beranak. Takpalah duit boleh dicari, maruah diri kena jaga. Bak kata kawan I "Kekadang Allah ambil satu, later2 nanti dia pulangkan berganda2". So, apa yang boleh I buat sekarang nih, hanya bertawakal dan berdoa semoga those yang sepatutnya belongs to me dikembalikan segera seperti yang dijanjikan. Itu semua simpanan untuk masa depan anak2 .... so, I would said that year-end 2011, not so glittering for me ... uhuk...uhuk...uhuk...

To whom it may concern

Selalu jugak I tertanya2, apsal mereka yang terang2 menganiaya orang lain, masih hidup dalam kesenangan, seolah2 tiada dosa atau kesalahan yang dilakukan mereka. Boleh buat selamba lagi, walhal bukannya mereka golongan yang tidak tahu agama langsung. Sebagai manusia biasa, tentulah di dalam hati ini akan berkata Allah tidak adil (nauzubillahhiminzalik) ... yang dianiaya terus diuji dan yang menganiaya terus hidup dalam kesenangan sehingga lupa diri. Dan hari ini I telah mendapat jawapannya:
"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT ".
Makna Istridraj : Perlu diketahui bahwa ketika Allah SWT mengabulkan sesuatu yang diminta oleh seorang hamba baik permintaannya itu sesuai dengan kebiasaan (wajar) ataupun tidak (tidak wajar), tidak bererti serta-merta hamba tersebut mulia di sisi Allah SWT. Tatkala permintaan itu dimakbulkan, kemungkinan Allah SWT memuliakan hamba tersebut atau boleh jadi itu semua hanyalah istidraj.

Al-Qur’an sendiri menyebut berkenaan dengan istidraj.
Al-Istidraj: “Nanti Kami akan menarik mereka dengan beransur-ansur (ke arah
kebinasaan) dari arah yang tidak mereka ketahui.” [Q.S. al-Qalam: 44]
Dari ayat ini dapat diketahui bahwa makna istidraj adalah pemberian Allah
subhanahu wata'ala kepada seseorang atas apa yang ia inginkan di dunia agar
orang tersebut bertambah sesat, bodoh dan durhaka. Sehingga setiap hari ia
semakin jauh dari Allah subhanahu wata'ala.


Istidraj merupakan kelebihan atau keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah
subhanahu wata'ala kepada umat manusia dalam pelbagai bentuk seperti
dikehendaki-Nya. Bagaimanapun anugerah Allah itu bukan disebabkan Allah menyayangi mereka tetapi lebih merupakan tanda kebencian Allah terhadap golongan tersebut. Dengan kata lain, Allah menginginkan mereka menjadi lebih sesat melalui kelebihannya itu dan akhirnya kaum tersebut termasuk ke dalam golongan yang tidak mendapat hidayah-Nya. Ada juga pihak yang mentakrifkan istidraj sebagai anugerah Allah kepada hamba yang tidak diredhai-Nya dan nikmat tersebut datang dalam pelbagai bentuk antaranya kekuasaan, kemewahan harta benda, kedudukan di sisi masyarakat, pengaruh serta pangkat dan umur yang panjang.

Terdapat tiga tanda manusia istidraj iaitu sering melecehkan ibadah, orang-orang
di sekelilingnya bukan dari kalangan golongan berilmu (dunia semata-mata) dan
tidak mempedulikan nasihat. Amat malang sekali apabila golongan yang diberikan kuasa, kemewahan, pengaruh serta pangkat ini lupa bahwa kesemua nikmat tersebut adalah pemberian Allah dan merupakan “pinjaman”. Mereka hanyut dengan nikmat yang diberikan hingga pada satu peringkat menjadi angkuh dan bangga dengan kelebihan tersebut. Nikmat itu gagal menjadikan mereka lebih tawaduk dan bertaqwa. Contoh manusia istidraj ialah Fir’aun, Haman, Qarun, Namrud dan Abu Jahal.
Kesemua mereka diberikan kelebihan, kenikmatan dan kemewahan tetapi mereka
mengingkari Allah. Akhirnya, mereka dibinasakan oleh Allah dan mati dalam keadaan yang amat hina.

Friday, December 2, 2011

Tutti Fruitti time with the Gegirls

Sebelum I ter"hook" kat Tutti Fruitti nih, I tak tahu apa "menatang" nya benda nih or camner rasanya. Ingat lagi, ada sorang ex-fren FB I yang suka sangat kat TF nih, tetiap malam, lepas sembahyang Tarawih, dia ngan anak2nya selalu singgah kat TF nih, n makan, siap post gambar lagi. Dok tertanya2 jugak, sedap benor ke TF nih. Bukan dia sorang saja, ramai jugak kenkawan I yang lain suka. Contohnya Jasni, Kak Chik, June, Nisa dan ramai lagi. So, satu hari, lepas abih bowling, I pun ronda2lah One Utama n berkebetulan ter'lalu'lah depan this kiosk Tutti Fruitti. Stop kejap kat kiosk nih and "why not give a try" kan. Yogurt rupanya ... Banyak flavours and I pilih yang cekelat, letak topping banyak2 especially syrup choc Hersheys, buah longan n kepingan almonds. Sedapppp wooo rupanya. My gegirlspun suka. Soraya suka flavour vanilla without topping n si kechik Alea suka coklat macam mummy. So, jom, kita makan Tutti Fruitti dulu .....

Wednesday, November 30, 2011

Kebetulan or memang betul2...

I pun tak tahu whether this is kebetulan or memang betul2. Bukan sekali tapi dah banyak kali benda nih jadi. Kenkadang terfikir jugak samada we all nih pembawa rezeki kepada orang lain. Kalau betul, alhamdulliah ... dan semoga rezeki kami sekeluargapun terus diberkati dan murah. Citer macam ginih, setiap kali we all masuk restoran or mana2 kedai makan yang memang selengang2nya, tak sampai 10 minit kami buat order, tetiba menderu2 customer lain masuk dan kedai yang lengang tadi jadi penuh. Pernah sekali, kami makan di satu kedai kat Sunway, memang kosong-sekosongnya sampaikan tukang masak dan pelayan kedai nih masing-masing dok ternganga rileks tengok TV. I siap sound Dewi, "sure tak sedap makan kat sini, sebab kosong jer". Disebabkan malas nak cari kedai lain, kamipun masuklah. Tak sampai 5-10 minit, lepas kami buat order, tetiba lepas sorang, sorang customer masuk. Itu takpa lagi, tapi kalau dah setiap kali kami masuk restoran or kedai kosong, tetiba lepas tuh, ramai pulak yang masuk, mesti terdetik dalam hati "kami nih memang pembuka rezeki ker, alhamdullilah ... semoga rezeki kami juga murah". Last Sunday, I, Soraya , Alea and Dewi pergilah ronda2 kat Curve and bila lapar kami masuklah satu restoran nih. Customer cuma dalam lima orang jer kalau nak dibandingkan dengan restoran yang besar tuh. Tak lama kemudian, tetiba penuh jer restoran tuh. I cakap kat Dewi, "Dewi, perasan tak, setiap kali kita masuk mana2 restoran/kedai kosong, tak lama kemudian ramai yang masuk. Kita nih memang penarik rezeki kot untuk tokeh kedai nih". And Dewipun ala2 Master Chin pun tanya I, "Akak lahir hari apa, saya tahu Alea hari Selasa. Orang Indon percaya, Selasa hari yang bagus kerana ia dianggap hari tertua.". Manalah I ingat, hari apa I diberanakkan. Kebetulan Soraya ada, so dia cakap IPhone dia boleh track ke tahun I dilahirkan. So, lepas ditrackkan, Soraya dilahirkan pada hari Isnin, Alea pada Selasa, mummy hari Rabu dan hubby hari Khamis. Dan menurut Master Chin I yang bertauliah tuh (Si Dewi), itu memang petanda baik kerana hari2 kelahiran itu berturut2 dan menyokong antara satu sama lain. Entahlah ... wallahualam, tetapi apa kena mengena dengan memberi rezeki. Si Master Chin ni adalah explain dengan panjang lebar kepercayaan orang Indonesia, tapi complicated sikit and I tak berapa nak faham sebab berkait antara satu sama lain. Apa2pun rezeki semua di tangan Allah dan kita sebagai umatNya kenalah berusaha, tak boleh tunggu duit turun dari langit jer ....

The bungee girl

Soraya is making her first move before becoming the famous bungee jumping girl. Halloo ... ada sapa lagi berani ??? Si Alea awal2 lagi dah cabuttt lari .....